Zafran menolak pintu kaca itu dan mempersilakan isterinya masuk terlebih dahulu.
Jaslina yang melihat kedua anak saudaranya yang kini memegang status sebagai suami isteri mengukir senyuman teruja senang akan kehadirannya keduanya.Keadaan restoran wanita itu ketika ini tidak lah begitu ramai pelanggan.
"Aunte Su sihat."
"Sihat alhamdulillah, malam-malam macam ni datang resto aunte Su ni ada apa-apa berita gembira ke?.Macam mana resepsi yang aunte Su bagi, sedap tak?."
Keduanya saling berpandangan,Naura memandang ibu saudaranya dengan pandangan hampa bibirnya sudah memuncung.
"Mana ada berita gembira.Resepi tu menjadi,sedap sangat tapi.."
Mengaku aje lah nak makan masakan sendiri pun takut.Naura jeling Zafran agar suaminya yang memberi tahu.
"Tapi apa.."
Jaslina bertanya ingin tahu menanti kata dari Naura.
"Kami datang ni nak dinner kat sini.Maggi kari tom yam tu kami dah bagi Tasya, budak kecik tu dah sapu sampai pingan licin."
Zafran menjelaskan bagi pihak Isterinya.Mendegar itu Jaslina tergelak kecil dengan gelengan kepala.
"Macam-macam lah korang ni.Dah jom duduk!. malam ni kita makan ramai-ramai sebab ada chef kacak tengah masak kat dapur."
"Aunte Su ada chef baru ke?."
Naura bertanya penuh minat.Jaslina membawa kedua pasangan itu menuju satu ruangan yang lebih tertutup.
"Kira macam tulah tapi dia jarang datang,malam ni bukan korang je yang datang ada dua orang lagi."
"Dua orang?."
Ketika itulah Naura dan Zafran melihat kelibat Amalin yang tengah duduk dimana seperti nya Jaslina akan membawa mereka menuju kearah gadis itu.
"Amalin.."
Gadis itu angkat muka tika Naura menegur.Riaknya yang nampak terkejut seraya berdiri lalu mengukir senyum.
"Naura how ara you?."
Amalin memeluk Naura dan hanya tersenyum menegur kepada Zafran.
"I'm good."
"Korang sembang dulu aunte Su nak pergi kitchen jap."
Jaslina meninggalkan mereka bertiga, Amalin sudah duduk semula begitu juga dengan Zafran dan Naura mengambil duduk dihadapan Amalin.
"Mesti tetamu yang Aunte Su maksud You dan Noah.Tapi mana Noah?."
Zafran hanya fokus pada skrin telefon nya tidak berminat untuk ikut bersembang dengan kedua wanita itu.
"Ada kat dapur tengah masak."
"Masak?,"
"Dia kata masa belajar dulu kat overseas dia ada sorang kawan yang belajar kulinari.Noah nak bagi I rasa masakan dia dan bagi pendapat."
Naura tergelak kecil.Yang belajar masak tu kawan dia bukanya Noah,tapi mungkin juga lelaki itu belajar masak.
* * *
"Tsk....tsk..tsk.Aku tertanya-tanya kawan yang kau belajar masak ni perempuan ke lelaki?."
Zafran menyilang lengannya memerhati menu wastern yang terhidang di depan mata mereka berlima.
"Biy jangan lah tanya macam tu.Nanti Amalin kecik hati."
"Perempuan."
Jawab Noah selamba,air muka Amalin sudah berubah mungkin sudah terasa hati.Jaslina yang menyedarinya mengusap lengan gadis itu.
"Untung Amalin dapat Noah pandai masak,kacak jarang lah dapat cikg.."
Jaslina mengetap bibirnya hampir sahaja dia terlepas cakap.
"Cik?."
Naura bertanya memandang Jaslina, wanita itu tersenyum lembut mempamerkan wajah damai.Noah yang berada disebelah Amalin sudah merasa gugup macam mana kalau rahsia nya terbongkar dan sampai kepada pengetahuan Tan Sri Khalid.
"Emm maksud aunte Su,Cik Amalin sangat bertuah kalau jadi isteri Noah."
"Betul tu chef kacak limited mana nak cari teman lelaki macam Noah ni."
Kali ini giliran Naura yang memuji abang sepupunya itu bagi mengundurkan rasa kecil hati Amalin terhadap Noah.Zafran yang mendengar Naura memuji Noah sudah tidak senang duduk,Naura melirik sekilas Suaminya dan menyedari perubahan Zafran yang sudah mencuka.
Dasar kuat cemburu..
"Hem..not bad pandai jugak Kau masak."
Zafran sudah terlebih dahulu merasai air tangan Noah.Zafran memotong potongan daging stik kali kedua kali ini disuakan ke dalam mulut isterinya.Naura yang menyedari kelakuan suaminya itu pasti ingin membuat Noah cemburu.
"It's very tasty.Amalin you should taste it Noah pasti dah bersusah payah masakan untuk You."
Amalin tersenyum dia tahu Noah pasti tidak selesa dalam situasi begini.Tidak mudah bagi lelaki itu melupakan cinta pertamanya dia yakin ketiga sepupu itu memang masing-masing berhadapan dengan cinta pertama.Tapi Noah lah yang sangat hancur kerana cintanya bertepuk sebelah tangan.
"I tahu bila seorang lelaki tu masak.Dia sebenarnya curahkan kasi sayang yang ikhlas.Sebab tu sometimes bila lelaki yang masak lebih sedap dari perempuan masak."
"Maksud You perempuan masak tak ikhlas,suka membebel.?"
Soal Zafran, Naura diliriknya teringat aktiviti masak- memasak mereka sebentar tadi.Bila terkeng akan hal itu hatinya tercuit lucu.Masak penuh dengan kasih sayang tapi Tasya yang dapat rasa.
"Tak maksud Amalin, dia lebih faham Aku dari orang lain."
Noah menjawab bagi pihak Amalin,jemari gadis itu digenggamnya erat,.
"Thanks sebab faham I."
Amalin senyuman bersahaja kepada ucapan terima kasih Noah padanya.Zafran memandang kedua pasangan kekasih itu dan Zafran faham melalui pandangan mata masing-masing yang Noah seakan terpaksa mencintai gadis itu.Adakah Noah masih menyimpan perasaan terhadap Naura sehingga pandangan mata Amalin lebih menunjukkan keikhlasan dari adik lelakinya itu.
* * *
Naura lebih banyak termenung membuang pandangan keluar jendela.Fikiranya sarat memikirkan pertemuannya dengan Ridwan tadi petang.
"Sayang fikir apa?."
Naura tersentak mendengar suara Zafran menegur nya.
"Nothing.."
"Jika sayang ada nak share cerita.Sayang boleh bagi tahu Abiy!."
Naura melepaskan nafas kasar dan itu membuat Zafran menoleh sebentar melihat raut wajah isterinya.
"Abiy masih ingat tak dulu Abiy pernah belasah budak junior dan dua daripada mereka adalah budak kelas sayang."
Naura menanti jawapan balas dari pertanyaan nya itu, Zafran sedikit berkerut dahi sebelum menganguk.
"Ingat.."
"Ridwan."
Nama Ridwan dinyatakan bagi senang Naura bercerita.
"Kenapa dengan budak tu dia ada datang kacau sayang ke?."
"Tak' dia datang bukan nak kacau.Kami terserempak dan sempat bertanya khabar masing-masing.Dia datang mintak maaf, Ridwan dah kahwin dan ada sorang anak lelaki."
Zafran diam sahaja menanti Isterinya meneruskan.
"Anak lelaki Ridwan menghidap kanser tumor otak,kesian budak tu baru umur tiga tahun."
Naura diam menimang-nimang jika harus berkata jujur tentang perkara yang diberitahu Ridwan padanya.Haruskah dia terus berahsia sehingga betul- betul menemui klue yang seterusnya.
"Lain orang lain ujian,Allah tak kan uji hambanya jika diluar kemampuan hambanya."
"Ingat petang esok nak ajak Abiy melawat."
"I'm sorry sayang, Abiy ada meeting dengan klien besar dari Singapore esok.Maybe next time ok."
"Abiy selalu busy,It's ok lah sayang boleh ajak Zuyin teman."
Hailah si isteri dah merajuk nampaknya, Zafran sudah rasa bersalah tapi nak buat macam mana akhir- akhirnya ini jadualnya sangat padat.Namun disebalik kepadatan itu tidak lama lagi dia akan bercuti.
Naura melihat rintik-rintik hujan yang menyapa cermin kereta.Kebelakang ini cuaca kerap mendung.Cermin kereta diturunkan lalu menghirup udara malam.
"Sayang memang suka bau hujan..Ingat tak dulu abiy selalu kena marah dengan tok ayah sebab nak ajak sayang berlari dalam hujan."
Naura tersenyum dan cuba mengingatkan Zafran saat zaman kebudak- budakan mereka yang tidak bersikap matang.
"Mestilah abiy ingat..hujan-hujung makan ais krim,kena bebel dengan mom semuanya abiy buat sebab sayang pada sayang."
Manis terlalu manis itulah yang membuatnya jatuh suka pada Zafran.Suaminya itu sanggup berkorban untuk dirinya.
* * *
"Sakit lah.."
"Macam mana kau tahu sakit?,Kau bukannya dah kahwin pun.."
"Hello Aku tahulah.Aku dengar dari sepupu Aku yang dah kahwin, dorang cerita kena perawan ni sakit sampai tak boleh jalan.Tu bergantung kepada laki yang kau dapat hahaha."
Ain ketawa jahat,Zara pulak sudah mengerdik geri tak lama lagi dia akan naik pelamin.
"Ya Allah,minah ni kuningnya otak Kau."
Zara menepuk lengan Ain penuh kesal.Naura yang mencuri eh' bukan mencuri tapi terdengar sembang dua pekerjanya itu sudah merona merah bercampur gugup.Macam mana kalau Zafran meminta haknya sebagai seorang suami.Naura tersentak bila Zuyin menyengol lengannya sehingga batu Swarovski yang ada pada tanganya jatuh berhamburan pada permukaan meja kaca.
"Zuyin.."
"Hehehe,sorry Aku tak sengaja habis dah muka Kau merah macam udang rebus boleh berlubang kain tu kau tenung.."
Naura diam sahaja meneruskan kerjaya.Zuyin pulak sudah dengan sikap jahil nya menyakat sahabat nya itu.Dia melirik kedua pekerja mereka yang sedang melakukan tugas sambil bergosip,Zuyin mendekat sedikit kesisi Naura berkata separuh berbisik.
"Macam ngeri aje dengar cerita malam pertama ni.Betul ke sakit,cuba kau cerita kat Aku."
Zuyin dipandang dengan rasa jengkel,lidah sudah bermain dengan geraham menahan sabar.
"Kalau Kau nak tahu sangat Kau pergilah ajak Tengku kahwin, bukanya nak sebok tahu hal dalam selimut orang."
Gunting dilayang dihadapan Zuyin,membuat sahabat nya itu membeliakkan mata terkejut.
"Woii..kena hidung penyek Aku ni,mana nak cari hidung comel macam ni.Kau ingat Aku berkenan dengan mamat berjambang tu,Aku minat yang jambu lah sebijik pelakon My id Gangnam beauty barulah test Aku."
Zuyin memegang hidungnya seraya membayangkan pelakon dari Korea selatan itu lalu tersengih,.
"Oh Cha eun woo,come to me."
Kali ini sahabatnya itu memeluk diri sendiri dengan memejam mata melihat kelakuan Zuyin itu Naura menjadi geram.Lalu menutup kepala Zuyin menggunakan cebisan kain yang digunting nya tadi.
"Eh' jahatnya Kau ni."
Perca-perca kain di singkirkan lalu dimasukkan ke dalam bakul rotan yang bersaiz besar keduanya saling main jeling- jeling mata.
"Ganyang Kau baru tahu.Baguslah tu sampai ketua Kau tak payah kahwin."
Naura berdiri dari duduknya,Namun langkahnya terhenti melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon.Naura terpaksa mengangkat panggilan itu berlalu ke bilik kerjanya melihat ada costomer yang datang ke butik ketika ini.
Share this novel