Tengku Khaizuran membetulkan letak conforter ditubuh Naura,jam sudah menunjukkan enam petang.Sejak dari dua jam yang lalu dia membawa Naura kerumah-nya Naura masih belum sedarkan diri.
"You tahu tak,I sanggup pendam perasaan I dari luahkan pada you.Because I don't want to lose you.I lebih rela jadi sahabat you,I takut bila I luah perasaan I pada you,you akan jauhkan diri dari I.I'm weak in feelings Naura,."
Kedengaran nafas berat diluahkan dari rongga hidungnya, baginya ini lah saat nya meluahkan isi hatinya meski wanita itu tidak mendengar apa yang keluar dari bibirnya.Dia bukan seorang pengecut tapi keterlaluan jika dia ada hati pada isteri orang malah berniat untuk merampas,sangat terkutuk jika dia berbuat demikian.Dia hanya ingin menjaga hubungan baik antara dirinya dan Naura.Biar rasa cinta nya hanya tuhan yang tahu dan satu saat dia yakin tuhan akan menghampus rasa cintanya terhadap Naura.Tengku Khaizuran yakin Naura bukan tertulis untuk dirinya.
"Naura I cintakan you sepenuh perasaan I.
I tak boleh jauhkan diri dari you,I tak boleh rampas you dari Zafran sebab I tahu tu semua hanya perkara bodoh yang sia-sia.Cukup lihat you bahagia tu lebih baik dari lihat you terluka.I've been walking through a world gone blind,I promise to be your protector,until the moment I met another girl in my heart."
"I memang bangsat menyimpan perasaan terhadap isteri orang.Tapi itu semua luar dari kemampuan I.,I hanya manusia biasa yang kilaf."
Bibir bawahnya digigit kuat menahan rasa getar dihati setelah meluahkan apa yang selama ini terbuku.
Setiap inci wajah wanita itu dipandang tanpa berkedip mata dari alis yang terbentuk cantik,bulu mata yang lebat dan lentik, hidung yang mancung dan bibir yang merekah penuh menggoda.
Shitt...Godaan setan sedang berbisik dan bersorak menunggu dirinya mengalah.Benar kata orang jika berdua begini pasti akan hadir yang ketiga.
Lama ditenungnya wajah cantik itu.
Dia menjadi tertanya-tanya adakah Naura mempunyai darah campuran melihat kepada wajah yang ada keunikan itu.
Tanganya naik menyentuh wajah yang pulas tidak sedarkan diri itu,namun terhenti melihat Naura bergerak dan berguman.Perlahah-lahan mata Naura mengerjap kepalanya disentuh yang sedikit terasa sakit.Terbuntang matanya melihat Tengku Khaizuran tengah duduk disisinya serta merta tubuhnya ditegakkan kerana terkejut.
"Tengku.."
"Finally,You dah sedar."
Tengku Khaizuran tersenyum kacak pada Naura yang kelihatan kebingungan dengan mata terkebil-kebil matanya berputar menjalajahi ruang yang asing baginya.
"Kenapa I ada kat sini?,You.."
Tubuhnya cuba dijarakkan.Jari telunjuk dihala pada wajah tampan yang dari tadi mempamerkan senyuman menghiasi wajah lelaki itu,seingatnya kali terakhir dia bertemu datin Malya bukan dengan lelaki ini.
"Panjang ceritanya,I already called the doctor just now to cheak on you.Doctor said you're fine,"
Ujarnya bagi mengelakkan Naura salah faham padanya,segelas air putih disua pada Naura,.
Lama gelas itu ditenungnya sebelum diambil lalu diteguk sedikit demi sedikit.Selesai membasahkan tekaknya yang terasa perit,gelas itu diberi semula kepada Tengku Khaizuran.
"You kat rumah I,ni bilik tamu.I tak tahu nak hubungi siapa.I try call Zafran tapi tak jawab nak hantar rumah you I tak tahu password."
Memang sah lah Kau tak tahu ingat Kau tinggalkan sebumbung dengan dia, lelaki itu bermonolog sendiri kepala yang tidak gatal digaru.
"So macam mana I boleh ada dengan you?."
Naura tahu lelaki ini ada direstoran hotel kerana dia melihat lelaki itu duduk tiga selang dari mejanya bersama datin Malya.
"Dato' Zackery try nak buat benda tak elok pada you.."
"What.."
Mendengar baris nama lelaki itu dan pernyataan yang dikatakan padanya cukup membuat Naura terkejut.Try?,macam mana kalau ahhhh..Naura tidak habis fikir dan tidak tahu jika perbuatan terkutuk lelaki itu berjaya menguasai dirinya.
"Masa tu I ada meeting kat hotel,time I nak pergi tinggalkan restoran tu dari jauh I nampak seorang perempuan serahkan you dalam keadaan tidak sedarkan diri pada dua lelaki in front of the elevator...I have a bad feeling about the situation,Belum sempat I nak melangkah pergi pada you I dihalang oleh dua orang perempuan untuk ambik gambar dengan I."
"Mesti perempuan sihir tu berpakat dengan suami dia,,Damn it..mati-mati I ingat dia ikhlas nak minta maaf pada I.."
Naura sudah mulai sesak nafas menahan amarahnya.Wajah Tengku Khaizuran dipandang penuh penantian, meminta lelaki itu meneruskan.
"Bila I pandang balik lif dah tertutup,I try cari perempuan tu but I didn't find it.I tak tahu dua lelaki tu nak bawak you pergi tingkat berapa so I pergi counter hotel try tanya if ada tempahan bilik atas nama Zafran atau you,I try bersikap positif.. tapi staf hotel tu kata tak ada.."
Tengku Khaizuran berjeda sebentar menarik nafas dalam sebelum dilepas.
"I dah buntu,and masa tu juga dua lelaki tadi melalui counter.I tanya tapi mereka tak nak berkerjasama dan menunjukkan air muka yang buat I syak sesuatu so untuk buat dua mangkuk tu buka mulut I terpaksa guna kekerasan."
"Kekerasan?."
"My bodyguard.."
"I see.."
Naura sudah membayangkan keadaan ketika itu pasti kecoh.
"Bila I tahu perkara sebenar I terus bawa pengurusan hotel pergi bilik hotel yang dua mangkuk tu maksudkan,I dapat tahu bilik tu ditempah atas nama Dato' Zackery.And nasib baik I sampai sebelum sesuatu yang buruk jadi pada you,."
Ayat terakhir dari lelaki itu cukup membuatnya menarik nafas lega,meski hatinya ketika ini masih tidak tenang dengan amarah yang menyiksa mengenang perbuatan Dato' Zackery padanya,Naura jadi teringat sesuatu yang belum dilihatnya.
"Where is my handbag?."
Soalnya dengan nada cemas.
"Ada kat sofa ruang tamu,And your car, I dah suruh orang I pick up kat hotel.."
"Thanks,maaf dah menyusahkan you."
Naura melepaskan nafas lega, matanya terkebil-kebil menahan air mata.Tapi itu hanya sia-sia malah airmatanya mengalir tidak dapat menerima apa yang Tengku Khaizuran cerita kan padanya sebentar tadi.
Tengku Khaizuran ingin menghampus air mata Naura.Tidak,dia tidak boleh bertindak bodoh begitu.Dia tidak ingin bersikap keterlaluan atau mengambil kesempatan keatas isteri orang.
"Apa kata kita buat report polis!."
Lantas Naura menggeleng laju dengan air mata yang makin deras mengalir.Tengku Khaizuran kecewa dengan reaksi Naura padanya.
"Please don't.."
"You kena buat report polis!.Kalau you tak buat,nanti lelaki tak guna tu tetap akan buat benda yang sama pada you Naura."
"I takut Zafran akan tahu,And please sangat jangan bagi tahu dia dengan apa yang jadi."
Tanganya sudah meraih lengan lelaki itu memohon agar tidak memberitahu tentang apa yang berlaku hari ini pada Zafran.Zafran dalam hal-hal begini sukar menerima sebarang kata malah lelaki itu lekas melenting.Tengku Khaizuran angguk kepala.Naura menyingkirkan tanganya dari memaut lengan Tengku Khaizuran.Lalu keduanya diam tanpa seorang pun yang membuka suara.
Tengku Khaizuran bangkit dari duduknya.Naura pandang bahu lebar lelaki itu dari belakang terdetik dihatinya bertanya tentang Dato'Zackery.
"You belasah Dato' tu.."
Soalnya ingin tahu.Air mata sudah merembes keluar sakit hati bercampur takut.
"Of course takkan I nak sembah lelaki tak guna tu,kalau boleh I bunuh dia biar lenyap dari hidup you,.Boleh tak lepas ni jangan cuai sangat please take care of yourself."
Naura terpempan kaku seketika mendengar kekesalan lelaki itu terhadap apa yang berlaku padanya.Sebegitu ambil beratnya Tengku Khaizuran sehingga sanggup membunuh demi dirinya.Itu bukan gurauan kan,jelas lelaki itu tidak memasang riak muka kelakarnya.
"Khai.."
Naura memanggil nama lelaki itu penuh sebak.
"Naura I really mean it,I tak boleh tengok orang lain sakitkan you.So please jaga diri you dengan baik."
Tuhan telah hadirkan malaikat untuk melindungi dirinya.Baginya Tengku Khaizuran hadir umpama malaikat yang selalu hadir disaat yang sukar bagi dirinya.
"Thanks sebab tolong I,I tak tahu macam mana nak balas keikhlasan you pada I.I tak dapat bayangkan jika semua tu terjadi pada diri I mesti Zafran akan jijik dan benci tengok muka I.Thanks sebab selalu ada saat I dalam keadaan sedih dan selalu hadir ketika I dalam keadaan bahaya."
Ikhlas Naura mengatakan itu,dapat dirasakan keikhlasannya penuh ketulusan dan kesungguhan.
"Naura I tahu Zafran sangat cintakan you.Baik buruk dan kekurangan yang ada pada you dia akan terima.Cukup you bahagia I takkan minta balaasan lebih dari tu."
"Kenapa you baik sangat dengan I?."
Belum sempat Tengku Khaizuran menjawab pertanyaan Naura, lonceng rumahnya sudah berbunyi.
"You rehat dulu I pergi tengok siapa yang datang."
"Khai terima kasih.You selalu jadi penyelamat untuk I,you are my hero thanks a lot."
Lelaki itu hanya tersenyum mengangapi ucapan dan pujian Naura padanya.Tengku Khaizuran berlalu pergi meninggalkan Naura dia sudah tidak mampu berlama-lama disitu hatinya makin meronta untuk memiliki Naura.Dan ketika Tengku Khaizuran pergi Naura menagis semahu- mahunya mengenang hari yang hampir membuatnya kehilangan matahari untuk melihat dunia yang indah.
"Bonda, kenapa tiba-tiba datang ni?."
Tengku Khaizuran sudah cuak melihat wajah bondanya didepan pintu.Tengku Zabrina melangkah masuk dengan kerutan halus di dahinya.
"What do you mean tiba-tiba datang?.,Tengok gaya Khai macam ada sorok something dari bonda."
Wanita berpenampilan penuyh anggun itu memandang anak terunaya tidak puas hati.
"Khai nak sorok apa dari bonda?. it's nothing bon."
Dalihnya laju menyangkal kata-kata dari bondanya, macam mana kalau dia tertangkap basah dengan Naura oleh bondanya sendiri.
Parah...Sangat parah dia kenal wanita yang melahirkannya itu. Penuh kelembutan tapi bila dah marah singa pun boleh lari masuk kandang.
"Bonda dapat panggilan dari seorang perempuan. Cakap you bawak balik isteri orang,Khai jangan nak main-main dengan bonda.Perempuan yang dimaksudkan Naura..Betul ke?"
Tengku Zabrina memandang wajah anak terunaya dengan perasaan was-was,geram sungguh.Tengku Khaizuran sudah dapat mengagak siapa perempuan yang bondanya maksudkan.Tentunya Qaisara, pasti perempuan itu ingin menyakiti Naura.Hanya satu nama itu yang kebelakangan ini suka membuat semua orang huru-hara.
"Bonda.."
"Answer me is she here?.yes or no."
Tengku Khaizuran memegang belakang lehernya sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Dia tidak boleh mengelak dari pertanyaan bondanya.
"Khai.."
Suara wanita itu sedikit menekan.
"Yes dia ada kat bilik tamu,.Khai just nak tolong Naura itu sahaja tak lebih."
"Cuma nak tolong?.Are you lost your mind?.Khai sedar atau tidak apa yang Khai buat ni.You sedang berdua-duaan dengan isteri orang di bawah satu bumbung tanpa ada sesiapa."
"Bonda Khai cuma nak tolong tak ada niat lain.Ada orang nak aniaya dia."
Mendengar itu Tengku Zabrina mengecilkan anak matanya memandang anak lelakinya tidak percaya dengan gelengan kepala.
"Bonda kecewa dengan Khai,bonda ingat gosip tu hanya khabar angin untuk rosakkan reputasi you. Kenapa dalam banyak-banyak perempuan you boleh sangkut dengan isteri orang,apa yang you fikir."
"Bonda jangan salah faham macam ni please!.."
"Salah faham apa?,Kalau Khai terus macam ni bukan setakat hati you yang sakit.Tapi Khai juga akan rosakkan hidup Khai sendiri dengan perasaan bodoh Khai terhadap Naura."
Naura yang berdiri di balik pintu bilik tamu yang sedikit terbuka itu tersentak mendengar kata dari wanita yang dipanggil bonda oleh Tengku Khaizuran.
"Bonda Khai tak ada menyimpan perasaan pada Naura,We are just friends bonda dont have to worry."
"Don have to worry Khai cakap?.Kalau dah sampai tahap bawak isteri orang masuk rumah Khai nak bonda cakap apa?."
"Bonda Khai hanya tolong Naura tak lebih dari itu."
Berkali itu dia cuba menerangkan keadaan sebenar,Jelas jika bercakap dengan seorang perempuan takkan menang kata jika tanpa bukti.
Tengku Zabrina tidak mengendahkan kata-kata anak lelakinya itu,. Kakinya diatur ke bilik tamu untuk bersemuka dengan Naura.
Naura terlebih dahulu membuka pintu, begitu matanya bertentangan dengan mata Tengku Zabrina perasaan gugup menyapa dirinya.
"So you lah Naura?."
Soalnya ingin kepastian, meski sebelum ini dia sudah pernah melihat gambar Naura yang diberikan oleh sahabat nya datin Salwa.Dan baru sebentar tadi dia mendapat panggilan dari seorang perempuan yang pernah berkerja sebagai setiausaha dan bekas kekasih hati kepada suami Naura Rosse yang anak lelakinya membawa isteri orang balik rumah.
"Ye saya Naura, Tengku apa khabar?."
Naura hulur tangan bagi menyantuni Tengku Zabrina,Namun tangan nya dibiarkan begitu sahaja malah wanita itu tersenyum sinis dengan pandangan jijik terhadapnya.
"Dulu I pernah berkenaan nak jadikan you sebagai menantu,.Tapi lepas I tahu apa yang you buat dengan abang sepupu you sendiri.Perasaan berkenaan tu dah jadi menyampah.."
"Bonda don't say like that please!."
Tengku Khaizuran sudah serbah salah melihat wajah Naura ketika ini.Tidak sangka bondanya akan berkata begitu pada Naura. Keadaan yang tegang itu membuatnya tersepit ditengah- tengah.
"Bila ada suami buat macam ada suami,jangan berkelakuan seperti perempuan yang haus kasih sayang dari lelaki lain.."
Sunguh sinis dan menyakitkan hatinya apa yang wanita itu katakan padanya.Hingga satu persatu air matanya menitis menyapa lantai.
"Saya tak pernah bersikap curang dengan Zafran.
Dan saya tak pernah terhegeh-hegeh untuk meraih perhatian dari anak lelaki Tengku.Hubungan kami hanya sebagai kawan biasa tak lebih dari itu dan saya ikhlas untuk menjalin persahabatan dengan Khai."
Airmatanya disekah laju, bibirnya yang bergetar digigit kuat.Tengku Zabrina berpaling pandang dari melihat wajah Naura.Baginya Naura hanya bermuka-muka meraih simpati dari anak lelakinya.
"Perempuan yang baik takkan suka-suka ikut lelaki lain balik rumah.Nak lagi kalau dia sedar diri yang dia dah bersuami."
"Saya tak berniat nak datang sini."
"Tak berniat?..so you nak tuduh anak I yang berniat dengan perempuan tak ada rasa malu macam you ni."
Makin sakit hati Tengku Zabrina bila Naura tidak mengalah dan mahu membela diri sendiri tanpa rasa bersalah.
"Saya akan keluar sekarang, terima kasih atas teguran Tengku sebentar tadi.."
Kali ini wajah Tengku Khaizuran dipandang,.Lelaki itu memandang dirinya dengan tangisan yang tersembunyi di balik mata yang berkaca.
"Khai I minta maaf sebab dah pernah susahkan you.Lepas ni you dah tak payahlah nak jumpa dengan I,.Thank you very much! for all your kindness to me."
Banyak yang ingin diperkatakan pada lelaki itu sebagai ucapan terima kasih.Tapi dia tidak mahu dianggap sebagai seorang yang berlebih-lebihan melihat bonda lelaki itu sudah menunjukkan jelingan tajam padanya.
Perlahan kakinya mengorak langkah menuju ruang tamu.Tengku Khaizan hendak mendapatkan Naura namun segera dihalang bondanya bila tanganya ditarik dan diberikan isyarat mata oleh bondanya ketika itu.
"Don't you dare Khai..Bonda dah puas bersabar dengan you selama ni.So jangan uji tahap kesabaran bonda."
Peringatan diberi pada Tengku Khaizuran.Membuat lelaki itu tidak berdaya dengan kata-kata bondanya sendiri.
* * *
Setelah menekan dijit kunci penthouse nya.
Naura bersandar pada pintu rumah, terduduk lemah dengan air mata bergenang yang tanpa dipinta mengalir membasahi pipinya.Sungguh ia lelah dengan sikap manusia disekeliling nya,apa mereka melupakan ada tuhan yang melihat setiap perilaku mereka itu,.Atau mungkin dia tersedar ini balasan dosa-dosanya yang lalu terhadap Zafran.
"Ya-Allah engkau peliharalah kesucian diri ku ini hanya untuk yang halal bagi diriku, Kuatkanlah ikatan suami isteri antara kami ya Allah."
Setelah puas menagis hatinya sudah sedikit tenang beg tangannya dibuka mencari keberadaan telefon bimbitnya.Keluhan kecil terdengar dari bibir mungilnya setelah melihat pesanan yang dihantar oleh suaminya.
Nombor Zafran dihubungi,terukir segaris senyuman bila panggilan telefon diangkat begitu laju.
"Kenapa sayang baru telefon?,lama tau Abiy tunggu sayang."
Kalau sahaja Naura tahu betapa dia risau bila telefon dan pesanan yang dihantar pada isterinya itu tidak dibalas.
"Waalaikumussalam Suami ku sayang, sorry sayang busy sikit..Abiy dah sampai?.,berapa hari abiy kat pinang?."
Zafran tersenyum tersedar yang dia lupa memberi salam hanya kerana risau akan keadaan isterinya.
"Dah sampai, sekarang abiy dah kat hotel.Petang' esok abiy akan balik..Sayang dah sampai rumah dah makan?."
Naura tidak menjawab pertanyaan dari Zafran emosinya untuk menagis cuba untuk ditahan.
"Sayang abiy tanya ni?."
"Sayang kenapa diam je ni?."
Naura tetap diam, Kedengaran hembusan nafas berat terluah dari bibir suaminya dihujung talian.
"Sayang are you ok, jangan buat abiy risaukan sayang dalam jarak yang jauh ni."
"I miss you.."
Akhirnya tangisan itu tidak dapat ditahan lagi.Zafran menjadi serba tak kena dibuatnya.Dia sudah tidak senang duduk mendengar tangisan Naura.
"Abiy miss you too.. please don't cry.Abiy janji lepas je semua urusan kat pinang selesai abiy akan balik ok."
Dia ke pinang kerana satu pekerja buruh binaan dan arkitek mengalami kemalangan dibangunkan yang bakal dibina itu.Semuanya perlu disetap kembali.
Itupun dia pergi tanpa berpamitan hanya pesanan yang dihantar pada Naura.
Isterinya cuba dipujuk maka makin menjadilah tangisan si isteri dihujung talian.
"Sorry sebab dah buat Abiy terikat dengan sayang.Sorry dah menyusahkan.."
"Sayang stop!,apa yang sayang merepek ni.?"
"Abiy ikhlas terima sayang apa adanya,tulus cintakan sayang so stop fikir yang bukan-bukan please!..."
"Sayang cintakan Abiy.Tolong jangan tinggalkan sayang walau bagaimanapun keadaannya nanti yang akan datang menghimpit ujian dalam rumah tangga kita please biy.!"
"Sayang cinta hati Abiy dunia insyaallah akan berkekalan hingga ke jannah.Abiy takkan pernah sesekali tinggalkan sayang, Hubby sayang ni kan dah janji akan melindungi isteri cantiknya yang cenggeng kuat nangis ni."
Ketika itu Naura sudah mampu tersenyum dalam tangisannya mendengar apa yang Zafran katakan padanya sebentar tadi.
"Biy jangan pergi terlalu lama tau.., Promise!."
"Promise to you my sweety."
Dengan bersungguh dia berjanji pada isterinya.
"Abiy jangan lupa makan.!.Sayang nak pergi mandi dulu see you soon bye assalamualaikum.."
"Not yet..Give me some kiss first baby..!"
"Mengada lah Abiy ni."
"Sayang Abiy tengah tunggu ni."
Matanya sudah terpejam dengan senyuman yang melebar keteliga.Naura mendekatkan skrin telefon ke bibirnya.
"Nak kiss baliklah lekas."
Meski tidak dapat apa yang diinginkan,Zafran tetap tertawa besar pasti comel telatah Isterinya ketika itu.Membayangkan sahaja sudah membuatnya geram.
Setelah perbualan singkat itu tamat.Naura menuju ke balkoni pintu slaid ditolak lalu duduk bersandar dibangku teras rotan berwarna coklat itu.Matanya tertacap memandang gemerlapan ibu kota metropolitan itu.
Naura teringat akan amblop yang diberi padanya oleh Ridwan lalu membuka isi beg tangannya.
Lega rasanya melihat sampul surat itu masih terlipat kemas.
Isi kandungan sampul itu dibuka satu kertas dikeluarkan.Naura membuka lipatan lukisan dengan dahi berkerut setelah melihat lakaran wajah seorang lelaki.
"Macam..tsk.."
Naura berdecit lalu dahinya dipicit seakan sakit kepala mengigat wajah lelaki itu.
"Rasanya ni tukang kebun kat taman sekolah..Jap muka ni macam familiar,I think rupa dia sama macam lelaki kat parking."
Dia sudah bereteka- teka teringat pertengkaran kecil dengan seorang lelaki misteri beberapa bulan lalu.Kalau lelaki ini adalah tukang kebun..
"Area parking..oh my god so kemungkinan besar dia tinggal kat bangunan kondo ni."
Naura menekup mulutnya dengan mata terkebil-kebil terkejut dengan andainya sendiri.
"Sebab tu ke dia senang nak tahu pergerakan Aku."
"Astaghfirullah,Allahu..lelaki saiko ni nak apa sebenarnya."
Dadanya diurut yang terasa berdebar berbaur takut dengan kenyataan yang baru diketahuinya itu.
Sorry guys lambat update,lately Sky busy sikit. But insyallah lepas ni Sky akan cuba rajin update. Sorry jugak if banyak typo tak sempat nak check. Btw jgn lupa bagi komen ok :)
Share this novel