BAB 18: LUNCH WITH TENGKU

Romance Series 11121

Berkali-kali lonceng ditekan namun tiada sahutan yang diterima dari tuan rumah.Dari semalam Zafran risaukan Naura tidurnya juga tidak lena memikirkan perasaan isterinya.

Zuyin mengintip dicelah-celah langsir.Kecik-besar saja Zafran dilihatnya dengan rasa geram yang membuak-buak.

"Kalau orang tak nak terima kedatangan kau tu faham sendiri lah.Haishh..apa aku nak buat ni kejutkan Naura ke?."
Zuyin segera mengatur langkah yang laju menuju bilik yang ditiduri oleh Naura.

"Naura bangun.!"
Naura berguman entah apa-apa tidak jelas pada pendengaran Zuyin.Pasti Naura tidak selesa tidurnya terganggu.Payah jugak pujuk Naura menangis semalam hingga ke subuh.

"Naura wake up!..Suami kau ada kat luar tu."

"Aku gantuk lagi ni."
Zuyin meregangkan rahangnya kiri ke kanan,bahu Naura digoncang lagi kali ini lebih kuat.

"Auch..Sakit...."
Bulat mata Zuyin bila teringat akan luka Naura.

"Naura kau ok tak ni.?."
Diam,tiada respon yang diberikan,Makk.. ai Dia tidur balik pulak.

"Naura kau dengar tak apa aku kata tadi?.Zafran ada kat depan pagar rumah aku sekarang ni.,Hey.. bangunlah!."
Zuyin separuh berteriak,.

"Ha..mana-mana..kat mana?."
Laju badannya ditegakkan,matanya tercari-cari sosok tubuh Zafran diruang bilik.

"Suami kau ada kat depan pagar."

"Ha'.."
Terkebil-kebil Naura dibuatnya.Macam mana Zafran boleh tahu dia kat sini.

"Serius lah kau jangan main-main?."

"Naik main apanya?,kau ingat aku nak main pondok-pondok.Telinga aku ni dah naik bingit dengar lonceng tu berdesing dari tadi."
Zuyin memicit kepala pusing.Wajah Naura dipandang penuh pengertian.

"Macam mana dia tahu aku kat sini?."

"Kau tanya aku apa hal?.Kalau butik kau pun dia boleh hancurkan sekelip mata apatah lagi kau yang kecik ni, kacang lah bagi dia."

"Kau suruh dia blah..cakap kat dia aku tak ada!."
Naura menarik selimut nya laju.Membungkus seketul tubuhnya yang penat luar dan dalam, tentang soal cinta yang bodoh.Fikiranya cukup bercelaru macam mana dia nak berhadapan dengan Zafran dalam keadaan yang lemah.

"Kau rasa dia akan percaya?.kalau dia tahu rumah aku kat sini.. menurut kau apa Naura?."

"Cakap aje apa yang kau rasa patut, yang penting aku tak nak tengok muka dia sekarang!."
Naura berkata dengan wajah bertutup selimut nipis namun matanya terbuka di balik selimut.
Zuyin mengangguk faham dengan situasi Naura.
Segera dia berdiri dari duduknya.

Naura menarik selimut ke paras dada lalu menghembus nafas kasar.Kaki dijulurkan turun dari katil mengintai perbualan Zafran dan Zuyin.

"Kenapa Aura perlu jatuh cinta pada abang?.Benci sangat ke abang pada Aura?."
Airmatanya mengalir lagi.Arghhh sungguh Naura membenci air mata ini,kenapa harus Zafran yang menyakitinya.

"Kau nak apa?."
Zuyin berjalan menapak mendekat kearah Zafran yang hanya dipisahkan pagar besi putih dihadapan mereka.

"Aku nak jumpa Naura!.Aku tahu dia ada kat dalam.."

"Hahaha...menyedihkan."
Zuyin ketawa mengejek.

"Sepatutnya kau jaga dia elok-elok bukan biarkan Naura pergi...Ops lupa macam mana Naura tak lari kalau dia dah terluka dengan penghinatan dari lelaki yang sangat dia cinta.. Sekarang kau rasa sendiri macam mana orang yang kau sayang tak percayakan kau."
Berdesing telinga nya bila sahabat kepada isterinya itu menempelek nya dengan padu sekali.

"Naura hanya salah faham.. tolonglah aku nak jumpa dengan Aura! Aku akan jelaskan semuanya pada dia."
Pagar besi dipegang kejap dengan kedua tangannya.Matanya sorot memohon pengertian pada Zuyin.

"Apa kau kata?.salah faham,Naura sendiri cerita pada Aku,Kau langsung tak menolak bila perempuan tu cium kau didepan isteri kau sendiri..Boleh tak kau jadi manusia yang berhati perut sikit!.Aku harap sangat yang jodoh kau dengan Naura takkan panjang.Kau tak layak untuk Naura."
Lancar sahaja kata-kata yang menyakitkan hati dihambur pada Zafran.

"Kau cakaplah apa yang kau nak!Yang penting bagi aku adalah Naura bukan pandangan kau terhadap aku,mana isteri aku,..aku nak jumpa dia!."
Zafran mengoncang pagar dengan tidak puas hatinya hingga mengeluarkan bunyi sumbang mengganggu pendengaran yang menyedarinya.

"Cukup-cukuplah sakitkan Naura.!Kalau kau suka dengan Qaisara lepaskan Naura untuk dia cari kebahagiaan sendiri!.Kau tak reti appreciate dia dalam hidup kau ke?"

"Kau hanya orang luar,jangan ikut campur urusan rumah tangga orang lain !."
Zuyin pula yang kena tempelek kerana emosinya.

"Aura keluar sayang abang kat sini, jomlah balik!.abang rindu sayang.."

"Naura takde kat sini..Tolong jangan buat bising nanti jiran saya terganggu."

"Maaf, tapi aku takkan pergi tanpa Naura.."
Zafran tetap berkeras ingin bertemu dengan isterinya.

"Aku tak tahu lah apa yang Naura pandangan kat kau selama ni?..harapkan muka je elok perangai.."
Zuyin tidak jadi meneruskan kata-katanya geram sangat ni.Zafran dipandang lagi kali ini keningnya diangkat mengalahkan kan Ziana Zain.

"Baik kau pergi Sebelum aku telefon polis!."

"Fine'.. aku akan pergi sekarang,tapi aku akan datang lagi selagi Naura tak nak jumpa aku dan ikut aku balik."

"Terpulang kepada Naura, keputusan bukan kat aku..Tapi aku harap sangat Naura takkan kembali pada kau!."

Zafran tidak mengendahkan kata-kata Zuyin.Sempat pandangan nya melilau ke halaman rumah masih berharap Naura akan keluar menemuinya.Dengan langkah yang dipaksakan Zafran terpaksa jua pergi untuk saat ini.

Melihat Zafran berlalu pergi,Zuyin mengeluh dan mengatur langkah masuk ke dalam rumah.
Zuyin terkedu melihat Naura duduk berteleku di atas sofa.Dihampirinya Naura dalam keadaan khuatir.
Naura memandang Zuyin dengan mata yang sudah merah punca tangisan sebentar tadi.

"Ya Allah..Asal kau nangis lagi ni?. Tolonglah jangan jadi lemah sangat!."

"Aku tak kuat Yin,aku rasa aku isteri yang berdosa tak dengar penjelasan dari Zafran..Tapi aku tak boleh pandang muka dia,sakit aku sakit Yin.."

"Aku tahu,..Tapi aku rasa Zafran tak salah."
Zuyin dipandang dengan pandangan datarnya.

"Maksud Kau?."

"Aku nampak tadi dia bersungguh sangat nak jumpa dengan kau.Aku boleh nampak keikhlasan dia,tapi manalah tahu laki kau tu ada bakat berlakon kan."
Walaupun Zuyin mengutuk lelaki itu tadi.Dia juga membaca dengan teliti tiap air muka yang Zafran pamerkan.

"Aku cuma boleh cakap dua perkara..pertama perempuan tu yang berniat nak bagi korang gaduh.Kedua adalah seperti apa yang kau anggap semalam."

"Entahlah Aku tak tahu nak cakap apa.,Hati Aku sakit sangat.Sisi lain Aku kecewa satu sisi lagi aku rasa bersalah." Naura membetulkan duduknya kepalanya dilentokkan pada bahu Zuyin.

"Sudahlah tu!.Apa yang kau perlu buat sekarang adalah bertenang lupakan sejenak apa yang berlaku semalam!."
"Fasal butik tu..,macam yang kita bincangkan semalam lah,Aku dah upah orang untuk baik pulih dan deko balik butik kau tu.Tengah hari ni dorang akan start..So kau relax and stay cool je.!"

"Aku risau butik tu akan hilang tarikan lepas apa yang berlaku.."

"Kau jangan banyak fikir sangat, insyaallah semuanya akan berjalan lancar."
Zuyin mengusap lengan Naura lembut.Naura pejam mata mencari kedamaian namun terbayang penghinatan Zafran padanya.Naura mendengus kecil, Hujung bibirnya digigit kuat menahan rasa sakit hatinya yang belum surut lagi.Dulu Naura mengejar Zafran kerana rasa cinta.Sanggup merangkak meski ditolak berjuta kali.Sekarang dia menjauhkan diri kerana rasa sakit kerana terluka, ternyata perasaan cemburu seorang isteri itu lebih menyakitkan.

* * *

Tidak henti matanya memerhati perempuan cantik dihadapannya tika ini.
Satu kata yang mampu untuk digambarkan dengan situasi hatinya,adalah bahagia yang teramat dapat bertemu dengan Naura setelah pulang dari melakukan perjalanan perniagaan yang membosankan di Beijing.Rindunya yang membuak-buak pada Naura diurungkan dalam beberapa hari.

Setibanya pulang ke Kuala Lumpur tadi pagi nombor orang pertama yang dihubungi adalah gadis dihadapannya ini.

"Terima kasih sudi keluar lunch dengan I."

"I yang sepatutnya ucap terima kasih pada You,sebab You dah banyak tolong I."
Naura ketawa kecil mengingat bagai mana pertemuannya bersama dengan lelaki ini.Lelaki yang kerap kali membantunya.

"How is your boutique?"
Soalnya ingin tahu.

"Macam tulah, sekarang ni tengah dalam proses baik pulih."

"You nak I tolong apa-apa tak.?"

"Terima kasih tapi I tak nak menyusukan You,I can handle it."

"But if you need help just tell me ok!."
Tawarnya lagi pada Naura.Naura hanya mengangguk megangapi.
Makanan yang terhidang langsung tidak membuka seleranya.Sedikit sahaja yang dimasukkan ke dalam mulut itu pun mengambil masa yang lama untuk lalu ditekaknya.

Tengku Khaizuran sembunyi senyum memerhati Naura,potongan daging stik dimasukkan ke dalam mulut.Sambil mengunyah mata tidak henti menatap Naura, untung tidak disedari empunya badan.

"Are you ok?."
Soalnya melihat wajah Naura yang sugul seperti memendam sesuatu.Naura tersenyum paksa lalu mengangguk.

"Naura..If you don't mind may I know about yourself?."

"Nothing special about myself,I hanya anak yatim membesar tanpa orang tua disisi.So what do you want to know?"

"I'm really, really sorry..I tak bermaksud buat you sedih."
Katanya penuh serba salah.

"It's ok..Kenapa nak minta maaf jika benda tu adalah satu kenyataan.I bukan hidup untuk meraih simpati untuk dilihat sebagai seorang insan yang menyedihkan.."
Dilihatnya Naura banyak menunduk sak dari mula mereka datang kesini,. Untung bagi Naura sembab pada matanya sudah surut,segan juga jika lelaki ini menegurnya.

Lalu keduanya diam menikmati makan tengah hari mereka.Terlintas difikiranya untuk bertanya sesuatu pada Naura,.

"Maaf hari tu I tak segaja dengar perbualan You dengan Zafran masa You datang ofis Zafran..Jika I boleh tahu apa hubungan You dengan Zafran?."
Dia juga mendengar dengan jelas Naura memanggil Zafran abang.

"Zafran abang sepupu I."

"You cintakan dia?."
Soalnya dengan penuh debar matanya tunak memandang Naura.Mana lah tahu tempoh hari telinganya salah berfungsi dengan baik.

"Sangat!.."

"Nak lagi hubungan kami sekarang bukan sekadar adik dan abang sepupu!. Kalau You nak tahu Zafran tu adalah suami I."
Tengku Khaizuran meraup bibirnya kasar hatinya bagai diramas sesuatu yang amat menyakitkan.Oh gila rasanya,dia akan gila yang teramat, macam mana selama ini dia boleh hanyut memendam rasa cinta pada isteri orang.Orang upahnya tidak memberitahu mengenai status perempuan dihadapan nya ini.Itupun orang upahnya mengalami kesukaran menyiasat latar belakang Naura seakan kehidupan peribadinya ditutup rapat.

"You tak apa-apa ke?."
Soalnya dengan risau melihat wajah Tengku Khaizuran sudah memerah,mana tahu lelaki itu tercekik.

"Don't worry I'm fine."
Napkin di capai membersihkan mulutnya,sebaik mungkin riak wajahnya yang sedang kecewa di kawal dihadapan Naura.Semenjak bila Naura jadi isteri kepada Zafran adakah dia sudah terlambat meraih cinta perempuan cantik dihadapan nya ini.Diperhatinya Naura yang tidak berselera makan lebih tepatnya jasad ada disitu tapi fikiran jauh menerawang.

"You nak tukar menu?."
Naura menggeleng perlahan, dilihatnya Naura sedikit sahaja menjamah makananya.

"Dah berapa lama You dan Zafran khawin?."

"Dah seminggu dah,hari tu masa you tolong I dari tiga mangkuk tu actually I baru jadi isteri Zafran."
Naura tertawa kecil, Tengku Khaizuran terkedu mendengar penjelasan Naura, maknanya.. difikirkannya sekarang adalah Naura ditinggalkan sendirian disitu adalah angkara Zafran.

"You kahwin dengan Zafran atas dasar cinta?."
Lagi Naura angkat mukanya menatap wajah Tengku Khaizuran yang sudah berubah serius.

"Maaf kalau I nampak macam penyebok."
Naura tersenyum hingga menyentak hati Tengku Khaizuran.Senyuman itu sungguh membuatnya gila bayang akan Naura.Kalau sahaja dia yang terlebih dahulu bertakhta di hati Naura.

"Maaf tapi boleh tak I memilih untuk tidak menjawab."

"Sure,up to you."

"Kekasih You tak marah ke keluar lunch dengan I?.Hahaha..buat apa dia nak marah kitakan just friends."
Naura ketawa lepas dan segaja mengubah topik perbualan berubah kepada Tengku Khaizuran.Naura tidak selesa bila Tengku Khaizuran seperti ingin mengambil tahu soal hidupnya.

"I takde kekasih,I masih single dan tetap akan macam ni."
Aduh sunguh sakit rasa hatinya bila Naura menekankan kenyataan bahawa mereka hanya sekadar kawan.Naura kerut dahi biar betul lelaki tampan macam ni tak ada kekasih.Jual mahal kut,andaian Naura pada Tengku Khaizuran.

Naura keluar dari restoran western itu terlebih dahulu, Sepatutnya Naura yang akan membayar bil lunch mereka memandang Sebelum ini dia sudah berjanji untuk belanja Tengku Khaizuran. Tapi dihalang keras oleh si lelaki tampan nan menawan itu nak lagi lelaki itu masih dalam restoran melayan karenah peminat nya.Ceh..lelaki itu dah mengalahkan artis yang mempunyai populariti yang gah.
Naura melangkah tidak tentu arah,namun langkahnya terhenti melihat Qaisara dihadapannya.Punya besarlah KL ni,boleh pulak dia terserempak dengan perempuan plastik ni.Atau perempuan ni memang mengekori dirinya.Hatinya kembali sakit mengenang penghinatan Zafran bersama Qaisara semalam.

"Selamat pengantin baru wahai bakal madu ku."
Ucap Qaisara dengan penuh muslihatnya.Wajah menyampah dan marah Naura tidak di endahkan lagi dia suka melihat wajah Naura begitu.

"Kau nak apa lagi dari Aku?.Kau memang takkan hidup bahagia ke kalau tak hancurkan kebahagiaan orang lain."

"Dah hobi aku nak buat macam mana lagi kan."
Dilihatnya Qaisara mengusap perut dan tersengih matanya tajam memandang raut wajah Naura.Keningnya hampir bercantum melihat perlakuan kucing miang itu.

"Kau kena bersiap untuk diceraikan!.Aku dah mengandungkan anak Zafran.."
Naura hampir terduduk mendengar bicara Qaisara, lututnya terasa longgar.Hapir sahaja dia pitam disitu jika tidak kuat.Sejauh itukah hubungan Zafran bersama Qaisara.Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku pada hidupnya tika ini.

"Naura are you ok?."
Tanya Tengku Khaizuran dengan penuh kerisauan ketika menghampiri Naura.
Bahunya dipegang kejap,Naura mengangguk dengan isyarat dia baik-baik sahaja.

"Kau tak payah berlagak suci marahkan Zafran!. Sedangkan dalam masa yang sama kau curang dibelakang dia, Kau juga main kayu tiga dengan lelaki lain."
Tuduh Qaisara dengan yakin diri, perasaan Naura langsung tidak dikisahkan.Detik kemudian Naura ketawa kuat membuat Tengku Khaizuran dan Qaisara keheranaan.

"Betul ke anak dalam perut Kau tu anak Zafran?.Atau mungkin kau sendiri tak tahu siapa bapak pada anak haram kau tu."
Sengaja Naura berlagak kuat dihadapan Qaisara,Dia tidak ingin terlihat lemah.

"Ni anak Zafran lah!Kau sendiri tahu macam mana hubungan kami."

"Hubungan macam mana erkk?."
Lagi Naura tersenyum puas melihat wajah tidak puas hati Qaisara.

"Aku tak habis lagi dengan Kau,."
Qaisara jeling tajam pada Naura sebelum berlalu pergi.Gagal rancangan nya untuk memarakkan api kemarahan Naura pada Zafran, melihat lelaki bersama Naura ketika ini adalah bukan orang kenamaan yang biasa-biasa.

"Who?."
Soal Tengku Khaizuran ingin tahu.

"Perempuan gila."
Lelaki itu tergelak,membuat Naura merengus.

"Why you laugh Mr Khai,?."
Tengku Khaizuran gigit pipi menahan tawanya dari meletus.

"Yes I gila sebab layan orang gila."
Akhirnya tawa Tengku Khaizuran pecah, lelaki itu ketawa terbahak-bahak mengundang perhatian orang yang lalu di sekitar mereka.

"Kenapa You gelak?.Orang pandangan kita lah.."
Naura ketap gigi kuat menahan geram nya , melihat lelaki itu galak ketawa tidak ingin berhenti membuat Naura makin menjadi geram.Laju bahu Tengku Khaizuran di pukul nya.Makin kuat tawanya melihat wajah kesal Naura.Alah pukul-pukul manja gitew...

Tengku Khaizuran sengaja ketawa,agar Naura tidak memikirkan sangat kata-kata perempuan sebentar tadi.Hatinya sendiri sedang sakit akan status Naura tika ini, perlukah dia menjadi lelaki egois untuk mendapatkan Naura menjadi miliknya.

Naura berhenti memukul lelaki itu bila tersedar akan kelakuannya.Hampir sahaja dia terleka tadi.

"Sorry."
Wajah Tengku Khaizuran dipandang segan.

"It's ok,but I like it!."

"Ha'.."
Jeda, bibirnya separuh terbuka bingung dengan kata-kata Tengku Khaizuran.

"What you.."

"Forget it!."
Ayat Naura disekat laju.Keduanya diam dalam keadaan yang canggung.
Naura penyeluk iphonenya dalam beg tangan.
Terangkat rahangnya melihat empat puluh panggilan tidak dijawab dari Zafran,Naura jadi serba salah dibuatnya.

"You free tak?."
Matanya yang menatap skrin telefon dialihkan memandang Tengku Khaizuran.

"Kenapa?."

"Nak ikut I pergi satu tempat yang menarik?."
Dilihatnya kening Naura terangkat detik kemudian tersenyum.

"Boleh jugak.Petang karang I nak jenguk butik,you nak bawak I pergi mana?."

"Rahsia."
Naura diam dengan mata terkebil-kebil.

"Ok let's go.."
Mereka berdua berjalan beriringan.Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhati,gambar mereka berdua turut diambil tanpa pengetahuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience