BAB 36: SIMPATI

Romance Series 11121

Petang Rabu, pasangan suami isteri itu selamat tiba di balai ketibaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.

Zafran tersenyum lebar apabila melihat kelibat Iskandar.Dari jauh Iskandar melambai menyambut kedatangan mereka berdua.

"Hai bro senyum lebar nampak, masih mood honeymoon ke?."
Sapa Iskandar padanya ketika mereka berdua mendekat pada lelaki kacak berkulit sawo matang itu.Zafran tidak mengendahkan usikan Iskandar padanya.Pinggang isterinya dirangkul kemas membuat sahabat nya itu jengah dengan perangainya.

"Naura how are you?."

"Good."
Iskandar tersenyum lebar memandang Naura.Entah mengapa dia tidak mampu mengalihkan pandangannya dari Naura yang kelihatan berseri malah cantik yang teramat.
Zafran yang melihat itu, terpaksa menyengol lengan Iskandar penuh kesal.

"Tahulah bini dia cantik jangan lah cemburu sangat."

"Kau nak Aku korek bijik mata kau ke Is pandangan isteri Aku macam tu?."
Naura tergeleng kepala atas sikap suaminya itu.

"Eh' sorry lah Zaf,bini Kau masayallah makin cantik.Aku ingat nak cari calon isteri yang ada mix Indon lah."
Tergelak Iskandar melihat kerutan halus pada dahi lelaki itu.

"Habis Afifah kau nak letak mana?."
Iskandar garu kepala lalu tersengih dengan kata-kata Zafran padanya.Naura tercuit hati dengan telatah dua lelaki itu.

"Tadi Aku ada terserempak dengan Noah dia hantar sorang awek.Rasanya perempuan tu pekerja syarikat penerbangan ni.Eh bukan dia mengajar kat Pahpppmmm."
Zafran menekup mulut Iskandar lalu tersengih pada isterinya.Naura pandang mereka pelik dengan rasa curiga.Naim sudah memberitahu soal Noah pada Iskandar,tapi Iskandar hampir sahaja terlepas cakap pada Naura.

"Noah hantar Amalin ke,Tadi Iskandar cakap Mengajar tu siapa?."
Zafran dipandang dengan tidak berkedip mata.Naura sudah tahu Amalin berkerja sebagai stewardess sejak dari perkenalkan pertama mereka.Malah ketika Naura ingin ke bali dia juga terserempak dengan Amalin.Tapi yang menjadi kemusykilan nya adalah ayat terakhir dari Iskandar itu.
Zafran akhirnya mengalah dengan tatapan isterinya lalu menceritakan perkara sebenar.

"Noah kerja jadi seorang cikgu."
Naura yang mendengar hanya beraksi biasa.
Takkan benda begitu dia perlu terkejut,jika itu memang keinginan Noah untuk apa dipersoalkan jika tuan badan sudah memilih jalan hidupnya sendiri.

"Tahu.."

"Macam mana sayang tahu.?"

"Kan biy baru bagi tahu tadi."
Akhirnya pecah jua tawa Iskandar mendengar kata dari isteri sahabat nya itu.Zafran tersenyum geli hati lalu mencuit hidung isterinya.

"Dah pandai dia ni nak kenakan biy sekarang."

"Sayang nak pergi ladies kejap.."

"Nak biy teman?"

"It's ok, sayang boleh pergi sorang diri."

Naura memasuki satu ruang tandas selang beberapa minit dia keluar, hampir sahaja dia tergelincir jika tiada tangan yang memegang bahunya.Naura mengurut dadanya kerana terkejut tidak dapat dibayangkan jika dirinya terjatuh tadi.

"Are you alright?"
Suara wanita itu menyedarkan dirinya,Naura menoleh ke sisi memandang gerangan orang yang telah membantunya.

"Thanks..tentu saya akan tergelincir jika cik tak tolong saya tadi."

"Perkara kecil je,.Lantai ni licin maybe cleaner lambat nak bersihkan."

"I have to go."
Perempuan itu menilik jam tangan miliknya lalu tersenyum manis terhadap Naura.

"Semoga kita akan bertemu lagi,dan pada masa tu saya harap cik akan sudi meluangkan masa untuk minum bersama saya."

"Tak perlu terlalu terhutang budi,ok."
Akhirnya perempuan itu berlaku pergi, Naura menghela nafas,.

"Sorry sayang ibu cuai sangat,"
Naura mengusap perutnya dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

"Jom."
Zafran menarik nafas lega bila melihat isterinya sudah datang .
Mereka bertiga jalan beriringan keluar.
Setelah memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.Iskandar menghantar Naura dan Zafran pulang ke rumah Tan Sri Khalid.Zafran tidak mahu membawa Naura pulang ke kondo mereka.Penthouse itu terlalu banyak kenangan pahit dari manisnya.Dia tidak mahu isterinya mengingat semua perlakuan kasarnya terdahulu.Nak lagi sekarang isterinya itu sedang berbadan dua.Zafran tidak mahu Naura mengalami stress yang memberi kesan pada kandungan isterinya yang masih berada di peringkat awal kehamilan.

* * *
Malam yang Indah bagi Tan' Sri Khalid melihat kesemua anak- cucunya berkumpul seperti ini.Apatah lagi Naura dan Zafran pulang dari bali membawa berita gembira.Dia sangatlah berharap sempat menimang anak kepada kedua cucunya itu sebelum menutup mata.Ruang tamu itu dipenuhi gelak tawa dengan kehadiran seluruh ahli keluarga besar Tan Sri Khalid.Jaslina yang jarang datang juga turut serta.Jaslina berasa geli hati melihat Naura yang tidak ingin berenggang dengan Zafran.Mana tidak anak kepada arwah adiknya itu asyik berkepit dengan Zafran dengan begitu manja sekali.

"Esok ayah nak buat doa selamat.Jangan ada yang tak datang pulak."

"Bagus jugak tu.Rasanya dah lama kita tak buat doa selamat ni.Seingat Nas kali terakhir kita cuma buat doa tahlil tahun lepas kan."
Tan Sri Khalid mengiakan kata-kata anak lelakinya itu.Noah sudah tidak sedap hati.Esok dia akan mulai mengajar, cuti sekolah dah habis.Hai lah Tok ayah ni pun pandai cari taiming.
Sempat Zafran melirik adik lelakinya itu.Macam mana lah dia nak tolong Noah jika empunya badan nak sangat berahsia.

Sudah pastinya Datin Salwa sebagai ibu akan perasan dengan perubahan air muka Noah.Betul kata ayah mertuanya Noah selalu hilangkan diri.Apa yang menjadi ketakutannya Noah akan terjebak dengan kegiatan tidak berfaedah,Tapi itu tidak mungkin melihat anaknya yang satu itu adalah seorang yang penurut dan mendengar kata.Cuma soal kerjaya Noah agak berkeras.

"Awak fikir apa?."

"Fikir soal Noah.Abang dah cari tahu ke dia kerja kat syarikat mana?."
Dato'Nasir menghela nafas panjang.Keduanya bercakap dalam nada sederhana takut didengari oleh Tan Sri Khalid.

"Dah.."

"Kat mana?."

"Zafran cakap Noah kerja kat syarikat Kawan dia."

"Hem.. baguslah.Risau saya dengan anak abang sorang tu."

Noah memerhati sejenak satu persatu wajah seluruh isi ahli keluarga besarnya itu.

"Noa ada benda nak cakap.."
Semua mata tertumpu ke arahnya, lelaki itu menghela nafas panjang seketika.

"Macam serius aje bunyinya tu."

"Noa dah buat keputusan dengan Amalin untuk bertunang."

"Alhamdulillah syukur,"
Suara Datin Salwa begitu teruja, akhirnya anak keduanya itu sudah mampu memandang ke hadapan tanpa bergelut dengan perasaannya lagi.Begitu jua dengan wajah yang lain kelihatan begitu bahagia.

"Aku tumpang gembira untuk kau,semoga semuanya berjalan dengan lancar."
Zafran menepuk-nepuk bahu Noah beberapa kali.Naura juga turut senang dengan berita gembira yang Noah sampai kan.Biar kurang penyakit rasa cemburu suaminya itu bila Noah dan Amalin sudah terikat.

Tanpa sedar waktu sudah hampir menginjak ke angka sebelas begitu panjang sekali mereka semua berbual-bual.

"Kami nak minta diri naik atas dulu,.Aura perlu rehat."
Zafran berpamitan masuk tidur bersama Naura.Melihat isterinya itu yang seperti keletihan.

"Untunglah orang dah kahwin ni."
Tasya cebik bibir melihat kedua pasangan suami isteri itu bangkit lalu menghilang menaiki tangga.

"Habis tu kamu nak kahwin jugak ke?.Jangan nak gatal sangat habiskan dulu belajar tu."
Maka makin panjanglah muncung anak gadis Dato'Nasir dan datin Salwa itu bila ditegur oleh Jaslina.

"Apa Aunty Su ni."

"Kalau nak sangat kahwin pastikan lepas nak bab masak,bukan tahu pergi resto aunty Su aje."

"Mana ada Tasya buat macam tu.Lain lah dengan dua orang tadi nak jadi mak bapak budak dah."
Tasya tetap tak mahu kalah.Nama abangnya dan Naura pun dia nak petik sekali.

"Kamu pun sama jugak.Lepak dengan kawan-kawan kamu ingat resto aunty Su tu kedai mamak."
Noah yang melihat wajah adiknya itu sudah ketawa berdekah.

"Ayah harap sangat keluarga ni terus harmoni.Nas tolong jaga keluarga ni elok-elok bila ayah dah tak ada nanti.."

"Ayah kenapa cakap macam tu?,Ayah sihat lagi masih muda."
Tan Sri Khalid tersenyum,tahu anak lelakinya sengaja mengambil hatinya.

"Yelah ayah ni,jangan cakap pasal benda-benda sensitif sangat.Kami masih perlukan ayah kami tak nak kehilangan ayah."
Jaslina turut menyokong kata-kata abangnya.Suasana girang sebentar tadi sudah hilang.Sayu sekali rasa hati bila mengigat tentang kematian.

"Ayah ni dah tua.Ayah berehat dari perniagaan yang ayah sangat sayang nak tinggal sebab masalah kesihatan jantung ayah.Macam tu juga dengan keluarga ni nak tak nak satu hari ayah akan pergi jua."

"Tok ayah janganlah cakap macam tu!.Kami sayang pada tok ayah.Tak nak kehilangan tok ayah."
Kali ini Noah yang membuka suaranya,suara emas yang jarang didengar sejak lelaki itu balik dari luar negara.
Orang tua akan bersikap begini bila sudah berada di waktu senja mereka.Noah juga sedar sejak dia balik jarang sekali dia menghabiskan waktu bersama tok. ayahnya.

* * *

"Saya senag dan sangat berlapang dada dapat menerima kunjungan dari Puan Naura dan Tuan Zafran.Terima kasih sudi menjenguk budak-budak ni serta menghulurkan bantuan."
Naura mengukir senyuman lalu meraih tangan puan Hajah selaku pengetua di rumah kebajikan jagaan kanak-kanak itu.Dia juga turut gembira melihat anak-anak yatim ar-raudhah begitu senang dengan pemberian mereka berdua.

"Kami yang sepatutnya ucap terima kasih kak Hajah dah mengalu-alukan kedatangan kami berdua."

"Kalau kak Hajah tak keberatan, terima lah sumbangan kami yang tak seberapa ni."

"Allah' apa ni susah- susah je., Beberapa bulan lepas Tengku dan Puan baru beri sumbangan dalam jumlah yang besar ni nak tambah lagi,segan saya."
Naura sempat melirik perubahan air muka suaminya.

"Kami ikhlas,Apa yang suami saya bagi tak sama dengan Tengku bagi.Tolong terima Kak Hajah angap ni pemberian dari Zafran sorang."
Puan Hajah tidak punya pilihan lain bila Naura sudah berkeras begitu.Dia hanya mampu menitipkan doa pada kedua pasangan suami isteri itu.
Zafran menghidupkan senyuman nya semula melihat Naura begitu bahagia.
Ia apa sahaja yang membuat Naura tersenyum dia akan ok, terutamanya dengan hal-hal seperti ini.Naura meliarkan anak matanya mencari kelibat seseorang.Puan Hajah tahu siapa yang dicari Naura.

"Uyana ada kat taman belakang."

"Dia masih tak boleh biasakan diri dengan kawan- kawan dia?."

"Mood dia berubah-rubah kejap dia ok,kejap tu dia akan asingkan diri dari yang lain."
Naura menganguk perlahan, wajahnya kelihatan muram.Dia dapat merasakan kesedihan budak enam tahun bernama Uyana itu,Naura dapat melihat dirinya dalam diri Uyana ketika kehilangan mama dan papanya suatu ketika dahulu.

"Saya nak jumpa Uyana abiy nak ikut?."
Zafran tersenyum lalu meraih tangan isterinya dan berjalan ke laman taman belakang bersama.

"Hai sweety.."
Naura duduk disebelah Uyana lalu melemparkan senyuman,Budak kecil bernama Uyana itu kelihatan teruja lalu memeluk pinggang Naura.

"Aunty Aura.."
Begitu manja rengekan nya pada Naura.Zafran yang melihat hanya tersenyum dengan gelengan kepala.

"Kenapa duduk sorang-sorang kat sini?,tak join kawan-kawan yang lain…?"
Uyana memuncungkan bibirnya,pelukan pada pinggang Naura diketatkan, belakang anak kecil itu diusap lembut.

"Kenapa aunty dah lama tak datang?,Yana rindu dengan aunty.."
Naura melirik ke arah Zafran dan tersenyum dengan telatah budak enam tahun itu.

"Tu siapa?, uncle handsome mana?, kenapa dia tak datang dengan aunty?."
Bertalu-talu soalan diajukan pada Naura.

"Ni suami aunty.."

"Kenapa ni jadi suami aunty, kenapa bukan uncle handsome..?., Uncle ni nampak jahat.."
Amboi mulut kuat pok-pek rupanya.Zafran paling tidak suka bila dibandingkan dengan lelaki satu itu.

"Tak baik cakap macam tu, aunty dengan uncle handsome cuma kawan je."
Penerangan dari Naura cukup membuat mimik Uyana rasa bersalah.Zafran duduk berlutut di hadapan Uyana lalu meraih tangan anak kecil itu.

"Uncle tak jahat, uncle ada hadiah untuk Yana."
Satu beg kertas diberi pada Uyana, Setelah beg kertas itu bertukar tangan.Zafran mengusap sayang puncak kepala Uyana.
Uyana yang senang diperlakukan sedemikian kelihatan gembira lalu tersenyum.

"Terima kasih uncle, uncle tak jahatlah uncle baik."
Dan budak kecil berwajah comel itu pandai mengambil hati membuat Zafran tertawa halus begitupun Naura.Zafran menghulurkan tangannya.Lalu disambut Uyana dengan begitu ceria.

"Friend.."

"Friend."
Uyana menyambut tangan Zafran lalu menganguk beberapa kali dengan senyuman manis yang diberi.Naura tergelak kecil seraya menekup mulutnya, diperhatikan Uyana adalah seorang yang mudah mesra jika pandai melayaninya.

"Boleh Yana bukak?."
Zafran dan Naura dipandang silih berganti.

"Of course sweety,Mari uncle tolong."
Naura dapat membayangkan mungkin begini keadaan ketika dia dan Zafran bila sudah menimang cahaya mata.Sungguh indah saat itu dia tidak sabar menantikan saat-saat itu tiba mewarnai hidupnya bersama Zafran.

* * *

Bertentang mata dengan ayahanda nya cukup membuat Tengku Khaizuran kecut perut.Ini adalah tak lain tak bukan adalah kes dirinya meneguk arak terlalu berlebihan telah sampai ke pengetahuan Tengku Mokthar.

"In this case, ayahanda can no longer tolerate dengan Khai lagi.Kenapa makin hari Khai makin terasa teruk ni?."
Melihat kebisuan anak lelakinya Tengku Mokthar menghela nafas panjang.Berbicara mata kemata hati lelaki begini sudah cukup membuktikan si anak berada dalam keadaan sukar.

"Cari seseorang untuk dikahwini selain isteri orang lain.Atau perlu ayahnda setuju dengan bonda kamu untuk mencari jodoh untuk Khai"
Cadangan ayahnda nya membuat riak wajahnya tergamam.Entah mengapa hatinya begitu sukar menerima cadangan ayahnda nya.Atau hatinya sudah sepenuhnya dimiliki Naura.

"Ayahnda please don't act like I'm a kid.Khai dah besar."
Lama Tengku Mokthar merenung wajah Tengku Khaizuran.

"Dah besar?..then why make yourself like this?self-destructive,..drowning in feelings for people's wives?."

"Maafkan Khai..."
Begitu sayu pada pendengaran Tengku Mokthar ketika anak lelakinya itu mengucapkan kata maaf.

"Ayahnda faham perasaan Khai,tapi Khai tak boleh macam ni."

"I've tried to forget Naura but my heart hurts."
Kejujuran dari hatinya sudah jelas terpancar pada wajahnya yang keruh.Tengku Mokthar dapat melihat pada mata anak lelakinya yang penuh dengan luka.

"Jangan mencintai manusia melebihi tuhan dan bila dah terasa sakit seperti ini punca Khai lupa pada yang maha esa.Sedangkan dialah yang memegang hati setiap insan dan berkuasa membolak-balikan hati hambanya."
Tengku Khaizuran hanya membisu mendengar nasihat dari ayahnda nya.Dia yang terleka sudah terlalu jauh dari yang maha pencipta.Tengku Khaizuran terus-menerus membuat dirinya tenggelam dalam perasaan yang memberinya parut terlalu sukar untuk disembuhkan dan ketika dirinya menemui penawar pada hatinya yang terluka ternyata itu bukan penyelesaian malah kehancuran buat dirinya sendiri.

"Kecewa bukan pergi pada benda-benda yang memudaratkan.Mengadu pada Allah SWT,luahkan apa yang terbuku yang terasa berat dalam hati tu."
Tengku Mokthar bangkit dari duduknya meninggalkan anak lelakinya bersendirian.
Setelah ayahnda nya berlalu dari taman dia memejamkan mata lama lalu membuka semula.Pandanganya terarah pada bunga ros hasil tanaman bondanya.

"why do you do this to me?,awak buat saya terluka,..Why did I let you get hurt by a guy like Zafran.Dia berhak ke atas you tapi kenapa dia sanggup sakitkan awak Naura.Dan I terluka melihat you degan dia."

"Siapa yang bodoh dalam hal ini?."
Dia seumpama lilin yang membakar dirinya sendiri hanya untuk menerangi seseorang yang dalam kegelapan lalu seseorang itu lebih memilih bayang-bayang.

"Sedarlah Khai!.Dia milik orang, mereka berdua saling mencintai dan kau hanya melakukan perkara yang sia-sia."
Tengku Khaizuran meraup wajahnya penuh kesal.Begitu sakit.. Ternyata pengkhianatan cinta yang terdahulu tidak begini sakit mencintai hak milik orang lain.

Bunyi deringan telefon mengalihkan pandangannya lalu melihat gerangan si pemanggil.Dia berdecit, menyampah bila mengetahui siapa si pemanggil.

"Why,Your voice runs out as you scream the name of the man who attacked you in bed?."
Setelah melontar kata yang membuat dirinya sendiri sakit lelaki itu menarik nafas berat kepalanya dipicit sakit.Sudah lama dirinya bersabar dengan perempuan itu.

"Don't be a coward, I've forgotten you..I won't accept dirty things."

"Antara kita dah tak ada apa yang perlu diperbaiki.If you feel guilty,itu adalah jalan yang you sendiri pilih."
Tiada jawapan balas dari hujung talian,.Silap besar menghubungi dirinya ketika ini saat dia begitu dalam keadaan tertekan.

"I hope you already have a lot of money and don't have to work as a servant of lust.I consider your debt paid off with your destiny at that time very sad."
Tengku Khaizuran tahu kata-katanya telah melukai perempuan itu,tapi apa yang dirasakannya sepanjang bersama wanita itu jauh lebih sakit.

"I want to meet you,I miss you so much"
Tengku Khaizuran tergelak, sunguh ayat itu umpama satu jenaka baginya.

"Do you think,do you deserve to say that word?.three years is enough to make me a man who doesn't care for stupid love like you so don't bother me anymore.,we are not the same level dalam erti kata umpama langit dan bumi so you kena berpijak di dunia yang nyata.I takkan mencintai perempuan murah yang mendekati I hanya untuk duit."
Tengku Khaizuran terus manamatkan perbualan.
Dia bangkit berdiri menuju kearah pokok bunga rose.

"There are many types of flowers in this garden, why would you want to touch a rose?"

Dia ingin menyentuh bunga itu namun ditarik semula tanganya dimasukkan ke dalam kocek seluar bila mendengar suara kakak sulungnya yang berada di belakang.Tengku Khaizuran dapat merasakan kata-kata kakaknya itu seperti mempunyai maksud tersirat.Adakah bondanya sudah memberitahu kepada kedua kakaknya.Dia memusingkan badan dan melangkah semula untuk duduk dimana Tengku Khadijah sudah berpeluk tubuh memandangnya.

"Roses, look more charming and prominent."
Jawabnya lalu meneguk tea hangatnya,membuat Tengku Khadijah menyipitkan mata.

"Sama seperti isteri orang?."
Tengku Khaizuran tersenyum tipis lalu meletakkan cawan setelah selesai meneguk air tea yang hampir membuatnya tersedak.

"So bonda dah bagitau soal Naura Rosse?."

"Supermodel, dokter atau seorang gadis kenamaan you pilih,akak akan aturkan."
Tengku Khaizuran hanya tersenyum menganggapi kata-kata Tengku Khadijah

"Khai tak berminat"
Tengku Khadijah memandang sejenak wajah adik bongsunya cuba menyalami luka yang disimpan lelaki itu.Lalu memandang kuntum bunga ros yang mekar, bau haruman pelbagai spesies bunga begitu mengasyikkan.

"Bila kita tak temui permukaan air, pertama kita harus tahan nafas agar tak lemas.Kita perlu bertahan hingga sampai ke dasar.Dan ketika itulah kaki berfungsi untuk menolak."

"But if the water is too deep. You will suffocate before reaching the bottom."
Tengku Khaizuran tahu apa yang Tengku Khadijah cuba sampaikan padanya adalah satu bentuk perumpamaan untuk dirinya yang berada dalam dunia kelam.

Happy Reading ya semua❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience