BAB 47: ANDAI KU BERCINTA LAGI

Romance Series 11121

'Bunga ni nampak segar dan cantik ianya mengingatkan I pada you...'Naura hela nafas panjang membaca kapsyen gambar yang dihantar Tengku Khaizuran padanya.Setangkai bunga mawar dan bunga matahari dalam pasu glass kaca.Tidak manis jika nombor telefon lelaki itu disekat, selama ini Tengku Khaizuran banyak membantunya tidak ada satu sebab kesalahan yang kukuh untuk menyingkirkan Tengku Khaizuran dalam hidupnya.Mereka sahabat dan boleh dibilang kawan baik namun sejak peristiwa itu seakan seiringan berjalannya waktu hubungan mereka kian renggang.Dia yang memilih begitu.

'You murung tengok muka I so I hantar gambar bunga,, Takpe menyampah dengan I tapi jangan ignore pesanan teks watsapps dari I..'Satu lagi pesanan teks masuk, Tengku Khaizuran seakan tahu-tahu saja apa yang terlintas di fikirannya.Membuat Naura tergelak kecil, bunyi macam merajuk saja lelaki itu.

'Thank you,beautiful flowers(Emoji smile) Khai..i'm sorry about what I say to you, please jangan terasa dengan I.Kadang bila I dah cakap I menyesal kemudian.'

'I faham don't worry,I tak ambik hati.. lepas ni I takkan datang dah.'Berkerut dahi membacanya, adakah Tengku Khaizuran benar-benar merajuk dan berjauh hati dengan nya.Lelaki adalah makhluk yang sangat sukar dijangka.

'Lor you merajuk ke.Boleh je datang tapi janganlah kerap sangat nanti apa orang kata.Im sorry..'

'Mana ada I merajuk, orang cakap lelaki sangat buruk bila merajuk..'

'But if you merajuk mesti comel dah orangnya kacak.'Erkkk lain macam aje bunyinya,mesej itu dipadamkan walaupun telah dibaca.

'Kenapa delete..I ni dah tua tak sesuai dengan kecomelan,You saja nak ambil hati I,I tahu(Sad emoji.)'Pecah tawanya membaca pesanan berbaur rajuk dari lelaki itu, harus diakui lelaki sangat buruk bila merajuk.

"Amboi senyum-senyum mesej dengan siapa tu..."Tegur Datin Salwa dengan melabuhkan punggung duduk disebelah Naura.Laju Naura menekan butang home dan meletak telefon diatas meja.

"Kawan mommy..entah apa dia ni macam-macam perangai."Jawabnya cuba menyembunyikan dengan siapa dia berbalas pesanan.Dia tidak mahu datin Salwa berfikir yang bukan-bukan.

"If you ada someone special teruskan mommy restu.Jangan tutup hati Aura untuk terima cinta baru dalam hidup."Ujar datin Salwa tersenyum agak perit.Mulut berkata lain namun hati enggan Naura melepaskan cinta dari arwah anak lelakinya.Luahan hati puan Ayunda petang tadi cukup membuktikan bertapa Naura menderita menanggung duka kepergian Zafran dalam tempoh hampir setahun ini.

"Mommy, cinta Aura masih dan selamanya untuk arwah abang Zaf."Perit diluahkan dengan kenyataan itu.Mata sedikit berkaca entahlah membahas soal arwah Zafran hatinya bagai dicarik-carik atas kepergian suaminya.

"Zaf dah pergi dan takkan kembali lagi sayang.Aura dah macam anak perempuan mommy,kalau Aura bahagia mom akan doakan yang baik-baik.Kamu tahukan hanya Aura satu-satunya penerus keturunan arwah papa kamu.Takkan Aura nak hidup sendiri seumur hidup tanpa memberi keturunan pada keluarga ni"Ujar datin Salwa dengan menghela nafas panjang sebelum dilepaskan dan meneruskan kata-katanya.

"Mommy bukan nak masuk campur tapi kesian tengok puan Ayunda dihujung usia masih mengharapkan kebahagiaan tentunya cicit dari kamu sayang.."
Naura diam mendengarkan apa yang datin Salwa katakan.Ada benarnya, arwah ayahnya anak tunggal dan dia juga anak tunggal tidak punya adik beradik setelah ibunya meninggal dengan mengandungkan bayi yang sepatutnya menjadi calon adiknya.Tapi,Qaisara?.Dia jadi teringat pada perempuan itu sampai sekarang Naura masih belum mampu memaafkan apa yang telah Qaisara lakukan hingga meragut nyawa Zafran dan bayi dalam kandungannya.Sepertinya dia bukan tunggal dia mempunyai saudara lain dari rahim yang berbeza.Dan Naura masih belum mengatakan hal ini pada datuk dan neneknya bagaimana penerimaan kedua orang tua itu.Mampukah mereka menerima Qaisara, walau bagaimanapun Qaisara tetap darah daging mereka.

Tapi.. jika ditakdirkan dia berumahtangga lagi, siap lelaki malang itu.Mampukah hatinya mencintai lelaki lain selain Zafran, sedangkan nama Zafran Izmir sudah bertahun-tahun lamanya tertacap dalam hati menjadi melodi dan kenangan terindah dalam hidup nya.

*****
"Khabarnya cucu pemilik villa Samudera itu gila ya."
Ujar seorang wanita kepada dua sahabatnya.

"Ah' masa sih.."
Jawab Wanita yang satunya.

"Janda suaminya meninggal,udah hampir setahun status balu."Timpal wanita yang pada mulanya mengosip.

"Hati-hati aja kalau yang namanya janda apalagi punya darah balesteran.."
Dua wanita itu mencebik bila sahabat mereka berkata begitu.

Naura menunduk seketika lalu membuang muka ketepi tidak mahu Seulgi melihat takungan air mata pada sudut kelopak matanya.Hina sangat kah menjadi janda,balu yang ditinggalkan suami.Dia juga tidak mahu hakikat itu terjadi dalam hidupnya, keinginan menua dan menuju syurga bersama adalah impian bagi seorang wanita.Mencintai dan dicintai sepanjang hayat,Naura juga ingin kehidupan berumahtangga seperti itu.
Kenapa masalah hidupnya boleh sampai ke pekan, mungkin juga bawaan mulut dari pekerja villa.Seulgi yang sememangnya tidak pekak dan alert mendengus kasar pada sikap tiga wanita itu yang sedang menyusukan barang jualan masing-masing.

"Emang ibu-ibu juga mahu jadi janda enak banget gosipin orang.."

"Gomongin kita.."
Tanya wanita yang lebih berbadan gempal mewakili dua kawannya.

"Enggak kok, emangnya ibu janda atau jangan-jangan pelakor"Tempelak Seulgi lagi tanpa rasa takut.Naura mengusap pelepis,buat hal pulak mulut puaka ini.Lengan Seulgi ditarik untuk berlalu dari situ.Walaupun wanita-wanita ini tidak tahu orang yang mereka perkatakan ada dihadapan mereka tapi Seulgi harus mengajar wanita-wanita ini untuk lebih menghormati masalah orang lain.

"Lancang sekali mulutnya."Marah seorang wanita lagi yang sudah menyingsing lengan baju.

"Ya orang juga punya mulut."
Jawab Seulgi lalu segera angkat kaki dari situ bila wanita-wanita itu sudah bersiap seakan ingin membawanya main tarik-tarik rambut.

"Dasar ibu-ibu heboh doaain padeh jadi janda sekalian semuanya.."Sempat Seulgi melaung dari jauh.

"Awak ni dah kenapa..nasib baik makcik-makcik tu tak apa-apa kan awak."

"Kenapa apa, orang juga uda nolongin bukanya bersyukur malah display muka tempeh gitu.."

"Mulut orang kita tak boleh nak tutup biarkan apa yang mereka nak cakap."

"Biarin?..Tadi gw lihat ada orang udah mau nagis,gw harap gak salah menduga ya Naura.Kalau loh cuma hidup untuk orang lain meningan jangan hidup,buat apa hidup dengerin omongan orang.Udah tua harusnya introspeksi diri,mulut mereka harus diajar,gak tau diri baper sama urusan orang lain,tau ngeluyur jelek-jelekin orang."Marah Seulgi dengan mendengus kecil menjeling sekilas kearah Naura.Terpampan mendengar ocehan Seulgi memang makan dalam betul.

"Saya minta maaf dan terima kasih dah pertahanan saya."Ujar Naura pelan sepatutnya dia berterima kasih bukan malah menegur Seulgi.Seulgi tak endah permintaan maafan dari Naura lalu berjalan mendahului.Naura gelak kecil dengan tingkah perempuan itu, adakah Seulgi memang begitu ,muka dingin tapi baik.
Tadi dia ingin mengajak Marta membeli buah-buahan, terlebih dahulu Seulgi menawarkan diri alasan dia juga ingin keluar setelah selesai menyudahkan sentuhan terakhir pada hasil kerjanya.

Suara tepukan tangan begitu gemuruh dari para tamu undangan dan pengunjung Villa saat pasangan pengantin berjalan atas karpet biru menuju pelamin yang indah begitu memukau.Naura duduk di dibahagikan belakang keluarga pengantin bersama datin Salwa dan neneknya, pandangan lurus ke hadapan menyaksikan pasangan pengantin saling memakaikan cincin pada pasangan masing-masing lalu menyatukan bibir.Mengapa pasangan penganut agama Kristian itu tidak melangsungkan perkahwinan di gereja.Kata datuknya ini dilakukan kerana hubungan persahabatan dengan ayah pengantin lelaki itu.Edward berketurunan belanda kristian sebelum memeluk Islam ketika berkahwin dengan Ayunda.Tanpa sedar satu keluhan kecil lolos dari bibirnya membuat Ayunda menoleh sebenar pada Naura lalu menggenggam erat jemarinya.
Apa yang dikatakan datin Salwa semalam sedikit mengganggu harinya hingga dia begitu teliti pada perhubungan orang lain.Katakan lah dia menerima cadangan datin Salwa dari sudut positif, jatuh cinta semula dan membangun hubungan cinta.Dengan siapa, pasti tidak akan ada lelaki diluar sana mampu menerimanya yang penuh emosi dan sangat mengenang hari-hari lalu.Lebih tepatnya bolehkah dia mencintai lelaki lain dalam hidupnya,tidak mungkin dia berharap pada Qaisara memberikan keturunan pada keluarga mereka sedangkan perempuan itu sedang berada di penjara dan begitu mencintai Zafran sehingga sanggup melakukan kerja gila.

"Eyang..."Panggil Naura pada Ayunda saat wanita itu sudah bersiap ingin berdiri.

"Ada apa..?."Soal Ayunda melihat tangannya yang digenggam kejap oleh Naura.

"Aura ada benda nak cakap dengan eyang."Lalu membawa Ayunda masuk ke dalam villa dan menuju pool.Ayunda menurut saja tanpa banyak tanya, seperti sesuatu yang serius jika sudah menjauh dari keramaian orang.

"Erm..Aura nak cakap sesuatu tapi harap Eyang jangan terlalu terkejut."

"Apa itu serius sekali mukanya."Tutur Ayunda dengan tertawan kecil dan mencubit pipi cucunya.

"Aura ada kakak, anak arwah papa dengan perempuan lain."Ujar Naura begitu berat.Jelas senyuman Ayunda kendur, adakah sakit Naura datang lagi.

"Kamu gomong apa sih?."

"Macam kasar bunyinya,papa ada anak luar nikah dan sekarang perempuan tu dalam penjara."

"Jangan gomong gitu.Sakit kamu kambuh lagi?.,Gak sopan kamu jelek-jelekin arwah papa kamu sendiri."Suara Ayunda sedikit meninggi kenapa Naura memburuk-burukkan arwah ayahnya.

"Eyang Aura tak tipu, Aura tak gila lah.Perempuan tu anak papa dengan bekas kekasih dia.Dan perempuan itu jugalah penyebab Aura keguguran.Dia bersekongkol dengan bapa saudara dia,adik bekas kekasih papa."Jawab Naura membuat Ayunda terkedu mendengar kenyataan itu dari cucunya.Kenapa arwah Errangga tidak pernah memberitahu mereka soal anak luar nikah nya dengan perempuan lain.

"Dia, Qaisara.Cucu eyang dan cucu pertama yang papa berikan bukan Aura..papa kenal perempuan itu sebelum kenal dengan mama."

"Astaghfirullahalazim...aduh pusing kepala eyang..."Ayunda memicit kepala terasa sakit.Migraine dengan apa yang Naura katakan.Dia ada cucu lain, bukankah sepatutnya dia gembira tapi ini tidak.Apatahlagi yang satu itu anak luar nikah dan penyebab kepada Naura kehilangan bayinya dan Zafran.

"Apa itu betul?."Tanya Edward dari arah belakang membuat Naura dan Ayunda terkejut.Dia sedikit curiga melihat Naura membawa Ayunda kedalaman Villa begitu tergesa-gesa lalu berinisiatif mengikuti isteri dan cucunya itu.

"Kakek..."

"Mas..."Panggil Ayunda dan Naura bersamaan.Jelas raut tegang kelihatan pada wajah Edward.

"Naura kakek tanya untuk sekali lagi apa itu semua benar kalau arwah papa kamu punya anak luar nikah sama wanita lain?"Tanya Edward tegas dan Naura menjawab dengan anggukan kepala.

Sama dengan Ayunda, Edward juga sakit kepala dibuatnya.Bagaimana mereka harus menghadapi situasi ini,ada cucu lain tapi anak luar nikah juga seorang penjenayah.

*******

Usai menghadap sang pencipta Tengku Khaizuran mengaminkan doa yang dipanjatkan tentunya doa terselit untuk sang pujaan hati nun jauh disana.Dia bukanlah tipe insan bersujud lima waktu,solat kadang bolong-bolong,namun dia mencuba memperbaiki diri kearah yang lebih baik.Mungkin ada hikmah dia tidak berjodoh dengan Diandra Tamara,tuhan membuka matanya pada saat dan masa yang tepat.
Bangkit dari atas sejadah dan dilipat lalu bergerak kerah sofa mencapai telefon bimbitnya.Isi perbualan teks dari Naura dibaca semula membuat satu senyuman bahagia terbit pada bibir.

Jangan terlalu mendesak mahupun berlebihan, jadi lelaki juga harus tahu jual mahal.Bermaksud dia harus mengawal diri agar tidak terlalu memperlihatkan expresi suasana hati.Nyatanya dia berjaya mencuri perhatian Naura bila sedikit main perasaan pada perempuan itu.

Satu pesanan masuk dari Diandra membuat bunyi keluhan kecil lolos dari bibir.Sejak nombor Diandra telah dinyahsekat perempuan itu selalu menghantar pesanan padanya mujur isi teks watsapps itu cuma bersangkutan soal Uyana.

'Look I boleh jadi ibu yang baik pada anak I' kapsyen gambar yang dihantar Diandra memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang diluangkan bersama.Shopping, berenang dan aktiviti sekolah Uyana.Sesi bonding yang sengaja Diandra hantar padanya,entah apa maksud dari perlakuan Diandra itu seakan sengaja menunjuk.Senang dan dia akan mendoakan jika memang benar Diandra telah berubah.Telefon bimbit dicampak ke atas sofa lalu berlalu ke walk in clothes menukar pakaian, sebentar bagi dia akan keluar ada meeting dengan pelabur asing.

Ada apa dengan dirinya sejak mengenali Naura fikiran sesak dengan figura gadis berdarah kacukan itu, kini dia faham mengapa wajah Naura begitu alami cantik genetik luyur dari datuknya,selain alami darah melayu.Tidak heran jika ada yang sanggup melakukan kerja gila ingin memiliki Naura Rosse.

Kereta terparking di hadapan sebuah kafe wastern,saat kaki menapak ke luar Fadhli sudah membukakan pintu untuknya.Dipandang Pa juga sahabatnya itu,kadang rimas dengan perlakuan Fadhli.Dia jenis lelaki yang sederhana walaupun penampilan kelihatan mewah namun dia tidak suka diperlakukan seperti VIP kerana itu kemana-mana suka bergerak sendiri.Fadhli dan Reykal kadang suka mengusiknya alasan senang dipeluk oleh peminatnya,jelas jika dia ingin mengelak untuk tidak terlalu menonjol.

"Kacak lain macam."Puji Fadhli bila penampilan Tengku Khaizuran agak berbeza malah jambang hutan amazonnya sudah ditrim kemas.Sebijik cover majalah maskulin pun ada.

"Kenapa rasa tergugat, terancam."Ujar Tengku Khaizuran dengan membuka satu butang baju pada hujung colar.

"Bolehlah tapi tak boleh buat saing dengan Hanry Golding."
Tengku Khaizuran hanya sengih senget mendengarkan Fadhli lalu keduanya berjalan kearah pintu kafe.Saat bersamaan seseorang juga menolak pintu kaca berkembar itu.
Seorang lelaki dan perempuan berpenampilan seksi,lelaki itu kelihatan terkejut sebelum berlagak biasa dengan senyuman palsunya.
Tidak ada kata saling menyapa melainkan rasa marah antara keduanya.
Malah lelaki itu sengaja melanggar bahunya saat berselisih,melihat sikap biadap lelaki itu Fadhli cuba mengejar langkah mahu membuat perhitungan malah bahunya ditahan Tengku Khaizuran.

"Apa ni Ku, bagilah saya ajar si keparat tu.."

"Dah biarkan."Ujar Tengku Khaizuran malas menaladani orang tidak berguna seperti itu lalu melangkah masuk kedalam cafe.Fadhli terpaksa menurut bila tuan badan sudah berkata begitu, ikutkan hati mahu saja diajar cukup-cukup bukan dia tidak tahu apa yang terjadi di hotel satu saat dulu.

Dato Zackery merenung tajam kearah pintu cafe tadi,Dia masih dendam pada Tengku Khaizuran kerana lelaki itu rancangannya menghancurkan hubungan Naura dan arwah Zafran gagal,malah lelaki itu cukup-cukup membelasahnya.
"Why baby you kenal ke orang-orang tadi tu.."Tanya perempuan yang duduk di bangku pemandu dengan menyentuh lembut bahunya penuh sensual.

"No."Jawabnya namun kelihatan urat-urat merah pada mata masih menyimpan rasa dendam tidak puas hatinya.Sengaja melanggar bahu Tengku Khaizuran berharap lelaki itu memberi tindak balas namun nyatanya lelaki itu lebih tahu adat sopan bila dalam public begini.

******

Setelah meminum ubat menelan beberapa pil pelbagai warna Naura membuka MacBook membuka saluran YouTube dari minggu pentas peragaan fesyen Milan.
Melihat koleksi fasyen Giorgio Armani yang diperagakan oleh barisan supermodel terkenal seperti Gigi, Bella dan juga Irina Shayk bekas kekasih kepada pemain bola sepak tersohor dunia itu.Fokusnya teralih pada skrin telefon bila telefon pintar miliknya berkedip nama Noah, sudah lama dia tidak mendengar khabar abang sepupunya itu dia tidak mengigat jika Noah ada melawat nya bila Ayunda menceritakan soal itu.Kali terakhir berbual dengan Noah adalah tiga bulan yang lalu.Datin Salwa juga banyak mengunci mulut tidak bercerita soal Noah,dapat dirasakan ada sesuatu yang tidak kena antara Noah dan kedua orang tuanya.

"Walaikumusalam.."Jawab Naura bila Noah dihujung talian menyapa dengan salam.

"How are you?."

"Im good."

"Tak ganggu you ke?."

"No... tak buat apapun just watching YouTube"Sedikit ketawa dengan soalan Noah yang begitu berbunyi sopan.

"Mommy ada kat sini.."

"Oh..ahh.yake.."Sedikit tergagap dan terkejut sebelum hela nafas berat kedengaran, meyakinkan Naura sememangnya ada yang tidak beres dengan keluarga arwah suaminya itu.

"You dah berbaik dengan mommy semula, ke mommy datang serang you.?"Kali ini giliran Naura menarik nafas panjang sebelum dilepaskan tidak suka dengan cara Noah menghakimi ibu kandung sendiri.

"Kenapa you nak bersangka buruk dengan mommy you sendiri.Takde makanya mommy datang jauh-jauh semata-mata nak serang I.You ada sorok someting dari I ke.?."

"Baguslah macam tu kalau you dah berbaik dengan mom semula.Sorok apa,apa benda yang I nak sorok dari you."

"I tak tahu,but satu yang I tahu Amalin dah kahwin tapi bukan dengan you.."

"What....?."Naura sedikit menjauhkan telefon dari telinga bila Noah bereaksi memekik terkejut begitu.Adakah Amalin melarikan diri dari Noah dan berkahwin dengan lelaki lain,jika melihat pada cara Amalin lebih cintakan Noah tapi mengapa memilih lelaki lain.Pada reaksi Noah jelas jika abang sepupunya juga tidak tahu jadi betullah Amalin curang.

"What you mean by what?. Takkan kekasih sendiri kahwin you tak tahu,I jumpa dia tiga hari yang lepas dengan seorang lelaki.Rasanya dah check out"

"I tahu dia lari ikut lelaki lain but tak tahu dah kahwin,dan I terkejut dia pergi berbulan madu setelah buat orang lain merana.."

"Merana, siapa..you?."

"No,forgotten about Amalin dia tak layak untuk dibualkan."

"Why ada apa-apa yang jadi ke?.."Tanya Naura lagi seraya membuang muka kearah window melihat datin Salwa dan neneknya sedang berbual-bual digazebo.

"Nothing.. abang...."Nada Noah meleret dan kedengaran suara halus seorang perempuan dihujung sana.Siapa yang perempuan itu maksudkan dengan abang, Noah kah.Tasya?,tapi suara itu tidak seperti Tasya.

"What are you doing.."Sayup-sayup kedengaran suara Noah malah hampir tidak kedengaran.

"Sejuk nak peluk abang.."Suara perempuan itu sekan rengekan manja.Geli telinga Naura mendengar,lain macam bunyinya.

"Are you ok,you dengan Tasya ke tu?"Tidak ada sahutan yang diterima hanya suara cengkerik suasana malam menunjukkan Noah berada diluar rumah.

"Hello Noah are you still there?."Naura tidak puas hati sekali lagi dia bersuara bila Noah sibuk dihujung talian tidak menyahut panggilan dari nya dan beberapa saat selepas itu talian dimatikan.

"Amboi cantik perangai main letak je.."Geram Naura dibuatnya.Bangkit dari duduk sliding door digeser menuju kearah dua wanita yang berada digazebo.

Ayunda dan datin Salwa menggantung perbualan bila melihat Naura mengatur langkah kearah mereka.Naura tidak duduk diantara dua wanita itu melainkan duduk ditepi kolam renang menjuntai kaki masuk kedalaman air kolam.

"Mommy tahu apa-apa soal Noah putus dengan Amalin ke.."Tanya Naura pada datin Salwa yang juga kelihatan terkejut menunjukkan dia tidak tahu menahu.

"Betul ke ni?."

"Ya.."
Ayunda hanya diam mendengarkan Naura dan Datin Salwa.Dia kenal Noah, penuh dengan sikap sopan santun, sememangnya anak-anak datin Salwa bersopan santun Zafran dan juga Noah dua-dua lelaki kacak berperwatakan menarik.

"Dah lama mommy tak dengar khabar berita dari Noah.Nak risau pun dia tu lelaki."Ujar Datin Salwa dengan hela nafas panjang.

"Noah pergi mana?."

"Mommy tak tahu Noah kat mana sekarang,Noah keluar rumah bila bertengkar dengan daddy semua sebab salah mommy.."Jawab Datin Salwa begitu kecewa terkilan dengan perbuatan sendiri.Naura sedikit mengeluh adakah masih disebabkan dirinya lalu siapa perempuan yang sedang bersama dengan Noah, hendak bertanya lebih lanjut rasanya agak tidak sesuai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience