"Biy bangunlah tolong jangan buat sayang macam ni!."
Naura merintih dengan tangisan yang merembes keluar dari kelompok matanya.Bahu Zafran digoncang kuat.Tidak cukup dengan itu pipi suaminya ditampar lembut.
"Sayang minta ampun..Sayang tak bermaksud pun nak buat macam tu.. tolonglah buka mata!.."
"Janganlah tinggalkan sayang sorang diri..I love you.. please.. please wake up..open your eyes!."
Naura merayu,baju suaminya ditarik-tarik lagi.
"Sayang maafkan salah abiy pada sayang..biyyyyyy... bangunlah jangan buat sayang macam ni.. sayang tak sanggup hidup tanpa abiy .."
"Ma'am .. your husband is gone. The CPR I did a moment ago is not effective for pumping oxygen."
Lelaki asing tadi bersuara.Naura memandang lelaki itu tidak puas hati.
"No! Please don't say like that..my husband is still alive."
"Tolonglah..bangun!.saya tak sanggup.."
Katanya lirih.
"Saya minta maaf..bangunlah..buka mata tolong lah bernafas."
PUFFFF....
Air dari mulutnya tersembur keluar di iringi tawa.
Naura tidak berkedip memandang kejadian sebenar tadi.
"Biyyyyyyyyy....."
"Be...betul ke sayang maafkan suami sayang ni?.Dah tak marah dan merajuk lagi?."
Sedikit terbata dia berkata-kata lantas Naura menagis lalu memeluk suaminya.Zafran juga membalas pelukan Isterinya penuh erat.Sambil sebelah tanganya dinaikan membuat thumbs up pada lelaki asing di belakang Isterinya itu.Lelaki itu tersenyum lalu berlalu pergi bersama kekasihnya.
Setakat tahan nafas dalam air apa lah sangat itu adalah kepakarannya.
Pantai benua Amerika ketika belajar dulu adalah tempat yang digemarinya bersama sahabat nya.Biasalah cuci mata tengok free show lelaki memang macam tu.
Dan ketika lelaki asing itu memapah dirinya dia sudah membuat kerjasama dengan berbisik di telinga lelaki asing itu.Dan hal itu langsung tidak disedari Naura tika dia dalam keadaan cemas dan ketakutan.
Zafran mengatakan Isterinya sedang merajuk dan tidak mehu memaafkan kesalahannya.Dan dengan senang hati lelaki itu membantunya.
Naura menagis semahu-mahunya dalam pelukan suaminya rasa syukur hanya tuhan yang tahu.Tiba dia berhenti menangis bila teringat yang Zafran ada ketawa ketika sedar tadi.Dia mengangkat muka mencari anak mata suaminya.
"Awak tipu saya kan..Awak sebenarnya ok jekan.."
Zafran tersengih memaparkan baris giginya yang putih.Naura mencerlung tajam dengan amarah tidak puas hati.
"Errr..sorry aby tak ada modal lain nak pujuk sayang.."
Bahu suaminya dipukul penuh kesal seiring air matanya.Zafran membiarkan sahaja.
"Awak jahat..Awak suka lah kan buat saya macam ni.Nampak bodoh.."
"Awak ingat lawak ke bergurau macam tu,awak buat jantung saya hampir tak berdegup tahu tak.."
Terdiam Zafran bila Naura berkata begitu.Naura berdiri lalu berlari anak meninggalkan suaminya.
"Sayang sorry.."
Zafran menjatuhkan bahunya kecewa lalu mengeluh, Isterinya makin jauh..Ok yang ni perkara kecil je..Pujuk sikit nanti dia ok lah tu kan..Janji dia dah tak marah sangat.Zafran bangkit lama lelaki itu membuang pandangan kearah laut, Hatinya terasa sayu seketika begitu kah keadaan isterinya jika sesuatu terjadi padanya.
* * *
Naura memasuki suite nya pintu ditutup kasar.Lalu dia bersandar menggeserkan belakang tubuhnya duduk di muka pintu.
Lututnya dipeluk kemas..
Tiada air mata hanya renungan kosong memerhati lantai yang bisu.
Dia tersentak bila pintu slide yang berada didepan kolam ditolak dari luar.
"Sayang I'm sorry.."
Naura berdiri lalu berbaring di katil, suaminya langsung tidak diendahkan.Naura menutup mulutnya tanpa mengeluarkan kata walau sepatah.Zafran yang menyedari kebisuan Isterinya benar-benar tersiksa.
Pintu yang diketuk membuatnya mengeluh berat.Lantas Zafran melangkah ke muka pintu.
Pak Wahid tersenyum lalu menyerahkan beg pakaian milik Zafran.
"Maaf sudah mengganggu waktu tuan,Ini koper tuan.."
"Terima kasih.."
Pak Wahid menunduk hormat lalu berlalu pergi.Zafran menutup pintu kembali lalu mengeluarkan pakainya.Dia memandang sekilas Isterinya yang sedang berbaring mengiring.Dilihatnya tubuh isterinya kini agak berisi lain pula dengan dirinya yang susut.
Zafran mencapai tuala lalu membuka bajunya yang basah.Tubuhnya dililitkan tuala lalu kembali kearah Isterinya.Dia berbaring disebelah Isterinya lalu merangkul pinggang yang kelihatan seksi itu.
"Sayang masih marah ke pada abiy..?.Kata tadi dah maafkan tak nak kehilangan biy.."
Naura tetap diam tanpa suara.
"Tahu biy ni suami yang teruk.Tak tahu nak jaga perasaan isteri sendiri."
"Tahu pun..Ingat seronok ke buat orang takut macam tu."
"I have no choice sayang..Abiy dah mati akal nak pujuk isteri biy yang kuat merajuk ni.."
"Isteri yang kuat merajuk ni,suami dia kuat cemburu.."
Dengan nada yang begitu geram Naura menuturkan itu.
"Saya cuma kecewa dengan kata-kata awak."
Ia dia sudah tidak menyesali perlakuan menyakitkan tika malam itu.Dia bersyukur dengan kehadiran janin yang sedang dikandungnya tika ini hasil percintaan paksa yang dilakukan oleh suaminya.
Zafran melepaskan nafas lega walau sedikit kecewa dengan kata isterinya.Dia yang tidak selesa dengan perbualan Naura membelakangi nya segera ditarik bahu molek itu menghadapnya.Naura menurut sahaja lalu dagunya ditarik lembut untuk mendongak menatap mata menawan milik suaminya.
"Abiy janji tak buat lagi.."
Naura menjeling wajah tampan itu dengan memalingkan mukanya.Namun malah sebaliknya Zafran memegang kejap dagu isterinya.
"Jangan berjanji jika nanti memungkiri."
Zafran angguk kepala bersungguh-sungguh,Naura bangkit duduk begitupun dengan Zafran,Naura bersamdar pada bahu bidang suaminya yang kini sedang bersandar pada kepala katil.
"Sayang tak nak kehilangan Abiy,sebab ada kehidupan baru yang perlu abiy lindungi dan sayang sepenuh hati."
Zafran menjarakkan diri.Bahu isterinya dipegang terlihat kerutan halus di dahinya.
"Kehidupan baru?."
Naura tersenyum dengan wajah sayunya,Sebelah tangan kanan suaminya yang memegang bahunya digamit menuju perutnya.
"Anak kita biy.."
Jatuh air mata keduanya,Zafran tersenyum seakan tidak percaya diselaknya kardingan isterinya dan meraba perut Naura.Terlihat perut itu sudah sedikit mebenjol.
"Syukur ya' Allah atas anugerah mu."
Isterinya dipeluk kemas.
"Abiy janji akan jaga saya dan baby dengan baik jauh lebih dari nyawa abiy sendiri."
Naura hanya mampu mendengar,dalam hati dia mengaminkan janji suaminya itu.
* * *
"Zafran Izzmir suaminya Naura,Betul?.."
Zafran menganguk perlahan tangan isterinya digenggam erat.Diruang tamu itu mereka menjadi perhatian Edward.
"Ia kekk.."
"Kamu emang gak ada sopan santunnya apa?."
Zafran tergamam dengan tutur Edward padanya,dia langsung tidak faham apa yang Edward cuba katakan padanya.Naura hanya tersenyum dengan ketegasan datuknya itu.
"Maaf saya kurang faham maksud kakek?."
"Sudah berapa lama kamu menikah dengan cucu saya.?."
"Empat bulan.."
"Dan kamu sebagai suami sama sekali tidak membawa Naura untuk bertemu kami.."
"Maafkan kesalahan saya,saya tak bermaksud membuat hubungan Naura dan keluarga papanya terputus."
"Dan kamu membiarkan isteri kamu datang kemari sendirian.Apa kamu selalu menyakiti cucu saya.."
"Saya cintakan Naura seikhlas jiwa dan raga saya.Saya tak bermaksud nak sakitkan hati dia.."
"Sudah cukup bicaranya.Ayo makan, makanannya udah siap.."
Ayunda datang mencela melihat suaminya itu seperti ingin membuat perhitungan dengan suami Naura.
Zafran melepaskan nafas lega dengan kehadiran Ayunda.Selamat...moga akan berhenti disitu tak ada sesi soal jawab lagi.
Naura sudah tidak sabar menjamah makanan yang terhidang diatas meja makan.Seleranya begitu terbuka.
"Nasi ayam kedewatan pun ada., terima kasih eyang."
Naura memandang wajah Ayunda dengan menghantar senyuman terima kasih.
"Ia sayang itukan kesukaan mu."
Bukan mudah bagi Ayunda memasak menu itu,yang juga makanan kegemaran arwah anak lelakinya.Makan malam yang dipimpin doa makan dari Zafran dalam suasana harmoni sekali.
"Mari makan.."
Kata dari Edward memulai sesi makan,Bagi Zafran makanan yang terhidang di atas meja sangat pelik selain sebahagian menu makanan malam itu mempunyai nama yang pelik-pelik.
Selesai makan Naura memandang wajah Zafran dan suaminya itu menganguk perlahan mengiakan.
"Eyang..Kek.."
Keduanya memandang wajah Naura,
"Aura ada berita gembira buat Eyang sama kakek."
"Apa sayang.."
Soal Edward, Ayunda sudah tersenyum dia tahu apa yang Naura akan katakan tapi sengaja buat tidak tahu.
"Aura mengandung.."
"Ouh ya..Selamat ya sayang.."
Ayunda berdiri memeluk tubuh Naura begitu juga Edward yang sudah kemerahan matanya menahan tagis.
"Kakek tumpang senang buat kalian berdua.Jadilah orang tua yang bertanggungjawab buat calon anak kalian."
Ujar Edward lalu menepuk bahu Zafran.
* * *
Datin Salwa merebahkan badannya disebelah suaminya yang tengah khusyuk membaca buku.
Wanita itu tidak mampu melelapkan mata, Dato' Nasir yang melihat isterinya yang kelihatan gelisah semacam turut terganggu.
"Awak ni dah kenapa Sal?."
Datin Salwa memusingkan badannya menghadap suaminya yang tengah bersandar.Keluhan berat mulai terdengar.
"Saya ni risau,hati saya tak tenang sejak Zafran dan Naura berkahwin. Tapi saya buat-buat macam tak ada apa sebab tak nak ayah abang terasa hati."
Lega hatinya dapat meluahkan kekesalan yang selama ini dipendam.Dato' Nasir melirik isteri sekilas lalu meneruskan bacaannya.
"Suruh ajelah budak-budak tu berpisah.."
TAP...
Serta merta buku ditutup lalu menatap wajah isterinya yang langsung tiada rasa bersalah mengatakan hal sebegitu.
"Apa yang awak merepek ni?,awak tahukan kata-kata seorang ibu tu adalah satu doa."
"Saya bukannya apa bang,kesian dengan mereka berdua.Jap gaduh, kejap lagi berbaik.Kalau dah tak ada jodoh buat apa nak dipaksa kan."
"Awak sukalah kalau Zafran dan Naura bercerai berai."
Datin Salwa sejujurnya dia tidak suka Naura menjadi menantunya.Yang membuat kedua anak lelakinya bergaduh dan bermasam muka.Sebab itu dia dengan senang hati ingin Naura dijodohkan dengan Tengku Khaizuran tapi tidak sangka kejadian tak terduga itu terjadi.
"Awak sebagai seorang ibu patutnya mendoakan kebahagiaan anak-anak awak.Zafran dah besar dia tahu macam mana nak uruskan hal rumah tangga dia bersama Naura.Kita tak usah ikut campur nak keruhkan keadaan."
"Saya cuma luahkan apa yang terbuku di hati saya.Saya tak nak anak lelaki saya menderita."
Datin Salwa bangkit lalu duduk menghadap wajah suaminya yang sentiasa kelihatan tenang itu.
"Apa yang awak cuba nak katakan ni Sal?.Naura tu anak sedara saya.Dah saya anggap macam anak saya sendiri.Kita lihat dengan mata kepala kita sendiri Naura membesar selepas kematian Nurin dan Rangga, jadi budak yang macam mana.Kita pun ada memberikan acuan dalam mendidik dia."
"Tapi ayah abang terlalu manjakan sangat isteri Zafran tu.Semua yang salah letak pada anak kita yang baik ada pada cucu kesayangan dia tu."
"Astaghfirullahalazim... Bawak mengucap Salwa oii..Awak nak budak-budak tu bercerai sebab tak bahagia.Awak ingat budak-budak tu main pondok-pondok ke apa.Yang sebenarnya hati awak tak redha dengan apa yang Allah dah takdirkan untuk mereka."
"Jangan awak nak memandai untuk membelakangi hukum Tuhan.Kita yang dah dulu makan garam ni patutnya memberi tunjuk ajar bukanya nak memecah belahkan."
"Susalah nak cakap dengan abang ni.Asyik nak menangkan budak tu aje."
Datin Salwa kembali merebahkan badannya lalu berpusing membelakangi suaminya.Dato Nasir memicit kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit angkara sikap isteri itu.
* * *
Hari ketiga Zafran berada di bali Naura mengajak suaminya kesebuah pasar yang berdekatan yang dipanggil pasar seni ubud.
Seorang pekerja villa bernama Glenn menjadi pemandu pelancong mereka berdua untuk berjalan- jalan menjelajah pasar yang dikunjungi dengan kepadatan para pelancong luar dan dalam negara tika ini.Takut jika mereka berdua sahaja sesat tak tahu jalan pulang.Naura bukanya ingat sangat jalan disitu.
Zafran memaut kemas jemari isterinya tidak dilepaskan walau seketika.Naura jadi rambang mata melihat juala-jualan pelbagai jenis dari beg anyaman hingga ke kain sutera itu yang sangat digemarinya.Sangat memukau baginya, meskipun ini bukan kali pertama buat Naura.
"Tahu tak ada yang lebih menarik dari tempat ni."
Sekilas Naura memandang wajah suaminya yang sudah mengetap bibir rapat.
"Apa dia?."
"Senyuman sayang."
Naura putar bola matanya,Dia ni sekejap manis,sekejap cuka itulah Zafran.
"Manis sangat macam orang nya."
Zafran hanya ketawa lepas melihat mimik isterinya.Mereka singgah di sebuah gerai yang kelihatan menjual aksesori.
Naura mengambil satu bentuk cincin kayu diambil lalu disarungkan kejari kirinya.
"Muat tak tu?.."
Naura mencebik,bila Zafran berkata begitu.
"Sayang belum jadi tong gram lagi lah.."
Zafran tersenyum geli hati, sengaja dia menyakat isteri nya tadi.Aduh sejak dapat tahu dia akan bergelar seorang ayah senyuman dibibir tak pernah lekang dibuatnya.
"Bapak sama ibbu dari Malaysia yah?."
Soal penjual eksesori itu,dengan senyuman manisnya.
"Ya,kami dari Malaysia.."
Naura membalas pertanyaan jurujual itu dengan senyuman tak kalah manisnya juga.
"Saya sering ketemu turis dari Malaysia datang berkunjung ke Bali, Apa Ibbu sama bapak lagi honeymoon?."
Naura memandang Zafran yang sudah menahan tawanya,lalu melirik kepada jurujual yang ramah itu masih kelihatan muda orangnya.
Honeymoon sangat,dah si suami hampir buat jantung isterinya tidak berdegup.
"Ia embakk,"
Dengan hemah dia menjawab,tanganya kali ini memegang rantai manik,dia sedang memilih ole-ole untuk diberi pada pekerjanya untuk dibawa pulang nanti.
"Sayang smile.."
Zafran mengambil beberapa keping gambar isterinya menggunagkan telefon bimbitnya.
Naura mengikut sahaja kehendak suaminya itu.
Setiap kali mengunjungi ke setiap gerai maka setiap itulah gambar isteri nya akan di snap.
"Biy nak tak pergi sawah terasering tegelalang.."
Soalnya lalu mengepitkan bahunya dibawah ketiak suaminya.Ketika mereka sudah meninggalkan gerai aksesori tadi.
"Tegelalang?."
Naura berhenti melangkah dan berdiri di depan Zafran seraya mengangguk kan kepala.Zafran menggeleng,pelik sungguh kenapa nama-nama tempat dibali ini begitu kedengaran pelik ditelinganya.
"Jomlah sayang nak tengok.."
Merenggik Naura seakan anak kecil membuat Zafran tidak punya pilihan lain selain bersetuju.
"Ialah, ialah.."
Dia sudah terlebih penyabar lebih dari kebiasaanya bila bersama dengan Naura.
Setelah selesai membeli tiket seperti yang direncanakan mereka telah sampai memijak kaki di kawasan padi teres itu.
Zafran mahu sahaja tawanya pecah melihat mimik isterinya yang berkedut-kedut itu.
"Kenapa sayang?."
"Biy sayang rasa nak nagis..cantik sangat ni."
Bibirnya dicebirkan dengan mata terkedip-kedip.Zafran hanya tertawa halus mendengar komen isterinya,tidak heran mengapa isteri nya itu begitu beria ingin datang kesitu dia sendiri begitu tertegun dengan panorama sawah padi yang kelihatan menghijau.Naura meliarkan anak matanya kesegenap penjuru lalu menghirup udara yang begitu segar masuk kedalam rongga sistem pernafasan nya.Garis senyum dikoyak begitu lebar melihat pekerja sawah yang begitu tekun bekerja.
Naura memanggil Gleen yang dari tadi memerhati gelagat mereka berdua.
"Tolong snap gambar untuk kitorang.."
"Kitorang?"
Sedikit kebingungan lelaki itu dengan kata-kata cucu majikannya itu.
"Snap gambar kami berdua."
Dengan segaris senyuman dia berkata pada lelaki itu.Gleen tersenyum segan geli hati pun ada jugak.
Dengan berlatar belakangkan landskap sawah padi yang menghijau mereka berdua berpelukan dan Gleen terus menangkap gambar keduanya dengan pelbagai gaya yang tentunya Naura yang paling banyak cerewet dari suaminya Zafran mengikut sahaja.
Sekejap engel tak cun lah,kejap terganggu dengan pekerja sawah,kejap lagi filter tak berapa nak menjadi.Begitulah Isterinya, Seorang pereka fesyen yang cerewet semua benda nak nampak sempurna.
"Lepas ni kita balik biy nak tidur.."
Dia berujar setelah selesai sesi snap mereka itu.
"Pagi lagi ni dah nak tidur,Sayang nak pergi swing lagi lah."
Zafran sudah tidak terkata bila isterinya sudah terlebih dahulu menarik tangan.Macam-macam dia ni.
Share this novel