Bab 43

Romance Series 132785

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Lailahaillallahuwallahuakbar
Allahuakbar Walillahilham

Aisy menyarungkan songkok dikepalanya kemas. Dia menilik badannya yang memakai baju melayu lengkap di cermin. Dia tersenyum lalu kepalanya berpaling memandang katil dia bersama Arabela

Sudah seminggu dia pulang ke rumahnya dengan harapan dapat berjumpa dengan isteri tercinta namun hampa. Rumahnya ditinggalkan kosong. Puas Aisy mencari Arabela di rumah umi dan mamanya tapi Arabela juga tiada di sana. Walau apa pun yang terjadi, dia masih setia menunggu kepulangan isterinya di rumah mereka berdua. Dia berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan tetap berada di rumah mereka sehingga Arabela pulang ke pangkuannya.

Aisy mencapai kunci keretanya lalu keretanya dipandu menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya bersama jemaah-jemaah lain. Selesai solat berjemaah, keretanya di pandu menuju ke suatu tempat. Kakinya melangkah keluar apabila tempat yang dikunjung tiba

Dadanya tiba-tiba berasa sesak. Nafas diambil dan dihembus berulang kali. Matanya dipejam untuk menahan air mata dari mengalir. Aisy berjalan lemah menuju ke pusara yang menempatkan anak syurganya. Langkahnya terhenti saat dia tiba dipusara tersebut. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di tepi pusara kecil itu. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir jua tapi dapat diselindungkan oleh spek mata hitam yang dipakainya.

"Assalamualaikum anak walid" ucapnya sayu. Terketar-ketar suaranya. Air matanya sudah membasahi pipi

"Terima kasih sayang sebab sanggup berkorban demi keselamatan mummy. Anak walid memang seorang hero yang kuat" kata-katanya terhenti. Perkataan yang ingin diperkatakan lagi seakan berat untuk diucapkan.

"Maafkan walid sayang. Maafkan walid sebab walid tak ada untuk selamatkan kamu.  Maafkan walid sebab walid lemah. Sepatutnya walid yang kena lindungi anak walid" bergetar suaranya menuturkan kata-kata maaf

"Terima kasih sayang sebab tunaikan janji kamu terhadap walid. Terima kasih sebab kamu lindungi mummy ketika walid lemah. Terima kasih kerana jadi hero yang sangat kuat untuk mummy. Besar pahala kamu sayang. Nuh, anak walid. Allah hadiahkan kamu syurga kerana kamu telah selamatkan mummy. Walid minta maaf kerana kamu terpaksa gadaikan nyawa kamu demi selamatkan isteri walid, demi selamatkan mummy Nuh. Terima kasih Ya Allah kerana kau hadirkan Nuh anak kami untuk menyerikan rumah tangga aku dan Arabela walaupun hanya untuk seketika. Terima kasih lagi kerana Engkau hadirkan cahaya mata yang gagah perkasa ini untuk lindungi isteriku Ya Allah"

Batu nisan yang tertera nama Nuh Mikael Bin Aisy Khaizuran diusap lembut

Jantina anak syurga mereka adalah lelaki. Alangkah bahagianya dia dan Arabela sewaktu membuat imbasan jantina terhadap anak mereka. Aisy terbayang wajah Arabela yang tidak dapat digambarkan betapa bahagianya Arabela ketika itu

Air matanya kembali mengalir. Dadanya berasa sesak. Senyuman Arabela yang sentiasa menghiasi hari-harinya dulu sudah hilang. Dia buntu mencari cara untuk mengembalikan senyuman indah itu. Wajah Aisy menunduk sambil tangan kanannya masih setia memegang erat batu nisan anaknya. Matanya sudah merah disebalik spek yang dipakai. Rindu. Terlalu rindu. Rindu akan anaknya yang jauh di alam sana dan juga rindu terhadap isterinya yang berada entah dimana

Bahu Aisy tiba-tiba disentuh lembut. Aisy berpaling dan mendongak. Wajah itu

Wajah yang dia rindu untuk usap belai dan cium. Aisy berdiri dan spek mata hitamnya dibuka. Air mata diseka berkali kali seakan tidak percaya akan kewujudan tubuh itu disitu

Arabela melemparkan senyum manis buat Aisy. Badan lelaki yang bergelar suaminya dipeluk erat dihadapan pusara anak sulungnya. Air mata kerinduan jatuh berguguran

"Abang" lirihnya memanggil perkataan yang sudah lama dia tidak sebut

Aisy tersenyum dalam tangisan. Benar, dia tidak lagi bermimpi. Pelukan Arabela kembali dibalas

"Sayang" ucapnya dalam tangisan bahagia

"Ya abang" balas Arabela bersama esakan

Aisy menyembamkan wajahnya dibahu Arabela. Tangisannya dihambur kuat dibahu isteri tercinta. Rindu yang teramat akhirnya telah terubat. Tangan Arabela menggosok lembut di belakang badan Aisy. Hatinya bertambah sayu apabila mendengar sedu yang diselangi dengan tangisan Aisy

Aisy meleraikan pelukan. Wajah Arabela yang berpurdah dipegang dengan kedua tangannya. Tangan Arabela menggosok tangan Aisy yang berada dipipinya. Wajah Aisy ditenung lama

"Maafkan Ara abang" pinta Arabela sayu

Aisy menggeleng. Dia terus duduk kemudian batu nisan anaknya diusap sekali lagi

"Terima kasih sayang. Terima kasih sebab kembalikan mummy pada walid. Terima kasih Ya Allah, syukur Alhamdulillah" ucap Aisy lalu tangannya ditekupkan ke wajah

Arabela duduk disebelah suaminya. Pusara kecil arwah anaknya dipandang sayu. Tangisnya ditahan agar tidak keterlaluan. Dia tidak mahu lagi meratapi pemergian anaknya

"Assalamualaikum anak mummy. Apa khabar?" soalnya tersekat-sekat

"Maafkan mummy sayang, maafkan mummy sebab mummy salahkan walid atas apa yang jadi pada kamu. Maafkan mummy sebab tak redha atas pemergian kamu" air mata yang mengalir dipipi di seka

Wajah Arabela memerah menahan tangis. Hatinya sebak tidak terkata

"Selamat Hari Raya sayang. Maafkan mummy sebab tak dapat beraya dengan kamu. Mummy ikhlaskan pemergian kamu sayang. Pergilah dengan tenang. Mummy janji, mummy akan hargai walid. Mummy janji, mummy takkan sia-siakan walid. Nuh Mikael anak mummy, mummy sayang kamu. Mummy minta diri dulu. Assalamualaikum" Arabela terus berlari. Perasaanya tidak dapat dikawal lagi

Aisy mengikuti langkah Arabela sesudah dia memberi salam kepada pusara anaknya. Bahu Arabela dipeluk dari tepi

"Sayang, sudahlah. Kita balik ye" kata Aisy terus menarik Arabela masuk ke dalam perut kereta

Esakan kecil dari mulut Arabela saja yang menemani perjalanan mereka pulang ke rumah. Aisy setia menggenggam tangan isterinya. Tiba di rumah, Arabela terus duduk melutut dihadapan Aisy. Tangan kanan Aisy diraih lalu dicium lama.

Baru saja Arabela hendak menuturkan kata, jari Aisy sudah setia berada dibibir merah Arabela. Aisy melemparkan senyum manis buat isterinya

"Abang tak nak dengar satu perkataan penyesalan pun dari mulut sayang. Abang tak nak satu ayat kemaafan pun keluar dari mulut sayang. Dengan nama Allah, abang maafkan kesalahan sayang dari hujung rambut sampai hujung kaki. Abang halalkan segala makan minum sayang. Abang sayangkan sayang. Selamat hari raya sayang. Syukur kerana Allah jadikan raya tahun ni raya paling bermakna buat abang" kata Aisy sambil merenung ke dalam anak mata Arabela

Arabela terkedu. Tubuh Aisy dihadapannya dipeluk erat

"Abang, abang suami terbaik Allah anugerahkan untuk Ara. Terima kasih abang. Ara sayang abang" balas Arabela yang setia dalam dakapan Aisy

"Sayang, dah jangan sedih-sedih. Harini patutnya hari kita happy-happy tau. Bersiap cepat, makeup sikit muka tu. Habis comot sebab nangis. Lepas ni kita pergi rumah umi dengan mama okay?" kata Aisy terus mengelap air mata isterinya

Arabela tersenyum dan mengangguk. Arahan suaminya dipatuhi. Hatinya lega kerana semuanya telah selesai. Arabela mencapai baju kurung moden yang berwarna merah sedondon dengan baju melayu Aisy kemudian dipakainya. Mukanya di touch up menggunakan sedikit makeup. Setelah selesai semuanya dia terus turun kembali pada Aisy

"Abang, dah siap. Jom" kata Arabela teruja

Aisy memandang Arabela tanpa berkelip. Wajah Arabela yang tidak berpurdah itu dipandang lama. Aisy berdiri dihadapan Arabela. Purdah yang Arabela pegang diletakkan di atas sofa kemudian tangan Arabela diraih dan dicium sekilas

"Isteri abang cantik. Macam selalu" bisik Aisy dengan matanya yang redup

Arabela tersipu malu dan tersenyum lebar menantikan kata-kata Aisy yang seterusnya

"Sayang, you're the only one who I wouldn't mind losing sleep for, the only one who I can never get tired of talking to, and the only one who crosses my mind constantly throughout the day. You're the only one who make me smile without trying, bring down my mood without the intention to and effect my emotions with every action of yours. I cant explain with just words how much you mean to me, but you're the one I'm afraid of losing and the one I want keep in my life. Forever" ucap Aisy ikhlas

Arabela tersenyum manja kemudian dia merapatkan wajahnya dengan Aisy. Bibir mereka bertaut lama

---------------

"MasyaAllah, anak bertuah. Masuk masuk!" pelawa Puan Hanis apabila melihat anak menantunya di luar rumah

"Selamat Hari Raya maa" ucap Aisy sambil mencium tangan Puan Hanis

"Mama" panggil Arabela terus mendekati Puan Hanis

Badan Puan Hanis di tarik dalam pelukan

"Kenapa ni Ara?" soal Puan Hanis hairan

"Ma, Ara nak minta maaf atas kekasaran Ara terhadap mama sebelum ni. Ara biadab dengan mama. Maafkan Ara ma" ucap Arabela sayu

Puan Hanis tersenyum lalu melepaskan pelukan. Wajah menantunya ditatap penuh kasih

"Mama dah lama maafkan kamu. Mama faham keadaan Ara. Jangan risau mama tak ambil hati" balas Puan Hanis tersenyum

"Terima kasih ma. Selamat hari raya mama, papa"

"Selamat hari raya juga sayang" balas Puan Hanis terus mencium dahi Arabela

"Assalamualaikum" ucap seseorang di luar rumah

Semua yang berada disitu berpaling dan terus menjawab salam serentak

"Umi!!!!" jerit Arabela terus menerpa ke arah Puan Maira

"Ish budak ni! Dah la sebulan tak jenguk umi!" marah Puan Maira kepada Arabela

"Sorry la umi, abi. Ara janji lepas ni tiap-tiap minggu Ara balik rumah umi abi" balas Arabela sambil memuncung. Pelukan pada Puan Maira masih belum dilepaskan

"Umi, abi. Ara nak ucapkan selamat hari raya. Ara minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ara berdosa dengan umi sebelum ni. Ara tinggikan suara Ara dekat umi. Ara minta maaf ye umi"

"Ha tahu pun banyak dosa!" balas Puan Maira sambil merenung tepat ke wajah Arabela. Sungguh dia rindukan anaknya

Mata Arabela bergenang apabila mendengar kata-kata uminya. Pelukan dieratkan.

Aisy tersenyum melihat gelagat Arabela. Manja. Kalau bukan depan orang tua mereka, sudah lama Aisy menggomol wajah Arabela. Sudahlah rindu pun belum habis diubati

"Sayang, umi dah maafkan Ara. Umi sayang Ara dunia akhirat tau" kata Puan Maira tersenyum

"Terima kasih umi"

"Eh sudahlah, harini kita have fun je. Jom ke ruang makan, nanti sejuk pula makanan" kata Puan Hanis terus berlalu ke dapur

Semua mengikuti langkah Puan Hanis ke dapur kecuali Aisy dan Arabela. Aisy meraih kedua tangan Arabela

"Kenapa ni abang?" soal Arabela hairan

"Abang bersyukur sebab Ara ada disisi abang sekarang. Abang tak sangka yang kita dapat beraya sekali tahun ni" kata Aisy sambil merenung tepat ke dalam anak mata Arabela

"Alhamdulillah abang. Allah tu sebaik-baik perancang. Ara sayang abang"

"Abang pun sayang Ara dunia akhirat"

Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami. Mekarkanlah cinta antara kami berdua. Redhailah hubungan kami suami isteri dunia akhirat

Jadikanlah cinta suci kami ini adalah cinta agung
Amin

Hey guysss tinggal lagi satu bab je nak tamat Untuk cerita Lelaki Mulut Puaka ni. Sobb sobbb. So far macam mana dengan cerita ni? Puas hati tak??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience