"Morning kak Ara" tegur Qisya
"Morning, hmm sedapnya bau. Qisya masak apa tu ?" Soal Arabela yang baru tiba di dapur
"Masak biasa biasa je. Roti sardin" jawabnya
"Hmm sedapnya" kata Arabela memuji masakan Qisya
"Qisya, akak nak tanya sikit boleh tak ?" Soal Arabela
"Qisya rapat ke dengan Abang Aisy ?"
"Rapat, rapat sangat" jawabnya jujur
"Hmm kalau macam tu, Qisya boleh la tolong akak" kata Arabela
"Tolong apa kak ?" Soal Qisya hairan
"Tolong bongkar rahsia abang Aisy" jawab Arabela sambil menjamah roti sardin
"Hmm memandangkan akak isteri dia, so semua rahsia abang Aisy, Qisya bagitau" kata Qisya
"Yeayy. Ok, mula mula sekali akak nak tahu apa makanan favourite Abang Aisy" soal Arabela
"Ok Qisya boleh jawab tapi akak kena jawab dulu pertanyaan Qisya"
"Pertanyaan apa ?"
"Akak dengan Abang Aisy kahwin bukan atas dasar cinta ea ?" Soal Qisya gugup takut mengguris hati Arabela
Arabela tersenyum dengan pertanyaan Qisya. Roti sardin di tangannya kembali diletak atas piring
"Yes, abang Aisy dan akak tak pernah kenal pun sebelum ni. Tapi disebabkan umi akak dengan mama abang Aisy nak satukan kami. So akak ikut je tapi tak sangka pula abang Aisy tu betul betul tak sukakan pernikahan ni" kata Arabela tenang
"Kak Ara, Qisya minta maaf kalau Qisya mengguriskan hati akak tapi Qisya tahu dan Qisya dapat rasa yang akak dan abang pasti akan bahagia suatu hari nanti. Qisya tahu akak sorang je yang dapat bertahan dengan sikap panas baran abang Aisy dan akak jugalah dapat mengubah hati abang aisy nanti. InshaAllah" kata Qisya tersenyum. Hati kecilnya memuji ketabahan hati Arabela. Tidak semua orang dapat lakukan apa yang telah Arabela lakukan
"InshaAllah, tapi kak Ara hairan. Abang Aisy memang sejak azali perangai dia macam tu ke ?" Soal Arabela ingin tahu
"Takdelah, sebenarnya dulu Abang Aisy ni baik sangat. Dia tak pernah tengking mama dia sendiri, dia sangat hormat orang perempuan. Dia tak panas baran macam sekarang , memang dia lain sangat dulu tapi ada satu peristiwa buruk yang terjadi pada dia dan sebab itulah dia terus berubah seratus peratus jadi macam tu" terang Qisya
"Peristiwa buruk ?" Soal Arabela hairan
"Sebaiknya kak Ara tanya abang Aisy sendiri ye. Qisya bukan tak nak cerita tapi sebaiknya kak Ara dengar sendiri dari mulut abang Aisy supaya takde la terjadi fitnah pula kalau Qisya tersalah info. Sebab Qisya pun tak jelas sangat dengar cerita tu" kata Qisya lagi
Arabela tersenyum dengan sikap Qisya yang jujur
"Terima kasih sebab cerita pada kak Ara" ucapnya
"Sama sama, tapi kak Ara kena janji dengan Qisya. Kembalikan Abang Aisy yang dulu. Semua orang rindu" kata Qisya sayu
"Dengan izin Allah, akak cuba" jawabnya tersenyum
------------------------------
Aisy bersiar siar di kawasan pantai memandangkan waktu kerjanya telah pun tamat awal tadi. Jadi dia mengambil kesempatan untuk mengambil angin luar
Batu yang berada disitu menjadi tempat persinggahannya untuk menghilangkan rasa lelah
Sudah lama dia tidak mencari waktu untuk dirinya sendiri. Selalunya jika dia bekerja diluar kawasan, pasti dia akan memikirkan tentang kerja sahaja tapi di Thailand ini adalah tempat yang dia teringin sangat kunjungi dari dulu dan sudah tiba masanya dia mengambil kesempatan ini untuk merehatkan mindanya
Sedang asyik Aisy termenung, peristiwa dulu terimbas kembali
Flashback
"Sayang" panggil Melisa Irdina sambil memegang kemas jari jemari Aisy
"Yes baby ?" balas Aisy
"Sayang serious nak kahwin dengan Mel ?" Soalnya sambil merenung jauh ke dalam mata Aisy untuk menunggu jawapan
"Baby, awak tak percayakan saya ?" Soal Aisy kembali
"No! Mel percayakan sayang tapi Mel hanya inginkan kepastian dari sayang" katanya
"Melisa Irdina, sepanjang kita menjalinkan hubungan berapa kali saya melamar awak ? Itu belum cukup ke bukti yang saya serious dengan awak ?" Soal Aisy lagi
Melisa Irdina hanya mendiamkan diri. Memang Aisy sudah memberikan jawapan yang dia setia bersamanya tapi itu bukanlah jawapan yang dia mahukan. Dia mahukan seorang lelaki yang straight to the point. Dia tidak mahukan seorang lelaki yang suka berbahas dan berkias seperti Aisy
"Melisa, kenapa diam ? Awak masih belum puas hati dengan jawapan saya ? Ok sekali lagi dan buat yang terakhir kali. Melisa Irdina, sudikah awak menjadikan saya raja untuk bertakhta dihati awak ? Sudikah awak melengkapkan setiap kekurangan saya ? Sudikah awak mencintai saya sepenuh jiwa raga awak dan sudikah awak menjadi isteri dan ibu kepada anak anak saya untuk selamanya?" Soal Aisy sambil melutut
Itu adalah lamarannya yang ke 101 kali sepanjang mereka menjalinkan hubungan selama 5 tahun tapi jawapan yang diberikan Aisy masih belum membuatkan Melisa berasa puas hati
Yang Melisa inginkan adalah dengan Aisy menjawab "Ye saya serious" dan bukannya berkias
Melisa Irdina buat yang ke 101 kali dia tetap mengangguk dan setuju dengan lamaran Aisy
"Are you happy now baby?" Soal Aisy tersenyum. Dagu Melisa didongakkan
Melisa Irdina mengangguk dan tersenyum
"Sayang" panggil Melisa lagi
"Yes baby?"
"Nanti honeymoon Mel nak pergi honeymoon dekat Maldive tau" kata Melisa tersenyum
"No"
"But why ?" kening Melisa bertaut
"Sebab i dah lama teringin nak pergi Thailand. Kita ke Thailand je ok"
"Thailand tu dekat je sayang, so why not kita pergi lain kali je ? Kita honeymoon kat Maldive la. Please" pujuk Melisa
"Maldive i dah biasa pergi la baby. No, i nak kita honeymoon dekat Thailand juga. Kalau you nak pergi Maldive tunggu i free kita pergi sana ye"
"Promise?"
"InshaAllah"
End Of Flashback
Aisy tersenyum apabila terkenangkan peristiwa tersebut. Melisa yang dia kenal sewaktu mula mula dahulu sangat lain dan sangat sopan santun
Aisy terkenang saat mula mula dia berjumpa dengan Melisa sewaktu dia bekerja di Langkawi dan disitulah pertemuan pertamanya bersama Melisa
Aisy dan Rayyan diarahkan untuk memantau projek syarikat mereka yang berada di Langkawi. Masa tu mereka sesat dan tidak tahu selok belok di Langkawi yang menyebabkan satu peristiwa yang berlaku sehingga hubungan dia bersama Melisa menjadi serious
Flashback
"Weh, aku rasa kita dah sesat jauh ni" kata Rayyan cemas
"Kau ni cuba lah bagi kata semangat sikit janganlah fikir bukan bukan" kata Aisy yang juga ketakutan
"Haa tu benda apa warna putih tu weh ?!" Soal Rayyan benar benar ketakutan
"Mana ada benda putih!!" Bentak Aisy
"Tu la gila !! Dia datang arah ni. Apasal dia jalan laju sangat tu?!!" Jerit Rayyan sambil menunjukkan kearah kain putih yang sedang terbang dari jauh
Ketika itu malam, jalan di kampung juga gelap dan tiada lampu jalan kerana itulah mereka berdua boleh tersesat sehingga ke dalam hutan
Aisy dan Rayyan menutup matanya menggunakan tangan. Jantung mereka berdegup sangat kencang
Tiba tiba pintu kereta mereka diketuk kuat
"Arghhhhhhhh !!!" Tidak semena mena mereka terjerit
"Rayyan, kau tengoklah Rayyan. Aku tak nak" kata Aisy gugup dan matanya masih lagi tertutup
"Aku lagilah tak nak! Kau la tengok!"
"Aku bos ke kau bos?! Kau tengok cepat !!" Arah Aisy menggunakan kuasa vetonya
"Mana aci, oh time terdesak ni baru kau nak guna kuasa!!!" Kata Rayyan tidak puas hati
Ketukan diluar semakin kuat. Dengan beraninya Aisy perlahan lahan mengintai dicelah celah jarinya
Aisy terkedu
"Weh Rayyan, cuba kau tengok ni. Ni bukan setan, ni bidadari weh" kata Aisy membuntang matanya. Pandangannya tidak lepas dari memandang wanita cantik di luar kereta
"Kau jangan main main Aisy! Kau baca doa pelindung, mana tahu tu bunian ke dahla kita dalam hutan ni" kata Rayyan yang masih lagi tidak membuka matanya
Aisy menurunkan tingkap keretanya. Wajah Melisa Irdina direnung. Subhanallah cantik !
"Assalamualaikum" ucap Melisa Irdina lembut
"Wa..walaikumussalam" jawab Aisy gagap
"Ada yang boleh saya bantu ?" Soal Melisa Irdina tersenyum manis
"Sebenarnya kami tersesat" jawab Aisy
Rayyan perlahan lahan membuka matanya. Dia hairan mengapa wanita tersebut boleh ada didalam hutan pada waktu malam begini. Sepatutnya waktu waktu begini adalah waktu semua penduduk kampung enak beradu
"Oh Encik berdua orang baru disini ye ? Encik mahu ke mana ?" Soal Melisa
"Ya saya baru disini, saya nak pergi ke homestay Orked" kata Aisy
"Oh homestay orked tu dekat je dengan rumah saya, mari saya tunjukkan" kata Melisa Irdina
"Marilah masuk" jemput Aisy masuk kedalam keretanya
Rayyan memerhati kawasan sekeliling. Kelihatan ada seorang lelaki yang baru keluar dari hutan tersebut bersama motornya. Hati Rayyan berasa tidak sedap
"Encik jalan terus kemudian masuk kiri" kata Melisa
Aisy hanya menurut. 20 minit kemudian dia tiba di homestay orked
"Terima kasih ye cik ?"
"Melisa Irdina. Panggil Melisa je" kata Melisa memperkenalkan diri
"Saya Aisy dan ini kawan saya Rayyan"
"Oh i see. Takpelah dah lewat malam ni saya balik dulu ye" katanya tersenyum
"Cik Melisa, kalau saya nak tanya sesuatu boleh ?" Potong Rayyan
"Ye"
"Awak dari mana tadi ye?" Soal Rayyan ingin tahu
"Oh, saya dari surau baru je habis tadarus" kata Melisa Irdina
"Tapi kenapa lalu jalan hutan ?" Soal Rayyan lagi
"Sebab tu jalan shortcut. Saya tak nak jalan jauh jauh sebab dah lewat malam. Takpelah saya pergi dulu, Assalamualaikum" ucap Melisa terus berlalu
Aisy menampar kepala Rayyan
"Sakitlah, kau dah kenapa ?" Soal Rayyan sambil menggosok kepalanya
"Dah terang-terang dia pakai telekung sah sah la dari surau bangang. Lagi pergi tanya" kata Aisy
"Aku tanya je" kata Rayyan mencebik
"Tapi aku rasa hati aku dah kena curi" kata Aisy sambil memegang dadanya
"Kau tak payah nak mengada. Entah-entah dia orang jahat ke perogol berisi ke"kata Rayyan
"Berisi abah kau! Bersiri la gila"
"Sama je!!"
End of flashback
Aisy tersenyum sendirian. Alangkah indah jika hubungan itu masih terjalin sehingga kini
Lamunannya terhenti saat melihat susuk tubuh yang dikenalinya
Aisy tersenyum sinis
"Memang kita ditakdirkan untuk tidak berjodoh" katanya terus berlalu
"Aisy!!" Panggil seseorang
Langkah Aisy terhenti. Nafasnya ditarik sedalam mungkin. Cuba untuk mengawal emosinya
"Hai Aisy" tegur Melisa Irdina
Aisy menoleh. Muka bengis ditayang
"Dah lama kita tak jumpa kan ? I miss you" kata Melisa ingin memeluk Aisy
"Dont touch me!!" tegas Aisy
"Oh ok" balas Melisa Irdina
Aisy menoleh seperti mencari seseorang
"You cari siapa?" Soal Melisa
"Cari sugar daddy you. Mana dia ? Ke you dah tak laku sekarang?" Soal Aisy sinis
"What are you talking about Aisy?! Sugar daddy ?" Soal Melisa pura pura tidak tahu
"Jangan berlakon depan aku. Perempuan macam kau ni dah bersepah dalam dunia ni, tinggal kutip je. Sampah !"
"How dare you cakap i macam tu Aisy, you tahu tak i rindukan you ? I tahu, sepatutnya tempat ni adalah tempat honeymoon kita tapi im sorry Aisy. I betul betul menyesal" kata Melisa berpura pura
"Menyesal tengkorak kau, dengan pakaian kau yang tak cukup kain ni kau kata kau menyesal ? Sudah sudahlah tu jual maruah diri, tak de benda lain ke kau nak jual dalam dunia ni selain maruah diri sendiri ?" Kata Aisy bengang
"Aisy please!! Semenjak you tinggalkan I, I rasa hidup i kosong. Back to me Aisy" Rayu Melisa
"Aisy!!" Jerit seseorang dari jauh
Kelihatan Rayyan melambai dari jauh
"Nasib kau datang Rayyan, kalau tak dah pecah muka minah ni kena penumbuk aku" desis Aisy
"Aisy, ada orang datang nak jumpa kau" kata Rayyan sambil menjeling Melisa
"Siapa ?" Soal Aisy hairan
"Aisy" panggil Arabela terus menciun tangan suaminya
"Siapa ni?" Soal Melisa terkejut
Baru saja Arabela ingin memperkenalkan dirinya laju saja Aisy menarik kembali tangan isterinya
"Jangan sentuh dia, dia kotor" kata Aisy
"Siapa ni awak ?" Soal Arabela yang masih terpinga pinga
"Pelacur, biasalah Thailand. Sayang mesti penat kan ? Jom balik bilik" kata Aisy terus menarik tangan Arabela
Arabela yang tidak faham apa yang berlaku dan hanya mengikut saja langkah Aisy
"Aku nak warning kau perempuan ! Kau berhenti kacau Aisy atau aku akan hancurkan hidup kau! Memang dari dulu lagi aku tahu yang kau ni bukan orang yang baik dan aku bersyukur sangat sebab Allah tu buka mata sahabat aku sebelum dia bernikah dengan kau! Dan aku lagi bersyukur sebab Allah kurniakan jodoh yang baik untuk Aisy. So aku harap, kau jangan mengemis minta simpati daripada Aisy lagi" Rayyan memberi amaran dan terus berlalu
Melisa Irdina tersenyum sinis
"Wife ? Wow!! Mungkin kalini belum tiba masanya, tapi aku akan pastikan suatu hari nanti kau kembali pada aku Aisy! Itu janji aku!"
-------------------------------
Aisy merenung Arabela dari atas hingga bawah
"Awak ni kenapa Aisy?" Soal Arabela hairan
"Macam mana kau boleh sampai sini?" Soal Aisy
"Naik flight la cik abang oii" jawab Arabela
"Kau buat apa kat sini?" Soal Aisy lagi
"Tempat isteri kan disisi suami" jawab Arabela lagi
"Siapa izinkan kau kesini?" Soal Aisy dengan mukanya yang bengis
"Hukalohh, senyumlah sikit muka tu. Ni bekeng semace" kata Arabela dalam loghat kelantan
Ingin saja meletus ketawa Aisy mendengar Arabela bercakap loghat kelantan itu. Buruk betul !!
"Diamlah kau" Kata Aisy terus berlalu ke tandas
"Tulah dia, sikit sikit lari pergi tandas huh" gumam Arabela
Aisy menghembus nafasnya. Lihat saja wajah Arabela, amarahnya terus terpadam. Sedikit sebanyak dia suka kehadiran Arabela ke situ
"Aisy, nak masuk" pinta Arabela dari luar
"Aku mandi dulu la" balas Aisy
"Alaa, buka lah. Apa salahnya mandi sama sama?" Soal Arabela dengan lunak suaranya yang manja
Aisy terkejut. Lain macam betul suara gatal Arabela kalini
Aisy membuka pintu. Wajah Arabela dipandang kosong
"Pergilah mandi. Bising betul" kata Aisy terus berlalu ke katil
Arabela berjalan perlahan-lahan menuju ke katil kemudian tangan Aisy ditarik lembut. Aisy tidak membantah. Dia seakan terbuai dengan tingkah laku Arabela. Tambahan pula dengan keadaan Arabela yang hanya berkemban memakai tuala. Kaki Aisy mengikut langkah Arabela masuk ke tandas.
Pintu ditutup dan dikunci
Share this novel
update lagii