Melisa Irdina termenung sendirian. Senyum sinis tidak lekang pada bibirnya. Jari telunjuknya digigit lembut
'I tak sangka Aisy, you yang dulu bodoh sekarang makin matang. Rasa menyesal tinggalkan you tu adalah sikit tapi i tak kisah sebab sekarang i dah miliki segala galanya' desis hatinya
Flashback
"Sayang , you kat mana ? Dah lama i tunggu" kata Melisa manja pada teman lelakinya
"Sabar sayang , i kat bawah ni kejap lagi i sampai" balas lelaki tersebut
Tidak lama kemudian lelaki tersebut tiba dihadapan rumah Melisa. Melisa menyambut kedatang lelaki tersebut dengan mesra sekali
Lelaki itu melihat Melisa dari atas sampai bawah. Sangat mengiurkan. Dengan gaun hitam jarang yang menampakkan lurah dadanya yang putih , dengan pehanya yang gebu dan juga leher Melisa yang jinjang
"Baby , why so hot ?" Soal lelaki tersebut terus menjunamkan bibirnya ke leher Melisa
Melisa tertawa kecil, terus dipeluknya lelaki tersebut
"Kita masuk ok sayang" kata Melisa terus menarik lelaki tersebut masuk kedalam rumahnya. Pintunya ditutup tapi tidak dikunci
________
Aisy tersenyum senang , akhirnya ada juga masanya untuk membuat kejutan kepada teman wanitanya, Melisa memandangkan hari itu adalah hari jadi Melisa
Telefonnya dicapai , nombor Melisa didail namun tidak berangkat
"Hey bro, jomlah" kata Rayyan kepada Aisy
"Aku takut dia takde kat rumah la" kata Aisy
"Apa pulak takde kat rumahnya ? Sekarang dah pukul 9 malam kot , dia nak pergi mana malam malam buta macam ni ?" Soal Rayyan
Kehadiran Rayyan disitu atas permintaan Aisy kerana Aisy meminta pertolongan Rayyan supaya menjadi photographernya disaat detik manis itu berlangsung
"Hmm ye tak ye jugak , jomlah gerak" balas Aisy
15 minit kemudian Aisy tiba dihadapan rumah Melisa. Bibirnya tersenyum lebar. Tidak sabar rasanya untuk melihat buah hati kesayangannya
"Mel , i harap hadiah birthday you kali ni sangat bermakna buat you. I.. i akan melamar you Mel and i janji i akan sempurnakan hidup you" desis hati Aisy sambil tersenyum gembira
"Sudah sudah lah tersengeh macam jebon bro" sampuk Rayyan
"Diamlah kau , sibuk je manjang sebab tu single hahahah" balas Aisy
"Tak guna punya kawan" dengus Rayyan sambil membuat muka toya
Aisy melangkah masuk, pintu diketuk namun tidak dibuka sedangkan kereta dan kasut Melisa kelihatan ada
Berkali kali Aisy mengetuk pintu tersebut namun masih juga tidak dibuka
Aisy membuat keputusan untuk membuka pintu tersebut dan hairan kerana ia tidak berkunci. Aisy terus melangkah masuk diikuti dengan Rayyan yang sedang merakam
"Sayang" panggil Aisy
"Melisa Irdina" panggilnya lagi
Kaki Aisy terus menapak kebilik Melisa lalu pintu bilik dibuka
"Astaghfirullahalazim !" Terus jatuh cincin dan bunga yang dipegangnya ke lantai
"Rayyan , stop record" arah Aisy sambil menunduk
Tidak sanggup untuk melihat perkara yang terkutuk sedang berlangsung depan matanya
Remuk
Kecewa
Pedih
Sakit
Itulah rasa hatinya disaat itu
Disaat dia cuba untuk membahagiakan insan tersayang tapi kesakitan yang teramat pedih dia dapat
"Melisa Irdina , we're done !" Kata Aisy terus berlari meninggalkan rumah tersebut
"Aisy Khaizuran wait !" Jerit Melisa namun Aisy langsung tidak dikejar memandangkan keadaan dia yang hanya berselimut ketika itu
Aisy terus masuk kedalam kereta. Hatinya hancur , betapa kecewanya yang dia rasakan
Segala usaha yang dia lakukan selama ini hanya sia sia
Air matanya jatuh , jatuh dan jatuh namun hatinya perlu kuat , egonya perlu tinggi agar dia tidak akan dilakukan seperti ini lagi
"Aku benci kau ! Dasar perempuan jalang !" Teriak Aisy Khaizuran sekuat hati. Stereng keretanya dihentak sekuat mungkin
Enjin keretanya dihidupkan. Aisy memecut laju keretanya dihighway. Tanpa mengingati orang orang yang tersayang , dia memandu seperti orang gila dek kerana amarahnya
"Kau ingat ! Disebabkan kau , dendam aku pada kaum kau takkan pernah hilang. Murahan !" Katanya tersenyum sinis
Aisy memberhentikan keretanya ditepi sebuah tasik. Dia keluar daripada keretanya dan berjalan kearah tasik. Kalau bukan kerana didikan agama yang cukup dari orang tuanya , pasti dia sudah cuba untuk membunuh diri akibat kecewa
Memang yang lain akan berkata dia bodoh jika dia melakukan perkara tersebut. Tetapi , tiada siapa yang pernah faham apa yang berlaku kepada dirinya dan semuanya dia yang tanggung rasa sakit , kecewa dan marah
Aisy Khaizuran terduduk dibangku yang tersedia disitu , air matanya mengalir lagi. Kerana cinta , dia sanggup jatuhkan egonya. Kerana cinta , dia sanggup gadaikan segalanya. Tapi kenapa dia perlu dikhianati sebegini. Sungguh , hati siapa yang kuat ?
"No Aisy ! Kau tak boleh bazirkan air mata kau untuk jalang tu ! Bodoh !" Air matanya cepat cepat dihapuskan. Dia berdiri dan bangku itu ditumbuk sekuat hati sehingga tanganya berdarah
Puas ! Itu yang dia rasakan
_________
"Melisa , sanggup kau hancurkan hati Aisy demi kepuasan kau sendiri ! Kau dah remukkan hati Aisy. Aisy datang kesini dengan harapan nak lamar kau , tapi apa dia dapat ? Dia nak jadikan birthday kau tahun ni adalah birthday paling bermakna bagi kau , tapi tarikh ni adalah tarikh yang telah ciptakan sejarah hitam dalam hidup dia. Aku janji , kau akan menyesal satu hari nanti" kata Rayyan terus berlalu
Melisa terkedu , Melamar ?
"Sayang , lets continue" kata lelaki disebelah Melisa sambil meramas dada Melisa
"No ! Get out from my house now !" Teriak Melisa terus menepis tangan lelaki tersebut
Sedikit sebanyak hatinya terkesan. Melamar ? Aisy datang kerumahnya untuk melamarnya tapi apa yang dia telah lakukan ?
Melisa melakukan perkara tersebut kerana sebelum ini Aisy tidak pernah ingat pada tarikh hari jadinya. Aisy selalu sibuk dengan kerja sehingga dia rasa terabai dan rasa tidak disayangi kerana itulah dia membuat perkara terkutuk itu
Melisa menjerit sekuat hatinya
"Kenapa baru sekarang Aisy ?" Soalnya dalam hati. Air matanya bertakung
_______
Aisy termenung , matanya sembab kerana menangis
"Kerana selama ni aku cari duit untuk lamar kau , kerana selama ni aku sibuk kumpul duit kahwin kita , kerana selama ni aku berkorban untuk kau. Tapi apa yang kau balas pada aku Melisa ?! Arghh !!!" Jerit hatinya
End of flashback
"Aisy , Aisy ! Tak sangka , setia juga you pada i kan ?" Katanya sambil tersenyum sinis
"Hey sayang , senyum apa tu ?" Tegur seorang lelaki tua terus merangkul pinggang Melisa
"I senyumlah sebab i happy"
"Happy sebab ?"
"Sebab i ada you" kata Melisa terus mencium pipi lelaki tua tersebut
------------
Afif keluar rumah untuk mengambil angin malam , matanya terpandang ke arah Aisy yang asyik termenung di gazebo dihalaman rumah itu. Afif terus melangkah kearah Aisy
"Hey dik , kau apasal masam je muka" tegur Afif
"Serabut" balas Aisy sepatah
"Dah kenapa ? Share la dengan aku" kata Afif
"Tak nak aku" balas Aisy
"Suka hati kau la dik" balas Afif kembali
"Kau apasal tak tidur lagi ?" Soal Aisy
"Saja je ambil angin malam" jawab Afif terus mengambil tempat disebelah Aisy
"Dik , aku nak cakap sikit boleh ?" Soal Afif
"Hmm"
"Buka hati kau dan terimalah hakikat. Kau lelaki dan memang diciptakan berpasangan dengan perempuan. Hilangkan sifat dendam kau demi kebaikan kau. Ke kau gay ?" Soal Afif terus memandang muka Aisy dengan riak yang tidak percaya
"Kepala hotak kau , kalau aku gay dah lama aku terkam kau la bangang" jawab Aisy terus menjeling abangnya
"Hahaha aku gurau je lah. Takkan dah takleh gurau kot sekarang ?" Soal Afif
"Gurau abah kau" dengus Aisy
"Fikirkan apa aku cakap , aku janji kau akan bahagia dengan pilihan mama tapi kalau kau tak bahagia juga , kau belasah la aku. Tu janji aku , pegang !" Kata Afif memberi semangat
"Ish kau ni , pergi tidurlah. Bini kau dah tunggu dah tu. Sibuk je kerja" kata Aisy lagi
Afif tertawa kecil. Dia tahu disudut hati Aisy itu pasti terkesan dengan kata katanya. Hanya masa yang perlu diberikan kepada Aisy supaya Aisy dapat berfikiran dengan matang dan terbuka
"Dah la , aku masuk bilik dulu. Kahwin ni best tau , ada teman nak peluk , ada teman nak bermanja , ada teman yang tidur sebelah. Wahh , bahagianya" kata Afif terus berlalu
Aisy menjeling
"Gila"
Aisy mengeluh halus. Kata-kata Afif kembali diingati. Tipulah kalau dia tidak mahu hidup seperti orang lain. Tetapi apakan daya. Dia pun tidak minta semua ini berlaku. Aisy kecewa. Semuanya sudah dia lakukan tetapi mengapa ini yang dia harus dapat?
Tubir matanya bertakung. Sepatutnya dia sudah bergelar suami pada bulan lepas tetapi semua ni angkara Melisa. Dia telah musnahkan segalanya. Penumbuk Aisy digenggam. Sepatutnya dia dengar nasihat Rayyan dari dulu lagi tetapi disebabkan terlampau sayang dia sanggup ketepikan sahabatnya
Share this novel
update plz..
update plz..
update plz..