"Hai Aisy" tegur Melisa Irdina
Aisy terkejut, isterinya disebelah dipandang
'Ni perempuan yang haritu kan? Yes! Tak silap aku memang dia' desis hati Arabela. Mengucap panjang Arabela apabila melihat pakaian Melisa. Sangat menjolok mata
"Ara tunggu sini kejap ea" kata Aisy. Arabela mengangguk
Aisy terus merentap tangan Melisa Irdina kuat
"Kau nak apa lagi?!" Soal Aisy bengang
"Takde apa, i saja je tegur you. Emm lebih tepat actually i rindu" balas Melisa Irdina tersenyum
"Rindu? Sampah! Kau dengan rindu kau boleh pergi mampus! Aku benci tengok muka kau, so please!" Kata Aisy ingin pergi namun pantas ditahan Melisa
"Aisy wait" Melisa terus memegang tangan Aisy
"Dont touch me! Sekali lagi kau halang aku, aku takkan teragak-agak nak bertindak kasar!" Bentak Aisy
"Aisy please"
Panggg !!!!
Satu tamparan hinggap dipipi kiri Melisa
"Aisy, sampai hati you" lirih Melisa Irdina sambil memegang pipinya yang terasa berpijar dek tamparan Aisy
Arabela terkejut melihat adegan itu. Tidak sangka yang Aisy sanggup bertindak sampai begitu sekali. Lebih baik dia tidak masuk campur kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan
Kelihatan Aisy berjalan ke arah Arabela semula dengan wajah yang keruh
"Aisy ok?" Soalnya
"Ok" balas Aisy tersenyum
"Alhamdulillah"
Aisy terus memimpin tangan Arabela. Wajah Melisa Irdina langsung tidak dipandang
Arabela memandang wajah Aisy. Wajah Aisy kelihatan sangat serabut
Genggaman Arabela semakin kuat. Aisy memandang Arabela. Arabela memberikan senyuman kepada Aisy. Aisy membalas senyuman tersebut walaupun senyuman itu terlindung disebalik purdah yang dipakai Arabela
"Kita nak ke mana ni?" Soal Arabela
"Balik je la, lagipun dah nak senja"
"Tak nak la. Apa kata kita tengok sunset nak?" Soal Arabela
"Sunset?"
"Boleh la Aisy"
"Hmm yelah, sekejap je tau"
"Ok!"
"Tengok sunset tu, bersinar macam Ara hehe" kata Arabela tersenyum. Sengaja dia cuba mengambil hati Aisy
Cantiknya, Subhanallah
"Eleh, perasan" balas Aisy
Arabela memeluk pinggang Aisy. Begitu juga dengan Aisy memeluk bahu Arabela
Tuhan tolonglah aku
Jagakan dia
Yang selalu ada disisiku sepanjang waktu
Kau berikanlah kami cinta yang terindah
Agar diri kami selalu mencintai tuk selamanya
Arabela tersenyum mendengar Aisy menyanyikan lagu yang bertajuk jagakan dia yang dinyanyikan oleh Shiha Zikir
"Sedapnya suara Aisy"
"Terima kasih"
Arabela tergamam mendengar suara merdu Aisy. Tidak pula dia tahu yang Aisy pandai menyanyi
"Jomlah kita balik bilik, dah lewat ni nanti terlepas pula maghrib" kata Aisy. Arabela hanya menurut
----------------------
Air mata Melisa Irdina tidak henti-henti mengalir. Dia terkejut dengan tindakan Aisy. Aisy semakin berani, dulu Aisy tidak pernah angkat tangan pada seorang wanita pun
'Ni mesti kerja perempuan tu. Kau dah hasut Aisy!! Aku takkan biarkan rumah tangga korang bahagia!!' Bentak Melisa Irdina
Melisa Irdina mengemaskan pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam beg. Moodnya sudah hancur. Dia perlu balik ke Malaysia untuk kembali menenangkan fikirannya. Setelah itu barulah dia akan memikirkan cara untuk memporak perandakan rumah tangga Aisy
"Hello baby, esok i balik Malaysia so you tolong tempahkan tiket untuk i ok? Dan jangan lupa jemput i dekat airport. Bye love you" Melisa Irdina terus mematikan panggilan
Sekarang, hidupnya penuh dengan kemewahan. Semua kemewahan yang dia miliki adalah kemewahan dari hasil dia menjual dirinya kepada orang yang berpangkat besar seperti Dato dan anak Dato
Baginya, hidupnya begini adalah sudah cukup tapi belum lengkap. Dia sudah mula merasakan yang dia juga layak untuk disayangi dan dicintai tapi bukan atas dasar nafsu
Tetapi dicintai atas dasar cinta dan kasih sebagaimana Aisy mencintainya dahulu
-----------------------
"Siapa call tadi?" Soal Aisy
"Umi call. Dia tanya bila balik" jawab Arabela
"Oh, dah bagitau umi ke yang kita extend duduk sini?" Soal Aisy lagi
"Dah. Umi ok je. Lagipun umi dah tahu yang Ara dah berhenti kerja. Zulaikha la orang paling sedih bila tahu yang Ara berhenti kerja" jelas Arabela panjang
"Oh hmm baguslah kalau umi dah tau. Aisy nak tanya something boleh?" Soal Aisy
"Tanyalah"
"Ara tak rasa terpaksa kan berhenti kerja?"
"Takdelah, betul kata Aisy. Tempat isteri disisi suami" balas Arabela tersenyum
"Alhamdulillah" balas Aisy
Arabela sangat suka perubahan pada diri Aisy sekarang. Aisy lebih banyak beristighfar berbanding memaki. Aisy sudah mula bersabar dan tidak cepat melenting. Mungkin kerana doanya setiap hari supaya Allah melembutkan hati suaminya. Alhamdulillah
"Tenung muka Aisy lama-lama tu ada makna ke?" Soal Aisy
"Alamak kantoi pulak" balas Arabela terus menutup mukanya menggunakan tapak tangan
"Eh comelnya" kata Aisy tertawa dengan telatah Arabela
Arabela membahang apabila dipuji sebegitu. Amboi Aisy ni sweet talker !
"Esok kita pergi jalan-jalan tempat menarik nak?" Soal Arabela
"Jom" balas Aisy
"Yeay!"
Aisy suka apabila Arabela sentiasa ada disisinya sepanjang masa. Arabela selalu memeluknya. Asal duduk sebelah je mesti Aisy dipeluk. Manja !
"Aisy, kalau Ara tanya ni janji jangan marah ea" kata Arabela
"Tanya apa?" Soal Aisy hairan
"Em..perempuan tadi tu yang kita jumpa tempoh hari kan? Dia siapa?" Soal Arabela..takut juga dimarahi Aisy kerana menyibuk
Aisy mengeluh. Nafasnya dihembus. Sudah tiba masanya untuk Arabela tahu tentang hal ini
"She's my ex" balas Aisy
"Bekas tunang?"
"Yes" balas Aisy tenang
"Oh ok. Thanks bagitahu" balas Arabela sambil memicit pipi Aisy
"Ara tak nak tanya ke apa jadi antara kami?" Soal Aisy hairan
"Aisy" Arabela terus duduk menghadap Aisy
"Ara tak nak Aisy ingat semua tu okey? Kisah silam biarkan ia jadi kenangan. Dalam kehidupan kita kena teruskan dan jangan kembali menoleh pada kisah silam. Yang sudah berlalu jadikan ia sebagai pengajaran untuk masa akan datang. Hidup kita jangan terperangkap dengan kisah silam okey? Move on!" Kata Arabela sambil menggenggamkan penumbuknya dan diangkat ke atas
Aisy tertawa. Orang serious dia main-main pula. Tampar kang!
"Tapi kalau Aisy nak meluah, Ara sedia mendengar. Jangan risau ok, Ara sentiasa ada disisi Aisy" sambung Arabela lagi
"InshaAllah, thanks" Aisy tersenyum. Alangkah tenangnya sikap Arabela. Aisy betul-betul kagum dengan sikap isterinya itu
"Hmm Ara ada lagi satu soalan"
"Apa?"
"Sebab dia ke Aisy hilang harapan untuk bercinta lagi?"
'Sampaikan Aisy tak sanggup untuk membuka pintu hati Aisy untuk Ara' sambungnya dalam hati
Aisy tersenyum tapi matanya berkaca
Arabela faham akan itu. Senyuman dibibirnya diukir semanis mungkin kerana Aisy suka melihat wajahnya yang gembira. Arabela mahu menjadi penyebab Aisy gembira bukan penyebab Aisy bersedih
"Aisy nak tahu tak ? Kata Imam Syafie, orang yang terlalu berharap kepada manusia ini Allah timpakan kepada mereka, pedihnya pengharapan. Sebab apa? Sebab Allah begitu cemburu dengan hati- hati yang berharap kepada selain Allah. Sebab Allah nak, kita kembali kepada Allah"
Arabela tersenyum. Pipi Aisy digosok perlahan
Kata-kata Arabela benar-benar menusuk jiwanya. Ingin saja dia mengalirkan air matanya
"Sabar ye Aisy" Arabela terus mendakap suaminya erat
-------------------------
Aisy membetulkan posisi tidurnya. Kejap ke kanan, kejap ke kiri tapi dia masih belum boleh memejamkan matanya
Dia menghadap Arabela. Wajah Arabela ditenung. Tenang
Lama dia merenung wajah tenang tersebut. Aisy terimbas segala kebaikan Arabela terhadapnya. Arabela tidak pernah jemu padanya
Setiap pagi Arabela akan membacakannya Surah Toha dengan niat supaya hati Aisy menjadi lembut. Surah Toha adalah surah yang dapat melembutkan hati seseorang dengan izin Allah sebagaimana Saidina Umar terus memeluk Islam apabila mendengar surah tersebut dialunkan
Arabela tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang isteri walau buruk macam mana sekalipun layanan dia terhadap Arabela
"Aisy suka sikap Ara. Ara baik, patuh, cantik dan Ara cukup sempurna buat Aisy. Terkadang Aisy rasa diri Aisy tidak layak untuk Ara. Aisy banyak kelemahan sayang, terlalu banyak. Aisy yakin, akan ada orang lain yang mampu sayang Ara tapi bukan Aisy. Aisy minta maaf. Aisy masih belum bersedia. Jika suatu hari Ara tidak dapat bertahan, Aisy janji Aisy akan lepaskan Ara. Aisy akan berikan kebebasan buat Ara untuk Ara mencari kebahagiaan. Aisy tahu Aisy tak mampu beri kebahagiaan pada Ara" bisik Aisy perlahan. Tubir mata Aisy bertakung
Begitu juga dengan Arabela. Kelopak matanya juga basah tapi ditahan air matanya supaya tidak mengalir. Segala luahan isi hati Aisy dia dengar
'Tapi Aisy lah kebahagiaan yang Ara perlukan. Ya Allah bukalah pintu hati suamiku untukku' doa Ara dalam hati
Terdengar esakan dari mulut Aisy yang membuatkan tangisan Arabela juga pecah
Aisy terkejut. Pantas air matanya dihapuskan
"Eh Ara" soalnya terkejut
Arabela masih lagi menangis. Wajah Aisy ditatap lama
"Betul ke apa yang Ara dengar?" Soal Arabela sayu
Aisy hanya mendiamkan diri
"Aisy, Ara tanya Aisy. Betul ke apa yang Ara dengar?" Arabela menggoncangkan bahu Aisy
Aisy masih lagi diam tidak berkutik. Air matanya jatuh lagi
"Aisy, answer me Aisy!" Teriak Arabela
"Yes!! Aisy akan ceraikan Ara bila Aisy rasa yang Ara tak perlukan Aisy lagi. Aisy akan ceraikan Ara bila Aisy rasa yang Ara perlukan kebahagiaan! Ara perlu keluar dari hidup macam ni untuk mencari kebahagiaan Ara!! Ara tak boleh hidup macam ni dan terkurung macam ni!" Jerit Aisy. Air matanya berjuraian jatuh
"But, you're my happiness Aisy and i always need you in my life honey! Dan Ara rasa, Aisy perlu keluar dari kisah silam Aisy. Keluar and love me. Because.." Arabela teresak esak menangis. Tangannya digenggam, wajahnya menunduk
"Because i love you Aisy. Yes! I love you so much" bisik Arabela dan masih boleh didengari Aisy. Esakannya semakin kuat
"But i cant Ara, understand me!! I cant!!" Lirih Aisy dan terus berlalu keluar
"Aisy" Arabela menangis teresak esak disitu
Lemah dirinya. Tidak kuat untuk dia hadapi semua ini. Sampai hati Aisy
Aisy mengunci dirinya dibilik yang lain. Air matanya masih lagi berjuraian jatuh
Dia berjalan masuk ke bilik air. Wudhuk diambil. Selesai mengambil wudhuk dia menghamparkan sejadah
Niat dibaca, solat dilakukan dengan penuh penghayatan. Air matanya mengalir
Dia ingin mengadu, dia ingin melepaskan segala beban yang ada dalam hatinya. Dia hanya mahukan yang terbaik untuknya dan juga untuk Arabela
Sementara itu, Arabela juga melakukan hal yang sama. Solat juga ditunaikan
Selesai bersolat, Arabela duduk bersimpuh. Doa dipanjatkan
"Ya Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau lebih mengetahui apa isi hatiku dan juga isi hati suamiku. Kau tahu apa yang terbaik buat aku dan juga dia" doa Arabela
"Ya Allah, aku lemah. Berilah hambaMu ini kekuatan untuk meneruskan perkahwinan ini. Imanku goyah Ya Allah. Aku buntu. Berilah petunjukMu kepadaku. Tunjukkanlah apa yang terbaik bagiku dan juga bagi isteriku" doa Aisy
"Ya Allah, perancanganMu adalah sebaik baik perancangan. Aku terima apa sahaja yang bakal terjadi selepas ini. Ya Allah, hatiku inginkan ikatan ini terus terjalin tapi Engkau Maha Mengetahui. Jika begini yang Engkau tetapkan. Aku redha" doa Arabela
"Berilah dia kebahagiaan kerana aku tahu aku bukan yang terbaik untuknya. Bahagiakanlah hidupnya. Jika aku bukan ditakdirkan untuknya, aku sanggup melepaskannya" doa Aisy
"Sungguh, hanya padaMu aku mengadu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin"
Doa diaminkan setelah dipinta dengan syahdu. Doa dipanjatkan dengan penuh pengharapan agar doa mereka dimakbulkan
Arabela menghamburkan tangisnya sekuat hati. Berat dia merasakan jika dia berpisah dengan Aisy
Aisy terbaring. Dia termenung, terlalu berat ujian yang dia hadapi. Dia risaukan Arabela tapi dia tahu Arabela pasti kuat menghadapi dugaan ini
Dia tahu Arabela mempunyai hak untuk bahagia. Tapi bukan bahagia bersamanya kerana dia tidak layak untuk Arabela. Aisy masih lagi terperangkap dengan kisah silamnya. Mungkin Aisy perlu lepaskan Arabela demi kebahagiaan isterinya itu
Share this novel
update lagii
kesian plop ko Ara..hrp2 dia org happy