"Mama" panggil Aisy
"Mama please" kata Aisy lagi apabila Puan Hanis tidak menghiraukan panggilannya
"Ok ma , im sorry. Aisy minta maaf , Aisy tahu Aisy keterlaluan"
"Ok fine ma, atas permintaan mama. Aisy akan kahwin dan Aisy akan ikut cakap mama asalkan mama maafkan Aisy" kata Aisy bersama keluhannya
Puan Hanis menyembunyikan senyumnya, akhirnya dengan cara ini jugalah berkesan
'Adik, adik kenapa keras sangat hati tu? Kan bagus kalau adik dengar cakap mama dari dulu' bisik hati Puan Hanis
"Alhamdulillah, suka mama dengar" balas Puan Hanis tenang
"Dah la ma, Aisy pergi kerja dulu. Assalamualaikum" ucap Aisy terus berlalu. Puan Hanis tersenyum puas
------------------------
"Eh bro, asal masuk kerja je monyok. Asal monyok je masuk kerja" kata Rayyan terus menepuk bahu Aisy
"Kau ni apahal?" Soal Aisy tidak berpuas hati. Dahinya berkerut
"Ok fine !" Balas Rayyan. Rayyan pantas mencapai secawan gelas lalu air diteguk rakus. Sakit pulak hati melayan mangkuk ni
"Ha sentap !" Jerkah Aisy
"Takde la bro , mama aku paksa aku kahwin and kalau aku tolak dia cakap jangan pernah anggap dia hidup lagi" terang Aisy. Rayyan tersedak mendengar kata-kata Aisy
"Habis tu kau terima lah ?" Soal Rayyan terkejut
"Dah tu takkan aku nak jadi anak derhaka pulak ?" Balas Aisy
"Alhamdulillah , kalau boleh aku nak buat sujud syukur kat sini. Akhirnya hati batu kawan aku ni dah lembut. Subhanallah" kata Rayyan
"Kau tak payah nak over la hanat. Aku stress ni tau tak ?"
"Bakal pengantin tak boleh stress hahaha. Usya sikit gambar bakal bini kau" kata Rayyan sengaja mengusik. Suka betul dia memanaskan hati Aisy
"Aku mana ada gambar dia tapi yang penting dia berpurdah"
Sekali lagi Rayyan tersedak. Aisy menjulingkan bebola matanya. Entah berapa kali si Rayyan ni mahu tersedak. Kalau dia cerita yang dia kena kencing dengan Arabela pasal nombor tipu tu , rasanya dah mati tersedak dah Rayyan ni
Aisy terus berdiri dan berlalu masuk ke dalam office. Sakit pula matanya melihat Rayyan tersedak tak habis habis
----------------------
"Zul , aku nak cerita something ni" kata Arabela
"Ha cerita la. Kenapa ?" Soal Zulaikha
"Kau ingat tak lelaki yang langgar aku haritu ?" Ragu-ragu Arabela bertanya
"Haa ingat. Kenapa ?"
"Dia bakal suami aku" jawab Ara sayu. Terus terbuntang mata Zulaikha
"Kau biar betul ? Baru haritu aku doa supaya dijauhkan dengan orang macam tu. Ya Allah , kecilnya dunia ni" jerit Zulaikha
"Ye betul. Umi aku berjumpa dengan bakal mak mertua aku haritu and dia ada sekali , masa mula-mula tu memang aku tak cam tapi lama lama tu baru aku cam. Aku dah minta dengan umi aku yang aku nak batalkan perkahwinan ni tapi umi aku larang. Katanya mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Lagipun malam ni belah lelaki hantar rombongan sekaligus bertunang" terang Arabela sayu
Zulaikha mendekati Arabela lalu dipeluknya. Belakang badan Arabela digosok
"Ada betul kata umi kau. Sabar ye , lagipun Allah tahu apa yang terbaik untuk kau. Tak mungkin Allah nak beri jodoh yang tak baik untuk kau sebab kau dah jaga sepenuhnya batasan batasan kau dengan ajnabi. Apa apa pun lepas ni kau kena sentiasa tabah dan kuat. Aku sebagai sahabat kau akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. By the way , bila berlangsung ?"
"Terima kasih Zul , InshaAllah 2 bulan dari sekarang" jawab Arabela
"Alhamdulillah , so preparation dah buat ke ?" Soal Zulaikha lagi
"Belum lagi , lagipun semuanya umi aku dengan bakal mak mertua aku yang settlekan" kata Arabela
"Oh baguslah macam tu"
"Hmm itulah , lagipun aku pun tak nak lah keluar berdua duaan dengan dia sebelum kahwin ni. Tak manis la" sambung Arabela lagi
Zulaikha tersenyum. Beruntung dia mempunyai sahabat yang baik dan sopan seperti Arabela. Bab bab agama tidak pernah dilanggar
'Ara , aku tahu kau akan bahagia dengan dia suatu hari nanti. Aku tahu kau akan sabar dan berjaya menghadapi perangai bakal suami kau dan aku yakin kau dapat mengubah sikap bakal suami kau. Allah is the best planner dan yang penting , doa aku untuk kau tidak pernah putus kerana kau sahabat dunia akhirat aku' bisik Zulaikha dalam hati
-----------------------
Aisy termenung dibilik kerjanya. Fikirannya masih ralit mencari idea untuk mendapatkan nombor telefon Arabela
"Berani betul perempuan ni main api dengan aku. Dia belum kenal siapa Aisy Khaizuran sebenarnya" Aisy tersenyum sinis
Aisy mendapat satu idea , nombor telefon mamanya didail. Kepalanya diketuk menggunakan pen kerana kesal idea ini tidak muncul dari awal
"Hello ma"
"Ye Aisy ada apa ?"
"Aisy nak minta sesuatu dari mama boleh tak ?"
"Minta apa ? Mengada ngada betul kamu ni"
Aisy ketawa kecil. Itulah mamanya , mesti akan ada terselit bebelnya itu
"Send nombor bakal isteri Aisy boleh tak ?"
"Eh bukan semalam kamu dah dapat ke ?"
"Aaa , aisy terdelete la ma" bohong Aisy
"Careless kamu ni. Ha yelah nanti mama send"
"Thank you maa. I love you !" Kata Aisy terus meletakkan panggilannya
"Kau jangan ingat kau akan bahagialah perempuan" desis hati Aisy sambil tersenyum sinis
Tidak lama kemudian telefonnya berbunyi. Makin lebar senyumannya. Finally !
Pantas nombor telefon Arabela disimpan
Perempuan Malang
Aisy membuka aplikasi whatsapp pantas dia menghantar mesej kepada Arabela
Aisy :
Hi girl ??
Perempuan Malang :
Ni siapa ye ? ??
Aisy :
Orang yang bakal musnahkan hidup kau ??
Arabela tidak membalas mesej tersebut. Aisy menghantar mesej lagi kepada Arabela namun hanya satu tick yang tinggal
"Sial ! Berani dia block aku ! Kau nak main kasar ? Ok fine ! Kau tunggu" desis hati Aisy lagi
Aisy mula berasa tercabar dengan sikap Arabela. Tidak pernah ada perempuan yang membuatnya sebegini. Bahkan semua wanita akan terkejar kejarnya
Penumbuknya digenggam. Ikutkan hati mahu saja dia menumbuk komputer dihadapannya itu tapi disebabkan komputer itu bukan miliknya jadi dia hanya batalkan saja niatnya
----------------
"Astaghfirullahalazim" ucap Arabela berkali kali
"Kau kenapa ni Ara ? Ok tak ?" Soal Zulaikha risau
"Aku takutlah Zul" kata Arabela menggigil. Air matanya bertakung
"Kau kenapa ni ? Cuba cerita dekat aku" kata Zulaikha lagi
Arabela mencapai telefonnya lalu diserahkan kepada Zulaikha. Mata Zulaikha terbuntang membaca mesej itu
"Psychonya dia ni. Ya Allah" kata Zulaikha sambil menekup mulutnya
Terus badan Arabela dipeluk. Arabela ni seorang yang baik , tidak mungkinlah dia mempunyai musuh
Hati Zulaikha semakin risau apabila mengenangkan sikap bakal suami Arabela. Baru diusik dengan mesej saja sudah membuatkan Arabela ketakutan begini , bagaimana pula kalau Arabela berkahwin dengan lelaki yang tidak berhati perut itu ? Keluhan berat dilepaskan
"Ziya , Tuan Rizal nak jumpa awak" kata salah seorang pekerja disitu
"Hm ok" balas Arabela terus bangun. Air matanya dikesat
Arabela berjalan menuju ke bilik CEO nya. Pintu bilik diketuk dahulu sebelum masuk
"Ye masuk" arah Rizal
"Assalamualaikum Tuan" ucap Arabela. Pintu bilik itu sengaja tidak ditutup kerana dia hanya berdua di dalam bilik itu bersama Rizal
Rizal adalah CEO bagi syarikat yang ditempat Arabela bekerja. Rizal berumur 30 tahun dan masih lagi bujang. Jadi tidak eloklah kalau mereka berdua duaan dibilik itu. Lagi pula Rizal ni CEO muda yang kacak dan baik hati. Semua staff disitu pasti jatuh hati padanya kerana sikap keprihatinannya terhadap pekerja-pekerja
"Waalaikumussalam. Jemput duduk" kata Rizal tersenyum. Arabela terus melabuhkan punggungnya dikerusi itu
"Ada apa Tuan panggil saya kemari ?" Soal Arabela. Pandangannya sentiasa ditundukkan
Rizal menghembus nafas. Rasanya dia patut berterus terang sahaja
"Ziya , saya nak tanya awak satu soalan boleh tak ?" Soal Rizal
"Ye boleh"
"Awak single ? Kalau awak masih single saya nak hantar rombongan meminang malam ni. Boleh ?" Soal Rizal terus terang
Arabela terkejut mendengar kata kata Rizal. Kenapa tiba tiba sahaja ? Yang Arabela tahu , Tuan Rizal telah mempunyai kekasih hati iaitu staff yang paling cantik dan seksi ditempat kerjanya itu. Namanya Adel
"Maafkan saya kerana saya tidak profesional dengan mencampur adukkan soal kerja dan hal peribadi. Tapi saya tahu , kalau saya mengajak awak keluar pasti awak menolak dan sebab itulah saya terpaksa bercakap soal ni disini" terang Rizal lagi
"Maafkan saya Tuan , saya rasa Tuan boleh dapat perempuan yang jauh lebih baik dari saya. Saya minta maaf Tuan , sebaiknya Tuan jauhi saya sebab saya tunang orang" bohong Arabela terus berlalu keluar dari bilik Tuan Rizal
Arabela melangkah laju. Sampai saja dimejanya , pantas dia mengemaskan semua barang barangnya
Sengaja Arabela menolak lamaran Rizal kerana dia tahu Rizal itu kegilaan ramai gadis jadi dia tidak mahu mencari nahas dan menempah tiket untuk diserang
"Eh Ara , kau nak ke mana ni ?" Soal Zulaikha hairan
"Aku nak balik la Zul , aku tak berapa sihat" bohongnya terus berlalu
"Eh pelik. Tadi baik baik saja" gumam Zulaikha. Bahunya diangkat tanda tidak mahu ikut campur
Rizal melepaskan keluhannya. Memang ramai gadis yang dia boleh cari dan menjadikan sebagai isterinya
Namun , semua ciri-ciri gadis pilihan mummynya hanya ada pada Arabela. Serabut kepala otaknya memikirkan desakan yang mummynya beri
"Hai sayang" tegur Adel terus duduk
"Hai"
"Kenapa muka you monyok je ni ?" Soal Adel
"Mummy i suruh i kahwin" kata Rizal bersama keluhannya
"Wow , thats good. Lagipun dah lama i tunggu saat ni" balas Adel
"Tapi bukan dengan you"
"What are you talking about Rizal ? Hubungan kita dah lebih 6 tahun tau bukan 6 bulan atau 6 hari" dengus Adel
"Sebab Mummy i nakkan menantu yang berpurdah , menutup aurat dan bukannya seksi macam you" terang Rizal
"Oh ! Sebab tu la you panggil Ziya masuk ke bilik you tadi ? Sebab you nak kahwin dengan dia ?" Soal Adel bengang
"But i can't marry her Adel !"
"Why ?"
"Dia tunang orang"
"Baguslah ! Rizal , kalau you nakkan isteri yang macam Mummy you minta , i boleh berubah. Tapi kenapa you mesti nak cari orang lain ? You dah tak sayangkan i ? You dah lupa apa yang kita harungi selama ni bersama ? Takpelah , i dah tak nak letak harapan apa-apa dalam hubungan ni" kata Adel terus berlalu pergi. Remuk hatinya apabila diperlakukan sebegini
Rizal mengetuk kepalanya sendiri , mengapa dia tidak memikirkan hal itu ? Arghh !
--------------------
Arabela hanya fokus memandu. Dia tidak mahu mengusutkan lagi kepalanya. Jujur , memang Rizal seorang lelaki yang cukup pakej untuk dipilih menjadi seorang suami tapi semua itu mustahil untuknya kerana tidak lama lagi dia akan menjadi tunangan orang
Macam macam dugaan yang ditimpanya hari ini. Sudah serabut oleh nombor yang tidak dikenali , tambah pula soal Rizal
Namun Arabela tetap tersenyum kerana ia menganggap bahawa Allah sentiasa menyayanginya dan sebab itu Allah memberinya ujian
Kereta Honda Civic milik Arabela memasuki perkarangan rumah. Kelihat Puan Maira sedang memberi makan kepada ikan koi dikolam
"Assalamualaikum umi" ucap Arabela terus menyalami tangan tua Puan Maira
"Waalaikumussalam. Eh awal Ara balik" tegur Puan Maira
"Hmm Ara tak sedap badan la umi" jawabnya
"Kenapa ? Ara ok tak ni ? Ara naik atas solat lepastu makan ubat dan rehatlah secukupnya sebab malam ni kan kita ada tetamu" kata Puan Maira
"Hm ok umi , Ara naik atas dulu ye" balas Arabela terus berlalu
Arabela mendaki tangga untuk menuju kebiliknya. Purdahnya ditanggalkan , wajahnya ditatap didalam cermin
"Dah cukup cantik ke wajah aku ni untuk tatapan bakal suami aku nanti ?" Soalnya sendirian. Ditilik lagi mukanya semakin dekat dengan cermin
Jerawat ? Takde ! Dan sememangkan takkan ada kerana dia tidak pernah memanjakan kulitnya dengan sebarang produk. Lubang pori ? Lagilah tak ada kerana kulitnya sentiasa terlindung dari sinaran matahari dan habuk kerana dia berpurdah. Malah , halus dan mulus lagi kulitnya
Berkedut ? Oh no ! Baru 25 tahun okiess. Sunburn ? No , sebab dia jarang keluar dan berpanas. Kerja pun didalam aircond sebab itulah kulitnya semakin putih tanpa produk. Kini Arabela membelek mata dan keningnya. Kening lebat dan terbentuk , mata bundar dan mempunyai bulu mata yang panjang. Hidung pula tidaklah mancung seperti orang arab tetapi masih mancung dan bibirnya selalu kemerahan kerana dia akan minum air masak sebanyak 4litre satu hari
Setelah selesai membelek mukanya dicermin dan telah berpuas hati. Kini , Arabela menjarakkan sedikit badannya dari cermin. Badannya ditilik
Kurus ? Yes of course kerana dia hanya mengamalkan makanan yang berkhasiat. Slim ? Dah kurus ofcourse la slim. Tinggi ? Tidaklah tinggi mana , hanya 155cm sahaja huhu
Jubah yang dipakainya ditarik sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang seksi dan pasti akan mengiurkan lelaki lelaki diluar sana dan kerana itulah Arabela mematuhi segala perintah Allah kerana Arabela yakin bahawa dirinya akan sentiasa terjaga
Arabela tersenyum puas hati kerana penjagaan yang telah dia lakukan pada pinjaman Allah ini telah dilaksanakan sebaik mungkin. Arabela bergegas masuk ke bilik air untuk mandi apabila terdengar azan Asar berkumandang
Lagipula dia harus bersiap sedia kerana sebentar lagi statusnya akan berubah
Share this novel