Bab 7

Romance Series 132782

Arabela mencapai kalendar lalu membeleknya. Lagi dua minggu saja perkahwinannya akan berlangsung. Cepatnya masa berlalu. Keluhan kecil dilepaskan

"Boleh ke aku bertahan hidup dengan dia ? Bahagia ke aku nanti ? Ya Allah , permudahkanlah semuanya" katanya. Kalendar tersebut digantung kembali

Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang lelaki itu. Uminya sendiri pun tidak lagi bercerita tentang Aisy

Ke nak batal kahwin ? Alhamdulillah kalau macam tu tapi tak mungkin kerana uminya tidak berkata apa apa pun lagi

Arabela termenung seketika. Cantikkah dia sewaktu hari perkahwinannya nanti ? Adakah malam pertamanya seperti malam pertama bagi pasangan lain ?

"Subhanallah , jauh sangat berangan ni. Naik jerawat nanti baru tau. Astaghfirullahalazim" tepis Arabela

"Ara" panggil uminya dari luar

"Ye umi ?" Jawab Arabela terus membuka pintu biliknya

"Ada orang nak jumpa Ara ni" kata Puan Maira

"Siapa umi ?" Soal Arabela

"Marilah turun kebawah" jawab Puan Maira tersenyum

Arabela melangkah turun kebawah. Senyuman dilemparkan kepada tetamu itu

"Eh aunty Hanis , Aunty sihat ?" Soal Arabela mesra terus mencium tangan tua itu

"Aunty sihat , Arabela macam mana ? Sihat ?" Soal Puan Hanis pula

"Alhamdulillah , Ara sihat aunty" jawab Arabela

"Aunty ke mari ni bukan nak mengganggu hari cuti Ara tapi aunty  rasa rindu pula pada Ara dengan umi ara" kata Puan Hanis

"Takpe , lagipun ara takde buat apa pun kat rumah" jawab Arabela

"Ara , aunty teringin sangat nak tengok wajah Ara. Mesti cantik macam umi Ara kan ? Ara buka jelah niqab tu lagipun Aunty datang sorang je ni" kata Puan Hanis menyatakan hasratnya

"Eh Ara biasa biasa je. Ok jap" kata Arabela terus menanggalkan purdahnya

Puan Hanis terpegun dengan keayuan wajah Arabela. Dia tersenyum , sejuk hatinya melihat wajah tersebut. Hatinya berharap agar wajah itulah yang akan menjadi penyejuk hati Aisy ketika Aisy sedang marah kelak

"Subhanallah , cantiknya bakal menantu mama ni. Mulai hari ni , Ara panggil mama tau. Lagipun tak lama lagi Ara akan jadi menantu mama juga" kata Puan Hanis tersenyum manis

"Baiklah ma. Apa kata mama makan tengah hari kat sini lagipun tadi Ara dah masak tinggal panaskan je. Marilah mama" pelawa Arabela tersenyum

"Hmm boleh juga , terima kasih" jawab Puan Hanis

"Niat aku bukan untuk mempergunakan Ara demi kebaikan anak aku , tapi aku yakin Ara la jodoh terbaik buat Aisy" bisiknya dalam hati

-------------------

"Haih , makin dekat dengan tarikh makin serabut kepala aku" desis hati Aisy

"Bro , kau pahal ?" Soal Rayyan

"Sakit jiwa"

"Nak jumpa doktor ke ustaz ?" Soal Rayyan lagi

"Jangan tambah serabut aku boleh tak ?" Soal Aisy geram

"Rileks la bro. Cuba cerita apa masalah ? Ke kau serabut sebab perkahwinan kau dah nak dekat ?" Soal Rayyan yang dapat mengagak serabut dikepala Aisy

"Hmm" jawab Aisy

"Macam ni la Aisy , aku tahu hati kau keras tapi aku yakin kau takkan pernah lupakan Allah SWT. Apa kata malam ni lepas solat isyak , kau buat solat sunat istikharah. Minta petunjuk dariNya dan kau kena ingat , petunjuk yang betul dari Allah tu datang dengan pelbagai cara. Kalau kebetulan kau mimpikan bakal isteri kau ataupun dengan kebetulan kau berjumpa dengan dia. Yakinlah kepada Allah , dialah jodoh kau dunia akhirat. Setiap manusia tiada yang sempurna sebab tu kita ni hidup untuk saling melengkapi antara satu sama lain" terang Rayyan panjang lebar

"Cehhhh ayat ! Win la sial" gurau Aisy terus ketawa terbahak bahak

"Kau fikir aku main main ke beruk ?! Tak guna" kata Rayyan terus menarik muka. Wajah Aisy dijeling berkali kali. Ikutkan hati mahu saja dia belasah Aisy sampai lunyai

"Alahai kau ni , yela yela malam ni aku buat. InshaAllah" kata Aisy

"Hmm" balas Rayyan

--------------

Malam itu setelah selesai menunaikan solat isyak , Aisy mengikut apa yang disuruh Rayyan. Sedikit sebanyak hatinya berasa tenang

Tiba tiba telefon Aisy berdering. Terus Aisy mencapai telefonnya, nombor yang tidak dikenali. Pantas butang hijau ditekan

"Assalamualaikum" ucap seorang wanita ditalian

"Waalaikumussalam" jawab Aisy

"Ni Encik Aisy ke ?" Soal wanita tersebut

"Ye saya , ni siapa ?" Soal Aisy

"Saya Arabela"

Aisy terkedu. Tidak pernah Arabela menelefonnya sebelum ini. Mengapa tiba tiba ? Tak mungkin Allah sudah menjawab pertanyaannya sepantas itu

"Ha ada apa ?" Soal Aisy mendatar. Badannya terus direbahkan di atas katil

"Umi pesan tadi suruh awak ambil barang hantaran ni esok sekali gus awak hantar barang hantaran awak sekali" kata Arabela

"Apasal kau je yang tak hantar ? Aku busy la" jawab Aisy

"Mana saya tahu , tadi mama awak pun pesan macam tu. Bukan saya yang pandai pandai tau" gumam Arabela geram

"Hish , mengada betullah. Tengoklah macam mana nanti. Menyibuk je nak call orang malam malam buta" sengaja Aisy memanaskan hati Arabela

"Hey sorry sikit. Ingat saya hadap ke nak call awak kalau bukan saya dipaksa. Please !" Jawab Arabela kembali

"Macam ni ke kau nak jadi isteri solehah ? Belum kahwin lagi macam macam kau menjawab , bila dah kahwin nanti entah apa lagi kau nak buat" dengus Aisy

"Belum kahwin la saya kena pertahankan hak saya" jawab Arabela lagi

"Oh jadi lepas kahwin ni kau kena patuh semua arahan aku ye ? Ok faham , ishh tak sabarnya nak kahwin. Sayang , ready for our first night. Bye" kata Aisy terus meletakkan panggilannya

Arabela mendengus geram. Annoying!

Aisy duduk dibirai katil. Hairan kerana selalunya jika Arabela dipaksa untuk menghubunginya pun pasti ditolak mentah mentah olehnya tapi kenapa kali ni Arabela menurut pula? 
"Kau kena ingat , petunjuk yang betul dari Allah tu datang dengan pelbagai cara. Kalau kebetulan kau mimpikan bakal isteri kau ataupun dengan kebetulan kau berjumpa dengan dia. Yakinlah kepada Allah , dialah jodoh kau dunia akhirat." Kata kata Rayyan kembali terngiang ngiang

"Ya Allah , perlukah aku buka hati aku kembali ? Tapi aku sudah serik Ya Allah , serik disakiti" doa hati Aisy. Air matanya mengalir

----------

"Ara , dah call dah Aisy semalam ?" Soal Puan Maira

"Dah umi" jawab arabela

"Aisy kata apa ?" Soal Puan Maira lagi

"Dia kata kalau dia tak busy nanti dia datang ambil" jawab Arabela

"Oh"

"Oklah umi , Ara pergi dulu ye Assalamualaikum" ucap Arabela setelah mencium tangan Puan Maira

"Waalaikumussalam , drive elok elok"

"InshaAllah"

Dalam perjalanan Arabela ke tempat kerja, matanya tertancap kepada orang yang berada ditepi jalan

"Eh macam kenal" gumamnya. Keretanya diperlahankan

"Nak tolong ke tak ea ?" Soalnya dalam hati

Keretanya tetap diberhentikan ditepi jalan untuk membantu orang tersebut

"Assalamualaikum. Perlukan bantuan ?" Soal Arabela setelah keluar saja dari keretanya

"Arabela ?" Soal Aisy

"Ya saya"

Kebetulan lagi bertemu dengan wanita ini

"Kau nak tolong apa ? Tukar tayar kereta ataupun tolong bagi tazkirah dipagi hari ?" Soal Aisy sinis , wajah Arabela sedikit pun tidak dipandang

"Mungkin hantarkan Encik Aisy ke tempat kerja ? Mana tahu kalau kalau Encik Aisy ada meeting yang penting ke pagi ni ?" kata Arabela

Aisy tidak menjawab dan terus bangun menuju ke keretanya untuk mengambil barangnya yang penting dan terus masuk kedalam kereta Arabela tanpa dipelawa

"Wow , sangat beradab" kata Arabela seorang diri. Langkahnya menuju ke keretanya

Pintu keretanya dibahagian pemandu dibuka , nasib saja dia tidak terus duduk kerana Aisy duduk disitu

"Kau duduk sebelah , biar aku drive" kata Aisy. Matanya hanya terarah didepan

Arabela menghempas pintu itu sekuat mungkin. Geram

"Aku tahu la kereta ni kau punya , tapi cuba hargai sikit semua kepunyaan kau" tegur Aisy setelah Arabela masuk kedalam

"Ada Encik Aisy hargai pertolongan saya ni ke ? Sedap hati encik je buat macam harta sendiri" gumam Arabela

"Dengan bakal suami sendiri pun nak berkira ? Kalau bukan sebab aku ada meeting penting dengan client dari UK hari ni , aku tak ingin pun la tumpang kau" balas Aisy

"Eleh , dah tumpang bising pula. Patutnya berterima kasih la sikit" jawab Arabela

"Mulut kau ni tak boleh diam ke ? Aku cakap itu , kau balas. Aku cakap ini kau balas. Kau memang nak suruh darah aku naik ke pagi pagi macam ni ?" Soal Aisy suaranya sedikit kuat

Arabela terdiam. Takut pula di apa apakan oleh Aisy. Dah lah Aisy ni garang macam singa. Sekali dia mengaum boleh mati dibuatnya

"Tahu pun diam" desis Aisy. Arabela dijeling sekilas

"Kau kerja kat mana ?" Soal Aisy

"Kenapa ?"

"Aku nak hantarlah"

"Eh apa pulak ? Patutnya saya la hantar Encik Aisy , ni kan kereta saya" jawab Arabela

Aisy mencerlung pandangannya kepada Arabela. Arabela mula menikus

"Ish , yela yela. Pastikan jaga kereta saya elok elok. Jangan bagi ada calar sikit pun. Walaupun ianya calar manja" pesan Arabela sedikit

"Aku tanya dekat mana ?" Soal Aisy lagi

"Tu haa depan sikit sampai la" jawab Arabela geram

"Kau balik pukul berapa ?" Soal Aisy lagi

"5" jawab Arabela sepatah. Kalau dijawab panjang nanti karang ada orang sakit hati pula

"Tunggu kat sini nanti aku datang ambil" kata Aisy

Baru saja Arabela ingin menjawab Aisy terus laju pergi meninggalkannya

"Menyesal aku tolong dia" dengus Arabela

-----------

Aisy memarkirkan keretanya ditempat yang telah disediakan

"Entah apa apa budak ni. Keychain Hello Kitty pun nak gantung dalam kereta ke ?" Gumamnya. Terus dicabut keychain tersebut dan dimasukkan kedalam begnya

Aisy terus menapak laju masuk kedalam pejabatnya. Sudah 10 minit dia lambat

"Fuh , nasib baik diaorang belum sampai" gumam Aisy terus masuk kedalam pejabatnya

"Rayyan , asal client dari UK tak sampai lagi ?" Soal Aisy

"Lah , kau tak tahu ke ? Dorang cancel meeting hari ni. Dorang tangguh next week , katanya ada emergency kes kat UK so dorang kena balik sana balik" terang Rayyan

"Kenapa aku tak tahu ? Mana Aina ?" Soal Aisy mencari P.A nya

"Aina kan Mc harini. Kau dah kenapa Aisy ? Semua boleh lupa ?" Soal Rayyan hairan

"Dah la , aku masuk bilik dulu" kata Aisy terus berlalu

Aisy melabuhkan punggungnya. Begnya dicapai dan keychain hello kitty tadi dikeluarkan

"Punya buruk keychain ni dia boleh simpan dalam kereta ? Kalau simpan keychain spiderman ke batman ke ok la jugak. Entah apa apa je" Gumam Aisy terus mencampakkan keychain tersebut kedalam tong sampah

-------------

Sudah 10 minit Arabela menunggu Aisy di bus stop namun bayangan keretanya sendiri pun tidak kelihatan

"Mana ni , kata pukul 5 tepat ni dah pukul berapa ni tak sampai lagi" desis Arabela

"Ke dia sengaja nak kenakan aku ? Ke dia sengaja nak curi kereta aku ? Hishhh tak guna !!!" Sambungnya lagi , air matanya sudah bergenang

Arabela menunduk. Kakinya menguis lantai dibawah

Tidak lama kemudian bunyi hon mengejutkannya. Pantas kepalanya diangkat

Arabela berdiri dan terus masuk kedalam kereta

"Kenapa lambat ?" Soal Arabela terus memakai tali pinggang keledar

"Sorry tadi aku tak perasan dah pukul 5" jawab Aisy selamba

"Amboi , macam tu je ?" Soal Arabela menjeling

Aisy hanya mendiamkan diri. Penat penat ni takde mood nak bergaduh

Arabela berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan keretanya

"Mana keychain saya ?" Soal Arabela bengang

"Keychain apa ?" Soal Aisy hairan

"Keychain hello kitty yang saya gantung kat sini ? Mana ?" Soal Arabela merenung Aisy

"Ohh , aku dah buang" jawab Aisy , wajah Arabela langsung tidak dipandang

"What ?! Saya dah pesankan jangan sentuh apa apa dalam kereta saya ? Kenapa dengan awak ni Aisy Khaizuran ?!!" Soal Arabela marah

Aisy hairan melihat Arabela marah sebegitu sekali hanya kerana Keychain

"Rileks ok , aku rasa keychain tu ada  dalam tong sampah dekat office. Kalau ada rezeki kau , esok aku pulangkan. Kalau takde , redha jela" balas Aisy

Arabela memejamkan matanya, nafasnya ditarik dan dihembus

"Lepas ni jangan harap saya nak jumpa atau tolong awak lagi !!" Balas Arabela terus memusingkan badannya kearah tingkap

"Tapi kau akan jadi isteri aku tak lama lagi" Aisy mengingatkan Arabela

"Saya harap itu takkan berlaku" balas Arabela

"Ia akan berlaku" balas Aisy penuh yakin

Arabela terdiam. Air matanya jatuh. Aisy tidak tahu betapa bernilainya keychain yang dianggap tidak berharga itu

Aisy memandang mata Arabela. Merah dan berair

"Menangis sebab keychain ? Pelik peliklah manusia zaman sekarang" desis hati Aisy namun hatinya sedikit tersentuh

Sebelum ini dia tidak pernah sakitkan hati seorang wanita. Kenapa sekarang begitu mudah dia sakiti hati lembut tersebut ?

"Awak nak ke mana ? Saya nak balik" kata Arabela apabila melihat jalan yang dilalui Aisy bukan jalan kerumahnya

"Rumah mama"

"Untuk apa ?"

"Kau kata mama suruh hantar dan ambil barang hantaran kan ?" Jawab Aisy

"Hmm" Arabela hanya menurut

Arabela hanya mendiamkan diri. Tidak mahu bercakap apa apa lagi

Tiba saja dirumah Puan Hanis , Aisy pantas masuk kedalam untuk mengambil barang hantaran. Manakala Arabela hanya menunggu didalam kereta memandangkan tiada siapa dirumah Puan Hanis

5 minit kemudian Aisy tiba bersama barang hantaran. Arabela keluar dari kereta untuk membantu Aisy

"Thanks"

"Welcome"

Selesai saja menyimpan barang hantaran dalam kereta , Aisy kembali memandu kereta tersebut

"Tolong bukak dashboard tu jap" kata Aisy

Arabela hairan namun diturutkan juga

"Tu haa keychain kau. Memang tadi aku buang tapi aku ni masih berperikemanusiaan so aku ambil balik. Lagipun , kalau kau rasa benda tu berharga sangat lebih baik simpan je kat rumah. Jangan letak dalam kereta" kata Aisy

"Awak takkan faham" jawab Arabela kembali menggantung keychain tersebut

"Ok fine" kata Aisy kembali fokus memandu

-------------

"Lambat pula Ara ni balik" desis hati Puan Maira

Tidak lama kemudian kereta Arabela memasuki ruangan parkir tersebut

"Assalamualaikum umi" ucap Arabela

"Waalaikumussalam. Eh Aisy pun ada ?" Soal Puan Maira

"Nanti Ara cerita ye umi. Kita masuk dulu. Dah senja ni" kata Arabela

"Hmm yela. Aisy jemput masuk"

"Baik Aunty" jawab Aisy terus masuk ke dalam rumah

"Aisy naiklah atas dulu. Bersihkan badan lepas tu kita solat Maghrib berjemaah" kata Puan Maira

"Ok aunty" jawab Aisy tersenyum

"Ni bilik tetamu , masuklah. Baju , kain pelikat semua ada dalam almari. Guna je" kata Arabela terus berlalu

"Kau sengaja kan ? Semalam kata suruh hantar dan ambil barang hantaran je ni sampai dah kena masuk rumah kau ni buat apa ? Sengaja nak kenakan aku ? Sengaja nak mengadu kat umi kau pasal keychain tadi ?" Kata Aisy

Arabela hairan. Tadi elok , ni jebon baran dah datang balik ke

"Suka hati awaklah nak cakap apa pun" kata Arabela terus berlalu

"Biadab betul perempuan ni. Aku tak habis cakap lagi , dia boleh blah macam tu je ?!" Desis Aisy lagi. Kakinya terus melangkah masuk ke bilik

Share this novel

Mrs aish
2020-09-01 16:49:57 

X sabar nk tahu episod seterusnya.. Mesti sweet2

Iznawati ahmad
2020-08-31 21:43:12 

porak peranda rmh kalau gini


NovelPlus Premium

The best ads free experience