Bab 23

Romance Series 132782

Aisy melihat Arabela dari jauh. Dia menarik nafasnya sedalam mungkin untuk mengambil kekuatan. Nafasnya dihembus lembut dan kakinya melangkah perlahan ke tempat Arabela

"Assalamualaikum" Ucap Aisy

"Waalaikumussalam Ray.. " kata kata Arabela terhenti apabila dia menoleh

"Boleh Aisy duduk?" Soal Aisy

Arabela mengangguk perlahan. Terkejut dengan kehadiran Aisy. Matanya meliar cari kelibat Rayyan namun tidak kelihatan

"Cari Rayyan?" soal Aisy lagi

Arabela mengangguk kemudian menunduk

"Sebenarnya Aisy yang nak jumpa Ara bukan Rayyan cuma Aisy takut Ara menolak jadi sebab itu Aisy minta tolong pada Rayyan. Aisy harap Ara tak marah" terang Aisy sambil merenung wajah Arabela yang menunduk itu

Aisy tersenyum. Wanita dihadapannya ini sangat menjaga kehormatannya

"Ada apa Aisy nak jumpa Ara? Lagipun tak elok kita berduaan lama-lama dekat sini" kata Arabela cuba mengelak

"Ara dah tahu kan apa yang jadi dekat Aisy?"

Arabela hanya mengangguk

"Ara, semua yang terjadi ni di luar jangkaan. Ya, memang Aisy tak suka kan perkahwinan kita tapi Aisy tak pernah terdetik pun untuk menceraikan Ara. Aisy minta maaf. Maafkan Aisy" kata Aisy tulus

"Ara dah lama maafkan Aisy. Ara minta diri dulu" kata Arabela bingkas bangun namun tangan Arabela ditarik Aisy

Arabela terkejut, dia menarik kembali tangannya. Jantungnya berdebar kuat. Dia terus beristighfar

"Kita rujuk" kata Aisy terus terang

Arabela terkedu. Wajah Aisy dipandang untuk mencari kepastian

Aisy mengangguk

"Kita rujuk. Dengan nama Allah, Aisy cintakan Ara"

----------------

Melisa Irdina jalan mundar-mandir di koridor rumahnya. Kepalanya digaru tanda serabut

"Celaka punya orang tua!! Time ni jugak kau nak mampus!!" Dengus Melisa Irdina

Flashback

"Hello tok"

"Hello, maaf ni siapa ye?" Soal seseorang dipanggilan

"Ni Mel la tok. Tok jangan main-main" balas Melisa Irdina acuh tak acuh

"Maaf ye cik Mel. Saya ni anak kepada Tok. Tok baru je meninggal pagi tadi"

"Apa?!! Meninggal?!!" Jerit Melisa terkejut

"Ye cik Mel. Kenapa ye? Tok ada hutang apa-apa dengan cik Mel ke?" Soal anak kepada Tok

"Oh, tak. Takde. Takziah ye" Melisa Irdina terus mematikan panggilan"

End of flashback

"Apa aku nak buat lepas ni? Aku takkan sesekali berputus asa untuk dapatkan Aisy. Fikir Mel, fikir!!!"

"Arghhh sial!!" Melisa terus mencampakkan telefon di tangannya

Dia serabut sehinggakan satu idea pun tidak dapat dia fikirkan

Terus dia keluar untuk mencari ketenangan

----------------------

"Assalamualaikum" ucap Arabela sebelum memasuki rumah Puan Maira

"Waalaikumussalam" jawab uminya

"Umi" panggil satu suara

Puan Maira menoleh kebelakang. Puan Maira terkejut dengan kehadiran Aisy disitu

Aisy mencapai tangan Puan Maira lalu diciumnya

"Aisy minta maaf umi. Aisy betul-betul minta maaf" Ucap Aisy sambil menangis

Puan Maira tersenyum. Aisy dipanggil untuk masuk kedalam

"Ada apa Aisy datang ke mari?" soal Puan Maira lembut

"Umi, Aisy dan Arabela dah buat keputusan. Kami nak rujuk" kata Aisy terus terang

"Aisy, soal rumah tangga kamu berdua umi tak layak untuk masuk campur tapi Ara ni la satu satunya anak umi yang umi ada. Umi tak nak Ara disakiti lagi. Umi cukup terseksa tengok Ara bersedih selama kamu ceraikan dia" kata Puan Maira jujur

"Maira" panggil seseorang di muka pintu masuk

"Hanis, masuklah" jemput Puan Maira

"Maira, saya minta maaf bagi pihak Aisy atas perbuatan dia selama ni. Aisy dan Ara sudah pun menceritakan semua pada saya dan juga suami. Percayalah, jodoh mereka berdua memang kuat. Saya tahu awak takut Arabela disakiti lagi tapi perkara ni semua berlaku bukan atas kehendak Aisy" terang Puan Hanis sayu. Rasa serba salah masih bersarang

"Apa maksud awak bukan kehendak Aisy? Terang-terang dia yang menceraikan Ara" bidas Puan Maira

Puan Hanis mula menceritakan dari awal hingga akhir. Tidak henti mulut Puan Maira beristighfar. Tidak sangka dugaan yang menimpa anak menantunya itu sangat berat

"Aisy, satu je umi minta. Jangan sia-siakan Arabela. Umi mohon" kata Puan Maira setelah mendengar penjelasan dari semua pihak. Air matanya mengalir. Sungguh, hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya kecewa dan bersedih?

Aisy bangun dan terus memeluk Puan Maira

"Aisy janji umi, Aisy takkan sia-siakan Ara"

Arabela tersenyum dalam tangisan. Syukur kerana semuanya telah dipermudahkan

------------------

"Ara masak apa?" Soal Aisy

"Masak makanan kesukaan Aisy la" balas Arabela tersenyum

Malam itu mereka telah pun pulang ke rumah Aisy atas keizinan umi Arabela. Nasib saja umi Arabela seorang yang memahami

"Macam mana Ara tahu makanan kesukaan Aisy? " Soal Aisy hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah memberitahu Arabela

"Qisya bagitau" balas Arabela tersenyum

"Oh bukan main ek dia tu. Qisya mengumpat apa lagi pasal Aisy?" Soal Aisy

"Banyak. Macam-macam dia cakap pasal Aisy" bohong Arabela

"Nak bagitau ke tak?" soal Aisy dengan muka nakal. Kakinya perlahan-lahan menghampiri Arabela

"Taknak. Welk" balas Arabela menjelir lidah

Aisy semakin menghampiri Arabela. Pinggang Arabela digeletek

"Aisy apa ni!!!! Tak aci la main geletek!!!" jerit Arabela. Habis berair matanya menahan geli

"Cepat bagitau kalau tak lagi teruk Aisy buat" ugut Aisy semakin galak menggeletek pinggang Arabela

Arabela terus berlari untuk mengelak daripada Aisy tapi tidak semena-mena kaki Arabela tersepak kaki meja. Badan Arabela hilang keseimbangan. Aisy cuba menangkap tubuh Arabela tetapi kakinya pula terpijak kain yang berada di lantai membuatkan dia juga hilang keseimbangan sehingga mereka berdua jatuh

Bibir Aisy dan Arabela bercantum. Mata Arabela terbuntang. Jantungnya berdegup kencang. Sama seperti Aisy. Badan mereka seolah kaku dan tidak mampu untuk bergerak

Sudah lama mereka berpisah dan perasaan janggal masih tersisa

Ting tong.. Ting tong..

Loceng rumah berbunyi menghentikan keadaan yang janggal itu. Arabela terus menolak badan Aisy yang sedang menindihnya

"Bi.. Biar Ara te.. Tengok" kata Arabela gugup. Baru saja Arabela hendak bangun, Aisy pantas menghalang

"Takpelah, biar Aisy pergi tengok" kata Aisy terus bangun

Arabela terkedu. Bibirnya disentuh. Mukanya membahang. Malu mula menguasai diri. Namun bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Hatinya berbunga-bunga

Senyuman Arabela mati tatkala terdengar bunyi bising di ruang tamu. Tudung dicapai dan dipakai

"Aisy?" Panggil Arabela terkejut

Wajah Aisy jelas terkejut. Pelukan Melisa dileraikan

"Ara, bersangka baik pada Aisy ye sayang" cepat-cepat Aisy berlari mendapatkan Arabela. Bahu Arabela dipeluk

"Istighfar, nanti Aisy terangkan pada Ara" bisik Aisy cuba membuang sangkaan buruk di fikiran isterinya setelah melihat kejadian sebentar tadi

Arabela tersenyum dan mengangguk. Kakinya melangkah ke arah Melisa Irdina

Arabela masih lagi mengecam wajah wanita tersebut. Senyuman dilemparkan buat Melisa

"Jemputlah masuk" kata Arabela lembut

Melisa Irdina tersenyum sinis melihat wajah Arabela tanpa purdah itu. Ya, dia akui Arabela memang cantik walaupun tanpa secalit makeup

"Boleh tahan juga kau ni. Patutlah Aisy rujuk balik dengan kau" Melisa Irdina terus melemparkan kata-kata kurang enak pada Arabela tapi Arabela masih tersenyum

"Alhamdulillah cik, jodoh kami panjang" balas Arabela tenang

"Jodoh? Are you sure tu jodoh? Ke kau yang sihir Aisy supaya datang balik dekat kau? Entah-entah bertutup litup atas bawah tapi sebenarnya munafik paling keji!!" Kata Melisa Irdina

"Watch your mouth Melisa!!" tegas Aisy

"Aisy" Arabela menegur suaminya

"Aisy please, saya masih cintakan awak Aisy" kata Melisa merayu rayu

"Kalau kau cintakan aku, kau takkan cari jantan lain semata-mata nak hidup mewah. Sudahlah Mel, baik kau balik sebelum aku call polis" ugut Aisy

"Okay fine!! Korang berdua tunggu nasib korang. Jangan ingat aku nak lepas macam tu je!!" Kata Melisa terus berlalu

"Ara jangan salah anggap...

"Shhh, Ara tak nak dengar apa apa. Ara faham apa yang jadi" kata kata Aisy terus dipotong

"Alhamdulillah" Aisy terus memeluk isterinya

---------------------

Melisa Irdina tersenyum sinis. Bukan main lagi pasangan suami isteri tadi berdrama di hadapannya. Naik meluat dia tengok

Namun, jauh di sudut hatinya dia terluka melihat kemesraan pasangan tersebut. Dia cemburu, dia juga inginkan kebahagiaan. Dia merindui kasih sayang Aisy yang pernah Aisy curahkan tanpa jemu padanya dulu

Keretanya diberhentikan apabila destinasi yang ingin dituju telah tiba. Kakinya melangkah keluar daripada kereta. Melisa Irdina memejamkan matanya sambil menghirup udara segar di tasik itu

Ya tasik

Tasik yang penuh dengan kenangan ketika dia bersama Aisy dulu dan juga tasik yang sama Aisy selalu kunjungi ketika dia menghadapi masalah

Melisa Irdina berjalan melangkah ke bangku. Punggungnya dilabuhkan disitu. Sedang leka dia mengingati kisah silam, air matanya menitis di pipi

Andai saja dia boleh undurkan masa. Dia berjanji, dia tidak akan pernah mensia-siakan Aisy

"Tapi semua ni terjadi bukan seratus peratus salah aku. Yes ! Ini salah Aisy" katanya sendirian cuba untuk tidak menyalahi diri sendiri

"Aisy, awak pernah janji yang awak akan terima saya seadanya. Awak takkan cari perempuan lain. Mana pergi semua janji awak Aisy? Awak tipu ! Awak tipu saya dengan janji manis awak" Melisa Irdina melirih sayu

"Saya rindu awak Aisy. Saya rindu hubungan kita. Saya rindu awak yang dulu" katanya sayu

"Tiada apa yang perlu dikesali Mel. Kau yang hancurkan hubungan ni. Aku percayakan kau sepenuhnya tapi ini kau balas pada aku? Layakkah aku terima kekejian kau ni setelah aku berkorban segalanya untuk kau? Kesalahan apa yang aku dah buat sampaikan kau sanggup buat semua ni pada aku?"

Melisa Irdina terkejut, terus dia menoleh kebelakang

Susuk tubuh tu, susuk tubuh yang dia rindukan

"Aisy" panggil Melisa sayu

Sedikit gembira di hatinya apabila melihat Aisy yang berada dihadapannya sekarang

"Aku pernah kata yang aku akan terima kau seadanya tapi aku tak sangka kau sanggup buat benda terkutuk ni. Apa kurangnya aku di mata kau Mel?" Soal Aisy sedikit kesal

"Ini salah awak Aisy, salah awak ! Awak abaikan saya sewaktu saya perlukan awak. Awak tak ada untuk mengubati rindu saya pada awak. Mana awak pergi ?!" Soal Melisa dalam tangisnya

"Bodoh!" Balas Aisy sinis

"Aku pergi cari duit kahwin kita la bodoh! Kau yang tak pernah nak sabar. Kau lebih utamakan nafsu kau!!" Tengking Aisy

"Memang keluarga aku tak restu hubungan kita, tapi aku berusaha sendiri untuk jadikan kau isteri aku. Sekarang aku rasa menyesal sebab aku ketepikan keluarga aku semata-mata untuk perempuan tak guna macam kau !" Sambung Aisy lagi

"Aisy, maafkan saya. Maafkan saya" kata Melisa separuh berbisik

Dia kembali duduk di bangku itu. Lututnya terasa lemah, dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Kerana itulah dia pilih jalan untuk dia berseronok, kerana dia mahu lupakan semua ini. Dia tidak kuat dan sekarang dia berasa dia memang benar-benar tidak kuat tanpa Aisy disisi. Dia mahukan Aisy kembali padanya

"Sedarlah Melisa, kita dah tak punya apa apa ikatan. Ya, saya akui memang susah nak lupakan apa yang kita dah ciptakan bersama dulu tapi sedarlah. Tu semua dah jadi kenangan. Saya juga tahu yang awak sihir saya supaya saya berpisah dengan Arabela tapi saya bersyukur sangat sebab jodoh kami masih panjang. Saya merayu pada awak Mel. Lepaskan saya dengan ikhlas. Lupakan semuanya. Jangan ganggu Arabela. Dia wanita yang sangat baik dan dia tak bersalah dalam hal kita. Saya kesini pun atas permintaan Arabela. Dia dah maafkan atas semua perbuatan awak terhadap kami. Jangan seksa dia Mel. Kalau betul awak cintakan saya, lupakan saya dan biarkan saya bahagia dengan wanita yang paling saya cintai sekarang. Awak kisah silam saya tapi Arabela masa depan saya untuk selamanya. Saya merayu sangat pada awak. Saya pergi dulu. Assalamualaikum"

Aisy melangkah lemah. Dadanya sesak. Dia sangat perlukan Arabela sekarang ini

Dia tidak sanggup melihat air mata Melisa jatuh berguguran. Dulu, sewaktu mereka bersama, dialah yang jadi pengubat untuk hati Melisa yang sedang berduka tetapi sekarang, dia tidak dapat jadi pengubat untuk Melisa lagi, tapi hanya untuk Arabela

"Ara, Aisy perlukan Ara" kata Aisy sayu. Air matanya jatuh. Dia tidak kuat

Dia berjumpa dengan Melisa pun atas permintaan Arabela dengan harapan agar Melisa faham keadaan Aisy dan dapat melepaskan Aisy dengan rela

Aisy mempercepatkan langkahnya. Dia sangat perlukan Arabela disisinya sekarang

"Senangnya awak minta saya lupakan awak Aisy" lirih Melisa

"Argghhhh!!!!" jerit Melisa sekuat hati

Share this novel

NORITA
2020-09-29 15:23:48 

lambat lg ke nk update??

NORITA
2020-09-29 15:23:48 

lambat lg ke nk update??

NORITA
2020-09-29 15:23:46 

lambat lg ke nk update??


NovelPlus Premium

The best ads free experience