Arabela menggeliat kecil. Matanya dibuka. Dia tersenyum apabila melihat Aisy merenungnya
"Good morning" ucap Arabela yang masih berbaring. Wajah Aisy direnung lama
Aisy masih diam tak berkutik. Arabela menyentuh wajah Aisy
"Kenapa ni sayang?" soal Arabela hairan
Aisy menggenggam tangan Arabela lalu mencium tangan Arabela
"Last night, i was d" kata Aisy
Arabela bangun menghadap suaminya. Kedua tangan suaminya digenggam
"Mimpi apa sayang? Mimpi buruk?" soal Arabela khuatir
Aisy tersenyum kelat kemudian menunduk
"I d that the most beautiful woman in the world was mine. I wook up and understood that it was not a dream. You are the most adorable prettiest, most amazing woman in the world and you are mine! I love you" kata Aisy sambil merenung jauh ke dalam anak mata Arabela
Arabela tersenyum. Lelaki dihadapannya itu dipeluk erat
"I love you too Aisy" balasnya sambil menangis. Terharu dengan kata-kata Aisy
Aisy membalas pelukan Arabela. Air matanya mengalir juga. Bukan itu yang Aisy mimpi tapi dia tidak sanggup untuk menceritakan mimpi buruknya pada Arabela. Dia tidak mahu Arabela runsing
Arabela bingkas bangun untuk ke tandas. Sempat dia mencium sekilas pipi suaminya. Aisy tersenyum dan turut membalas ciuman Arabela. Sesudah itu matanya ralit memandang susuk tubuh itu menghilang masuk ke tandas. Aisy mengeluh kecil. Mimpinya kembali diingati
Aisy P.O.V
"Ara jangan jauh dengan Aisy. Aisy risaulah" marah aku apabila Arabela berlari semakin jauh
"Aisy kejarlah Ara" balas isteriku sambil berlari girang. Isteriku berlari bersama seorang kanak-kanak tapi aku tidak pasti siapa kanak-kanak itu. Wajahnya pudar sambil melambai-lambai ke arah ku
Kaki aku tidak henti untuk mengejar mereka. Langkah aku dihayunkan semakin laju tapi kenapa? Kenapa aku masih tidak dapat mencapai tangan mereka berdua. Senyuman mereka berdua begitu berharap agar aku dapat mencapai dan menggenggam tangan mereka
Aku benar-benar ingin menggenggam tangan halus dan tangan kecil itu tetapi aku seakan-akan tidak berjaya. Aku tiba-tiba rebah. Kaki aku berasa sangat lemah. Aku terduduk kaku disitu
"Abang!!!!!!! Walid!!!!!" jerit kedua insan yang aku kejar tadi
Aku mendongak
"Ara!!!!" jerit aku apabila melihat kedua insan tersebut rebah. Jubah putih yang dipakai Arabela dibanjiri dengan darah yang mengalir. Aku tidak tahu punca pendarahan itu tapi jelas bahawa darah itu dari perut Arabela. Mata mereka mulai tertutup. Perlahan-lahan mereka tidak sedarkan diri
Aku ingin bangun tetapi aku tidak mempunyai keupayaan. Kakiku kaku dan tidak boleh bergerak. Puas aku memaksa untuk berdiri tapi aku masih tidak boleh
Dahi aku merembeskan peluh yang kuat. Air mataku mengalir deras.
"Ya Allah, aku nak selamatkan Arabela. Bantu aku Ya Allah" Doa aku dalam hati
Tapi aku lemah. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku hanya mampu melihat insan yang aku sayang pergi tinggalkan aku. Aku tak dapat pertahankan mereka. Ya Allah. Aku gagal. Gagal!!
***
"Sayang, jom mandi" kata Arabela mematikan lamunan aku
"Ara nak mandi dengan Aisy?" soal aku nakal
"Lambat kena tinggal" balas Arabela terus mencapai tualanya
Aku bingkas bangun dan kemudian badan isteri aku dicempung masuk ke dalam tandas. Aku tersenyum melihat isteri aku. Wanita ini sangat pandai menghilangkan kegusaran yang bersarang di hati aku. Pintu bilik air aku kunci
------------------
"Weh Aisy" panggil Rayyan yang baru tiba di bilik pejabat milik Aisy
"Aku takde mood nak sembang pasal benda tu. Tu keputusan Arabela dan aku hormati keputusan isteri aku" balas Aisy yang sudah tahu apa yang Rayyan ingin sampaikan. Ni tak lain tak bukan pasti abangnya yang menyampai
"Aisy, jangan jadi macam dulu. Jangan jadi bodoh sebab cinta. Tolonglah, buka mata seluas-luasnya. Kalau kau sayang Ara, kau sayang anak kau, sayangkan perkahwinan kau, kau suruh lah Mel pergi dari rumah kau. Banyak lagi cara lain yang kau dapat tolong dia la Aisy" balas Rayyan
"Kau nak kata aku bodoh sebab aku cintakan isteri aku sendiri ke Rayyan?!" soal Aisy bengang
"Bro, jangan salah faham. Ya aku tau kau memang sayang sangat dekat Arabela tapi kau sebagai ketua keluarga, kau yang patut buat keputusan bukan Ara" terang Rayyan lagi
"Rayyan, kau tau semua ni sebab aku. Aku yang langgar Melisa sampai dia lumpuh. Kau tahu apa yang dia cakap dekat aku sampaikan aku terkesan sangat dengan perbuatan aku ni?" Aisy menarik nafas sedalamnya lalu dihembus
"Dia putus harapan untuk hidup Rayyan. Lepas aku tinggalkan dia, mak ayah dia pergi buat selamanya. Dia sunyi, dia keseorangan. Sekarang, dia nak bergantung harap pada siapa? Tolong faham aku Rayyan. Aku tersepit" terang Aisy
Rayyan mengeluh. Buku limanya digenggam. Dia bengang kerana Aisy dan Arabela terlalu baik sehingga mudah diperdaya
"Maafkan aku Aisy. Tapi hati aku tak sedap sangat lepas dengar berita ni. Kalau kau dalam kesusahan, cari aku. Aku ada" balas Rayyan senyum hampa. Dia beredar dari bilik Aisy. Sahabatnya ini sangat keras kepala. Kalau dia buat keputusan, tiada siapa dapat bantah
"Ya Allah, tolong aku. Aku tersepit Ya Allah" keluh Aisy sambil meraup mukanya
------------
Arabela melangkah masuk ke dalam bilik Melisa Irdina
"Assalamualaikum" ucap Arabela mesra
"Waalaikumussalam" jawab Melisa. Yaasin ditangannya diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil
"Sorry ganggu pagi-pagi ni. Ni saya bawakan sarapan" balas Arabela tersenyum
Wajah Melisa Irdina berubah sayu. Air matanya menitis
"Hey, Mel. Awak ok?" soal Arabela cemas
"Awak sakit ke Mel?" soal Arabela lagi apabila pentanyaannya tadi tidak dijawab
Melisa menarik Arabela dalam pelukannya. Tangisnya semakin kuat dalam pelukan Arabela
"Shh Mel. Awak sakit ke? Kalau sakit jom kita ke hospital" kata Arabela lagi
Melisa menggeleng. Pelukan dilepaskan. Tangan Arabela diraih
"Ara, awak baik sangat. Saya menyesal dengan perbuatan saya sebelum ni terhadap awak Ara. Macam-macam yang saya lakukan pada awak dan Aisy, tapi awak sanggup maafkan saya. Awak sanggup jaga saya macam ahli keluarga awak sendiri" kata Melisa dalam esakannya
Arabela tersentuh. Air mata melisa diseka menggunakan ibu jarinya
"Mel, kita sama-sama perempuan jadi saya faham apa yang awak rasa. Lagipun semua tu benda lepas. Saya dah lupakan dah semua tu. Awak jangan risau ok, saya sikit pun tak berdendam pada awak. Hati awak ni baik Mel cuma keadaan yang tidak berpihak pada awak" balas Arabela tenang
Melisa memandang raut wajah Arabela. Wajah itu menenangkan. Wajah Arabela semakin berseri dengan kehadiran cahaya mata didalam perutnya. Ini pertama kali Melisa melihat wajah Arabela tanpa tudung. Sangat cantik. Dia seorang wanita pun boleh terpegun dengan kecantikan Arabela inikan pula lelaki. Beruntungnya Aisy
"Ara, Aisy tu beruntung sangat dapat awak sebagai isteri dia. Awak solehah. Kecantikan awak hanya untuk Aisy. Subhanallah" kata Melisa Irdina sambil tersenyum
"Ish awak ni Mel. Ni saya masak pagi tadi penat tau tapi awak sikit pun tak usik" balas Arabela menahan malu
"Sorry. Ok saya makan sekarang. Terima kasih Ara" balas Melisa tertawa kecil
"Lepas makan ni, makan ubat tau. Saya nak ke luar jap nak mengemas sikit" kata Arabela tersenyum
"Ara, awak kan mengandung. Nanti mesti Aisy bising kalau dia tau awak buat semua kerja rumah ni" kata Melisa
"Ni rahsia kita berdua. Awak jangan bagitau dia tau hehe" seloroh Arabela
Melisa Irdina ketawa melihat telatah Arabela. Dalam hatinya tak henti-henti memuji kelebihan yang ada pada Arabela. Hatinya dipaut rasa cemburu
------------------
Aisy mundar-mandir dalam biliknya. Nak keluar bilik di rumah sendiri pun kena fikir banyak kali atas kehadiran Melisa Irdina disitu
"Sayangggggg" panggil Arabela yang baru muncul di muka pintu
Aisy tersenyum. Cantiknya laa isteri aku ni. Gerammm
"Hmm wanginya" kata Arabela sambil memeluk tubuh suaminya
"Baru lepas mandi memang la wangi. Cuba kalau Aisy berpeluh dia nak dekat pun tak nak" balas Aisy mencebik
"Mana ada. Aisy sentiasa wangi. Kentut Aisy pun wangi" seloroh Arabela sambil membenamkan wajahnya di dada Aisy
Aisy ketawa terbahak-bahak. Pandai menipu betul Arabela ni. Nak kena ni
Pinggang Arabela dicubit lembut. Arabela terjerit kegelian
Arabela terus menekup mulutnya apabila tersedar jeritannya itu tadi kuat
"Kenapa?" soal Aisy hairan
"Kita bukan berdua dalam rumah sekarang ni. Mel kan ada. Kang dia fikir apa pula" balas Arabela
"Alaa, apa salahnya. Kita kan suami isteri" balas Aisy kembali
"Ishh sayang ni. Dah la, jom turun makan" kata Arabela terus menarik tangan Aisy
"Sayang"
"Ye abang" balas Arabela
Aisy melopong. Gelaran itu. Dulu Arabela pernah menggelarkannya dengan perkataan itu sewaktu mereka baru berkahwin. Tapi Aisy tidak pasti sama ada ketika itu, gelaran itu datang dari hati Arabela ataupun tanpa sengaja. Kini hatinya berbunga apabila Arabela memanggilnya 'abang' dengan ikhlas hati
"Sayang" sengaja Aisy memanggil Arabela sekali lagi
"Apa dia Aisy?" soal Arabela hairan
Wajah Aisy bertukar suram
"Kenapa ni tiba-tiba?" soal Arabela sambil memegang kedua pipi suaminya
Aisy masih lagi mendiamkan diri
"Abaaaanggggggggg" panggil Arabela meleret
Aisy tersenyum. Badan Arabela terus dicempung dan dibawa ke katil. Aisy melangkah turun dari katil. Langkahnya menuju ke pintu kemudian pintu bilik mereka dikunci
Aisy kembali ke katil. Bajunya dibuka
"Malam ni abang nak makan sayanggggg"
"Aisyy!!"
Share this novel
hi
hi
hi my dear...plzzz...uodate...