Bab 20

Romance Series 132782

"Ara" panggil Puan Maira

"Ye umi?"

"Umi nak tanya sikit boleh?"

"Apa dia umi?"

"Ara, tak nak sambung kerja balik? Mana tahu Ara dapat balik kerja Ara tu?" Soal Puan Maira. Sengaja dia mengajukan soalan begitu lagipula dia kesian melihat anaknya yang asyik terperap dalam bilik saja

Ara terdiam. Keluhan berat dilepaskan

"Buat masa ni, Ara nak rehat kat rumah la umi. Ara nak manja dengan umi. Boleh kan?" Soal Arabela dengan wajah yang riang. Nasib saja duit di dalam akaunnya masih banyak. Jadi tidaklah dia risau

"Boleh sayang, umi pun suka" balas Puan Maira

Puan Maira tahu isi hati anaknya. Kalau benda ni semua terjadi pada dia pun belum tentu dia dapat terima. Tambahan pula, Ara dengan Aisy baru 2 bulan berkahwin

---------------

Melisa Irdina bergegas berlari untuk menjawab panggilan telefonnya. Tersenyum lebar apabila melihat nama pemanggil

"Hello Tok"

"Aku ada berita baik untuk kau"

"Berita apa Tok?"

"Dia orang dah bercerai"

"Biar betul Tok? Saya tak salah dengar ke ni?" Soal Melisa Irdina teruja

"Betul. So, lepas ni aku nak bayaran aku"

"Ok Tok, terima kasih Tok. Petang ni saya pergi rumah Tok" balas Melisa Irdina gembira

Panggilan terus dimatikan. Melisa Irdina tersenyum puas

"Kau ingat kau akan dapat miliki Aisy selamanya ke perempuan?! Kalau bukan aku dapat Aisy, sesiapa pun takkan dapat dia! Peluang aku semakin cerah untuk dapatkan Aisy semula. Meranalah kau perempuan!" Desis hati Melisa Irdina

Dia ketawa sekuatnya. Akhirnya, Aish dan Arabela telah bercerai. Selepas ini dia akan gunakan lagi khidmat dukun tersebut untuk membuatkan Aisy jatuh cinta padanya semula

Tidak sia-sia dia membayar mahal untuk dukun tersebut. Senyum sinis diukir

Melisa Irdina membaringkan tubuhnya ke katil. Sampai saja di Malaysia dia terus melaksanakan rancangannya untuk memporak perandakan rumah tangga Aisy. Hatinya bengkak apabila Aisy melayannya seperti sampah di depan isterinya itu

"Sial kau perempuan. Mesti kau suka tengok aku kena lempang dengan Aisy haritu kan? Takpe. Tak lama aku pulak akan bergembira atas penderitaan kau"

----------------

Aisy berjalan mundar mandir di dalam bilik hotel penginapannya. Serba salah yang dia rasakan

Dia keliru dengan perbuatannya seolah olah dia seperti orang gila

Sejak dia menceraikan Arabela, dia tidak lagi pulang ke rumah mamanya mahupun rumahnya sendiri kerana dia tidak mahu berhadapan dengan Puan Hanis. Sudah banyak masalah yang dia ada

Keadaan Aisy sangat serabut dengan rambutnya yang kusut, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek

Tiba-tiba pintu Aisy diketuk. Bergegas Aisy pergi untuk membuka pintu

"Hai sayang"

Aisy terkedu. Hatinya berbelah bagi. Dia suka akan kehadiran wanita tersebut tapi dia masih mempunyai perasaan benci pada perempuan itu

"Buat apa kat sini?" Soal Aisy

"I cari you sayang. I miss you so much" kata Melisa Irdina terus menolak badan Aisy masuk ke bilik itu

Aisy hanya mendiamkan diri. Dia rindu akan wanita itu. Dia seperti inginkan belaian dari wanita itu

"Macam mana kau tahu aku dekat sini?" soal Aisy

"Sayang... you macam tak kenal i.. I ni kan tulang rusuk you. So mana you pergi mesti i tahu" gedik Melisa berkata

Melisa Irdina kemudian menarik tubuh Aisy berbaring disebelahnya. Aisy hanya menurut. Badannya seakan tidak mampu untuk menolak Melisa Irdina

"Do you miss me sayang?" Soal Melisa menggoda

Perlahan-lahan Aisy mengangguk. Melisa tersenyum kemenangan

Aisy mendekati Melisa Irdina. Dia ingin mencium wanita itu. Aisy langsung tidak sedar dengan perbuatannya sendiri

Melisa Irdina tersenyum. Dia bermain dengan nafsu Aisy

Ting..Tong..

Melisa Irdina mendengus apabila terdengar loceng bilik berbunyi

Aisy terus tersedar dengan perbuatannya. Aisy pantas bangun, dia jadi serba salah. Terus Aisy berlari untuk membuka pintu. Kelihatan Rayyan yang sedang memegang beg pakaian

"Ni baju aku, kau pakai je lah" kata Rayyan terus menghulurkan beg tersebut

Wajah Aisy pucat. Cepat-cepat dia mengambil beg pakaian tersebut

"Kau ni kenapa? Ok tak ?" Soal Rayyan yang melihat Aisy berkelakuan aneh

"Aku.. o..ok" balas Aisy gagap

"Blah sikit aku nak masuk" kata Rayyan terus menolak Aisy

"Aisy, sia...pa?" Soal Melisa Irdina dengan riak yang terkejut

Rayyan tersentak. Wajahnya terus bertukar bengis. Rayyan melihat wajah Aisy dengan riak yang tidak percaya

"Jadi, sebab ni kau ceraikan Arabela ?! Lelaki jenis apa sial kau ni Aisy? Kalau kau nak tahu, aku lebih layak dapat perempuan sebaik Arabela dan bukannya kau!! Kau tak hargai apa yang baik depan kau, malahan kau kutip jugak sampah sarap ni!" Jerkah Rayyan sepuas hati. Ikutkan hati ingin saja dia menumbuk sekuat hati wajah Aisy

"You jangan nak biadap la Rayyan!" Sampuk Melisa Irdina

"Kau diam la betina!! Kau memang sampah! Kau memang perempuan tak guna!!!"

Bush!!!

Satu tumbukan hinggap di pipi kiri Rayyan. Rayyan terkedu manakala Melisa Irdina tersenyum kepuasan. Nampaknya ilmu dukun yang dia gunakan semakin berkesan

'Kuat betul ilmu orang tua ni. Baru 2 hari lepas aku bagi gambar Aisy untuk buatkan Aisy jatuh cinta pada aku semula dan harini dah menunjukkan kesan. Nasib baik dia tak pakai cara jampi serapah guna minyak pengasih tu. So old school!' Melisa Irdina berkata sendirian

Puas betul hatinya dengan kerja dukun tua tersebut

Rayyan tersenyum sinis, darah yang mengalir dari bibirnya di lap

"Sebab sampah ni kau sanggup pukul kawan kau sendiri Aisy? Aku menyesal ada kawan sial macam kau!" Rayyan terus berlalu

"Aisy awak ok?" Melisa Irdina terus menerpa ke arah Aisy

"Aku ok, kau keluar sekarang! Aku serabut" kata Aisy dan terus berlalu masuk ke dalam bilik

Melisa Irdina menghentak kakinya dan terus berlalu keluar

"Takpe Aisy. Ni masih baru. Kau akan rasa kosong bila hilang aku kali ni. Kau tunggu" kata Melisa sinis

------------------

Rayyan masih terfikirkan hal tadi. Dia hairan dengan perubahan sikap Aisy yang drastik. Tambahan pula dengan keadaan Aisy yang tidak terurus

"Ya Allah, dugaan apa lagi yang Kau nak uji pada Aisy ni Ya Allah? Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya" Rayyan terus meraup wajahnya

Air matanya menitis. Sedih melihat sahabatnya begitu. Rayyan tahu, ada sesuatu yang tidak kena pada sahabatnya itu

Rayyan terus mencapai telefonnya dan nombor Arabela didail. Nasib saja Aisy pernah menggunakan telefonnya untuk call Arabela tempoh hari

10 saat kemudian panggilan dijawab

"Assalamualaikum Ara, ni Rayyan"

-------------------

"Assalamualaikum Zulaikha" ucap Arabela

"Waalaikumussalam, eh Ara! Masuklah. Rindunya aku dekat kau!!" Kata Zulaikha terus memeluk sahabatnya erat

"Kau apa khabar? Baby sihat?" Soal Arabela

"Alhamdulillah, dua-dua sihat. Kau macam mana?" Soal Zulaikha pula

"Alhamdulillah" balas Arabela tersenyum

"Sebenarnya aku datang sini aku nak minta tolong kau" sambung Arabela lagi

"Minta tolong apa Ara?" Soal Zulaikha

"Tolong teman aku jumpa dengan seseorang jap lagi. Dia lelaki jadi tak manis lah kalau aku dengan dia berduaan" kata Arabela memandangkan dia masih dalam Eddah

"Eh suami kau mana? Dia tau tak kau nak keluar dengan lelaki?" 

"Aku..aku dah bercerai"

Zulaikha tergamam

"Kau betul ke ni Ara? Tak main-main?" Soal Zulaikha terkejut

"Ya Zul, aku tak tipu"

Arabela mula menceritakan satu persatu kepada Zulaikha. Jiwanya masih belum kuat untuk menahan dirinya daripada terus menangis

"Ya Allah, bawa bersabar ye Ara. Aku minta maaf. Aku tak sangka semua ni terjadi, aku ingatkan lepas kau honeymoon hubungan kau dengan dia makin baik" kata Zulikha

"Itulah yang aku harapkan Zul, tapi Allah adalah sebaik-baik perancangan" kata Arabela terus menghapuskan air matanya

"Hmm yelah, kejap tau aku minta izin dengan suami aku" kata Zulaikha. Arabela mengangguk

Ikutkan memang Arabela masih belum boleh keluar dari rumah kerana Eddahnya baru saja bermula tapi Rayyan yang menggesa untuk berjumpa kerana ada hal mustahak. Nasib saja uminya faham akan keadaan dia.

---------------------

Kelihatan Rayyan sedang menunggu. Arabela mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Rayyan bersama Zulaikha

Nasib saja suami Zulaikha benarkan Zulaikha ikut sama walaupun Zulaikha ini sedang sarat mengandung

"Assalamualaikum, maaf lambat" kata Arabela terus duduk

"Waalaikumussalam, its ok" balas Rayyan tersenyum

"Sorry Encik Rayyan, ada apa ye Encik nak jumpa saya? Saya tak boleh lama ni memandangkan saya masih dalam Eddah jadi tak manis lah kalau kita lama lama. Saya harap Encik Rayyan faham" kata Arabela. Matanya hanya menunduk dari tadi

Dia tidak akan memandang ajnabi tanpa sebab yang munasabah. Takut pula jatuh zina mata

"Takpe saya faham and just call me Rayyan ok" balas Rayyan tersenyum. Hatinya berasa kecewa dengan sikap sahabatnya, Aisy kerana telah mensia-siakan wanita sebaik Arabela

"Oh sebelum tu, inilah sahabat saya Zulaikha yang saya cakap masa call tadi" kata Arabela

Zulaikha hanya tersenyum. Begitu juga dengan Rayyan

"Baiklah, saya straight to the point ok. Sebenarnya saya bukan nak masuk campur urusan awak dengan Aisy tapi saya cuma rasa yang Aisy tu telah "dipergunakan" dengan benda-benda yang tak sepatutnya. Ara, kehadiran awak dalam hidup Aisy telah membuatkan dia berubah seperti dulu. Jadi tak mungkin dia akan menceraikan awak tanpa sebab. Awak perlu pertahankan hak awak Ara. Kita cuba ikhtiar untuk pulihkan Aisy. Saya perlukan bantuan awak" kata Rayyan

"Apa maksud awak "dipergunakan"? Soal Arabela terkejut

"Saya rasa ada orang guna ilmu hitam untuk musnahkan rumah tangga awak dengan Aisy dan saya rasa saya tahu orang yang "gunakan" Aisy tu"

"Maksud awak? Bekas tunang dia?" Soal Arabela

"Yes! Tepat sekali!"

"Tak mungkin! Tak mungkin bekas tunang dia akan gunakan cara macam tu untuk dapatkan Aisy semula. Rayyan, saya percaya kepada takdir Allah dan saya akan redha dengan ketentuan dia pada saya walaupun ianya berat bagi saya. Lagi pula kita tiada bukti yang mengatakan bekas tunang Aisy lakukan ini semua. Boleh jatuh fitnah kalau kita bercakap tanpa bukti begini" tegah Arabela

"Tapi Ara, saya tahu ini semua kerja Melisa. Dia busuk hati Ara! Percayalah cakap saya" yakin Rayyan berkata. Dia benar-benar kenal sikap Melisa, seorang manusia yang sanggup buat apa saja demi kepuasan diri sendiri

"Maafkan saya Rayyan, saya tak boleh nak mempercayai kata-kata awak. Biarlah semua ni terjadi, saya hanya berserah kepada Allah. Saya pergi dulu, Assalamualaikum" Arabela terus berlalu

Rayyan berdecit. Wajahnya diraup dan dia beristighfar

"Ya Allah hanya Engkau yang dapat membolak balikkan hati hambaMu. Bantulah aku supaya kau bukakan pintu hati sahabat-sahabatku ini. Bahagiakan lah rumah tangga mereka. Berilah mereka petunjuk. Amin Ya Rabbal Alamin" doa Rayyan didalam hatinya

Rayyan tidak dapat berbuat apa apa selain hanya berdoa kepada Allah. Dia bangun dan terus meninggalkan tempat itu

"Aku percaya yang Melisa dah 'gunakan' kau Aisy. Susah macam mana pun kau nak lupakan kenangan kau dengan Melisa tapi kau tetap benci dia. Kau tak mungkin jatuh dekat tangan melisa semudah tu Aisy" kata Rayyan sendirian. Dia masih tidak percaya yang Aisy berduaan dalam bilik hotel tadi. Aisy sangat bencikan Melisa sampaikan wajah Melisa pun dia jijik nak pandang. Inikan berduaan bersama Melisa

Air mata Rayyan menitis. Sayu hatinya melihat dugaan berat yang menimpa sahabatnya itu. Dia tidak mempunyai kuasa. Dia lemah tapi dia hanya inginkan yang terbaik saja buat sahabatnya itu.

***

"Ara, sabar. Ingat Allah" kata Zulaikha

"Astaghfirullahalazim" Arabela terus beristighfar

"Takdelah Zul, aku hairan. Kenapa Rayyan boleh kata macam tu sekali? Sedangkan sebelum aku dan Aisy bercerai, Aisy memang tak suka sangat-sangat dekat Melisa tu and ada satu hari tu aku sendiri nampak Aisy tampar Melisa. So, tak mungkin Aisy telah 'dipergunakan' oleh Melisa" sambung Arabela lagi

"Ara, kau sendiri tau kan? Manusia sekarang kalau dengki dengan orang dia sanggup buat apa sahaja termasuklah dia sanggup mensyirikkan Allah Taala. Ada betulnya kata Rayyan tu, kau tak sayang rumah tangga kau Ara? Kau tak nak pertahankan rumah tangga kau?" Soal Zulaikha

"Rumah tangga? Pertahankan? Zul, kau lupa ke?! Rumah tangga aku dah lama hancur Zul. Aku dan Aisy dah bercerai dah pun! Apa yang aku kena pertahankan lagi Zul?!" Soal Arabela terus menangis

"Ya Allah, Ara. Aku minta maaf ok? Dah shhh" pujuk Zulaikha

"Aku sayang dia Zul, aku sayang Aisy! Tapi apa yang aku boleh buat? Aku dah pujuk dia sebelum dia nak lepaskan aku tu. Tapi dia tak nak, dia tak nak cuba untuk cintakan aku" Arabela terus-terusan menangis dalam pelukan Zulaikha

Air mata Zulaikha juga turut jatuh. Sedih melihat sahabatnya berduka sebegini

"Tapi kalau kita mencuba? Ara, please. Tak salah pun kalau kita cuba berubat lagipun sekaligus boleh tenangkan jiwa kau. Kalau salah sekalipun sangkaan Rayyan tu kita tak rugi apa-apa pun. Jadi, kita cuba ikhtiar ok?" pujuk Zulaikha

Dia mahu membantu sahabatnya. Dia tidak sanggup untuk melihat sahabatnya bersedih begini

"Jadi kau percaya apa yang dikatakan Rayyan?" Soal Arabela

"Hati aku kuat untuk mengatakan ya!" Balas Zulaikha

"Tak mungkin, sebenarnya Aisy masih terperangkap dalam kisah silam dia" balas Arabela sayu

"Dan kisah silam dia tu, dia bersama Melisa. Kau juga yang cakap, Melisa ada mengganggu kau dan Aisy semasa korang kat Thailand tu kan? Melisa berkali-kali pujuk Aisy dan Aisy sendiri lempang dia kan? So, dari situ aku dapat rasakan yang Melisa tak puas hati and dia terpaksa guna cara kotor untuk dapatkan Aisy. So, Arabela! Kita cuba ok? Kita cuba dengan perubatan Islam" kata Zulaikha

Arabela diam sejenak. Lama-lama dia mengangguk

"Alhamdulillah" kata Zulaikha tersenyum

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-09-22 18:00:52 

hi..next chapter plzz....

NORITA
2020-09-21 09:57:30 

cepat sikit update ya..best jln cite ni..

nur_firzanah
2020-09-19 10:03:42 

update lagi sis malam ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience