Bab 37

Romance Series 132782

Sudah 3 jam Aisy berada di bilik bedah. Tikaman yang ditikam oleh arwah Melisa sangat dalam. Aisy kini sedang bertarung nyawa dan keadaannya sangat kritikal

Arabela pula sedang dibedah di bilik bedah yang lain. Bayi di dalam perutnya terpaksa dikeluarkan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya

Ahli keluarga pasangan tersebut masih setia menunggu di luar. Menanti dengan penuh debaran dan harapan semoga anak menantu mereka dapat bertahan dan kembali menjalankan kehidupan seperti sedia kala. Air mata yang setia menemani tidak jemu untuk terus-terusan mengalir dari mata pemilik jiwa yang dilanda kesedihan

Tangisan dan lamunan mereka tersentak tatkala doktor yang merawat Arabela keluar dari bilik bedah. Semua yang berada disitu berdiri dan menerpa ke arah doktor tersebut

"Doktor, macam mana dengan anak saya?" soal Puan Maira kepada Doktor yang memakai tag nama Haris

"Alhamdulillah anak puan selamat" kata Doktor Haris. Semua menghela nafas lega apabila mendengar berita tersebut

"Tapi maafkan saya. Anak dalam kandungan Puan Arabela tidak dapat diselamatkan" sambung doktor Haris membuatkan mereka yang menghela nafas lega sebentar tadi kembali berasa sesak

"Ya Allah" lirih Puan Hanis dengan tangisan yang diiringi sedu. Berat hati seorang ibu apabila mendengar berita buruk ini menimpa anak menantunya

Puan Hanis terduduk lemah tapi sempat disambut oleh Afif. Air mata lelaki Afif juga jatuh berguguran. Dia juga terkesan kerana dia juga seorang bapa

"Bawa bersabar ma" sempat Afif berpesan

Puan Maira berlari meninggalkan semua orang disitu. Langkahnya diatur menuju ke surau

Solat sunat hajat ditunaikan kemudian dia duduk bersimpuh sesudah solat. Tangan diangkat dan doa dipanjatkan. Selagi dia ada kudrat untuk berdoa, dia akan berdoa untuk anaknya kerana dia percaya kuasa doa dari seorang ibu yang tiada hijab. Bismillah dibaca

"Ya Allah, aku pernah merasai kehilangan orang yang aku kandung selama 9 bulan. Dugaan itu terlalu kuat dan aku sendiri tidak mampu untuk menanggung. Ya Allah, berilah kekuatan kepada anakku Arabela. Janganlah kau lemahkan dia sepertimana aku lemah ketika aku kehilangan anak aku dulu Ya Allah. Dugaan yang menimpanya terlalu berat. Ya Allah, Kau ambillah kekuatan dan kudratku ini untuk Kau salurkan pada anakku Ya Allah. Sesungguhnya dia seorang anak yang taat dan mendengar kata. Ya Allah, kuatkanlah menantu aku yang sedang bertarung nyawa dalam bilik bedah itu Ya Allah. Janganlah Kau tarik orang yang Arabela sayang sekali gus Ya Allah. Aku mohon, janganlah Kau beri dugaan yang terlalu berat untuk anakku. Aku terseksa melihat anakku dalam keadaan yang lemah. Bantu aku Ya Allah. Perkenankan semua doaku. Amin Ya Rabbal Alamin" usai berdoa, tapak tangan Puan Maira masih setia menekup wajahnya yang sedang menangis

Esakan demi esakan kedengaran. Tangisan itu adalah tangisan sayu dari seorang ibu untuk anaknya. Andai saja dia mempunyai kekuatan, pasti dia akan mengambil segala kesedihan yang ditanggung Arabela untuk dia menanggung tapi semua itu mustahil

-------------------

Aisy memejamkan matanya rapat apabila cahaya putih terang memancar tepat pada bola matanya. Semakin lama cahaya itu semakin pudar, dunianya kini semakin gelap. Cahaya itu masih ada tapi pudar. Aisy berjalan dalam kegelapan untuk mengejar cahaya tersebut. Kakinya digerakkan selaju mungkin tapi cahaya itu semakin lama semakin menjauh

"Walid!" jerit seorang budak kecil dalam lingkungan 5 tahun

"Siapa tu?" jerit Aisy sambil merenung ke arah budak kecil itu. Wajah kanak-kanak itu diamati dalam cahaya yang malap itu

Aisy melutut untuk memegang wajah suci kanak-kanak itu. Wajah itu diperhati lama. Wajah bersih yang setia tersenyum padanya. Hati Aisy tersentuh melihat wajah itu. Setelah lama dia mengamati wajah itu, baru dia sedar wajah itu mirip seseorang

Wajah itu mirip sekali dengan orang yang paling dia sayang iaitu Arabela isterinya. Aisy tersenyum sendirian. Mana mungkin isterinya sudah melahirkan anak sebesar ini

"Kenapa walid senyum sorang-sorang?" soal kanak-kanak tersebut

"Adik ni siapa? Mana orang tua adik?" soal Aisy kepada budak itu

Kanak-kanak itu tersenyum. Soalan Aisy tidak dijawab. Tangan Aisy ditarik

"Jom main dengan adik tapi adik janji sekejap je. Nanti adik pulangkan walid dekat mummy" kata kanak-kanak itu semakin membuatkan Aisy hairan

Apa yang dimaksudkan kanak-kanak itu. Dimana orang tua kanak-kanak itu. Dan siapa sebenarnya kanak-kanak itu.

Pelbagai soalan muncul difikirannya tapi dia menepis semuanya kerana dia gembira bermain dengan budak itu

"Hey, nama awak apa?" soal Aisy ramah

"Nanti walid akan tau nama adik"

"Macam mana?"

"Rahsia" balas kanak-kanak itu sambil ketawa riang

"Macam mana kita nak berkomunikasi kalau saya tak tahu nama awak?" soal Aisy. Dia sendiri pun buntu mahu menggelarkan dirinya apa. Malas mahu berfikir panjang, terus dia menggunakan 'saya awak' dengan kanak-kanak itu

"Buat masa sekarang ni walid panggil adik je"

"Adik?"

"Ya adik, melainkan nanti mummy dah dapat pengganti untuk adik baru lah walid panggil adik dengan gelaran abang" petah kanak-kanak itu berkata. Aisy masih lagi kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh budak itu

--------------

Tit... Tit... Tit..

Bunyi mesin ditepi katil sudah menjadi irama tetap dihospital itu

Puan Maira merenung wajah pucat anaknya. Makin sayu hatinya apabila jasad anaknya itu masih belum sedarkan diri

"Ara, bangun sayang" bisik Puan Maira lembut. Air mata yang baru jatuh diseka

"Sudahlah tu awak. Jom kita turun makan, awak tu dari semalam belum makan" kata Encik Latif sambil menggosok bahu Puan Maira

"Saya tak nak makan selagi Arabela tak bangun" balas Puan Maira yang mengenangkan nasib Arabela. Sudah masuk 2 hari Arabela tidak sedarkan diri dan juga telah hilang banyak darah tapi dia? Makan sedap-sedap. Ibu mana yang sanggup?

"Maira, awak tak boleh seksa diri awak macam ni. Kesihatan awak tu kena jaga" pesan Encik Latif lagi. Dia risau akan keadaan Puan Maira. Sejak Arabela kemalangan, satu makanan pun Puan Maira tidak jamah bahkan cuma air kosong

Puan Maira berdiam diri. Tangan Arabela digenggam kuat. Puan Maira terasa pergerakkan pada tangannya yang menggenggam tangan Arabela terus dan dia melepaskan tangan Arabela

"Ara" panggilnya lembut sambil dia menghapuskan air matanya

"Umi" balas Arabela. Matanya berpinar kemudian perlahan-lahan dia membuka matanya semula

"Ara, syukurlah Ara dah sedar" ucap Puan Maira teruja

"Umi, suami Ara mana umi?" soal Arabela yang baru teringatkan kejadian tempoh hari

Puan Maira memandang wajah suaminya kemudian beralih kembali ke wajah Arabela

"Sabar sayang. Aisy ada"

"Mana Aisy umi? Ara nak jumpa Aisy. Aisy perlukan Ara" kata Arabela terus bangun. Perbuatannya terhenti saat dia melihat perutnya

Matanya terbuntang. Perutnya yang kempis disentuh

"Umi, mana anak Ara umi? Ara dah bersalin ke umi?" soal Arabela separuh teruja

Puan Maira tidak tahan lagi untuk menahan sebak di dada. Arabela ditarik dalam pelukan. Tangisannya pecah

"Umi, kenapa umi nangis? Mana anak Ara umi? Mana suami Ara? Umi jawablah" bentak Arabela yang sudah mula hilang sabar

"Umi!! Mana anak Ara umi!!" jerit Arabela

Puan Maira melepaskan pelukan kerana Arabela semakin mengganas. Jururawat dipanggil. Tidak lama selepas itu jururawat masuk bersama jarum

Jarum itu disuntik dibahu Arabela membuatkan Arabela lemah dan mula tidak sedarkan diri

"Maafkan umi sayang"

-----------------

"Aisy, bangunlah sayang. Mama rindu Aisy" lirih Puan Hanis bersama linangan air matanya

Berita gembira yang dia baru dapat sebentar tadi masih tidak dapat menghilangkan rindu dan sebak di dada terhadap anak yang dikandungnya tetapi dia masih bersyukur kerana Arabela telah sedarkan diri

Majlis pengebumian cucunya tempoh hari berjalan dengan lancar. Dia juga berasa kasihan pada Arabela kerana menantunya itu tidak dapat melihat wajah anaknya sebelum dikebumikan

Hatinya dipaut rasa sayu yang berat melihat Arabela meraung bertanyakan tentang anaknya sebentar tadi. Dia juga terkesan kerana dia juga adalah seorang ibu dan juga nenek kepada bayi tersebut

Puan Hanis terkenangkan wajah cucunya sebelum dikebumikan tadi. Wajahnya sebiji seperti wajah Arabela. Walaupun bayi itu pramatang, tetapi raut wajahnya sudah kelihatan

"Aisy bangunlah. Ara perlukan Aisy. Bangunlah nak" bisiknya sebelum mencium dahi Aisy

"Assalamualaikum" ucap seseorang

"Waalaikumussalam" jawab Puan Hanis terus menoleh ke arah pintu. Kelihatan Arabela yang berkerusi roda di muka pintu

"Mama" panggil Arabela bersama air matanya yang bergenang di tubir mata

"Ara" Puan Hanis terus menerpa ke arah menantunya. Arabela dipeluk erat. Tangisan antara mertua dan menantu dikongsi bersama. Kedua mereka menangis teresak-esak dalam pelukan

"Syukurlah Ara dah sedar. Tadi mama ke bilik Ara tapi mama tengok Ara masih tidur sebab tu mama ke sini nak tengok keadaan Aisy. Aisy masih tak sedarkan diri" kata Puan Hanis semakin kuat tangisannya

"Ma, Ara nak berdua dengan Aisy sekejap boleh?" soal Arabela

"Boleh sayang. Mama tunggu luar" kata Puan Hanis terus berlalu

Hati Arabela meruntun sayu melihat keadaan suaminya yang terbaring kaku. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan katil

"Abang" panggilnya bersama esakan

"Abang, anak kita.. Anak kita dah takde" kedengaran semakin kuat tangisnya

"Abang, anak yang Ara kandung selama 9 bulan dah takde bang. Abang, bangunlah. Ara tak kuat bang" kata-katanya terhenti untuk dia menarik nafas. Dadanya sesak

"Abang, kenapa semua berkorban untuk selamatkan nyawa Ara? Sepatutnya abang dan anak kita biarkan Ara yang mati daripada seksa Ara macam ni. Orang yang Ara sayang semua pergi tinggalkan Ara. Abang bangunlah!! Abang kata abang sayang Ara tapi kenapa abang masih tak bangun?! Ara perlukan abang!! Abang kata abang akan ada disaat Ara susah tapi sekarang kenapa abang takde disisi Ara? Kenapa abang tak bangun untuk tenangkan Ara?!" raung Arabela. Tangannya digenggam tanda geram

"Abang tipu!! Abang tipu Ara!! Abang juga pernah janji yang abang akan pertahankan anak kita walau macam mana pun tapi anak kita dah mati bang! Dah mati!! Semua ni salah abang!! Abang bunuh anak kita!!" jeritan Arabela makin menjadi-jadi. Dada Aisy dipukul berkali-kali

Puan Hanis yang mencuri dengar perbualan Arabela tadi terus masuk ke dalam bilik untuk menghentikan Arabela

"Ara! Bawa mengucap!" ucap Puan Hanis memegang tangan Arabela

"Lepaskan Ara ma! Sepatutnya Aisy yang mati, bukannya anak Ara!!"

Pap!!

Satu tamparan hinggap di pipi Arabela. Dia terdiam dan memandang wajah Puan Hanis dengan riak terkejut

"Ara sedar tak apa Ara cakap?! Ara masih tak nampak pengorbanan Aisy terhadap Ara?! Aisy sanggup gadaikan nyawa dia sendiri demi menyelamatkan Ara dan anak Ara tapi ni semua takdir Allah! Aisy dah berusaha untuk selamatkan Ara tapi Ara kena ingat yang Aisy ni juga seorang manusia. Macam mana dia nak pertahankan Ara dan anak dalam kandungan Ara sedangkan diri dia sedang bertarung nyawa? Ara sendiri nampak yang Aisy masih tak sedarkan diri. Sepatutnya Ara bersyukur sebab Ara masih hidup!!" tengking Puan Hanis akibat terlampau geram dengan kata-kata Arabela yang dilemparkan kepada anak bongsunya

"Ara, benci Aisy!" kata Arabela separuh berbisik tapi masih boleh didengari oleh Puan Hanis. Kakinya terus melangkah keluar. Dia tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya. Benci yang meluap-luap dia rasa apabila melihat wajah tersebut

Puan Hanis mengeluh lemah. Dia rasa bersalah kerana telah menengking menantunya. Dia sebagai mertua, sepatutnya beri dorongan dan semangat untuk Arabela kerana dia tahu bahawa Arabela terlalu lemah untuk menanggung semua ini. Kata-kata Arabela tadi bukan datang dari hati malah sebenarnya Arabela sedang menanggung gangguan emosi yang teruk akibat kehilangan anaknya

Puan Hanis terduduk lemah. Tangan anak bongsunya digenggam kuat

"Aisy maafkan mama sebab marahkan Arabela. Mama tak sanggup tengok Arabale marahkan Aisy. Maafkan mama sayang. Aisy bangunlah nak. Arabela betul-betul perlukan kamu" bisiknya dalam esakan

Share this novel

Masyitah Aisyah
2021-02-19 17:42:43 

more updates please

missberuangcomel
2021-02-11 17:21:52 

sorry bertanya saya rasa macam nak nangis sebab cerita ni tak update lagi...tolonglah update pleaseeeeee

missberuangcomel
2021-02-01 20:59:44 

updatelah... please


NovelPlus Premium

The best ads free experience