Pranggggg
"Opocot" latah Aisy apabila terdengar benda pecah
Dadanya diurut. Aisy menghampiri bilik Melisa kerana bunyi itu datang dari situ. Pintu bilik Melisa dikuak sedikit. Aisy melangkah ke belakang semula apabila terlihat keadaan Melisa yang tidak sepatutnya. Dadanya berombak kuat
"Astaghfirullahalazim" ucap Aisy
"Aduh" Melisa mengaduh kesakitan
"Mel, kau ok?" soal Aisy disebalik pintu
"Eh, Aisy! Jangan masuk. Sa.. Saya ok" kata Melisa gagap. Badannya yang hanya bertuala diselubungi dengan selimut
"Oh. Ok" balas Aisy terus berlalu. Dalam hatinya tak henti-henti beristighfar
Aisy berlalu masuk ke biliknya. Kelihatan Arabela masih lagi belum keluar dari bilik air. Aisy mengambil duduk dibirai katil
"Sayang" tegur Arabela yang hanya memakai tuala
Aisy berpaling. Badannya membelakangi Arabela. Arabela hairan. Kakinya melangkah mendekati Aisy
"Abang, abang ok?" soal Arabela mengambil duduk disebelah Aisy
Arabela memegang tangan Aisy tapi laju Aisy menepis. Arabela dapat merasakan yang tangan Aisy menggeletar
"Abang, kenapa ni?" soal Arabela lagi
Aisy tidak menjawab
"Abang.." suara Arabela serak menahan tangis
Aisy tersedar. Wajah isterinya yang menunduk disebelah dipandang kemudian dia menarik Arabela dalam pelukan
"Sayang, sorry. Shh" pujuk Aisy
Arabela sudah menangis teresak-esak dalam pelukan Aisy. Dia hairan mengapa Aisy berkelakuan pelik tadi. Dia risau jika dia ada melakukan kesalahan terhadap Aisy
"Abang.. Abang ok?" soal Arabela yang masih dalam pelukan Aisy
"Abang ok sayang, abang minta maaf ea" balas Aisy
"Abang kenapa? Ara ada buat salah ke?" soal Arabela manja
"Takde sayang. Sayang tak pernah buat salah dekat abang. Dah, pergi pakai baju. Seksi sangat. Abang geram" balas Aisy sambil menggigit bibir bawahnya
Arabela meleraikan pelukan. Tangannya disilangkan menutup dadanya yang terdedah. Dia bingkas bangun dan terus berlalu ke bilik salinan
"Ni nampak?" menyempat Arabela menayangkan buku limanya
Aisy mengekek ketawa. Wajahnya kembali bertukar suram apabila kelibat Arabela menghilang
"Ampunkan aku Ya Allah" Aisy terus meraup wajahnya. Kesal dengan apa yang dia lihat tadi
------------------
Melisa menggerakkan kerusi rodanya ke ruang tamu. Matanya meliar mencari kelibat pasangan suami isteri tersebut
"Eh Mel" tegur Arabela yang baru turun dari biliknya bersama Aisy
"Ara, saya ingat awak keluar tadi. Senyap je rumah" balas Melisa
"Macam ni la keadaan rumah kami setiap hari. Sunyi. Tapi tak lama lagi mesti meriah dengan kehadiran si kecik ni" balas Arabela sambil mengusap perutnya
Mata Melisa Irdina tidak lekang memandang tangan Aisy yang memimpin tangan Arabela menuruni anak tangga. Reaksi mukanya berubah
"Hmm itulah, tak sabar saya nak tengok anak awak. Mesti comel macam mak ayah dia" balas Melisa Irdina
"Ish, ada-adalah awak ni Mel" balas Arabela tersipu malu
"Harini kan hari minggu, awak dengan Aisy tak keluar ke?" soal Melisa
"Ikutkan kami memang ada plan tapi kesiankan awak pula sorang diri kat sini. Lagipun mesti awak tak biasa lagi" balas Arabela
"Ara, kalau kehadiran saya kat sini menyusahkan awak berdua lebih baik awak hantar saya balik rumah saya je. Saya bukan apa. Saya kesian dekat awak dan Aisy sebab susah payah kena jaga saya yang cacat ni" kata Melisa sayu
Arabela jalan menghampiri Melisa. Badan Melisa dipeluk
"Jangan cakap macam tu Mel. Saya dan Aisy ikhlas jaga awak kat sini. Lagipun saya dan Aisy nak keluar cari barang-barang baby je tapi takpe hari lain kan ada" balas Arabela tersenyum
Melisa Irdina tersenyum manis. Hatinya tersentuh dengan kebaikan Arabela. Matanya mencuri pandang ke arah Aisy. Dia menjeling tatkala melihat mata Aisy yang tidak lekang memandang Arabela
"Takpelah, saya ke dapur nak masak jap" kata Arabela terus berlalu
"Kalau macam tu biar saya tolong" balas Melisa
"Eh awak kan tak sembuh lagi. Takpe saya ada, boleh tolong Ara. Awak duduk je sini" balas Aisy pula yang dari tadi berdiam diri
Arabela tersenyum. Kakinya melangkah ke dapur diikuti dengan Aisy
Melisa Irdina menggenggam penumbuknya. Dia cemburu melihat keakraban pasangan tersebut
Terdengar gelak tawa Aisy dan Arabela dari dapur. Melisa terus menggerakkan kerusi rodanya masuk ke biliknya semula. Pintu bilik ditutup rapat
"Sabar Mel. Tak lama je lagi" katanya sendirian. Dia terus berdiri dan berjalan menuju ke katil. Badannya terus direbahkan di atas katil
---------------
Arabela membelek telefonnya sambil berbaring atas katil. Gambar dia dan Zulaikha ditenung
"Amboi sayang, bukan main lagi tenung gambar tu" tegur Aisy yang baru keluar dari tandas
"Hahaha takdelah, saja tengok gambar ni. Rindu pula pada Zulaikha dengan anak dia. Eh, sejak dia beranak tu kita tak jenguk lagi anak dia kan? Esok kita ke rumah dia nak tak?" kata Arabela sambil matanya tidak lekang memandang setiap gerak geri Aisy
"InshaAllah" balas Aisy tersenyum. Aisy terus mengambil tempat dihadapan Arabela
"Sayang" Aisy menggenggam tangan Arabela erat
"Kenapa ni abang? Ada yang tak kena ke?" soal Arabela hairan
Rambut suaminya yang terjuntai kedepan diusap lembut
"Sayang, lately ni abang rasa tak sedap hati sangat. Abang takut kalau abang hilang sayang lagi. Abang takut kalau abang tak dapat lindungi sayang dengan anak kita dalam ni sebab abang dapat mimpi" kata Aisy terhenti disitu. Air matanya bertakung
"Abang, mimpi kan mainan tidur je. Abang tengok ni, Ara dengan baby kan ok je" kata Arabela tersenyum manis
"Sayang, kalau satu hari terjadi apa-apa pada abang. Sayang kena kuat demi anak kita ye. Sayang kena janji dengan abang" sambung Aisy lagi
Arabela menarik Aisy dalam dakapan hangatnya. Belakang badan Aisy digosok lembut
"Abang, tentang tempat berteduh, hanya syurga saja yang boleh buat kita tersenyum sampai bila-bila. Ini dunia, lumrahnya begitu. Ada ujian, kita hadapi sama-sama sampai kita dapat kecapi kebahagiaan. Selagi Ara hidup, Ara akan pastikan yang anugerah Allah ni dijaga dengan sehabis baik. Ara janji" balas Arabela lalu menghadiahkan satu ciuman dipipi kiri suaminya
"Thanks sayang. Thanks sebab sentiasa bagi abang semangat bila abang rasa down. Abang bersyukur sebab Allah kurniakan sayang pada abang" Aisy mencium lembut tangan isterinya
Aisy memandang tepat ke anak mata Arabela. Begitu juga dengan Arabela. Mereka terbuai dengan panahan hangat mata masing-masing
Mata Aisy terpejam. Wajahnya semakin menghampiri wajah Arabela. Arabela terleka. Matanya juga dipejamkan
"Arghhhhhhhh" jerit Melisa terus mematikan perasaan hangat mereka berdua tadi
"Kenapa tu?" soal Arabela terkejut. Aisy mendengus. Kacau jelah perempuan ni
Arabela terus berlari kecil menuju ke bilik bawah
"Sayang, jangan berlari. Nanti jatuh" tegur Aisy menahan tawanya apabila melihat keadaan isterinya yang perut bulat itu berlari anak. Comel !
"Mel, kenapa Mel?" soal Arabela cemas
"T..tadi.. Ada lipas!!" jerit Melisa
Arabela dan Aisy memandang sesama sendiri lalu kedua mereka meletuskan ketawa kuat
"Mana? Mana lipasnya?" soal Arabela sambil tercari-cari lipas dalam bilik Melisa. Termengah-mengah dia mencari dengan sisa tawanya
"Ada tadi ada kat situ" balas Melisa menunduk sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah tandas
Pappp
Aisy terus melenyekkan lipas tersebut dengan penyapu
"Awak ni Mel. Saya ingat apa la sampai awak menjerit malam-malam macam ni. Cemas saya tau tak?" soal Arabela tersenyum
"Sorry kacau awak berdua. Saya geli. Dah la saya tak boleh berjalan, kalau tak dah lama saya lari" balas Melisa
Raut wajah Arabela bertukar sayu. Kasihan dia melihat Melisa Irdina
"Awak dah makan ubat?" soal Arabela prihatin
"Dah, baru je. Takpelah, thanks tolong bunuh lipas tu. Saya tidur dulu" kata Melisa terus berbaring
Aisy dan Arabela berlalu keluar dari bilik Melisa. Pintu bilik Melisa ditutup rapat
"Aisy nak air?" soal Arabela
"Boleh juga. Hot chocolate" kata Aisy
"Ok nanti Ara bawakan. Aisy naik dulu" balas Arabela
Aisy mengangguk dan terus berlalu
Melisa Irdina berdiri setelah kelibat suami isteri itu hilang dari biliknya. Bangkai lipas yang diketuk Aisy tadi diangkat lalu dimasukkan ke dalam tong sampah
"Thanks sebab tolong aku" kata Melisa sinis
Pintu biliknya dikuak sedikit. Kelihatan Arabela sedang membancuh air didapur
Arabela tiba-tiba memegang perutnya lalu terus berlalu masuk ke bilik air. Melisa Irdina tersenyum jahat. Kakinya perlahan-lahan melangkah keluar bilik
Julap dikeluarkan dari poket baju tidurnya lalu dimasukkan kedalam air hot chocolate milik Aisy
Klik
Bunyi pintu bilik air dibuka. Melisa terus berlari selaju mungkin masuk ke dalam biliknya semula. Nasib saja biliknya berhampiran dengan dapur
Arabela yang baru keluar dari tandas terus mencuci tangannya dengan bersih. Air hot chocolate Aisy dikacau sehingga sebati. Lampu dapur ditutup kemudian dia berlalu naik ke biliknya
Melisa Irdina tersenyum puas
Share this novel
hi dear. bila nk update
ki ki ki. never mind lah, my dear. tp suspance la..
hi dear. tqvm uodate. lama i"m waiting tau. love u