Arabela tersedar dari lenanya apabila telefonnya berbunyi. Matanya digosok perlahan-lahan. Tangannya mencapai telefon. Dia mendengus apabila melihat jam yang menunjukkan baru pukul 5.30 pagi
Aplikasi whatsapp di buka. Tidak semena-mena air matanya bertakung di tubir mata apabila melihat mesej yang baru masuk
MyOtherHalf :-
Good morning sweet heart ? i miss you so much. Sayang, I miss the way you could make me smile without any effort at all, a day that is without you is incomplete for me. I have just been sitting here waiting for the days where i no longer miss you anymore. How do i tell you how much i miss you in a way that will make your heart ache the same way that mine does? Not talking to you is so hard when we used to talk everyday. Sayang, I miss the memories we created together. What should i do to get your heart back? Like before. But i will never give up sayang. Never. Jaga diri jangan lupa makan. I love you :*
Air mata yang bertakung sejak tadi gugur. Matanya sudah sembab kerana menangis semalaman. Telefonnya ditarik ke dalam pelukan
--------------
Aisy P.O.V
Whatsapp yang aku hantar pada Arabela telah pun dia baca. Aku tersenyum. Hati aku berasa lega kerana Arabela membaca apa yang aku tulis untuknya. Walaupun hati aku sedikit hampa kerana Arabela tidak membalas walaupun sepatah ayat
Aku kembali meletakkan telefon aku di atas meja. Aku merenung ke laut. Bunyi ombak membuatkan aku tenang. Mata aku dipejam untuk semakin menghayati bunyi alam tersebut
Keindahan alam di bumi Sabah ini membuatkan aku lupa tentang masalah yang aku hadapi. Tapi ingatan aku sedikit pun tidak lupa pada isteriku dan juga arwah anak aku malah hati ini berasa semakin rindu akan kedua orang insan yang sangat istimewa bagi aku
Tujuan aku ke sini hanya untuk berjauhan dengan Arabela buat seketika waktu. Aku mahu memberi ruang untuknya. Aku tahu, sukar untuk dia menerima semua ini. Aku tidak mahu kedua orang tua aku dan Arabela susah hati dengan masalah rumah tangga kami. Aku kesini secara rahsia, tiada siapa pun yang tahu melainkan Rayyan. Rayyan adalah sahabat yang paling dipercayai. Sikap jujur dan amanah Rayyan membuatkan aku tabik hormat padanya tapi sayang, sampai sekarang masih tiada seorang pun bidadari dunia yang hinggap di hatinya. Memilih sangat
Hajat aku untuk menetap disini tidak lama. Jika Arabela masih dengan pendiriannya, aku yang akan mengalah. Aku langsung tidak akan putus asa untuk mendapatkan hati isteri aku semula. Aku tahu, hati Arabela pasti akan lembut. Doa aku untuknya tidak pernah putus
Kedengaran azan subuh sudah berkumandang di bumi sabah. Kaki aku pantas menuju ke tandas untuk aku mengambil wudhuk
--------------
Arabela membuka pintu apabila ketukan kedengaran. Wajahnya tersenyum melihat gerangan yang ada di luar rumah
"Assalamualaikum" ucap Zulaikha
"Waalaikumussalam" balas Arabela
"Ya Allah Ara, syukurlah kau selamat. Aku minta maaf sebab tak dapat melawat kau masa kau kat hospital haritu. Ikutkan hati nak je aku lari balik Malaysia tapi cuaca dekat Jepun tak berapa baik so orang ramai di arahkan duduk berkurung je dalam rumah untuk keselamatan" jelas Zulaikha sambil bersungguh-sungguh menerangkan apa yang jadi
"Syukurlah kau dan keluarga selamat. Tu la gatal nak pergi bercuti musim-musim macam ni. Nasib aku tak mati tau, kalau tak mesti kau tak sempat nak minta maaf" seloroh Arabela membuatkan raut wajah Zulaikha berubah
"Aku minta maaf sangat Ara sebab takde disisi kau waktu kau susah macam ni. Aku ni sahabat paling tak guna" kata Zulaikha sambil menangis teresak-esak
"Zul, aku gurau jelah. Aku okay" balas Arabela sambil menggosok belakang badan Zulaikha
"Nasib baik Allah panjangkan umur kau. Kalau tak aku mesti tak dapat maafkan diri aku" kata Zulaikha lagi
"Dah la Zul, aku okay kan? Lagipun bukan kau sengaja" balas Arabela
Zulaikha sapu air matanya menggunakan belakang tapak tangan. Wajah Arabela yang sembab itu dipandang lama
"Ara, kau betul-betul ok?" soal Zulaikha inginkan kepastian
"Kenapa? Nampak macam tak ok ke?" soal Arabela mula menggelabah. Wajahnya dipalingkan
"Aisy mana?" soal Zulaikha
"Aisy? Em--Aisy ada je. Dia keluar beli barang" bohong Arabela
"Ara, jangan tipu aku. Aisy tu baru keluar hospital semalam kan? Aisy mana?" soal Zulaikha serius
Arabela menunduk. Air matanya yang ditahan sejak tadi mengalir
"Aisy takde" balas Arabela lemah
"Dia ke mana?!"
"Aku tak tahu Zul. Aku betul-betul tak tahu dia pergi mana" balas Arabela dalam esakannya
"Korang gaduh?" soal Zulaikha yang dapat agak
"Aku tak sanggup nak tengok muka Aisy, Zul. Aisy bersalah atas kehilangan anak aku. Cinta dia dengan Melisa yang kononnya agung sangat yang bunuh anak aku. Anak aku tak bersalah Zul tapi kenapa Allah ambil nyawa dia?" soal Arabela dengan sedihnya yang tidak dapat dibendung lagi
"Ara, bawa mengucap. Kau sedar tak apa kau cakap ni?" soal Zulaikha yang sudah hairan dengan perangai Arabela
"Aku benci Aisy. Aku tak tahu kenapa perasaan benci ni meluap-luap pada Aisy. Aku cuba untuk buang perasaan benci ni tapi aku tak boleh. Aku masih tak redha anak aku pergi Zul. Sepatutnya bulan depan anak aku lahir tapi kenapa dia mati Zul? Kenapa?!" soal Arabela yang sudah hilang kewarasan
"Ara, Aisy tu suami kau. Syurga kau terletak bawah tapak kaki Aisy" balas Zulaikha
"Kenapa Zul?! Kenapa semua bela Aisy?! Aku pun kena tikam sampai anak dalam kandungan aku mati tapi kenapa semua risaukan Aisy?! Semua abaikan aku Zul!!" teriak Arabela semakin menjadi-jadi
Zulaikha hilang pertimbangan. Wajah Arabela dilempang sekuat hati membuatkan Arabela terdiam
"Kau tanya kenapa? Kau tahu tak Ara?! Aisy hilang banyak darah waktu dia selamatkan kau. Dia sanggup gadaikan nyawa dia untuk kau dan anak kau hidup tapi dia tak boleh kawal semuanya. Dia dah buat sehabis baik untuk selamatkan kau dan anak dia. Tusukan pisau pada perut Aisy sangat dalam tapi Allah masih sayangkan kau. Dia tarik satu nyawa je. Kau patut bersyukur sebab Allah masih hidupkan Aisy. Kalau Aisy mati, macam mana kau nak balas jasa dia yang selamatkan nyawa kau? Sepatutnya inilah masanya kau berkorban sehabis baik untuk Aisy. Luka dalam perut dia masih belum sembuh tapi kau biarkan dia pergi seorang diri? Keadaan Aisy masih lemah Ara. Sepatutnya sebagai seorang isteri, kau patut jaga Aisy saat-saat macam ni Ara.
Sebelum kau terlambat, baik kau cari Aisy. Minta maaf seikhlas hati atas kesilapan kau pada dia. Aku doakan supaya urusan kau cari Aisy dipermudahkan" kata Zulaikha panjang lebar. Dia terus meninggalkan Arabela yang menangis teresak-esak sendirian
Arabela terkedu mendengar kata-kata Zulaikha. Dia masih lagi tidak dapat menerima kenyataan. Hatinya membara marah. Dia bengang kerana sahabat baiknya sendiri tidak membela dia. Arabela terus melangkah naik ke biliknya. Telefonnya diambil kemudian nombor telefon Aisy di block. Dia terus mencampakkan telefonnya ke atas katil
---------------------
Aisy menghela nafas berat. Telefon di genggamannya di pegang lemah.
"Kenapa Ara seksa Aisy macam ni sayang?" lirih Aisy.
"Takpelah, kalau ini yang sayang nak. Aisy tunggu" kata Aisy lagi
Ubat yang tersedia diatas meja di makan satu persatu. Selesai makan ubat, kaki Aisy terus melangkah keluar dari biliknya. Kedua belah tangan Aisy dimasukkan ke dalam poket seluarnya sambil dia menghirup udara segar di pantai. Matanya terpejam rapat. Segala kenangan manis dia bersama Arabela kembali terimbas dalam ingatan. Tanpa dia sedari air mata mengalir membasahi pipi
"Doakan walid sayang. Doakan walid agar walid dapat kembalikan mummy yang dulu. Walid dah tak tahan rindu terhadap mummy" katanya dalam hati
Mata Aisy terbuka apabila angin lembut menampar pipinya. Dia kembali tersenyum. Angin itu seolah-olah usapan lembut dari tangan kecil arwah anaknya. Tangannya dibawa ke pipi kemudian dia mengusap lembut bekas tamparan angin tadi
"Walid rindu Nuh, walid juga rindu mummy Nuh. Sabar ye sayang, nanti walid sampaikan rindu sayang pada mummy" kata Aisy sendirian
Aisy mengeluh lemah. Dia mengambil tempat duduk dibawah pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa petang itu membuatnya berasa sangat tenang. Alangkah indah jika Arabela ada disisinya sekarang
Esok sudah menjelang masuknya bulan Ramadhan. Bulan yang mewajibkan seluruh umat islam berpuasa. Aisy selalu membayangkan puasa bersama isteri dan dia bersyukur kerana sepatutnya tahun ini adalah tahun dia dan Arabela akan berpuasa sebagai suami isteri buat pertama kalinya tapi dia hanya merancang dan Allah yang menentukan
Aisy terkenangkan sewaktu dia dan Arabela bertengkar kerana pemilihan warna baju raya. Wajah Arabela yang sangat gembira ketika itu sukar digambarkan. Arabela sangat teruja apabila membayangkan anaknya yang bakal lahir memakai baju melayu bersaiz kecil yang lengkap kemudian mereka mengambil gambar satu keluarga
Aisy faham punca Arabela berubah begini sekali. Dia tidak menyalahkan Arabela seratus peratus kerana dia faham yang Arabela masih belum dapat terima kenyataan. Semua ini berlaku sekelip mata dan kadang-kadang dia sendiri pun tidak dapat menerima hakikat
"Pakcik, sepak bola tu" kata seorang budak kecil terus mematikan lamunan Aisy
Aisy tersenyum kemudian bola di kakinya di sepak ke arah kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu berlari girang sambil memegang bola tersebut. Mata Aisy tertancap pada seorang wanita yang sebaya Arabela. Wanita itu juga berpurdah sama seperti Arabela. Hatinya dipaut rasa rindu yang mendalam. Ingin saja dia meraung memanggil nama Arabela sekuat hatinya
Telefonnya dibuka, gambar Arabela ketika tidur yang dia tangkap secara sembunyi ditatap
"Abang rindu sayang" lirih Aisy
Dia swipe ke tepi untuk melihat gambar-gambar Arabela yang seterusnya. Lalu gambar Arabela yang memakai jubah serta tudung hitam di zoom. Dadanya di pegang. Berat rasa rindu yang di tanggung
"Ya Allah, sampai bila aku kena tanggung rasa rindu pada isteri aku Ya Allah" lirih Aisy
Share this novel