Prolog

Romance Series 132782

"Aku benci kau ! Dasar perempuan jalang !" Teriak Aisy Khaizuran sekuat hati. Stereng keretanya dihentak sekuat mungkin

Enjin keretanya dihidupkan. Aisy memecut laju keretanya dihighway. Tanpa mengingati orang orang yang tersayang , dia memandu seperti orang gila dek kerana amarahnya

"Kau ingat ! Disebabkan kau , dendam aku pada kaum kau takkan pernah hilang. Murahan !" Katanya tersenyum sinis

Aisy memberhentikan keretanya ditepi sebuah tasik. Dia keluar daripada keretanya dan berjalan kearah tasik. Kalau bukan kerana didikan agama yang cukup dari orang tuanya , pasti dia sudah cuba untuk membunuh diri kerana kecewa

Memang yang lain akan berkata dia bodoh jika dia melakukan perkara tersebut. Tapi , tiada siapa yang pernah faham apa yang berlaku kepada dirinya dan semuanya dia yang tanggung. Rasa sakit , kecewa dan marah

Aisy Khaizuran terduduk lemah dibangku yang tersedia disitu , air matanya mengalir. Kerana cinta , dia sanggup jatuhkan egonya. Kerana cinta , dia sanggup gadaikan segalanya. Tapi kenapa dia perlu dikhianati sebegini. Sungguh , hati siapa yang kuat ?

"No Aisy ! Kau tak boleh bazirkan air mata kau untuk jalang tu ! Bodoh !" Air matanya cepat cepat dihapuskan. Dia berdiri kemudian bangku itu ditumbuk sekuat hati sehingga tangannya mengalirkan darah yang banyak

Puas ! Itu yang dia rasakan

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-09-18 01:11:00 

hi.....naper la ble divorce ni....sakit aii

Mrs aish
2020-09-01 15:35:07 

X sabar episod seterus...


NovelPlus Premium

The best ads free experience