"Assalamualaikum" ucap Arabela
Melisa Irdina menoleh. Wajahnya jelas terkejut melihat Arabela dan Aisy
"Waalaikumussalam" jawab Melisa sayu
"Awak macam mana hari ni Mel?" Soal Arabela prihatin
"Alhamdulillah, saya okay je" balas Melisa Irdina tersenyum kelat
"Mel, Aisy kata awak boleh discharge hari ni kan?" Soal Arabela
Melisa tidak menjawab selain hanya mengangguk
"Alhamdulillah, saya minta maaf sebab baru hari ni saya berkesempatan nak lawat awak. Saya harap awak pun faham keadaan saya yang berbadan dua ni." kata Arabela
Jantung Melisa berdegup kencang saat Arabela menyebut perkataan "berbadan dua". Reaksi mukanya dikawal
"Takpe Ara, saya faham. By the way, congrats" Balas Melisa Irdina tersenyum
"Mel, saya minta maaf bagi pihak Aisy diatas apa yang jadi pada awak dan Aisy dah pun ceritakan semuanya kepada saya. Saya dan Aisy dah buat keputusan dan saya harap keputusan yang dilakukan ini dapat meringankan beban awak sedikit sebanyak. Sekali gus kami dapat juga menebus kesalahan kami terhadap awak. Jadi saya harap awak dapat terima keputusan kami ni ye. Sebenarnya.. saya dan Aisy dah berjanji akan jaga awak sampai awak betul-betul sihat. Awak boleh lah tinggal dengan kami sekali ye Mel?" Terang Arabela
"Tinggal dengan awak dan Aisy? Tak boleh Ara. Saya tak boleh. Saya tahu, saya boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada awak berdua jika saya tinggal bersama. Ada betulnya keputusan saya. Lebih baik saya mati daripada hidup menyusahkan orang lain je." Bantah Melisa Irdina tegas
"Mel, tak baik cakap macam tu. Janganlah awak putus harapan Mel. Saya tolong awak ni ikhlas. Tolonglah tinggal bersama saya agar saya dapat menebus rasa salah ni pada awak. InshaaAllah, kalau awak sembuh nanti awak pergilah kalau awak nak. Tapi buat sementara ni please, berilah saya peluang untuk bantu awak ye?" Pujuk Arabela lagi
Melisa Irdina diam. Wajah Aisy dipandang. Aisy saja pun tidak sudi melihat wajahnya, mana mungkin dia akan tinggal sebumbung dengan orang yang pernah dia aniayai dulu
"Betul Mel, tinggal dengan kami buat sementara waktu. Ye?" Kali ni Aisy pula bersuara
Riak wajah Melisa terkejut. Dia memandang tepat ke wajah Aisy kemudian wajah Arabela
Kedua mereka tersenyum ikhlas. Tangan Aisy sengaja diletakkan di atas bahu Arabela
"Baiklah kalau macam tu. Tapi saya janji. Lepas je keadaan saya dah stabil, saya akan pergi dari rumah awak. Saya janji" balas Melisa bersungguh. Air matanya yang mengalir diseka
"Alhamdulillah" ucap Arabela tersenyum terus memandang wajah suaminya. Aisy tersenyum melihat isterinya. Tidak semena-mena pipi Arabela yang ditutup dengan purdah itu dicubit lembut
Mata Melisa Irdina tidak lekang memandang pasangan tersebut. Dia bingkas bangun tapi dihalang Arabela
"Eh awak nak ke mana?" soal Arabela terkejut
"Saya nak ke tandas. Nak ambil wudhuk. Nak solat" balas Melisa Irdina
Arabela tersenyum. Dia bingkas bangun untuk membantu Melisa
"Eh sayang, sayang kan mengandung" balas Aisy menghentikan perbuatan Arabela
"Betul juga kata Aisy tu. Takpe, saya boleh buat sendiri" kata Melisa sayu
"Aisy, kan Mel nak solat. Kita kena tolong dia" pujuk Arabela
Wajah Aisy kelat. Dia terus menarik kerusi roda kemudian terus mencempung badan Melisa dan diletakkan diatas kerusi roda
Melisa Irdina terkejut dengan tindakan Aisy. Arabela tersenyum. Risau betul suaminya terhadapnya
"Terima kasih Aisy. Ara teman Melisa ambil wudhuk kejap ye" Kata Arabela sambil menggosok pipi Aisy
Aisy mengangguk. Ikutkan hatinya ingin saja dia memanggil jururawat disitu untuk membantu Melisa tapi pasti Arabela akan menghalangnya kerana Arabela mahu Aisy yang bertanggungjawab pada Melisa atas perbuatannya
Aisy melepaskan keluhan berat. Jiwanya terhimpit diantara Arabela dan juga perbuatannya
-------------
Puan Hanis menghempaskan barangan yang ada ditangannya. Kakinya dihentak-hentakkan menaiki tangga. Pintu bilik dihempas kuat
"Kenapa dengan mama tu pa?" soal Afif kepada papanya
"Siapa lagi yang boleh buat mama kamu naik hantu" balas Encik Yusuf
"Siapa? Adik? Dia buat apa lagi kalini pa?" keluh Afif sambil duduk disebelah papanya
"Dia benarkan ex dia si Melisa tu duduk serumah dengan dia dan Ara" kata Encik Yusuf bersama keluhan berat
"Ya Allah! Adik tu dah kenapa?! Dia tak boleh move on lagi ke dengan perempuan tu sampai kena bagi perempuan tu duduk serumah dengan dorang suami isteri?!" soal Afif bengang
"Itu papa tak tahu. Selebihnya kamu kena tanya mama kamu sebab mama kamu cerita tak habis dekat papa tadi"
"Habistu mama dan papa tak jadi la pergi rumah adik ni?"
"Mama kamu tu kalau boleh bau perempuan tu pun tak nak. Inikan nak menghadap Melisa tu" balas Encik Yusuf
"Buat hal la adik ni. Dia tak serik-serik ke apa yang perempuan tu dah buat kat dia? Dia ni memang nak kena! Ara tu haa, takkan tak halang laki dia tu!!"
"Takleh jadi ni. Afif nak ke rumah adik kejap pa. Assalamualaikum" kata Afif lagi. Terus tangan tua papanya disalam
Encik Yusuf menggelengkan kepalanya. Apa lagi la nak jadi lepasni? Keluhnya
---------------
Arabela menjengah kepalanya di tingkap. Hairan siapa yang terjerit-jerit di luar rumah
"Oh abang Afif. Ingat siapa tadi" katanya seorang diri sambil memakai tudung
"Abang long. Ara ingat siapa terjerit-jerit tadi. Masuklah. Aisy tengah solat" kata Arabela
"Perempuan tu mana?" soal Afif berang
"Siapa abang long maksudkan?" soal Arabela hairan
"Melisa, mana dia? Abang nak jumpa dia" tegas Afif berkata
"Abang long, abang long dah salah faham ni. Takpe, abang long duduk sini dulu. Saya panggil Aisy untuk jelaskan semua" kata Arabela masih berlembut
Afif duduk di kerusi halaman rumah mereka. 5 minit kemudian Aisy turun bersama Arabela
Aisy menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Afif. Afif menyambut salam tersebut. Arabela terus menghidangkan air yang dibancuhnya tadi lalu punggungnya dilabuhkan disebelah Aisy
"Abang sihat?" soal Aisy lembut
"Dah la dik. Kau tak payah nak berpura-pura lagi. Sekarang abang nak tau apa motif kau bawa perempuan tu duduk sebumbung dengan kau orang suami isteri" kata Afif berterus terang
Aisy tersenyum
"Aku langgar dia bang. Aku langgar dia sampai dia lumpuh. Puas hati kau? Dia lumpuh sebab aku. Dia hilang keupayaan sebab aku. Sebab tu la aku bawa dia duduk sekali dengan aku dan Ara. Bukannya aku duduk berduaan dengan dia! Lagipun dia dah takde sesiapa bang" balas Aisy tenang tetapi ada tegasnya
"Bodoh! Alasan bodoh! Kau sendiri tau yang lelaki tak boleh duduk satu rumah dengan perempuan bukan muhrim walaupun bukan berdua-duaan kan?! Ara! Kenapa Ara setuju dengan idea bodoh Aisy ni?!" soal Afif memandang tepat ke wajah Ara yang tidak berpurdah tu
"Maafkan Ara bang. Tapi ni semua bukan salah Aisy. Ni salah Ara" balas Arabela dengan air matanya yang menitis
Wajah Afif bingung. Dia masih memandang Arabela
"Ya ni semua salah Ara. Ara yang benarkan Melisa tinggal sini. Tapi Ara kesiankan dia. Dia takde sesiapa dah abang long. Dengan keadaan dia yang belum stabil tu apa salahnya kalau Ara dan Aisy cuba bantu dia?" terang Arabela sambil menangis teresak-esak
Afif meraup wajahnya. Keluhan dilepaskan
"Ara, Ara tau tak tindakan Ara ni boleh mendatangkan keburukan pada hubungan korang berdua? Ya mungkin betul Aisy dah move on dengan Melisa tapi hati Melisa? Kita taktahu. Entah-entah ni semua plan dia. Lagipun Aisy pernah letak harapan yang tinggi pada Melisa, buatnya kalau Melisa goda Aisy macam mana? Tolonglah fikir jauh sikit. Abang datang sini bukan nak marah Ara ataupun nak marah Aisy tapi demi keselamatan perkahwinan korang, tolonglah. Jangan benarkan Mel tinggal dengan korang. Lagipun korang sendiri tau apa yang dia dah buat dekat perkahwinan kamu berdua sampai bercerai berai kan? Ya abang tau tak baik kita menuduh orang tapi sebaiknya kita mencegah dari merawat" panjang lebar
nasihat Afif kepada adiknya
"Abang, Mel dah berubah. Bagilah Aisy peluang untuk tebus kesilapan Aisy pada dia. Dia dah takde sesiapa abang" balas Aisy pula
"Banyak lagi cara nak tebus kesilapan pada dia la dik tapi bukan dengan cara ni" balas Afif lagi
"Takpelah kalau itu yang Ara dan Aisy fikirkan. Abang datang sini cuma nak nasihat. Seorang abang nakkan yang terbaik buat adiknya bukan sebaliknya. Abang balik dulu. Assalamualaikum" ucap Afif terus berlalu
"Semua ni salah Ara ke Aisy?" soal Arabela sambil menunduk. Air matanya setia mengalir di pipi
"Sayang, sayang cuma nak tolong Aisy je. Jangan salahkan diri sayang. Takpe dengan keputusan Ara ni, kita sama sama jaga Melisa sampai dia betul-betul stabil. Sekejap je semua tu sayang tapi satu je Aisy nak minta" balas Aisy sambil memeluk erat isterinya
"Minta apa?"
"Sayang kena selalu percayakan Aisy sampai bila bila sebab Aisy dah janji dengan baby kita yang Aisy takkan sia-siakan mummy dia" balas Aisy tersenyum
"InsyaAllah Aisy" Balas Arabela tersenyum
-----------------------
"Habistu adik kamu percaya cakap perempuan tu?" soal Puan Hanis
"Bukan setakat adik je percaya. Dengan Arabela sekali percaya cakap perempuan tu" balas Afif
"Degillah Aisy ni. Dia ketua keluarga sepatutnya di bantah la keputusan Ara. Bukannya setuju je" kata Puan Hanis lagi
"Bukan mama tak kenal anak bongsu mama tu. Entah-entah dia pun suka kalau Melisa duduk situ" tembak Afif sesuka hati
"Afif! Papa tak suka kamu cakap macam tu pasal adik kamu. Papa tau dia dah berubah" kata Encik Yusuf tegas
"Sorry pa. Afif terlampau ikut perasaan. Takpelah, Afif balik dulu. Assalamualaikum" kata Afif terus berlalu
-------------
Arabela menjenguk bilik Melisa Irdina yang tak berkunci. Kelihatan sekujur tubuh itu sedang berbaring. Bibirnya mengukir senyuman
"Sayang" panggil Aisy lembut di telinga Arabela
Arabela tersenyum kegelian. Perut Aisy dicubit lembut
"Terkejut tau. Nasib tak menjerit" kata Arabela terus menarik tangan Aisy masuk ke bilik mereka
"Baby lapar tak?" Soal Aisy sambil mengusap perut Arabela
"Jap Ara nak dengar baby cakap apa" Arabela menundukkan badannya
"Emm baby cakap, baby dah kenyang harini. Cuma baby rasa macam ada kekurangan je harini" sambung Arabela lagi
Aisy tersenyum. Eeee comelnya bini aku ni
"Kurang? Baby kurang apa?" soal Aisy melayan karenah Arabela
Arabela kembali menundukkan kepalanya. Dia mengangguk sendirian lalu berkata "ok baby"
"Walid, baby kata mummy baby ni kekurangan kasih sayang walid la harini" balas Arabela sambil menahan tawanya
Aisy tertawa mendengar celoteh Arabela tu. Pipi Arabela dicubit manja
"Pandai lah mummy baby ni" kata Aisy terus menggomol wajah Arabela
"Sayang, stop hahahahahahahhaha" Arabela ketawa kegelian
Tidak lama kemudian Aisy menghentikan perbuatannya. Dahi Arabela dicium penuh kasih
"I love you" ucap Aisy kemudian terus mencium kedua belah mata Arabela. Arabela tersenyum diperlakukan sebegitu
Aisy bangun kemudian dia mencapai senaskah Al-Quran yang ada terjemahannya
Alunan ayat Al Quran dibaca dengan penuh syahdu dan tertib. Sebelah lagi tangan Aisy diletakkan di perut Arabela
Itulah rutinnya setiap malam sebelum tidur. Kadang kadang Aisy membaca Al-Quran sehingga Arabela terlena. Sungguh merdu alunan ayat suci yang dialunkan oleh Aisy
Arabela tersenyum. Mendengar alunan-alunan tersebut membuatkan air matanya menitis. Hatinya tersentuh. Dia bersyukur kerana telah dijodohkan dengan lelaki sebaik Aisy
Arabela merebahkan badannya diriba Aisy. Tangan Aisy yang mengusap perutnya ditarik. Tangan Aisy dan tangannya disatukan
"Sayang, once im yours, i'll stay loyal and committed to you. And Only You"
Tangan Aisy digenggam erat. Arabela terus terlena di riba Aisy
Share this novel
hi. dear. tqvm update. love u