Puas Arabela mencari suaminya satu rumah. Rupanya Aisy sedang termenung di kolam renang rumah mereka. Arabela menghampiri Aisy dengan wajah yang ceria
"Aisy" sapa Arabela girang
"Ye sayang?" Balas Aisy tersenyum lembut
"Termenung apa tu?" Soal Arabela
"Takde apa lah sayang. Dah siap masak ke?" balas Aisy
"Dah, Aisy dah lapar ke? Jom makan" pelawa Arabela
"Eh tak la, Aisy tak lapar lagi. Kenapa sayang susah-susah masak? Kan Aisy dah pesan tak payah masak" kata Aisy tegas
"Makanan luar tak sesedap masakan Ara. Nanti kesian perut Aisy meronta-ronta lapar masakan Ara. Kan?" Soal Arabela sambil tertawa
Aisy turut tertawa. Isterinya ini sentiasa tersenyum. Dengan senyuman itulah dapat menjadi penawar setiap kali jiwa Aisy gundah gulana
"Sayang, meh duduk sini" pinta Aisy sambil menepuk pehanya
"Tak mau lah, Ara dah berat" balas Arabela sambil memuncungkan bibirnya
"Tak berat la sayang. Semalam Aisy angkat Ara, elok je. Meh la sini. Tak baik tau tak dengar cakap suami" sengaja Aisy menguggutnya
"Tapi Ara busuk. Ara pergi mandi kejap ea" dalih Arabela lagi
"No! Come here right now baby" kata Aisy tegas
Arabela terpaksa akur. Dengan lemah longlai dia melangkah ke arah Aisy. Punggungnya dilabuhkan ke riba Aisy
"Good girl" kata Aisy sambil menggosok kepala Arabela
Aisy merangkul tangannya ke pinggang Arabela. Kepalanya disandarkan di dada Arabela
"Kenapa makin kurus hmm sayang?" Soal Aisy sayu
"Kurus apanya Aisy? Ara dah timbang berat Ara makin naik tau" balas Arabela
"Sayang, jangan tipu Aisy. Tak baik. Pipi tu, kenapa makin cengkung? Ara tak makan kan kalau Aisy tak ada kat rumah?" Soal Aisy sambil merenung Arabela
"Hmm, bukan Ara tak nak makan. Ara dah cuba tapi setiap kali Ara makan je Ara muntah balik. Baby tak nak makan kalau walid dia takde kot" kata Arabela
"Ye ke ni?" Soal Aisy lagi
"Ye Aisy, Ara tak tipu" balas Arabela
"Hmm sorry" ucap Aisy sayu. Matanya bergenang
"Takpe Aisy, Ara faham kerja Aisy. Aisy jangan risau ye?" Balas Arabela
Aisy mengangguk. Kepalanya disembamkan kembali pada dada Arabela. Arabela merangkul leher Aisy juga. Pelukan dieratkan
"Aisy"
"Hmm?"
"Ara tahu Aisy ada masalah. Aisy tak nak share dengan Ara ke?" Soal Arabela yang dapat meneka isi hati Aisy melalui riak wajahnya
"Haihh. Ara" panggil Aisy sayu. Tidak semena-mena air matanya mengalir
"Whats wrong Aisy?" Soal Arabela cemas
"Ara berat ke sayang? Kaki Aisy sakit ke?" Soal Arabela hendak bangun tetapi ditahan oleh Aisy. Pelukan dipinggang Arabela semakin dikuatkan
"Bagi Aisy masa and stay here" bisik Aisy namun masih boleh didengari Arabela
Arabela menggosokkan tangannya dibelakang badan Aisy. Arabela merapatkan bibirnya ditelinga Aisy kemudian selawat dibacakan sehingga Aisy reda
Aisy meleraikan pelukan. Wajah Arabela direnung lama dan tangan Arabela digenggam kuat
Aisy memulakan ceritanya. Semuanya diceritakan kepada Arabela tanpa tertinggal satu pun. Arabela tekun mendengar dari mula sehingga habis
"Jahat ke Aisy ni sayang? Kejam ke Aisy ni sampaikan hidup seseorang musnah disebabkan Aisy?" Soal Aisy sesudah cerita
"Tak sayang, Aisy tak jahat. Semua ni takdir Allah. Bawa mengucap dan sentiasa istighfar. Jangan dengar semua bisikan syaitan tu" Kata Arabela cuba memujuk
"Macam ni la, kita tolong Melisa sampai dia betul-betul sembuh" sambung Arabela lagi memberi cadangan
"Tolong? Tolong macam mana sayang?" Soal Aisy hairan. Mata dan hidungnya merah kerana menangis tadi
"Aisy cakap, doktor kata Mel ada harapan nak sembuh kan?" Soal Arabela
"Ada" balas Aisy dengan suaranya yang serak
"Ok demi menghilangkan rasa bersalah yang bersarang dalam hati Aisy tu, Ara benarkan Mel stay kat sini sampai dia sembuh. Kita boleh tengok-tengokkan dia memandangkan dia pun sebatang kara so apa salahnya kalau kita tolong dia kan?" Kata Arabela memberi pendapat
"Tak, Aisy tak setuju" bantah Aisy
"Kenapa pula sayang?" Soal Arabela hairan
"Aisy tak nak. Sayang, kita tak tahu apa isi hati dia. Aisy sanggup buat apa sahaja untuk hilangkan rasa bersalah ni tapi bukan dengan cara ni sayang" tegah Aisy
"Aisy, jangan risau. Mel kan dah berubah so takde apa yang perlu dirisaukan lagi. InshaaAllah, jika kita tolong dia hari ni, mungkin nanti hari lain Allah permudahkan urusan kita pula. Dah, jom makan lepas tu kita pergi melawat dia ok?" Kata Arabela terus berlalu
"Tapi sayang.."
"Takde tapi, tapi. Jom makan. Baby lapar.. arghhhhh" tidak semena-mena Arabela jatuh tergelincir masuk ke dalam kolam
"Sayang!!" Jerit Aisy terus berenang mendapatkan Arabela
Arabela terus menstabilkan dirinya dalam air. Nasib baiklah dia pandai berenang walaupun dia pendek
"Sayang ni, jalan berhati-hatilah. Nasib jatuh dalam air, kalau jatuh dekat lantai tadi macam mana? Bahaya tau untuk baby dalam perut ni" bebel Aisy sambil membelek badan Arabela takut-takut tercedera
Arabela hanya berdiam. Senyum manis terukir dibibirnya. Wajah Aisy yang cemas dipandang tanpa berkelip. Arabela terus memeluk Aisy dengan kemas
"I love you" bisik Arabela ke telinga Aisy dengan mesra
Aisy tersenyum. Pelukan dileraikan. Jantung Aisy berdebar melihat wajah Arabela yang basah tambah pula dengan rambutnya yang terlerai. Wajah putih Arabela semakin berseri saat terkena cahaya matahari. Dada Arabela yang kebasahan membuatkan nafsu Aisy tidak keruan, memandangkan Arabela yang hanya memakai singlet berwarna hitam
Semenjak mengandung ni Arabela suka sangat memakai baju yang terdedah kerana dia sentiasa berasa panas dan tidak selesa
Mata Aisy menjadi kuyu. Arabela tersenyum. Terus bibir Aisy disambar oleh bibirnya. Lama bibir mereka bertaut
Aisy melepaskan ciuman dibibir mereka. Tidak lama kemudian bibir Aisy mendarat dileher Arabela. Tanda merah ditinggalkan disitu
Aisy keluar dari kolam bersama Arabela. Arabela dibaringkan disebelah kolam. Aisy merapatkan wajahnya ke muka Arabela. Bibir Aisy didaratkan di dahi Arabela kemudian dihidung dan seterusnya dibibir Arabela sekali lagiÂ
Ciuman Aisy tidak berakhir disitu. Aisy kembali mencium dada Arabela. Dada Arabela berombak menandakan dia terleka dengan permainan Aisy. Ciuman Aisy semakin ke bawah. Sampai sahaja dibawah perut, Arabela terus bangun dan berlari masuk ke bilik mereka
"Lepas baby ni lahir, kita honeymoon lagi ye sayang" jerit Arabela sambil tertawa. Pintu bilik mereka dikunci
Aisy tertawa sendirian. Benarlah kata orang, jika ada hujan pasti ada pelangi. Begitu juga dengan kehidupan, jika ada kesedihan pasti akan digantikan dengan kebahagiaan
"Siapa suruh sexy sangat sayang?! Aisy geram!" Laung Aisy kembali
Aisy bangun dan berjalan ke bilik tidurnya. Tombol pintu dipulas tetapi tidak boleh dibuka
"Sayang, bukalah. Nak mandi sekali" pinta Aisy
"Tak boleh, Aisy bukan boleh dipercayai" laung Arabela dari dalam
"Sayang tak baik...
"No, jangan main ugut-ugut. Tak aci!!" laju Arabela memotong kata-kata Aisy kerana dia tahu apa yang bakal diperkatakan oleh Aisy. Tahu mengugut saja Aisy ni
"Sayang, Aisy janji ni" sengaja Aisy membuat suara mendayu-dayu
Arabela mengeluh. Akhirnya dia beralah. Pintu bilik dibuka juga
"Aisy janji ye, jangan buat macam-macam?" Soal Arabela sambil menghulurkan jari kelingkingnya
"Ye Aisy janji" kata Aisy terus berjalan selamba masuk ke dalam bilik
Pap!!
Satu tamparan hinggap di punggung Arabela
"Heyyyy!!!" Arabela terjerit kecil
"Sayang punya pasallah ni" balas Aisy
"Kenapa Ara pulak?" Soal Arabela tidak berpuas hati
"Siapa suruh mengancam sangat. Tengoklah ni, dah tahu Aisy tak kuat tapi sengaja berkemban" kata Aisy tidak berpuas hati
"Eh sorry sikit, Ara memang nak mandi ok. Aisy yang kacau. Dah lah, Aisy pergi mandi kat sebelah" balas Arabela geram dan terus mengunci pintu bilik air
Arabela mendengus apabila mendengar Aisy ketawa terbahak-bahak diluar tapi jauh disudut hatinya dia gembira kerana dapat membuatkan senyuman Aisy terukir saat Aisy dilanda kesedihan
"Selagi Ara hidup, selagi tu takde siapa boleh buat Aisy sedih. Itu janji Ara" bisik hatinya
Share this novel
hi dear
hi hi hi
hi dear. bila nk uodate