Bab 2

Romance Series 132782

"Weh bro ! Apa cerita pagi pagi muka dah macam tapai basi?" Soal Rayyan Hadif iaitu kawan sekerja merangkap kawan baik Aisy

"Salam kau mana ? Pagi pagi dah kutuk orang apa cerita?" Pedas sindiran Aisy lemparkan. Rayyan malu jadi sendirian

"Alah chill la bro , gurau sikit cepat sentap sekarang apahal ? Period ?" Soal Rayyan cuba bergurau

"Period abah kau !"

"Ah ! Takde masa aku nak layan hati tisu macam kau. Blah ah"

"Kau ke aku hati tisu ? Sikit sikit merajuk. Puihh" balas Aisy kembali. Rayyan hanya menghiraukan kata kata Aisy. Kalau perang mulut dengan Lelaki Mulut Puaka ni memang takkan menang

"Bro , kau nak dengar ke tak masalah aku ni ?" Soal Aisy memujuk

"Ah ! Aku takde masa. Aku nak masuk office. Assalamualaikum" kata Rayyan hendak bangun tetapi pantas ditahan Aisy

"Sayang jangan merajuk please" usik Aisy. Badan Rayyan dipeluk dari tepi

"Sayang tengkorak kau. Geli la sial" Rayyan pantas meleraikan pelukan. Habis segala bulu di badannya naik mencanak dengan perbuatan Aisy

"Tahu pun geli , aku lagi meluat tengok kau punya merajuk" balas Aisy sinis

"Haih , kau nak apa lah setan ?" Soal Rayyan. Penat melayan mulut Aisy ni. Semua dia je nak menang

"Mama aku suruh aku kahwin"

"Ha bagus sangatlah idea mama kau ni. Aku sokong sangat. So bila ? Dengan siapa ?" Soal Rayyan langsung tidak terkejut dengan kata-kata Aisy. Memang padan sangatlah tindakan Puan Hanis tu

"Cerita kat kau , satu masalah aku pun takleh setel la bangang. Menyesal aku" kata Aisy terus berlalu

"Aku pulak dibangangkannya. Orang suruh kahwin la gila bukan suruh membunuh. Ni la salah satu ciri ciri manusia yang berpelajaran tinggi tapi masih bodoh" dengus Rayyan terus mengejar langkah Aisy

----------------------

"Arabela" panggil Puan Maira

"Ye umi ?"

"Get ready ye sayang , ahad ni kita jumpa bakal mak mertua Ara" kata Puan Maira tersenyum

"Ahad ni ? Awalnya umi. Katanya minggu depan ?" Soal Arabela hairan

"Ye la sebab bakal suami Ara tu kena outstation next week so kita percepatkan lah perbincangan tu" balas Puan Maira

"Umi , kalau umi je yang berbincang dengan kawan umi tu tak boleh ke ? Ara segan la" kata Arabela cuba memujuk. Sebenarnya dia masih lagi belum bersedia tetapi itu semua keinginan orang tuanya. Nak atau tidak dia terpaksa turutkan juga

"Memang la boleh kalau umi berbincang dengan Aunty Hanis tu tapi ni la masanya untuk Ara dengan bakal suami Ara tu berkenalan dan ditemankan oleh umi dan Aunty Hanis , barulah manis orang pandang. Takde la kamu berdua duaan dengan dia. Lagipun suami Ara tu selalu sangat outstation so sekarang ada masa ni lebih baik kita percepatkan" balas Puan Maira

"Hmm tapi kan umi , Aunty Hanis tu yang mana satu ? Anak dia tu yang mana ? Ara kenal ke ?" Soal Arabela. Terlupa pula hendak bertanyakan soal itu

"Oh sebenarnya Aunty Hanis ni kawan lama umi. Umi jarang berhubung dengan dia sebab dia duduk jauh dan dah lama kami terputus hubungan. Sebulan lepas kami berjumpa balik dan start pada situlah kami merancang nak jodohkan Ara dengan anak dia. Lagipun dia baru je pindah sini" terang Puan Maira

"Oh. Nama anak dia tu apa umi ? Umi yakin ke dia boleh jaga Ara ? Yelah , lagipun umi jarang jumpa dia kan?" Soal Ara ragu ragu

"Nama anak dia tak silap umi Aisy kot. Ara , umi dah yakin 100 peratus dengan keputusan umi walaupun umi belum pernah jumpa Aisy tu tapi umi yakin dia orangnya yang baik baik" terang Puan Maira

Arabela berfikir sejenak. Kenapa semudah itu je uminya mempercayai orang ?

"Hm yelah umi" balas Ara. Malas sudah mahu bertanyakan lebih lebih

------------------------

"Darling , apa yang awak bincang dengan adik malam tadi ?" Soal Encik Yusuf

"Ish abang ni dah kenapa darling darling ? Buang tabiat ke ?" Soal Puan Hanis hairan. Ketawa Encik Yusuf terlerai. Sengaja dia mahu menyakat isterinya itu. Tiap tiap hari berleter saja tahu

"Takdelah , saya ajak adik jumpa dengan bakal isteri dia ahad ni" sambung Puan Hanis lagi. Mata Encik Yusuf terbuntang

"Dah tu adik kata apa ?" Soal Encik Yusuf terkejut

"Adik kata ok je. Takde bantahan pun" jawab Puan Hanis selamba. Makin terbuntanglah mata Encik Yusuf. Lain macam betul dua beranak ni. Tidak pernah-pernah aman kalau berbincang hal ini , tapi semalam semudah ABC mereka berbincang

"Yang abang tu dah kenapa ? Nak saya korek biji mata pakai gerudi ke ?" Soal Puan Hanis. Over betul orang tua ni

"Eh takde apa apa la" balas Encik Yusuf kembali bermain game ditelefonnya , Mobile Legend

---------------

"Macam mana dengan rancangan umi kau tu ?" Soal Zulaikha , teman baik Arabela

"InshaAllah akan berjalan lancar" jawab Arabela

"Alhamdulillah , suka aku dengar. Aku dari dulu terfikir jugak , sampai bila lah kau nak membujang. Manakan tidak , bercakap dengan ajnabi pun tak pernah inikan kahwin ? Hahaha" kata Zulaikha tertawa

"Amboi kau , sedap je cakap aku ea. Mentang la dah kahwin sedap la mulut dia cakap orang" Arabela mencebik

"Hahaha choi , mana ada ok. Aku ni pun baru je sebulan kahwin bukannya lama sangat pun" balas Zulaikha

Sedang leka mereka berjalan secara tiba-tiba bahu Arabela dilanggar dengan kasar dan tidak semena-mena tubuhnya hilang keseimbangan membuatkan dirinya jatuh di khalayak ramai

"Astaghfirullahalazim" Ucap Arabela perlahan dan dengan pantas dia terus berdiri

"Kau ok tak ara ?" Kedua tangan Zulaikha memegang bahu Arabela. Tubuh Arabela diperhatikan dari atas hingga bawah takut ada yang cedera

"Aku ok" balas Arabela. Keningnya sedikit berkerut menahan sakit akibat dilanggar

"Woi , kau buta ke ?" Sergah orang yang melanggar Arabela tadi

"Assalamualaikum" ucap Ara kepada lelaki tersebut. Dia tidak menyalahkan lelaki itu. Mungkin lelaki itu tidak sengaja

"Ceh , kau ni dah pakai purdah tu pakai la elok elok bukannya pakai sampai tutup mata kau! Tak pasal-pasal je langgar orang. Semak !" Jerkah Aisy Khaizuran terus berlalu. Amarahnya membuak-buak

"MasyaAllah" ucap Ara berkali kali. Bukannya salah dia yang melanggar Aisy tapi Aisy yang tergesa gesa macam dikejar hantu

"Ya Allah , angkuhnya mamat tu. Dia tak sedar ke dia yang langgar kau ?" Gumam Zulaikha geram

"Dah la Zul , berdosa mengumpat orang. Biar jelah dia , mungkin dia nak rush kot. Dah jom" kata Arabela menenangkan sahabatnya

--------------------

Angin malam mula menampar lembut wajah Aisy yang sedang termenung dibalkoni biliknya. Kepalanya kusut memikirkan kejadian tadi

"Kenapa perlu aku terserempak dengan kau hah sial?!" Dengus Aisy. Fikirannya kembali terkenang peristiwa tadi

Flashback

"Weh bro , jom makan mcD depan tu. Aku lapar la do" kata Rayyan terus menarik tangan Aisy

Dengan tidak sengaja Aisy telanggar seseorang kerana ditarik oleh Rayyan sekuat hati. Pandangannya beralih memandang ke arah orang yang dilanggarnya

Jantungnya bagaikan terhenti seketika apabila melihat wajah yang sudah lama tidak kelihatan selepas satu kejadian itu berlaku. Nafasnya turun naik. Tangannya digenggam. Ikutkan hati mahu saja dia melayangkan penumbuknya diwajah wanita itu

Aiys memandang wanita itu dari atas sampai bawah. Dia tergamam

Wow ,cepatnya betina sundal ni berubah. Bisik hatinya sambil tersenyum sinis

Kelihatan wanita tinggi lampai dihadapannya ini memakai gaun yang ketat hanya sampai diparas peha. Makeupnya dipakai tebal seinci. Kasut tumit tinggi yang berinci 5 tingginya. Rambut panjang paras punggung yang berwarna blonde sengaja dilepaskan

Aisy Khaizuran tersenyum sinis. Lelaki disebelah wanita itu ditatap lama. Lain , ini bukan lelaki yang pernah 'bersama' dengan wanita ini sewaktu kantoi dahulu

"Dasar perempuan murah" kata Aisy perlahan tapi masih boleh didengari. Kakinya terus melangkah pergi meninggalkan Rayyan yang terpinga-pinga

Sedang dia berjalan dalam keadaan marah tanpa sengaja dia terlanggar seorang wanita berpurdah sehingga membuatkan wanita tersebut jatuh ke lantai

"Apa malang sangat nasib kau harini !!" Dengus Aisy dalam hati

Aisy terdiam seketika saat matanya memandang mata cantik milik wanita yang berpurdah didepannya ini. Namun ego menguasai diri. Terus dimaki wanita itu didepan orang ramai tanpa memikirkan perasaan wanita tersebut. Kakinya terus melangkah pergi

End of flashback

Fikirannya terus pada wanita berpurdah yang dilanggarnya tadi. Tentang wanita "jalang" itu tadi terus dilupakan

Sewaktu matanya bertentangan dengan mata wanita berpurdah itu , jantungnya menjadi tidak keruan. Perasaannya lain dari yang lain

Amarahnya tadi bukan dari hati tapi ego yang menguasai diri. Tidak berniat langsung untuk memaki hamun wanita tersebut didepan ramai orang. Hatinya dipagut rasa bersalah

"Orang yang tak bersalah pun kau babitkan dalam hal kau ! Bodoh kau ni Aisy !" Dengus Aisy dalam hatinya

Aisy Khaizuran terus menutup jendelanya dan melangkah kekatil. Jam didinding menunjukkan pukul 9 malam. Badannya dibaringkan diatas katil. Teringatkan plan bersama mamanya esok. Kerana itulah dia mahu tidur awal. Kalau tidak , pasti gegar satu rumah kalau mamanya mula membebel

Lampu dipadam dan doa tidur dibaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience