Bab 19

Romance Series 132782

Sejak pagi Aisy dan Arabela tidak bercakap sesama sendiri. Hari itu, mereka akan pulang ke Malaysia

Mereka pulang sekali tapi masing-masing membuat haluan sendiri. Arabela bersedia dengan apa-apa yang bakal berlaku selepas ini tetapi hatinya meronta-ronta supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku

Aisy gugup, dia telah bersedia untuk membebaskan Arabela demi kebahagiaan Arabela. Aisy tahu yang kata-kata Arabela semalam hanya untuk memujuk hatinya

Jiwa Arabela resah. Ingin saja dia merayu kepada Aisy. Tapi hati Aisy keras seperti batu. Aisy tidak pernah beri peluang padanya dan Aisy tidak pernah beri peluang pada dirinya sendiri untuk mencintai orang lain. Aisy ego

"Ara" kata Aisy gugup

Jantung Ara berdegup laju. Didalam hati, dia berdoa agar Aisy tidak melafazkan ayat keramat tersebut. Dia tidak mahu kehilangan Aisy

"Apa apa pun yang jadi lepas ni. Aisy nak Ara kuat hadapi segalanya. Aisy tahu Ara lebih kuat daripada Aisy. Aisy minta maaf. Terima kasih kerana jadi isteri yang terbaik buat Aisy selama kita bersama ni. Aisy bukanlah pasangan terbaik buat Ara. Aisy tak mampu bahagiakan Ara. Aisy minta maaf" tangan Arabela digenggam. Mata Arabela ditatap sedalamnya

Begitu juga dengan Arabela. Mata Aisy ditatap sedalamnya untuk mencari ketulusan kata-kata Aisy. Nampaknya, Aisy telah pun membuat keputusannya

"Aisy kejam! Aisy tak pernah beri peluang pada diri Aisy sendiri! Aisy tak pernah beri peluang pada Ara! Aisy kejam!! Ara benci Aisy!!!!" Suaranya dikawal agar tidak didengari oleh penumpang lain yang berada didalam pesawat tersebut

"Marahlah Aisy, Aisy tahu Aisy kejam. Aisy minta maaf" buat kesekian kalinya, air mata lelakinya jatuh lagi

Arabela ditarik ke dalam pelukannya. Arabela menangis teresak-esak didalam pelukan Aisy

"Ya Allah, mengapa kau hukumi aku sebegini Ya Allah" lirih hati Arabela

-----------------

Puan Hanis meletakkan panggilan telefonnya

"Siapa call tu?" Soal Encik Yusuf

"Aisy la bang, siapa lagi?" Jawab Puan Hanis

"Dia kata apa?"

"Dia kata dia dah on the way balik Malaysia lepas tu dia suruh kita pergi rumah Maira lepas je dia sampai. Katanya ada hal penting" kata Puan Hanis

"Nak bagitau good news la tu" kata Encik Yusuf geli hati

"Minta-minta macam tu la, tapi saya tak sedap hatilah bang"

"Jangan ikut sangat perasaan tu Hanis"

"Hmm yelah"

--------------------

Puan Maira mencari kelibat suaminya namun tidak kelihatan. Apabila dia ke laman rumah baru kelihatan kelibat suaminya itu

"Abang buat apa kat sini?" Soalnya

"Bagi ikan-ikan ni makan la. Kenapa?" Soal Encik Latif

"Kejap lagi Arabela sampai, Puan Hanis dan Encik Yusuf pun akan datang sini. Abang tolong belikan barang basah kejap, saya nak masak la untuk dia orang" kata Puan Maira memandangkan barang basah dirumahnya sudah kehabisan

"Haa yelah, awak tak nak ikut?" Soal Encik Latif

"Tak nak lah, saya ada banyak kerja dekat rumah ni. Awak beli terus balik tau, jangan melencong tempat lain. Awak melencong, siap awak!" Puan Maira memberi amaran

Inilah perempuan, tak habis dengan leteran dia

Encik Latif tersenyum dan menggelengkan kepalanya

---------------------

Aisy dan Arabela berjalan menuju ke cafe di airport. Mereka telah pun tiba di Malaysia 15 minit yang lalu

Mereka hanya berdiam diri sehingga Arabela mula membuka bicara

"Aisy"

"Hmm"

"Kita cuba sekali lagi?" Soal Arabela penuh pengharapan

"No Ara, you deserve better. Tolong faham keadaan Aisy dan Aisy cuma nak kan yang terbaik untuk Ara" kata Aisy sambil memegang tangan isterinya

"Tapi saya bahagia dengan awak. Awaklah kebahagiaan saya yang Allah berikan kepada saya. Aisy, saya tahu saya berlebihan. Tapi saya mohon sekali lagi. Beri saya peluang?" Pinta Arabela bersungguh sungguh. Tubir matanya bergenang

Aisy pantas bangun dan beredar dari situ. Hatinya nekad dengan keputusannya. Jujur, memang dia sedih untuk berpisah dengan Arabela tetapi dia juga keliru dengan perasaannya. Terkadang dia rasa dia bahagia dengan Arabela tetapi terkadang jiwanya kosong

Arabela, buat kesekian kalinya menangis lagi. Dia tidak tahu sampai bila dia akan begini. Matanya sudah cukup sembab kerana menangis seharian

"Kuatkan hatiku Ya Allah" rintih Arabela

Arabela berdiri dan mengejar Aisy. Tangan Aisy dicapai

"Kalau itu keputusan awak, saya terima" Arabela terus berlalu

Air matanya di sapu. Dia perlu kuat!!

Aisy menunduk. Setitis air matanya jatuh dilantai

"Maafkan Aisy"

---------------------

Puan Maira menjemput Aisy dan Arabela masuk ke dalam bersama Puan Hanis dan Encik Yusuf. Kebetulan pula mereka tiba secara serentak di situ

"Haa duduk la dulu, saya ke dapur hidangkan air sekejap" pamit Puan Maira

Yang lain semuanya tersenyum. Arabela mengikut uminya berlalu ke dapur. Suram saja wajahnya disebalik purdah

"Macam mana honeymoon? Best tak?" Soal Puan Maira didapur

"Best je umi" balas Arabela senyum paksa

'Memang pada mulanya sangat best umi. Ara tidak pernah sangka yang pengakhirannya begini. Lain yang Ara harapkan umi' gumamnya dalam hati

"Betul ni?"

"Ya betul umi" balas Arabela lagi

"Kenapa mata Ara bengkak ni?" Soal Puan Maira apabila terlihat mata anak gadisnya itu

"Ara allergic dengan suasana dekat Thailand lah umi. Banyak habuk" bohong Arabela

"Haih kamu ni, mesti kat sana kuat berjalan kan?"

Ara hanya tersenyum. Dia terus mengangkat dulang minuman untuk dibawa ke ruang tamu

Setelah semuanya berkumpul disitu. Aisy mula membuka bicara

"Umi, walid, papa, mama. Aisy nak minta maaf terlebih dahulu jika kata kata Aisy lepas ini akan menimbulkan rasa kecewa dan marah pada Aisy. Aisy bukan sengaja tapi Aisy perlu lakukan semua ni demi kebaikan kami berdua. Mama, please. Aisy minta supaya jangan bantah dengan keputusan Aisy lepas ni. Aisy dan Ara telah pun setuju dengan keputusan yang kami buat"

Semua antara mereka memandang sesama sendiri. Mereka masih terpinga-pinga dengan kata-kata Aisy melainkan Arabela. Hati Arabela sebak tidak terkata

"Umi, walid. Aisy minta maaf jika tanggungjawab Aisy pada Ara sebelum ini  tidak dilaksanakan dengan sempurna. Aisy dah cuba yang terbaik untuk kami berdua. Aisy tak nak Ara tersiksa. Ara perlukan kebahagiaan tapi kebahagiaan Ara bukan pada Aisy"

"Ara, Aisy minta maaf selama Aisy jadi suami Ara, Aisy berkasar dengan Ara, Aisy marah Ara dan Aisy banyak menyakiti hati Ara. Terimalah keputusan Aisy dengan redha ye. Ara cari kebahagiaan Ara lepas ni"
Air mata Aisy berlinangan. Ara sudah menunduk dan menangis teresak esak. Manakala yang lain masih termanggu dan menunggu kata penjelasan dari Aisy

"Umi, Walid, dengan cara baik Aisy memperisterikan Ara dan dengan cara baik juga Aisy ingin mengembalikan Ara pada umi dan Walid" kata kata Aisy terhenti. Dia memejamkan matanya. Air matanya semakin banyak mengalir

"Ziya Arabela Binti Ahmad Latif, aku ceraikan kau dengan talak satu"

Tangisan Arabela semakin kuat. Puan Maira memeluk anaknya erat

"Aisy!!" Teriak Puan Hanis

Aisy bergegas keluar. Encik Yusuf cuba mengejar tapi Aisy terlebih dahulu sudah menaiki teksi

Air mata Puan Maira juga berguguran. Sayu melihat anaknya begini

"Maira, saya minta maaf Maira. Saya tak tahu benda ni akan jadi macam ni. Saya ingatkan hubungan dia orang baik je lepas balik dari honeymoon. Sungguh saya tak sangka perkara ni terjadi" kata Puan Hanis bersalah

"Takpe Hanis, seeloknya awak balik dulu ye. Kita bincang benda ni kemudian" kata Puan Maira tenang

Puan Hanis hanya mengangguk. Berkali kali dia meminta maaf sebelum dia berlalu pergi

----------------

"Arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!" Aisy menjerit sekuat hatinya ditasik yang sama buat kedua kalinya

Tasik ketika dia sedang berada dalam keresahan. Nasib saja sudah malam. Tiada siapa ditasik itu melainkan dia seorang

"Arghhhh!!" Buat kali keduanya dia menjerit lagi

Air matanya menitis, matanya membengkak. Hidungnya kemerahan

"Maafkan Aisy, Ara!! Maafkan Aisy" lirihnya

Aisy menekup mukanya dengan telapak tangan

"Aisy!!" Jerit seseorang dari jauh namun Aisy hanya menghiraukannya

"Aisy!" Panggil Rayyan sekali lagi

"Bro, kau apahal ni bro? Apa dah jadi sampai mak kau rushing call aku suruh cari kau ni?" Soal Rayyan lelah

Aisy masih lagi berdiam. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun termasuk Rayyan. Semua rahsia Aisy, Rayyan tahu termasuklah tasik ini

Tasik ini Aisy akan kunjungi apabila dia mempunyai masalah dan selalunya Rayyan lah yang sentiasa memberinya kata-kata semangat disini

"Pergi!"

"Aisy, aku taktahu apa masalah kau. Tapi baliklah,mak kau risaukan kau" Rayyan cuba memujuk

"Pergi!!!!!!!!" Jerit Aisy sekuat hati

Rayyan tersentak dengan jeritan Aisy. Dia tidak mahu keruhkan keadaan jadi dia mengambil keputusan untuk pergi

Rayyan akan duduk jauh daripada Aisy tetapi masih mengawasi Aisy. Rayyan terlalu sayangkan Aisy, dia tidak mahu Aisy melakukan perkara yang bodoh

Rayyan sedih melihat Aisy bersedih sebegini sekali. Walaupun sebelum ini Aisy ditinggalkan kekasih, keadaan Aisy tidaklah seteruk begini. Pasti ada perkara yang besar telah berlaku

--------------------

"Umi, biarkan Ara seorang diri" kata Arabela

"Baiklah sayang. Istighfar banyak-banyak. Jangan lupa Allah ye sayang" kata Puan Maira terus mencium mata anaknya yang sembab itu

Arabela membuka purdah dan tudungnya. Kepalanya berdenyut-denyut dek kerana menangis terlalu kuat. Dia berbaring

Mulai malam itu, dia terpaksa tidur berseorangan. Kehidupannya akan kembali menjadi bujang semula

Keluhan dilepaskan. Arabela memejamkan matanya, peristiwa manis ketika dia bersama dengan Aisy kembali terimbas

Arabela tersenyum tapi air matanya terus-terusan mengalir. Semua ini berlaku diluar jangkaannya. Sungguh mudah Aisy melepaskannya begitu saja. Arabela tertanya sendirian. Langsung tiadakah secebis perasaan sayang di hati Aisy untuknya? Setelah beberapa lama mereka menjalinkan hubungan sebagai suami isteri

Namun Arabela redha kerana mereka disatukan bukan atas dasar cinta

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-09-21 21:47:40 

hi....when the next chapter plzz....

nur_firzanah
2020-09-18 12:51:12 

update lagii


NovelPlus Premium

The best ads free experience