Bab 3

Romance Series 132785

"Adik ! Dah bangun ke belum ?" Jerit Puan Hanis dimuka pintu

"Ye ma" sahut Aisy

Selesai saja menunaikan solat fardhu subuh tadi , Aisy tidak menyambung tidurnya kerana tidak mahu kesiangan jadi dia terus membaca Al Quran dan menunaikan solat solat sunat sementara menunggu kerana dia bukannya jenis yang mudah melupakan janji

"Cepatlah turun , breakfast lepas tu kita terus gerak. Bersiap macam anak dara" omel Puan Hanis

Aisy tertawa kecil. Sempat lagi tu nak bebel

Aisy terus melangkah menuruni anak tangga. Ruang makan dituju. Kelihatan semua sudah bersedia untuk menjamu selera

"Meh sini duduk makan" panggil Puan Hanis

"Yela , ma sebenarnya kita nak kemana ?" Soal Aisy hairan

"Jumpa kawan mama" jawab Puan Hanis ringkas

"Pastu apa kena mengena dengan Aisy ?" Soal Aisy lagi

"Makan la cepat jangan banyak tanya , nanti lambat pula" balas Puan Hanis. Tidak mahu membalas pertanyaan anak bongsunya itu. Takut pula plannya tidak menjadi

"Haih yelah , tapi Aisy minta mama jangan panggil Aisy 'adik' depan kawan mama tu" kata Aisy memberi amaran

Semua disitu sudah ketawa terbahak bahak. Manakan tidak, control macho konon tapi perasaan sendiri tak dapat nak control puih

"Takpayah nak beranganlah dik" Sampuk Afif

Memang setiap hujung minggu abangnya dan keluarga akan pulang ke rumah Puan Hanis. Naik semak kepala otak Aisy kerana Afif hanya tahu menyakatnya saja

"Kau diamlah" wajah Aisy mencuka

-------------------

"Umi , dah setengah jam kita tunggu ni. Mana kawan umi tu ?" Soal Arabela sambil memandang jam yang berada di tangan

"Sabar ye. Kejap lagi diaorang sampai la tu. Amboi, tak sabar sangat nak tengok bakal suami ye" sakat Puan Maira

"Ish mana ada la umi" kata Arabela menahan malu. Lain pula uminya fikirkan

"Ha tu pun mereka" kata Puan Maira terus menunjukkan kearah Puan Hanis

"Assalamualaikum Maira, maaf lambat. Boleh pula tayar bocor tengah jalan tadi" ujar Puan Hanis terus bersalam tangan Puan Maira

"Waalaikummusalam, takpelah. Lagipun dah sampai kan ?" Balas Puan Maira tersenyum

"Eh duduklah, order air baru kita teruskan" sambung Puan Maira lagi

Setelah siap membuat pesanan. Mereka menyambung semula perbualan. Aisy memerhati Arabela dari atas hingga bawah. Arabela sudah naik segan dan hanya menunduk. Dalam fikirannya sedang memikirkan sesuatu

'Apasal muka dia ni familiar huh?' Soal Arabela dalam hati. Jantungnya menjadi tidak keruan apabila direnung sebegitu

'Kenapa aku rasa macam aku pernah jumpa minah ni eh ?' Gumam Aisy. Bibir bawahnya digigit sambil otaknya ligat berfikir

"Aisy , sudah la tu merenung anak dara orang" tegur Puan hanis. Pantas Aisy mengalihkan pandangannya. Wajahnya berona merah

"Oklah mari kita teruskan" kata Puan Maira

"Aisy , sebenarnya mama berniat nak jodohkan Aisy dengan Arabela" kata Puan Hanis lancar. Wajah Aisy berubah serta merta

Disangkakan Puan Hanis mengajaknya untuk temani Puan Hanis diatas urusan kerja. Walaupun Puan Hanis tu suri rumah tetapi ada saja kerjanya sebagai peniaga atas talian separuh masa. Lagipula bukan kali pertama Aisy menemani Puan Hanis menghantar atau mengambil order barang. Nafas Aisy turun naik namun dikawal kerana mahu menjaga air muka mamanya. Aisy berdehem untuk cuba menenangkan dirinya

"So mama dan aunty Maira dah rancang yang kamu berdua akan bernikah 2 bulan dari sekarang and my decision is muktamad ok" sambung Puan Hanis lagi sambil tersenyum

"Arabela ok kan ? Semestinya umi Arabela dah bagitahu semuanya kan?" Soal Puan Hanis tersenyum kepada Arabela

Arabela hanya mengangguk. Makin terkejut Aisy dibuatnya

'Kau tak kenal aku dan kau main setuju je dengan cadangan mak kau? What the hell? Ke kau nak jadikan aku pak sanggup?! Ah ! Ni tak boleh jadi !' Dengus Aisy dalam hati. Penumbuknya digenggam

"Baguslah kalau macam tu. Lagipun aunty suka cara Arabela ni. Baik , sopan , lemah lembut" puji Puan Hanis kepada Arabela

'Huh , entah entah yang bertutup semua ni la lagi jahat. Hipokrit !' Dengus Aisy lagi. Dia menjeling tajam ke arah Arabela

"Takde la aunty. Ara biasa je" balas Arabela segan

"Hmm baru aunty dapat dengar suara Ara. Dari tadi diam je" ujar Puan Hanis sambil tertawa kecil

Aisy terdiam mendengar suara Arabela. Merdunya lain macam

'Apa ni Aisy ! Baru dengar suara dah melting ? No ! Entah entah dia ni kaki goda semua jantan !' Aisy berfikiran negatif lagi

"So Ara dan Aisy jangan risau , pasal fitting , pelamin dan semuanya biar mama and umi je uruskan. Kamu berdua just siapkan diri untuk majlis nanti ye" kata Puan Maira 

"Baik umi" jawab Arabela akur

"So malam esok saya akan hantar rombongan meminang sekaligus bertunang terus. Lagi cepat lagi bagus kan ?" Soal Puan Hanis

Mata Aisy membuntang. Bertunang terus ? Hantu mana yang sampuk mama aku ni. Begitu juga dengan Arabela , tidak pula uminya memberitahu hal itu kepadanya

"Hmm elok sangat la tu. Saya setuju je hanis" jawab Puan Maira

"Baguslah , em Maira boleh tak saya bercakap dengan awak sekejap ?" Soal Puan Hanis

"Ha ye boleh , kita ke tempat lain dululah. Biarkan mereka di sini" jawab Puan Maira

Arabela tergamam. Berduaan ? Dengan mamat pervert ni ? Hati Arabela berdegup kencang

Aisy tersenyum sinis , akhirnya ada juga masanya untuk menyakitkan hati Arabela

"Ara right ?" Soal Aisy setelah mamanya dan umi Arabela berlalu

"Ye saya" jawab Arabela menunduk

"Aku nak tanya kau something boleh?" Soal Aisy tidak lepas dari memandang Arabela

"Boleh"

"Apa yang membuatkan kau terus terima semua keputusan mak kau untuk kahwinkan kau pada orang yang tak kenal ? Apa helah kau sebenarnya ea ? Ke kau dah bunting ? Lepas tu sedap sedap kau jadikan aku pak sanggup ? Macam tu ? Oh wow ! Bukan main bertutup litup tapi tuptup dah berisi rupanya" tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada Arabela namun sedikit pun tidak memberi kesan kepada Arabela. Arabela sendiri pun hairan

"Apa nama encik tadi ? Aisy ye ? Ok , macam ni la encik Aisy. Saya disini bukan untuk membuka gelanggang perbalahan dengan Encik dan kata kata yang Encik lemparkan tadi tu , saya hairan. Macam mana Encik boleh berfikiran jauh sampai macam tu sekali ? Seolah olah macam Encik pernah alami perkara itu ? Tapi tidak mengapalah sebab saya tak berminat untuk ambil tahu kisah hidup Encik. Kalau Encik Aisy tidak bersetuju dengan rancangan perkahwinan ni , lebih baik Encik buka mulut dan cakap kepada mama Encik supaya kita batalkan perkahwinan ini memandangkan Encik Aisy lelaki. Dan saya pun kalau boleh tak nak bersuamikan Encik Aisy sebagai suami saya. Saya minta maaf kalau kata kata saya ada menyakitkan hati Encik" balas Arabela tenang

Aisy menggenggam penumbuknya. Baru saja dia ingin memaki wanita itu tiba tiba Puan Maira dan Puan Hanis tiba

"Sorry ye lama sikit" kata Puan Maira

Aisy hanya melemparkan senyum palsu. Arabela dijeling

Arabela mencuri pandang wajah Aisy. Hatinya berdegup kencang. Inilah lelaki yang memakinya semalam dikhalayak ramai. Arabela tidak mungkin salah pandang , dengan kata katanya yang menyakitkan hati itu tadi telah membuktikan bahawa lelaki dihadapannya inilah lelaki semalam. Wajah Arabela berubah

'Umi , Ara taknak kahwin dengan dia' jerit hati Arabela

"Aisy , marilah kita balik. Lagipun dah zohor ni. Maira , saya balik dulu ye. Nanti kita jumpa lagi" kata Puan Hanis. Aisy hanya mengangguk

"Em kejap ma"

"Ara , can i have your number ?" Soal Aisy

Arabela menjeling. Nak buat apa pulak dengan nombor aku? Nak sambung maki dalam fon ke?

Tiba idea jahat dalam fikiran Arabela. Telefon Aisy diambil dan nombor telefon 'hentam' dia simpan

Setelah selesai menyimpan nombor didalam telefon milik Aisy , dia memulangkan kembali telefon tersebut

"Ok thanks. Saya balik dulu ye Aunty. Assalamualaikum" ucap Aisy terus berlalu

'Kau on the phone la dengan bangla mana guna nombor tu hahaha' gumam hati Arabela sambil tertawa kecil

Tahap kesabaran manusia ada hadnya. Memang tidak patut Arabela membuat sedemikian tapi niatnya hanya untuk menghindari perkara buruk berlaku. Kalau boleh , sebelum mereka bernikah mereka tidak akan berhubung untuk mengelakkan sebarang dosa dan maksiat yang akan berlaku. Memang jika kita menjaga , kita tidak akan terjebak tapi apa salahnya kalau kita mencegah daripada merawat

-----------------------

"Mama , mama tak bincang dengan Aisy pun pasal benda ni. Yang nak dikahwinkan tu Aisy bukan mama" dengus Aisy

"Kalau mama bincang dengan kamu bukan kamu nak dengar cakap mama. Membantah je kerja kamu" balas Puan Hanis

"Entah mana mana perempuan la mama kutip nak suruh Aisy kahwin. Entah entah GRO" kata Aisy

"Astaghfirullahalazim Aisy !! Mama tak pernah ajar kamu cakap benda benda macam ni. Tolong jaga sikit bahasa kamu boleh tak ? Kamu ingat mama ni nak ke kahwinkan kamu dengan orang yang tak baik ? Nasib baiklah Allah dah buka mata kamu sebelum kamu berkahwin dengan bekas tunang kamu tu ! Dah la , mama dah penat bertekak dengan kamu tiap tiap hari. Mama dah kata ni keputusan mama yang muktamad , kalau kamu berani bantah jangan pernah anggap mama ni masih hidup !" Kata Puan Hanis terus keluar dari kereta

Mungkin dengan cara ini baru berkesan dihati anak bongsunya itu. Keras hati betul

Aisy berasa serba salah. Keluhan berat dilepaskan

----------------------

"Ara , kenapa lepas balik jumpa dengan Aunty Hanis , kamu macam monyok je ?" Soal Puan Maira

"Umi , kalau ara nak minta sesuatu boleh tak ?" Soal Arabela ragu ragu

"Minta apa sayang ?"

"Ara tak nak kahwin"

"Ya Allah ara , kamu ni dah kenapa ? Esok rombongan belah lelaki sampai tau tak ? Esok majlis tunang kamu. Dah , umi tak nak dengar apa apa lagi" balas Puan Maira membantah

"Umi , umi belum kenal lagi sikap Aisy tu kenapa umi sanggup biarkan Ara kahwin dengan dia ?" Soal Arabela

"Apa maksud kamu ni Ara ?"

"Aisy tu bukan sebaik yang kita sangkakan"

"Tak baik kamu menuduh orang sembarangan Ara. Berdosa"

"Ara tahu hukum hakam menuduh orang umi. Tapi Ara tak menuduh , semalam aisy yang langgar Ara depan orang ramai lepas tu dia maki Ara umi. Ara yakin tu Aisy" kata Ara merayu

"Sayang , umi minta tolonglah dengar cakap umi kali ni. Umi janji ini permintaan yang terakhir untuk kamu tunaikan. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Tapi hati umi yakin sangat Aisy la jodoh Ara. Lagipun umi dah minta petunjuk dari Allah" terang Puan Maira

Puan Maira tahu akan sikap sebenar Aisy. Segalanya sudah diceritakan oleh Puan Hanis dan sebab itulah Puan Hanis meminta agar Arabela dijodohkan dengan anaknya. Puan Hanis tahu hanya Arabela yang dapat melembutkan hati Aisy Khaizuran

"Baiklah umi kalau itu yang umi nak. Ara naik atas dulu" kata Arabela terus berlalu

Puan Maira melepaskan keluhan kecil. Dalam hatinya tidak henti henti berdoa agar anaknya sentiasa dilindungi dan dikasihi

------------------------

Aisy mendail nombor yang disimpan oleh Arabela tadi

"Ah sial ! Aku kena kencing ! Harap je berpurdah bertutup litup tapi perangai suka membongak !" Maki Aisy

Manakan tidak , nombor yang disimpan tadi bukan Arabela yang menjawab tapi entah orang berbangsa India mana yang angkat. Sia-sia je kena maki free

Aisy termenung seketika , bila diingat kembali mata wanita tadi sama seperti mata wanita yang dilanggarnya semalam

Mata yang membuatkan hatinya berdegup kencang apabila ditatap

Aisy tersenyum sinis

"Ok fine ! Disebabkan aku tak nak jadi anak derhaka , aku akan ikut apa yang mama suruh tapi kau jangan ingat kau akan bahagia hidup dengan aku perempuan ! Itu janji aku" desis hatinya. Aisy ketawa sepuas puasnya

"Dik , kau ok tak ?" Soal Afif diluar pintu

"Kau diamlah"

Share this novel

Blackmoon
2021-11-23 22:34:39 

yg last tuu tiberr


NovelPlus Premium

The best ads free experience