Arabela sedang bersiap-siap didalam biliknya. Malam itu dia hanya mengenakan baju kurung moden yang longgar berwarna merah jambu
Memandangkan malam itu adalah malam bertandang , jadi dia hanya mengenakan sedikit perubahan pada pemakaiannya. Selalunya dia hanya akan memakai jubah sahaja tetapi diatas permintaan uminya , terpaksa dia turutkan juga
Mungkin pada zaman moden ini , mindset semua orang pasti akan berhias berlebih-lebihan pada majlis bertandang sehinggakan melanggar syariat-syariat Islam. Bak kata mereka majlis ini adalah perkara yang dilakukan 'sekali seumur hidup' tapi itu tidaklah membuktikan bahawa kita diberikan 'greenlight' untuk melakukan perkara yang keterlaluan sehingga dapat melakukan perkara yang mendatangkan keburukan seperti pembaziran ataupun fitnah orang ramai
Arabela mencapai niqabnya dan dipakai kemudian tudung yang berwarna pink belacan yang labuh sehingga menutupi dada dan bahunya dipakai dan dikemaskan
"Ara , dah siap ke belum ? Pihak lelaki dah sampai ni" Beritahu Puan Maira diluar bilik
"Ye umi dah siap ni. Kejap lagi Ara turun ye" jawabnya
Arabela memegang dadanya. Jantungnya berdegup pantas , gementar yang dia rasakan. Perlahan lahan dia membuka pintu dan melangkah menuruni anak tangga
Semua mata memandang kearahnya. Arabela terus menunduk. Kelihatan Aisy juga sedang memandangnya. Sudah tentu Aisy ada sekali kerana ini adalah majlis bertandang berserta majlis pertunangan
Arabela terus melabuhkan punggungnya dibantal yang disediakan untuknya. Kakinya bersimpuh. Mukanya hanya ditundukkan
Setelah semuanya berkumpul , majlis pantun berpantun pun bermula dan masing masing galak ketawa mendengar pantun yang terkadang merapu. Setelah selesai , Puan Hanis mengambil cincin dan terus menyarungkan cincin itu dijari manis Arabela. Arabela terus mencium tangan Puan Hanis
Kemudian Puan Hanis berlalu ketempat Aisy , tangan Aisy dicapai dan disarungkan cincin juga
Alhamdulillah , majlis pertunangan mereka berjalan dengan lancar
Aisy terus terusan memandang Arabela , senyum sinis dibibirnya tidak lekang
"Finally , ada juga perempuan malang bakal jadi isteri aku. Kau tunggu balasan dari aku" desis hati Aisy apabila terkenangkan peristiwa dia ditipu oleh Arabela
"Alhamdulillah semuanya selesai. Marilah semua ke dapur untuk makan malam" kata Puan Maira
Pantas Arabela bangun dan terus menuju kedapur. Seram dia rasakan dengan pandangan yang diberikan oleh Aisy
"Belum jadi suami lagi dah pandang pandang orang macam tu ish !" Gumam Arabela
Semua tetamu berlalu ke dapur diikuti dengan Aisy. Suasana dimeja makan hanya sunyi sepi kerana mereka semua sangat menjaga adab ketika makan
Setelah selesai makan malam , semua tetamu dan tuan rumah berbual bual diruang tamu. Arabela masih lagi didapur menolong uminya apa yang patut
"Assalamualaikum" ucap Aisy yang baru sahaja tiba di dapur
Arabela dan Puan Maira menoleh serentak dan menjawab salam
"Eh Aisy , buat apa kat sini ? Kenapa tak tunggu kat luar je ?" Soal Puan Maira
Arabela hanya meneruskan basuhannya disingki. Hatinya berasa tidak tenang , jantungnya berdegup pantas
"Aunty , maaflah ganggu. Aisy bukan apa. Aisy cuma nak minta izin cakap dengan Arabela sekejap boleh tak ?" Soal Aisy minta izin
"Oh boleh , kalau macam aunty keluar dulu kejap. Tapi jangan lama lama tau , tak manis" kata Puan Maira terus berlalu keluar
"Hai" tegur Aisy berdiri disebelah Arabela
"Maaf , tolong jauh sikit" kata arabela
Aisy tersenyum sinis "kenapa ? Kau takut ?" Soalnya
Arabela hanya mendiamkan diri. Dia tahu , lelaki disebelahnya ini memang tidak akan bercakap dengan sopan !
"Apa nama panjang kau ? Bukan apa , senang aku nak akad nikah dengan sekali lafaz je. Boleh kau bagitahu aku ?" Soal Aisy dengan tangan yang disilangnya. Jaraknya antara Arabela juga telah dijauhkan
"Ziya Arabela binti Latif" jawab Arabela
"Apasal pelik sangat nama kau ? Lagi menyusahkan kerja aku. Eh aku tak tahulah macam mana mama aku boleh pilih kau untuk jadi isteri aku ! And fyi aku jamin , hidup kau takkan tenang dengan aku dan i will make sure yang kau akan menyesal dengan keputusan kau" ujar Aisy berbaur ugutan
Arabela sudah mula hilang sabar. Paip air ditutup , badannya dipusingkan berhadapan dengan Aisy tetapi wajahnya tetap ditunduk
"So apa masalah Encik Aisy kalau saya setuju untuk berkahwin dengan Encik ? Oh , jadi encik jaminlah yang hidup saya akan sengsara jika berkahwin dengan encik ? Ok saya faham ! Tapi saya rasa encik ni lupa sesuatu sebab penentu kebahagiaan kita adalah Allah dan bukan pada encik. Saya dah malas la nak melayan perangai kebudak budakan encik ni. Baru kedua kali berjumpa sudah bersikap begini. Kalau saya tahu la , saya tak akan terima lamaran encik tadi. Tapi , apa yang nak dihalangkan lagi ? Nasi sudah menjadi bubur" kata Arabela terus berlalu keluar
Aisy terkedu. Berani sungguh perempuan ni
Arabela terus melangkah keluar , panas hatinya.
"Apa dia fikir aku punya sabar ni takde had ke ? Dengan dia memalukan aku tempoh hari dan menyakitkan hati aku semasa perjumpaan umi dengan mamanya tambah pula sedap dia nak sound aku hari ni. Itulah makannya , ini arabela la ! Pemegang black belt takwando" desis hatinya
Arabela terus melangkah keluar tapi ditahan oleh uminya. Rupanya uminya mendengar perbualan mereka sebentar tadi
"Kenapa Ara cakap macam tu ? Tak baik tau tak ?" Soal Puan Maira sedikit marah
"Habis tu umi sangguplah tengok anak umi kena herdik macam tu ?" Soal Arabela sayu
Tiada siapa faham isi hatinya. Yang kena berhadapan dengan sikap gila Aisy adalah dia. Yang kena hidup bersama Aisy adalah dia. Air matanya mengalir. Terus dia melangkah naik ke bilik
------------------------
"Adik !" Jerit Puan Hanis apabila melihat Aisy terus masuk ke rumah setelah keluar daripada kereta
"Budak ni nak kena betul. Buat malu muka mama je" guman Puan Hanis lagi
"Sudahlah tu Hanis , lagipun Maira pun takde kata apa apa kan ? Bukannya majlis nanti tak jadi" kata Encik Yusuf
Pua Hanis terus berlalu masuk , suaminya juga dijeling tajam
------------
"Ara , umi nak bercakap dengan Ara sekejap" kata Puan Maira
"Ada apa umi ?" Soal Arabela
"Umi nak minta maaf jika kamu rasa terpaksa dengan perkahwinan kamu yang akan berlangsung tak lama nanti. Tapi umi minta supaya Ara buka hati Ara untuk terima hakikat sayang. Hati umi memang rasakan dia lah jodoh Ara yang dapat bahagiakan Ara bila umi dengan abi dah takde kat dunia ni" kata Puan Maira
Arabela menunduk. Nafasnya ditarik dan dihembuskan
"InshaAllah umi , Ara cuba ye" jawab Arabela tersenyum
"Alhamdulillah. Kalau macam tu umi keluar dulu" pamit uminya
"Ya Allah , walaupun kau telah kurniakan ilmu yang luas tentang agamaMu padaku , hati aku tetap berasa tidak tenang dengan keputusan yang umiku buat ini. Hati aku seperti ingin menolak keputusan ini sejauh mungkin. Bantulah aku Ya Allah" rintih hati Arabela
------------
Arabela menarik nafasnya lalu dihembuskan sebelum dia mula melangkah masuk kedalam pejabatnya
Berdebar kerana mahu berhadapan dengan Tuan Rizal oleh peristiwa semalam
Arabela tahu , Tuan Rizal seorang yang baik tetapi Aisy yang pertama sudah mengikatnya
Teringat pula pasal Aisy , harapkan wajah saja elok tapi perangai. Nauzubillah !
Macam manalah hidupnya ditakdirkan bertemu dengan orang yang sebegitu. Tak semengah !
"Assalamualaikum" ucap Arabela kepada Zulaikha
"Waalaikummussalam , hey kenapa semalam balik awal ? Kau sakit apa ?" Terus soalan itu diterjahnya
"Period pain la" bohong Arabela
"Hokaloh , ingatkan sakit tenat" gurau Zulaikha
"Hahaha sorry la"
"Hmm , so macam mana semalam ?" Soal Zulaikha
"Alhamdulillah" jawab Arabela sambil menunjukkan jari manisnya tetapi wajahnya yang tiada senyuman lebih menarik perhatian Zulaikha berbanding cincin yang ditunjuk
"Kenapa pula kali ni ?" Soal Zulaikha
"Takde apa la" bohongnya lagi
"Jangan bohong la Ara. Dia cari pasal lagi ek ? Berani betul dia tu. Kat rumah family kau pun sanggup" dengus Zulaikha
"Aku pun tak tahu la Zul. Aku tak tahu sama ada aku boleh tahan ke tak dengan sikap dia nanti lepas kahwin"
"Shhh jangan risau aku tahu kau kuat. Kau kan ada black belt. Sekali dia naik tangan kat kau. Kau karate je dia tu. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah" kata Zulaikha
Arabela tersenyum mendengar nasihat "serbaguna" Zulaikha
Dari jauh kelihatan Tuan Rizal asyik merenung Arabela
'Kalau saya yang memiliki awak pastinya saya adalah lelaki paling bertuah'
Dia tidaklah berniat jahat ingin merampas Arabela dari sesiapa dan dia juga bukan berniat untuk menyakiti Adel tetapi tanpa dia sedari hatinya perlahan-lahan mula menyukai Arabela. Telah lama dia pendam perasaan ini tetapi dia menepis segalanya kerana dia sudah mempunyai Adel namun semakin dia tepis perasaan itu semakin mendalam. Tetapi apakan daya. Dia tahu Adel telah menaruh harapan yang tinggi darinya dan terpaksalah dia redha dengan apa yang jadi
Share this novel