Bab 34

Romance Series 132782

Arabela mengelus lembut wajah Aisy yang sangat pucat. Air matanya mengalir jatuh dipipi Aisy membuatkan Aisy tersedar dari lenanya

"Sayang, kenapa ni?" serak suara Aisy bertanya

Arabela terus memeluk badan Aisy. Dihamburkan tangis yang kuat dalam dakapan hangat suaminya

"Abang" rengeknya

"Sayang shhh"

"Ara.. Ara minta maaf" kata Arabela sayu

Aisy meleraikan pelukan. Wajah Arabela yang menangis dipandang penuh kasih sayang

"Ara minta maaf sebab paksa abang benarkan Melisa tinggal dengan kita. Kalau Ara tak paksa abang, mesti semua ni takkan jadi. Ni semua salah Ara. Ara jahat. Ara tak sepatutnya tinggalkan abang yang tengah sakit semalam. Sepatutnya Ara ada disisi abang saat abang perlukan Ara. Ara gagal jadi isteri yang baik untuk abang. Ara minta maaf" kata Arabela teresak-esak

Aisy mendongakkan wajah Arabela. Air mata Arabela diseka menggunakan ibu jarinya

"Tengok abang please sayang" kata Aisy lembut

Arabela membuka matanya perlahan-lahan. Hatinya dipaut rasa kasihan pada suaminya. Wajah Aisy jelas menunjukkan yang Aisy sangat lemah. Sudahlah semalam tidak makan seharian tambah pula Aisy tidak sihat

Air matanya kembali mengalir deras. Aisy tersenyum. Arabela ditarik dalam pelukannnya kembali

"Sayang, realize you are human. And you make mistakes. And you can't control everything. You need to understand that you are doing the best you can. Don't blame yourself sayang" lembut Aisy berkata

"Sayang, kalau lah sayang tak tinggal abang semalam, mesti kita masih lagi tak tahu lakonan bodoh Mel dan Mel mesti akan buat lebih teruk daripada semalam. So stop salahkan diri sayang. Abang tak marahkan sayang. Semua ni terjadi sebab Allah nak tunjuk pada kita tentang penipuan Mel tu. Dah la, jangan nangis. Kesian baby" sambung Aisy lagi

Arabela menarik wajahnya dari dada Aisy. Aisy tersenyum melihat wajah comel isterinya yang baru lepas menangis

"Nasib baik sayang sampai awal semalam. Kalau tak habis bibir Aisy kena cabul dengan perempuan gila tu. Abang pun tak tahu kenapa abang pernah suka perempuan mereng tu" sambung Aisy lagi membuatkan Arabela tertawa kecil

"Tapi sayang jangan risau. Selagi abang masih waras, this lips only for you my beautiful wife" bisik Aisy lembut kemudian terus mencium lembut bibir merah isterinya

-------------------

Melisa jalan mundar mandir di dalam biliknya. Dadanya turun naik menahan marah

"Kalau dengan cara ni pun tak jalan, tinggal satu cara je lagi untuk aku hapuskan dia orang" kata Melisa sinis sambil ketawa jahat

Dia berjalan menuju cermin. Wajahnya ditilik lama. Pisau yang berada di meja diambil dan dielus lembut ke pipinya.

"Kalau bukan aku dapat Aisy, sesiapa pun takkan dapat dia" bisiknya sinis

----------------------

Aisy dan Arabela memandang sesama sendiri. Tangan Aisy memegang erat tangan isterinya. Arabela melemparkan senyum manis buat Aisy

"Jangan fikir sangat la abang. Kita dah sampai dah pun. Jom masuk" Kata Arabela memujuk suaminya

Aisy tersenyum dan mengangguk. Pintu kereta dibuka dan dia terus melangkah keluar. Bismillah dibacakan lalu pintu rumah abangnya diketuk

"Assalamualaikum" ucapnya di luar rumah

"Waalaikummussalam" jawab Hannah iaitu isteri kepada Afif

"Eh Aisy. Masuklah" pelawa Hannah

"Abang long mana Kak Hannah?" soal Aisy

"Ada tu ha dalam bilik. Tengah solat. Kejap akak panggilkan dia" kata Hannah

Aisy dan Arabela hanya mengangguk. 10 minit kemudian Afif turun bersama anaknya yang paling kecil, Helena

"Ha ada apa kau datang?" soal Afif mendatar saja suaranya

Helena berlari kecil menuju ke Arabela. Arabela tersenyum lalu terus menangkap badan kecil itu supaya tidak terjatuh

"Abang, aku datang nak minta maaf" kata Aisy

"Ha dah apahal? Lakonan perempuan tu dah kantoi ke?" soal Afif yang dapat mengagak apa yang terjadi

Aisy dan Arabela mengangguk lemah.

"Abang dah kata tapi kau orang degil. Abang dah masak sangat dengan perangai dia la. Tapi Aisy dan Ara terlalu bagi muka pada dia. Tengoklah sekarang apa jadi? Nasib baik tak jejas apa-apa pada kandungan Ara" kata Afif

"Sebab tu aku datang sini aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku bukan apa, aku cuma nak tolong dia je tapi tak sangka ni semua rancangan dia. Nasib saja semuanya dah terbongkar dan tak sempat jadi apa-apa lagi" kata Aisy

"Haih takpelah semua benda dah nak jadi. Nanti kau pergi rumah mama minta maaf pada mama. Mama masih marahkan kau tu. Ingat, jangan biadab" Balas Afif sempat memesan

Aisy mengangguk. Aisy memandang isterinya yang leka bermain dengan anak buahnya. Senyuman terukir di bibir Aisy

"Ara, dah ready ke nak jadi mak?" soal Afif

Arabela tersipu malu. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk

"Lepasni abang harap kamu berdua takde kena mengena dah dengan Melisa tu. Semenjak Aisy tinggalkan dia, bukan betul sangat kepala otak perempuan tu" kata-kata Afif membuatkan mereka ketawa berdekah. Boleh tahan juga mulut Afif ni

----------------------

Aisy memandang setiap gerak geri Arabela tanpa berkelip. Arabela yang perasan akan pandangan tajam suaminya itu berasa tidak selesa

"Abang ni kenapa tengok Ara mcam nak telan orang je?" soal Arabela memuncung

"Sayang ni, semenjak mengandung seri lain macam. Abang geram" Balas Aisy bersama senyum nakalnya

Mata Arabela terbuntang. Gatallll

"Ni nampak?" soal Arabela sambil menunjukkan buku limanya

"Garangnya, ni makin suka ni" sakat Aisy lagi sambil mengekek ketawa

"Abang...." panggil Arabela meleret

Aisy yang berbaring terus duduk sambil matanya terbuntang melihat Arabela. Jantungnya berdegup kencang

Arabela jalan menghampiri Aisy lalu punggungnya direbahkan di atas riba Aisy. Tangannya dirangkul di leher Aisy

"Abangggg" panggil Arabela lagi

"Ye sayang" soal Aisy yang sudah terbuai dengan godaan Arabela

"Em.. Kalau Ara nak minta sesuatu boleh?" soal Arabela sambil jari telunjuknya dimainkan di dada Aisy yang tidak berbaju itu

"B..Boleh sayang. Sayang minta la apa pun" balas Aisy sambil menelan liurnya

"Emmm.. Ara rasakan.. Ara rasa.." kata katanya dipotong

"Rasa apa sayang?" soal Aisy gelisah

"Ara rasa nak makan goreng pisang cheese. Please abang.. Baby craving" balas Arabela

Wajah Aisy berubah. Wajah Arabela yang tersenyum sumbing itu dipandang dengan rasa geram

"Alaa sayang ni. Kenapa sayang baru minta sekarang? Kalau minta tadi waktu balik sini kan senang. Tengok sekarang dah pukul 2 pagi tau. Mana Aisy nak cari goreng pisang cheese waktu-waktu macam ni?" soal Aisy

Arabela menghela nafas lembut. Dia tersenyum. Kesian Aisy. Sudahlah mereka itu baru saja sampai ke rumah kerana terlalu leka berbual dengan abangnya sampaikan tak perasan sudah lewat malam

"Takpelah, esok kita cari. Kesian abang mesti penatkan? Dahlah jom tidur" balas Arabela tersenyum lembut

Aisy menghela nafas berat. Serba salah pula dia rasa. Lagipun Arabela bukan saja-saja meminta. Aisy bingkas bangun dan bersiap

"Abang nak pergi mana?" Soal Arabela hairan

"Sayang tunggu rumah okay? Kesian anak walid lapar. Walid pergi beli goreng pisang cheese kejap" kata Aisy lembut lantas mencium perut Arabela

Baru saja Aisy ingin melangkah pergi, tangan Arabela pantas menarik tangan Aisy

"Aisy, kalau Aisy penat tak payah la. Ara yang mengada craving macam-macam malam buta ni. Aisy tidur ok?" kata Arabela tersenyum manis

"Takpe sayang, abang ok. Abang pergi dulu. Sayang tidurlah dulu. Nanti abang dah balik abang kejut ok?" kata Aisy terus mencium dahi isterinya

Arabela menghantar pemergian Aisy dengan hati sayu. Kasihan pula di melihat suaminya. Kelibat Aisy sudah tidak kelihatan. Arabela bingkas bangun kemudian dia berlari anak untuk mengejar Aisy. Hatinya berasa tidak sedap

"Aisy!" jerit Arabela namun tiada sahutan

Arabela membuka pintu kelihatan kereta Aisy sudah pun tiada. Arabela memegang jantungnya yang berdegup kencang. Hatinya benar-benar rasa tak sedap. Air matanya mengalir deras. Dia takut jika terjadi apa-apa pada Aisy. Kakinya melangkah lemah menuju ke sofa yang berada diruang tamu. Punggungnya direbahkan diatas sofa gebu itu

Arabela menangis teresak-esak. Telefonnya mendail nombor suaminya tapi nombor Aisy tiada dalam talian

"Abang, angkat call abang" kata Arabela merayu. Dia masih tak henti-henti menelefon Aisy

Arabela terlelap dengan sendirinya apabila menunggu selama 1 jam. Nada dering telefonnya yang kuat mengejutkan lenanya. Pantas Arabela menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama pemanggil

"Hello abang, abang balik please. Abang balik sekarang. Ara rasa tak sedap hati sangat" kata Arabela dengan suaranya yang terketar-ketar

"Hello Puan"

Arabela bingung. Skrin telefon dijauhkan dari telinganya. Kelihatan nombor yang tidak dikenali yang menelefonnya

"Maaf ni siapa ye?" soal Arabela hairan

"Saya Malik. Puan ni Puan Arabela isteri kepada Encik Aisy Khaizuran?" soal Malik dicorong telefon

"Iya saya" jawab Arabela

"Macam ni Puan, sekarang saya berada di hospital dan saya minta Puan segera ke sini kerana suami Puan mengalami kemalangan" terang Malik

Jantung Arabela berdegup kencang. Air matanya mengalir laju

"Allahuakbar"

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-12-19 22:32:42 

bila nk update , dear....

YAZNI-ERNIE
2020-12-13 01:30:28 

dear. plz......

YAZNI-ERNIE
2020-11-28 19:33:46 

hi dear, bila nk update lg


NovelPlus Premium

The best ads free experience