"Assalamualaikum umi" ucap Arabela
"Waalaikumussalam. Eh Ara, kenapa Ara balik sini ? Aisy mana ?" Soal Puan Maira
"Aisy kan outstation umi. Jadi, Ara balik tidur sini la" jawab Arabela
"Aisy dah tahu ?" Soal Puan Maira lagi
"Dah" bohong Arabela
"Ara okay ?" Soal Puan Maira seakan tahu isi hatinya anaknya
"Ara ok je umi. Kenapa umi tanya ?" Soalnya
"Takde apa lah. Ara bersihkan diri dulu nanti malam ni kita sambung borak ye. Rindunya dekat anak umi ni" kata Puan Maira. Sempat dia mencium sekilas pipi anaknya itu
"Baiklah umi, Ara naik atas dulu ye" kata Arabela terus naik kebiliknya
----------------------
Qisya memandang jam yang menunjukkan pukul 8 malam
"Mana kak Ara ni ? Abang Aisy kata sepatutnya pukul 6 Kak Ara dah balik" soalnya hairan
Kalau dia telefon Aisy sudah tentu Aisy takkan angkat kerana Aisy mesti kepenatan. Nombor Arabela pula tiada
"Tak boleh jadi ni. Kalau jadi apa apa pada Kak Ara, aku pula yang kena. Ish !" gumam Qisya
Qisya terus masuk ke biliknya untuk menukar pakaian
Nasib sajalah Aisy ada beri alamat tempat kerja Arabela. Boleh juga Qisya mencari Arabela disitu
-------------------
Aisy merenung ke luar tingkap. Fikirannya melayang. Mood untuk bekerja sudah pun hilang
"Kau dah janji nak hantar aku, Ara. Tapi kenapa kau tak datang ?" Soalnya
Mukanya diraup berkali-kali. Ikutkan hati mahu saja dia menumbuk semua barang yang ada disekelilingnya
"Kau bodoh Aisy! Kau senang sangat percaya cakap dia ! Semua perempuan memang tak guna !" Dengusnya lagi
"Nanti awak dah sampai sana jangan lupa call saya tau" kata kata Arabela kembali terngiang ngiang
Aisy tersenyum sinis. Difikirannya mendapat satu idea jahat
"Kalau kau boleh mungkir janji, kenapa aku tidak ?" Katanya sambil tersenyum sinis
------------------
Qisya keluar daripada kereta dan terus terusan mencari kelibat Arabela
"Haih, Kak Ara pergi mana ? Nanti Qisya yang kena dengan abang Aisy. Abang Aisy tu dah la garang" kata Qisya sendirian
Kakinya melangkah masuk semula ke dalam kereta
Tak boleh jadi ni ! Kena call abang Aisy juga !
Nombor telefon Aisy didail
"Eh ! Berdering ! Angkatlah abang Aisy" katanya sendirian
"Hello" jawab Aisy dipanggilan
"Hello abang Aisy, nasiblah dapat call abang ni. Qisya ada benda nak cakap ni" kata Qisya
"Cakap apa ?" Soal Aisy
"Kak Ara tak balik rumah pun"
"Tak balik ?!" Soal Aisy hairan
"Haah, dari tadi lagi Qisya tunggu dia tapi ni dah nak dekat pukul 10 tapi takde pun. Kat tempat kerja dia pun takde" kata Qisya
"Hm takpelah nanti abang cuba call. Qisya balik dulu , kunci pintu. Bye" kata Aisy terus mematikan telefon
"Mentang suami kau takde kat rumah, sesuka hati kau je nak balik ke tak kat rumah tu. Bodoh ! Tak guna kalau kau berpurdah , bertutup litup tapi suruhan suami sendiri kau tak patuh !" Dengus Aisy
Kemudian nombor Arabela didail. Baru saja Aisy ingin call nombor Arabela tiba tiba line terputus
"Ah sial ! Time ni jugak kau nak buat hal ! Fuck !" Penumbuknya digenggam
--------------------------
Selesai saja Arabela menunaikan solat Isyak, dia duduk termenung ditikar sejadah buat seketika waktu
Ingin saja dia menghamburkan tangisnya sekuat mungkin. Rindu pada suami sudah mula mencengkam jiwa
Pada masa yang sama hatinya juga masih bersedih dengan peristiwa yang dilihat tengahari tadi
"Maafkan Ara sebab balik ke rumah umi tanpa keizinan Aisy. Tapi saya perlukan ketenangan buat sementara waktu. Saya janji, bila saya dah tenang nanti saya balik rumah kita balik ye" katanya seorang diri
"Aisy, saya rindu" ucapnya lagi
Akhirnya tangisnya terhambur jua. Arabela berbaring ditikar sejadah
"Sepatutnya saya tidak perlu berasa begini tapi sudah menjadi kewajipan kepada saya untuk merindui awak, Aisy"
Arabela teringat pesan uminya "Apabila kita merindui seseorang, berdoalah pada Allah dan baca Alfatihah serta sebutkan namanya. InsyaAllah dia juga akan merasakan perkara yang sama"
Arabela bangun dari pembaringannya dan terus berdoa
"Ya Allah Ya Tuhanku, perasaan bercinta itu adalah anugerah terindah yang Kau berikan kepada hamba-hambaMu. Ya Allah, aku mencintai suamiku adalah keranaMu Ya Allah, jika ujian mencintai seseorang ini sakit, kau ambillah kembali rasa cinta ini. Kau berikanlah aku rasa Cinta hanya PadaMu. Aku takut jika aku tersasar jauh dari landasanMu Ya Allah. Aku takut jika aku terlalu berharap kepadanya. Bantulah aku Ya Allah. Jika cinta ini cinta yang Kau redhai maka bantulah aku supaya aku terus kekal berada dalam cinta ini. Panjangkanlah jodoh kami berdua dan bantulah aku supaya aku tidak mudah melupakanMu Ya Allah. Aku terlalu merinduinya, terlalu merinduinya"
Berjuraian air mata Arabela jatuh. Begitu syahdu doa yang dia panjatkan. Begitu dalam permintaannya dan begitu yakin dirinya terhadap Kebesaran Allah SWT
Al-Fatihah dibaca sebanyak 3 kali setelah itu nama Aisy juga disebut
Air matanya di kesat dan telekungnya dibuka. Pantas kakinya melangkah keluar
----------------
Aisy memejamkan matanya. Kelibat Arabela mula bermain difikirannya
Selama seminggu dia hidup bersama Arabela sudah membuatkan Aisy cukup untuk mengenali sikap sebenar Arabela
Nampak sahaja ayu, manis, sopan tapi sebaliknya Arabela ni seorang yang manja, mengada, suka merengek dan yang menggoda tapi yang paling Aisy suka tentang sikap Arabela adalah sikap dia yang tenang
Disaat Aisy sedang marah, lihat saja wajah Arabela sudah pun membuatkan api kemarahan Aisy terpadam. Sebab itu setiap kali dia mahu saja memarahi Arabela tapi tidak pernah terjadi kerana wajah dan sikap Arabela yang sentiasa tenang
Aisy tersenyum apabila terkenangkan perangai manja Arabela
"No Aisy !" Terus mata Aisy terbuka luas
Rasa rindu terhadap Arabela pantas ditepis olehnya kerana ego
Aisy mencapai telefonnya dan aplikasi game dibuka untuk melupakan segala hal yang bermain difikirannya
--------------------
Puan Maira tersenyum melihat Arabela menuruni anak tangga
"Ara, kemari" panggil Puan Maira
"Ye umi"
"Umi nak tanya sesuatu boleh ?" Soal Puan Maira
"Ada apa umi ?"
"Aisy okay dengan Ara ?" Soal Puan Maira
"Alhamdulillah ok je umi. Kenapa ?"
"Betul ni ? Ara tak tipu ?" Soal Puan Maira lagi
"Ye betul umi. Dia marah sekejap je lepas tu dia dah okay" bohong Arabela
Arabela terpaksa berbohong kerana dia tidak mahu memburukkan suaminya. Itu adalah tanggungjawabnya untuk menutup aib suaminya selagi suaminya tidak melanggar perintah sebagai seorang suami
"Alhamdulillah, suka umi dengar. Sampai bila Ara duduk sini ?" Soal Puan Maira
"Sekejap je Ara duduk rumah umi ni sebab nanti tiada siapa pula jaga rumah Aisy disana" jawab Arabela
"Aisy oustation berapa lama ?"
"2 minggu"
"Lamanya, Ara ok ke sorang sorang ?"
"InshaAllah Ara ok je. Kalau Ara bosan Ara ke sini pula ye" jawab Arabela tersenyum
"Hmm selalu datang sini ye. Tapi ingat, mesti ada kebenaran suami tau" pesan Puan Maira
Arabela tersenyum dan mengangguk. Pesanan uminya membuatkan hati Arabela sedikit sebanyak terkesan
----------------
Jam sudah pun menunjukkan angka 2 pagi tapi mata Arabela masih belum terpejam
Telefon ditangannya dilihat. Hanya menunggu panggilan dari Aisy
"Awak dah sampai ke Aisy ? Awak ok ke ? Kenapa awak tak call saya lagi ?" Soalnya sendirian
Mahu saja Arabela membuat panggilan kepada Aisy tapi peristiwa tadi tiba tiba terimbas
"Tidurlah Ara. Sedar sikit diri tu, kau tak diperlukan. Kau tak bermakna dalam hidup dia. Dia dah jumpa orang yang dapat bahagiakan dia dan kau kena ingat ! Kau berkahwin dengan dia bukan atas dasar cinta tapi atas dasar keluarga !" Pesannya kepada diri sendiri
Air matanya menitis lagi tapi cepat cepat di hapuskan
Arabela membuat keputusan yang dia akan kembali ke rumah Aisy pada hari esok selepas waktu dia habis bekerja dan dia akan patuh kepada semua arahan Aisy yang dia tidak lagi pergi ke rumah umi atau mamanya tanpa izin daripada Aisy
"Saya tidur dulu Aisy, Assalamualaikum" terus matanya dipejam
-----------------------
Aisy termenung di balkoni biliknya. Bintang yang penuh di langit dipandang. Sangat Indah
Thailand
Itulah tempat yang dia pernah impikan untuk honeymoon bersama isterinya
Dulu dia selalu terbayangkan betapa indahnya detik honeymoon itu bersama Melisa Irdina, bekas tunangnya
Sekali lagi, hatinya berkecai apabila terkenangkan peristiwa itu
Ikutkan hatinya, ingin saja dia berhadapan dengan gadis tersebut dan bertanya apakah salahnya sehingga dia diperlakukan sebegini ?
Pelbagai kemewahan yang telah Aisy berikan kepadanya tapi sedikit pun langsung dia tidak hargai
Air mata Aisy menitis deras. Cinta itu mengajarnya erti pengorbanan dan cinta itu juga mengajarnya erti kebencian
Selama 5 tahun dia menjalinkan hubungan bersama Melisa Irdina tapi hanya dengan sekelip mata hubungan yang terjalin lamanya, terputus di tengah jalan
Aisy terus menghapuskan air matanya. Tiada guna dia bazirkan air matanya demi perempuan yang sudah meremukkan hatinya
Terfikirkan Arabela pula, memang dia seorang baik dan sangat penyabar. Semua caci maki yang Aisy berikan semuanya Arabela hanya mengendahkan
Terkadang, hati Aisy tersentuh melihat kebaikan Arabela. Hatinya ingin membalas kembali semua kebaikan Arabela tapi dia tidak mampu
Tidak mampu kerana cintanya masih terperangkap dengan kisah yang dulu
------------------
Selesai saja kerja di pejabat, Arabela terus pulang ke rumah Aisy
"Eh, macam mana kereta Aisy ada dekat sini ? Takkan Aisy dah balik kot ? Baru dua hari" soalnya sendirian
Bismillah dibaca dan kakinya terus melangkah masuk sesudah saja dia membuka kunci
"Assalamualaikum" ucap Arabela
MasyaAllah, takkan lah aku lupa nak tutup suis lampu. Bukan main terang lagi rumah ni
Arabela menapak kakinya keatas. Terdengar bunyi air bercucuran ke lantai di tandas di bilik tetamu
"Siapa tu ? Ya Allah, selamatkan la aku" doanya
Perlahan lahan kakinya menuju ke bilik tetamu
"Arghhhhhh !!!!!!" Jeritnya apabila melihat seseorang yang berpakaian putih keluar dari bilik air
Kakinya laju berlari masuk ke biliknya. Dadanya dipegang. Jantungnya berdegup laju
"Ya Allah, siapa tu masuk rumah aku ?"
"Arabela" panggil Qisya dari luar
"Kat dalam ni Kak Ziya Arabela ke ?" Soalnya lagi setelah panggilannya tadi tidak berjawab
Arabela terkejut
"Macam mana dia tahu nama aku ?"
Arabela membuka pintu perlahan lahan. Wajah gadis itu dipandang
"Ye saya Arabela" jawabnya
Arabela mengamati wajah gadis tersebut. Jantungnya berdegup laju. Inilah gadis yang berada bersama Aisy di airport. Ingin saja Arabela menangis disitu juga
"Awak siapa ?" Soal Arabela
-------------------
Aisy menghubungi nombor telefon Qisya namun tidak berangkat
"Mana pula dia ni pergi ? Ish !" Soalnya sendirian
"Hey bro, whats up ?" Soal Rayyan
"Eh kau ! Bila sampai ?" Soal Aisy
"Baru je" jawab Rayyan
Sepatutnya Rayyan tidak kemari tapi tiba tiba sahaja rakan sekerjanya itu ada emergency so dapat lah Rayyan menggantikan tempat dia dan dapat bekerjasama bersama Aisy
"Kau apasal ? Dari jauh muka macam tapir!" Soal Rayyan
"Haa kau, kalau tak menghina aku satu hari memang tak sah !" Dengus Aisy
"Alah bro, rileks ah. Alang-alang kita kat Thailand ni apa kata kita enjoy ?" Soal Rayyan dengan muka miangnya
"No!"
"Alah bro, bukan selalu" pujuk Rayyan
"Sejak bila kau jadi bangang agama ni ? Dah lupa Tuhan ? Dah lupa dosa pahala ?" Soal Rayyan
"Ek eleh, cakap dosa pahala konon. Dengan isteri kau pun bukan main kau maki hamun. Eh bukan isteri je, dengan mak kau sendiri ! Lagi nak sembang dosa pahala dengan aku!" Kata Rayyan menguji kesabaran Aisy
Aisy menggenggam kolar baju Rayyan. Ikutkan hati mahu saja melayang penumbuk sulung ni dekat muka blur Rayyan ni
"Hal rumah tangga aku kau tak payah nak masuk campur ! Sial !" Aisy meludah di jalan, terus kakinya melangkah meninggalkan Rayyan
"Aisy, Aisy. Sampai bila kau nak jadi baran macam ni ? Aku rindu kau yang dulu Aisy" kata Rayyan sambil mengeluh
-------------------------------
Ingin saja Arabela berangkat ke Thailand untuk meminta maaf daripada Aisy
Dia berdosa kerana dia terlalu ikutkan kata hatinya. Dia telah berburuk sangka pada suaminya sendiri
Petang tadi Qisya telah menceritakan segala-galanya padanya
Arabela mencapai telefonnya, nombor Aisy didail
Sekali, dua kali dan tiga kali tapi masih juga tidak berangkat
"Awak marahkan saya ke Aisy ? Saya minta maaf" katanya sendirian. Air matanya menitis
"Angkatlah Aisy, jangan buat saya rasa bersalah" katanya lagi
Sekali lagi dia membuat panggilan kepada Aisy tapi masih sama. Tidak berangkat
--------------------
Aisy mencampakkan telefonnya ke atas katil
"Dah dua hari aku kat sini, baru kau nak call aku ? Suka lah kau berfoya-foya kalau aku takde ! Tak lain tak bukan kau call ni mesti sebab nak duit kan ? Dasar perempuan materialistik !!"
Aisy mengambil telefonnya dan terus dimatikan
Jiwanya berbelah bagi. Ya, dia teringin sangat mendengar suara Arabela tapi ego
"Aisy !" Ketukan bertalu talu di pintu bilik Aisy
"Kau dah kenapa ?" Soal Aisy terus membuka pintu
"Kita stay hotel lain jom" kata Rayyan
"Ah malas aku" jawab Aisy
"Alaa jomlah" pujuk Rayyan
"Tak, apa masalah kau ? Kita dah stay hotel sini kan? Kau nak pindah mana lagi ?" Soal Aisy tidak puas hati
"Ahh ! Lantak kau lah. Kalau kau sakit hati , jangan lepaskan kemarahan pada aku. Chaw !!" Kata Rayyan terus berlalu
Aisy hairan namun dibiarkan saja Rayyan begitu
"Ni tak boleh jadi, aku kena sedaya upaya halang Aisy daripada bertembung dengan dia. Kalau Aisy terjumpa ni nahas" kata Rayyan sendirian
Kakinya terus melangkah masuk ke biliknya
Seorang wanita yang lalu disitu terhenti langkahnya apabila terlihat Rayyan
"Rayyan ?" Soalnya sendirian
"Mesti Aisy juga ada kat sini" katanya sinis
Terus senyuman jahat diukir
Share this novel
best la