Bab 41

Romance Series 132782

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Soal Arabela mendatar

"Sebelum tu saya nak minta maaf kalau kata-kata saya lepas ni akan menyinggung perasaan awak. Tapi saya buat ni demi awak dan Aisy" kata Rayyan terus-terang

Arabela mendengus. Begnya ditarik kasar lalu punggungnya diangkat dan dia terus berlalu pergi. Rayyan tidak berdiam diri. Kakinya mengejar Arabela

"Ara, tunggu!" kata Rayyan kuat sehingga langkah Arabela terhenti

"Awak ego Ara! Ego! Saya bukan nak back up Aisy sebab dia sahabat saya. Tak! Tapi saya nak awak tahu, Aisy sanggup lakukan apa saja demi awak! Bahkan dia sanggup mati demi selamatkan awak!" kata Rayyan bengang

"Apa bukti awak Rayyan?! Jangan cakap ikut sedap mulut je!" pedas Arabela membalas

"Bukti? Awak tanya bukti? Awak tahu tak, kata akhir Aisy sewaktu dia kena tikam tu adalah dia suruh saya selamatkan awak! Itu kata-kata terakhir dia sebelum dia tidak sedarkan diri! Saya bersumpah Ara! Saya tak reka cerita sikit pun. Aisy berhadapan dengan kematian tapi dia suruh saya selamatkan awak supaya awak dan kandungan awak selamat. Dia ada kekuatan untuk bercakap ketika itu, tapi dia tak minta untuk saya tolong dia malah dia suruh saya selamatkan awak dulu berbanding dia. Dia menahan sakit yang amat tapi dia fikirkan awak terlebih dahulu. Dia sanggup gadaikan nyawa dia untuk awak tapi awak? Awak sia-siakan dia Ara. Ya, saya faham anak awak meninggal tapi awak kena tahu yang anak awak tu adalah anak Aisy juga! Dia bapa kepada anak yang awak kandungkan tu. Awak jangan fikirkan perasaan awak sorang Ara! Fikir perasaan Aisy juga! Kalau awak sedih, dia lagi sedih sebab dia tak sempat merasa untuk azan ditelinga anaknya yang bakal lahir. Awak langsung tak beri Aisy peluang!"

"Sepatutnya awak beri Aisy peluang dan sepatutnya awak ada di sisi suami awak ketika suami awak sakit macam ni. Bukannya awak biarkan dia pergi hilang entah ke mana! Mana pergi tanggungjawab awak terhadap suami awak sendiri?! Ara, awak kena terima semua ni dengan hati yang terbuka. Ara, dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Pada waktu yang tepat. Dia akan anugerahkan zuriat pada hati ibu bapa yang betul-betul bersedia. Allah tu pemegang setiap hati hambaNya. Dia tahu apa isi hati hambaNya. Ya, mungkin pada luaran awak dan Aisy sudah kelihatan bersedia untuk menimang cahaya mata tapi Allah tu sebaik-baik perancang. Ara, Aisy tu masih lemah. Carilah dia, minta ampun pada dia. Dia masih lagi suami awak yang sah. Cari dia sebelum terlambat" panjang lebar kata-kata Rayyan

Rayyan tahu segalanya kerana Aisy telah menceritakan semuanya. Aisy tidak sanggup untuk pendam seorang diri. Lagi pula Rayyan ini sahabatnya yang dia sudah anggap seperti darah dagingnya sendiri.

Arabela terkedu mendengar kata-kata Rayyan. Kini dia sedar. Betul kata Rayyan, dia ego! Terlalu ego. Air matanya bercucuran jatuh disebalik purdahnya. Lututnya berasa lemah lalu dia mengambil tempat duduk berhampiran. Dia berdosa, dia derhaka pada suaminya. Dia menyesal. Pantas tangannya mengambil telefon dari beg lantas nombor Aisy di unblock pada aplikasi whastapp. Hati Arabela semakin gusar apabila melihat default picture Aisy kosong. Tangannya laju menaip nama Aisy tetapi hanya satu tick

Arabela masih tidak berputus asa. Dia terus membuat panggilan kepada nombor Aisy tapi hampa. Kesedihan tersedia semakin bertambah apabila nombor Aisy sudah tidak di guna pakai lagi

"Aisy, maafkan Ara. Aisy, baliklah" lirih Arabela kembali menangis teresak-esak

----------------------

Aisy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Puas dia mencari telefonnya di bilik hotel yang dihuninya tapi masih tidak jumpa. Dia mengeluh lalu terus duduk di bibir katil

"Mana aku letak telefon ni" keluhnya sambil meraup wajahnya

"Takkan tercicir kot! Alaaaaaa, dah la semua nombor aku tak ingat" kata Aisy mengakui dirinya yang sukar mengingati nombor telefon

Sebenarnya sudah 3 hari dia tidak memegang telefonnya. Yelah, Arabela pun sudah block nya. Jadi untuk apa dia ambil kisah terhadap telefonnya. Sangkanya telefon itu selamat ada dibilik namun sangkaanya salah. Ni pasti kes cuai. Mana tidak, sepanjang dia disini kepalanya asyik mengelamun teringatkan Arabela yang jauh di sana sampaikan telefon hilang pun tidak perasan

"Allahuakbar!!!" ucapnya tanda kesal akan diri sendiri. Sudahlah dalam telefon itu banyak gambar Arabela, nasib saja semua gambar Arabela memakai tudung termasuk gambar Arabela ketika tidur yang dia curi-curi ambil tu

Aisy terus merebahkan badannya di atas katil. Puas dia memerah otaknya untuk mengingati tempat terakhir telefonnya itu ditinggalkan tapi sampai kesudah dia tak ingat. Akhirnya dia terlelap dengan sendirinya

--------------

Mata Arabela masih lagi ditemani oleh air mata. Dia merenung juadah berbuka puasa dengan pandangan kosong. Rasa kesal terhadap diri sendiri semakin meninggi dan perasaan rindu terhadap suaminya semakin mendalam

"Maafkan sayang" ucapnya dalam sedu sambil tangannya menyuap juadah berbuka masuk ke mulut memandangkan azan sudah pun dilaungkan 5 minit yang lalu

Visual Aisy yang sedang tersenyum ke arahnya hadir. Dia kembali tersenyum teruja. Dia berdiri untuk merapati suaminya. Semakin dia dekat tiba-tiba bayangan visual Aisy hilang.

"Aisy?" panggilnya sambil melihat sekeliling mencari kelibat Aisy namun tiada sahutan

Dia terduduk lemah. Kedua lututnya dipeluk erat dan kemudian dia kembali menangis teresak-esak

"Abang, balik lah. Ara rindu abang. Ara minta maaf" katanya berbisik

---------------

"Abang, saya peliklah. Tadi saya call Aisy tapi tak dapat" kata Puan Hanis kepada suaminya

"Alah, awak ni. Dia mesti busy tu" balas Encik Yusuf berfikiran positif

"Bukan sekali tau abang, banyak kali saya call tapi tak dapat-dapat. Saya risaulah. Lagipun saya nak ajak Aisy dan Ara berbuka kat sini. Sunyilah berbuka dua orang je. So kalau ada Aisy, Ara, Afif dengan family dia kan best" kata Puan Hanis

"Aisy tu kan baru first time sambut puasa dengan isteri dia. Bagilah dia peluang sikit awaknya. Nanti raya berkumpullah anak-anak awak tu. Haih bawa bersabar la sikit" balas Encik Yusuf. Dia sebenarnya risau akan kesihatan isterinya itu. Pantang kalau fikir bukan-bukan pasti jatuh sakit. Dia juga sebenarnya inginkan apa yang Puan Hanis kata tapi dia tidak mahu masuk campur urusan anak-anaknya melainkan anak-anaknya mencari mereka dan berkongsi masalah. Lagipun anak mereka tu sudah besar panjang, lelaki pula tu. Pandailah handle family masing-masing

"Yelah abang. Dah jom ke surau nanti lambat pula" balas Puan Hanis terus menutup pintu utama

------------

Arabela mendail nombor telefon uminya namun tidak berangkat. Dia menepuk dahinya sendiri. Baru dia teringat waktu-waktu begini pasti uminya berada di surau untuk solat terawih berjemaah

Arabela mengeluh. Alangkah indah kalau Aisy ada bersamanya sekarang. Pasti mereka berdua akan ke masjid juga untuk menunaikan solat sunat terawih. Arabela jalan mundar mandir di dalam bilik. Puas dia memerah otanya untuk meneka di mana keberadaan Aisy

"Rumah mama? Tak mungkin!" kata Arabela menafikan idea yang terlintas kerana dia tahu Aisy tidak mahu keluarga mereka tahu akan masalah mereka

"Rumah umi? Lagilah tak mungkin. Kalau tak mesti umi dah call aku. Haih, Ya Allah permudahkanlah urusan aku. Aku berdosa terhadap suami aku Ya Allah. Tolong aku" rayunya. Matanya kembali bergenang

Kakinya melangkah masuk ke bilik arwah anaknya. Dia duduk di sebelah katil baby yang dihias cantik olehnya

"Nuh, mummy buntu sangat. Tolong mummy sayang. Mummy berdosa dengan walid. Mummy isteri derhaka. Mummy menyesal sebab sia-siakan walid. Nuh tolong doakan supaya semuanya dipermudahkan untuk mummy ye sayang" kata Arabela sambil menangis

Dia berdiri kemudian air mata dipipi di seka dengan tangan. Dia mengambil telefonnya kemudian terus menghantar mesej kepada Rayyan

Arabela:-
Assalamualaikum Rayyan, saya perlukan bantuan awak

Rayyan:-
Waalaikumussalam, ada apa Ara?

Arabela:-
Saya tahu awak tahu Aisy di mana. Saya merayu sangat, tolong bagitahu saya Aisy kat mana. Please

Rayyan:-
Aisy tak pernah pula bagitahu secara detail cuma dia ada bagitahu yang dia pergi sabah and dua minggu lepas kami last contact each other. Lepas pada tu Aisy terus tak contact saya and saya try call number dia tapi tak dapat

Arabela:-
Thank you so much Rayyan

Arabela terus mengemaskan apa yang patut kemudian dimasukkan ke dalam luggage nya. Telefonnya diambil sekali lagi, tiket penerbangan ke Sabah ditempah secara atas talian. Dia perlu bersiap segera kerana tiket paling awal adalah 2 jam dari sekarang

Usai bersiap dan mengemas, kakinya laju melangkah keluar rumah. Grab yang dipesan tadi sudah tiba betul-betul di hadapan rumahnya. Tanpa berlengah dia terus masuk ke dalam perut kereta

"Abang, tunggu sayang"

Done update. Enjoyy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience