Arabela menggosok matanya. Terpisat pisat dia membuka mata. Jam loceng ditepi dipandang sekilas
Arabela menoleh ke tepi. Peristiwa malam semalam cuba diingati
'Eh ! Semalam aku tidur di lantai , macam mana boleh ada atas katil ?' Soalnya hairan
Arabela membuntangkan matanya. Dadanya ditutup dengan kedua tangan
'Ke dia dah cabul aku ?!'
'Astaghfirullahalazim Ara ! Husnudzon lah !' Sambungnya lagi
Arabela turun dari katil dan menuju ke arah Aisy yang sedang nyenyak tidur di atas sofa
'Aisy , aisy. Katil punya sedap , nak juga tidur atas sofa. Ego konon !' Dengusnya
Arabela merapatkan bibirnya ke ubun ubun Aisy lalu surah Toha ayat 1 hingga 5 dibaca dan dihembus
Aisy menggosok matanya dan menggeliat kecil. Pantas dia bangun apabila melihat keadaan Arabela yang terlalu rapat dengannya
"Kau buat apa hah ?! Nak cabul aku ke ?!" Soal Aisy
"Bangun , solat subuh. Saya cium tau la" usik Arabela
"Hish !" Terus Aisy berlari masuk ke tandas
Arabela tersenyum. Tau takut !
------------------
Wajah Puan Hanis tersenyum dari pagi lagi. Encik Yusuf sendiri hairan. Kalau ditegur nanti dimarah pula. Lebih baik diam sahaja
Arabela laju menuruni anak tangga. Boleh pula terlajak tidur lepas subuh tadi. Mungkin kerana penat semalam masih belum hilang
"Assalamualaikum mama , papa" tegur Arabela
"Waalaikumussalam. Awalnya Ara bangun" balas Puan Hanis
"Awal ? Mana ada awal la ma , ni pun tadi Ara terlelap sekejap lepas subuh. Maaf ye ma" kata Arabela
"Eh takpe la. Mama faham. Aisy mana ?" Soal Puan Hanis
"Ada tu , kejap lagi dia turun" balas Arabela
"Ha yelah. Ara buka jelah tudung tu. Lagi pun ada mama dengan papa je kat rumah ni. Abang long kamu dah balik dah lepas subuh tadi , katanya ada hal emergency" kata Puan Hanis
"Takpela ma , Ara belum biasa lagi" jawab Arabela segan
"Itulah, awak ni pun" kata Encik Yusuf yang sedang ralit melihat telefonnya
"Morning ma, pa" ucap Aisy
"Morning" balas Encik Yusuf
"Abang long mana pa ?" Soal Aisy
"Abang long lepas subuh tadi dah balik rumah dia la. Ada hal katanya" jawab Encik Yusuf
"Hmm baguslah. Kalau tak , tahu menyakat je" balas Aisy
"Ish kamu ni pagi pagi dah bising. Meh duduk sini makan" kata Puan Hanis
Aisy tidak membantah dan terus menurut
"Lepas ni mama nak kamu berdua pergi honeymoon" kata Puan Hanis
Tersedak Aisy dibuatnya , pantas Arabela menghulurkan segelas air sambil menggosok belakang badan Aisy
"Pergi honeymoon ? No !" Tegas Aisy. Matanya meluas
"I dont care ! Mama nak kamu pergi juga" kata Puan Hanis lagi
"Stop it ma ! Sampai bila mama nak paksa Aisy macam Aisy ni takde perasaan ? Tak cukup lagi ke mama dah paksa Aisy kahwin dengan Arabela ?" Soal Aisy bengang
Arabela tersentak 'nama aku pulak dia petik , hekeleh' gumam Arabela
"Kalau kamu ada perasaan , kamu takkan suka suka tengking mama depan isteri kamu" balas Puan Hanis selamba
Sudah biasa sangat dengan sikap keras kepala anak bongsunya itu
Aisy terdiam. Arabela berasa 'sentap' dengan sindiran pedas yang Puan Hanis berikan kepada Aisy. Aisy mendengus
"Ok fine ! 2 hari lagi Aisy akan pindah dan duduk rumah Aisy sendiri" kata Aisy. Tidak mahu lagi terus-terusan dikongkong oleh mamanya
"No ! Mama tak izinkan. Macam macam yang kamu boleh buat pada Arabela kalau mama biarkan kamu hidup berdua" balas Puan Hanis membangkang
"Terserah mama , kalau mama nak Aisy pergi honeymoon dengan Ara , Aisy akan pindah dari sini dan ikut arahan mama. Kalau mama tak izinkan Aisy pindah dari sini , Aisy takkan pernah bawa Arabela keluar pergi mana mana" kata Aisy
"No Aisy !" Suara Puan Hanis sudah mula meninggi
"Maa" panggil Arabela. Tidak mahu dia mengeruhkan lagi keadaan
"Kalau itu keputusan Aisy buat , Ara ikut je ma. Lagipun Aisy dah jadi suami Ara" kata Arabela walaupun sebenarnya berat hatinya untuk tinggal berdua dengan Aisy
Puan Hanis ukir senyum paksa kepada Arabela. Untung kerana dia mempunyai menantu sebaik Arabela
Aisy tersenyum kemenangan
Arabela tidak mahu kerana dialah yang menyebabkam pergaduhan anak beranak itu berlaku
Aisy ni pun satu , dengan mamanya sendiri tidak mahu mengalah. Memang nak kena basuh otak dia ni !
"Dan Aisy nak , bila setiap kali Aisy outstation Ara tak boleh balik sini mahupun rumah umi. Aisy nak Ara duduk je rumah Aisy" sambung Aisy lagi
"Mama dah malas bertekak dengan kamu" kata Puan Hanis terus berlalu naik ke atas. Ikutkan hati , mahu saja dipiat telinga anaknya itu
Arabela melihat wajah Aisy dengan riak tidak puas hati. Arabela bangun dan terus memapah Puan Hanis menaiki tangga. Kelihatan Puan Hanis macam tidak bermaya. Mungkin darahnya naik kembali
"Sampai bila adik nak bersikap macam ni ? Papa pun dah naik serabut dengar kamu dengan mama bertekak setiap hari ! Disebabkan perempuan jalang tu kamu sanggup ketepikan hati perasaan mama kamu ?! Papa kesal dengan sikap kamu Aisy !" Kata Encik Yusuf terus berlalu ke laman rumah
Aisy meraup mukanya. Rambutnya dikusutkan. Kakinya pantas melangkah masuk ke bilik
5 minit kemudian Arabela masuk ke dalam bilik Aisy. Kelihatan Aisy termenung di balkoni bilik. Arabela membuka tudungnya. Nasib saja balkoni bilik itu menghadap ke taman bunga mini milik Puan Hanis. Jadi tidak risaulah jika dia mendedahkan auratnya sekalipun. Kerana rumah Puan Hanis adalah satu-satunya rumah banglo tunggal di situ
"Awak" panggil Arabela. Bahu Aisy disentuh lembut
Aisy tidak menjawab
"Aisy , saya nak cakap sikit boleh ?" Soal Arabela lembut
"Aku takde mood nak dengar kau cakap. Berambus !" Aisy melangkah ke katil, badannya direbahkan. Matanya dipejam
"Awak , saya tahu awak terpaksa kahwin dengan saya. Saya tahu awak benci saya, saya tahu segala galanya"
"Kalau kau tahu , kenapa kau teruskan ? Kau tak payah nak berlagak baik la" balas Aisy
"Saya ikut sebab saya tak nak kecewakan hati sesiapa. Saya tak nak guriskan hati umi" balas Arabela
"Habis tu hati aku ?" Soal Aisy
"Saya minta maaf kalau saya jadi punca awak dan mama bergaduh. Saya takde niat pun. Awak , kalau awak nak marah saya awak marah lah. Tapi saya minta, jangan awak tinggikan suara awak pada mama. Dia hanya nak yang terbaik untuk anak dia. Kalau awak nak pukul saya , awak pukullah. Saya tak kisah. Saya merayu jangan gaduh dengan mama awak lagi. Selagi dia hidup , berbaktilah pada dia." kata Arabela sambil menangis teresak esak
"Kau tak payah nak acah suci , acah baik depan aku. Lakonan kau tu murah !!" Tengking Aisy
"Saya tak kisah awak nak cakap saya apa pun. Tapi tolong , minta maaf dengan mama. Dia tak sihat" kata Arabela lagi
Aisy terdiam, memang dia rasa bersalah yang amat sekarang ini. Namun egonya menghalangnya
"Semua ni berpunca dari kau ! Kau patutnya tak layak muncul dalam hidup aku ! Perempuan macam kau tak layak ada dalam dunia ni pun. Arabela , aku benci kau !" Aisy terus mencapai kunci keretanya dan berlalu keluar
Arabela menangis teresak esak. Maki hamun, hinaan, cacian yang Aisy lemparkan dia masih boleh bertahan. Tapi , pergaduhan yang terjadi antara seorang ibu dan anaknya , memang akan memberi kesan yang besar terhadapnya
Arabela berdiri dan menuju ke tandas. Wudhuk diambil dan solat sunat Dhuha dilakukan
-------------
Puan Hanis membuka pintu bilik Aisy. Dijenguk kepalanya sedikit. Dia tersenyum tatkala melihat Arabela yang khusyuk menunaikan solat
'Ya Allah aku meminta bantuanMu agar Engkau kembalikanlah kelembutan pada hati anakku. Kau redhailah hidupnya Ya Allah. Kau bukalah pintu hatinya untuk menerima isterinya. Kau jadikan lah dia sebagai seorang suami yang bertanggungjawab. Bahagiakan lah mereka dunia akhirat' doanya dalam hati. Pintu kembali ditutup
"Abang , Aisy kemana ?" Soal Puan Hanis kepada suaminya
"Tak tahu la abang. Dah penat nasihat bukan dia nak dengar. Abang pun dah tak tahu nak buat macam mana lagi" kata Encik Yusuf gusar
"Takpelah abang , mungkin cara saya mendidik anak saya selama ni salah. Mungkin saya terlalu mengongkong hidupnya. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk dia bang. Tak lebih pada tu" kata Puan Hanis, air matanya menitis
"Sudahlah , awak tu tak berapa nak sihat Hanis. Jangan fikirkan sangat , nanti awak jatuh sakit pula" pujuk Encik Yusuf
Kebetulan Aisy yang baru tiba terdengar perbualan mama dan papanya. Hatinya bercelaru. Kakinya pantas melangkah kebilik. Pintu bilik dibuka, kelihatan Arabela khusyuk berdoa sehingga terdengar esakan kecil yang keluar
"Ya Allah , jika akulah punca semua ini berlaku. Aku rela tarik diri dan pergi jauh dari sisi keluargaku. Berilah aku kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini. Lembutkan lah hati suamiku. Kau berilah dia kesedaran supaya dia kembali ke jalan yang benar dan diredhai. Amin Ya Rabbal Alamin" wajahnya ditekup lama
Aisy masuk ke bilik dan terus mengemas barangnya. Semua baju dimasukkan kedalam beg besar
"Awak nak ke mana ?" Soal Arabela terkejut
"Kemas baju kau cepat" arahnya
"Kita nak ke mana Aisy ?" Soal Arabela lagi
"Sebelum tahap kesabaran aku hilang, baik kau ikut je apa aku suruh" kata Aisy tegas
Arabela hanya menurut dan tidak lagi membantah. Setelah Aisy siap mengemas, begnya dibawa turun kebawah. Puan Hanis dicari
"Adik , adik nak ke mana ?" Soal Puan Hanis cemas
"Ma, Aisy nak minta maaf atas salah dan silap Aisy pada mama. Aisy tak berniat nak sakitkan hati mama. Bagi Aisy masa ma. Aisy akan cuba buat yang terbaik untuk diri Aisy dan mama. Aisy nak minta izin, Aisy nak tinggal rumah Aisy sendiri dengan Ara dan Aisy nak hidup berdikari. Aisy dah tak nak sakitkan hati mama lagi. Aisy pergi dulu , Assalamualaikum mama papa" Aisy terus mencium tangan kedua orang tuanya dan terus berlalu
"Ara minta maaf ma" ucap Arabela sayu
"No sayang, Ara tak salah. Sepatutnya mama yang kena minta maaf dengan Ara. Ara jaga diri ye sayang. Banyakkan bersabar, mama tahu Ara boleh" kata Puan Hanis. Air matanya di lap
"InshaAllah ma, Assalamualaikum" Arabela terus mencium tangan tua Puan Hanis dan Encik Yusuf
Langkah diatur menuju ke kereta Aisy. Arabela melambai ke arah Puan Hanis
Kereta terus dipecut laju. Arabela mengelap sisa sisa air matanya. Wajah bengis Aisy dipandang sekilas
Tidak berani untuk menegur, Arabela hanya mendiamkan diri
"Kau jangan bagitau umi pasal benda ni faham ?!" Soal Aisy
"Faham" jawab Arabela mengangguk
-----------------
Tiba sahaja di rumah milik Aisy, Arabela melangkah keluar dari kereta. Tiba tiba kepalanya berasa pusing
Tidak semena mena Arabela jatuh pengsan. Aisy terkejut, pantas dia mendapatkan Arabela
"Kau ni kenapa ? Ara" Aisy menampar lembut pipi Arabela
Badan Arabela didukung dan dimasukkan ke dalam bilik utama. Purdah dan tudung Arabela ditanggalkan. Direnung wajah Arabela yang kelihatan pucat
Baru dia teringat, pagi tadi Arabela tidak sempat menyentuh sarapan kerana pergaduhan yang terjadi antara dia dan Puan Hanis. Malam semalam pun Arabela tidak makan kerana sibuk melayan tetamu
"Menyusahkan aku je tahu" dengus Aisy
Aisy mencapai kunci kereta dan terus keluar untuk mencari makanan untuk Arabela
30 minit kemudian Aisy kembali bersama bungkusan makanan namun keadaan Arabela masih sama seperti tadi dan masih tidak sedarkan diri
"Ara bangun" digoncangnya sedikit badan Arabela
"Bangunlah , aku dah belikan makanan ni"
Aisy masuk ke tandas kemudian dia merenjis air kemuka Arabela. Terpisat pisat Arabela membuka mata
"Bangun makan ni" arah Aisy
"Kenapa dengan saya ?" Soal Arabela hairan
"Kau pengsan tadi. Aku dah belikan makanan ni, kalau kau tak makan siap kau" ugut Aisy
Arabela cuba untuk berdiri
"Kau nak pergi mana ni ?" Soal Aisy
"Dapur la" jawab Arabela
"Tak payah mengada, kau makan kat sini je" kata Aisy terus berlalu ke luar
Arabela menjamah makanannya sedikit. Tiada selera pula rasanya
5 minit kemudian Aisy tiba bersama air
"Kau kenapa tak habiskan makanan ni ? Kau memang sengaja kan nak suruh aku marah ?" Tengking Aisy
"Saya takde selera la" rengek Arabela
"Kau habiskan juga ! Kalau kau sakit, aku juga yang susah kena hantar kau pergi klinik la, belikan kau makananla. Huh mengada !!" Dengusnya
"Awak suapkan" kata Arabela tersengih
"Kau jangan mengada ngada boleh tak ?! Peninglah aku nak layan kau ni !!" Kata Aisy berang
"Ish ! Yela yela" Arabela mengalah
Aisy merenung wajah Arabela yang sedang makan. Muka je cantik tapi manja ishh
"Malam ni kau tidur sini, aku tidur bilik sebelah. Kau jangan ganggu aku" Aisy memberi arahan
"Hah ? Tapi saya tak nak" rengek Arabela
Aisy menjeling. Mula dah mengada dia !
"Saya nak tidur dengan awak. Rumah awak ni dah la besar, sunyi pula tu. Boleh la ye ?" Soal Arabela merayu
"Tak boleh"
"Please" rayunya lagi
"Kalau aku kata tak boleh tu maknanya tak boleh ! Kau ni tak faham bahasa ke ?"
"Saya tidur kat sofa ke kat lantai ke saya tak kisah tapi saya tak nak tidur sorang sorang. Dah tu apa guna saya kahwin kalau saya kena tidur sorang ?" Kata Arabela cuba memancing Aisy
"Siapa suruh kau kahwin ?"
"Umi yang suruh. Boleh la Aisy, boleh laaa" Arabela membuat muka comel
"Ke awak takut saya goda awak ?" Soal Arabela tersenyum nakal
"Ah ! Aku takkan tergoda la dengan godaan murah kau tu !" Tengking Aisy
"Yeke ?" Soalnya dengan muka nakal
Meremang bulu roma Aisy melihat senyuman Arabela. Terus dia keluar, takut lama lama disini boleh goyah imannya
"Eleh tak takut konon" Arabela tersenyum nakal
Share this novel
update please
bila ada sambungn?