Bab 42

Romance Series 132782

Terpisat-pisat Arabela membuka mata apabila mendengar jam loceng yang di kuncinya berbunyi nyaring. Badannya masih berasa penat kerana tidak cukup rehat. Dia hanya sempat tidur selama 3 jam saja. Selesai mandi, Arabela terus turun ke bawah mencari makanan untuk bersahur. Dia sudah pun sampai di negeri Sabah. Hotel yang terdekat dengan lapangan terbang jadi sasarannya untuk dia menginap

Dia bertekad. Lepas saja matahari terbit, dia tidak akan berputus asa untuk mencari Aisy di seluruh negeri Sabah itu. Hatinya kuat mengatakan yang Aisy ada berhampiran dengannya. Walaupun dia berpuasa namun itu bukan penghalang untuknya supaya terus-terusan mencari suaminya. Dia akan cepat-cepat meminta maaf pada Aisy. Hatinya tidak tenang selagi kata maaf dari mulutnya tidak diucapkan kepada Aisy.

Selesai menunaikan solat Subuh, Arabela terus bersiap lantas kakinya laju melangkah keluar bilik

---------------------

Aisy mencapai remote televisyen lantas jarinya menekan butang on. Aisy memandang kosong terhadap siaran televisyen yang sedang rancak menyiarkan iklan bisikan kurma Yusuf Taiyoob. Dia mengeluh. Wanita yang menunjukkan matanya dalam iklan tersebut telah membuatkan Aisy teringat pada Arabela

"Angau sangat kau ni Aisy" katanya sendirian kemudian televisyen tersebut ditutup

Dia bingkas bangun. Senaman ringan dilakukan untuk menguatkan badannya. Puasa tidak bermakna untuk melemahkan seseorang tapi untuk menambaik lagi kesihatan seseorang. Aisy kemudian merenung ke luar bilik. Kedua tangannya diletakkan di atas balkoni sambil badannya membongkok. Tengah puasa ni tengok air pantai pun boleh terliur tambah-tambah lagi dengan cuasa panas terik di luar

Mata Aisy tertancap pada seorang wanita yang sedang berjalan seorang diri di persisiran pantai. Sekali lagi dia terkenangkan Arabela kerana wanita tersebut memakai pakaian sebiji seperti Arabela selalu pakai

Jiwanya berasa kagum kepada isterinya sendiri kerana berjaya menutup aurat dengan begitu sempurna demi agama namun dia juga kagum kepada wanita-wanita lain yang sama seperti isterinya. Sedikit sebanyak dia berasa bangga kerana telah memiliki isteri sebaik Arabela

"Agaknya bilalah Ara dapat terima aku balik? Raya sorang lagi ke kalini hm?" katanya sayu

-------------------

Arabela menghela nafas panjang sesudah dia sampai di bilik hotelnya semula. Usai saja dia berbuka dia terus kembali ke biliknya. Seharian dia keluar untuk mencari Aisy tapi masih tidak jumpa

"Mana abang pergi, puas Ara cari merata tempat" katanya bersama linangan air mata

"Ara rindu abang" lirihnya bersama tangisan

Arabela merebahkan badannya lalu bantal diambil dan dia menekup bantal itu kewajahnya. Tangisnya semakin lama semakin kuat kedengaran. Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Laju saja tangannya mencapai

Rayyan:-
Macam mana Ara? Dah jumpa Aisy ke belum?

Arabela:-
Belum lagi la Rayyan tapi takpe esok saya cari lagi

Rayyan:-
Good luck!! Saya doa agar awak cepat berjumpa Aisy dan bawa Aisy balik ke sini :)

Arabela kembali meletakkan telefonnya. Dia juga begitu mengharapkan supaya dia cepat menjumpai Aisy sebelum menjelangnya hari raya. Arabela ingin sekali menyambut hari bahagia itu bersama Aisy

-------------------

"Pakcik, sepak bola tu" jerit seorang budak kepada Aisy

Tanpa banyak kata Aisy terus menyepak bola tersebut. Aisy memerhati wajah kanak-kanak itu. Ya, kanak-kanak itu adalah kanak-kanak yang sama yang pernah menyuruhnya sepak bola tempoh hari

"Thanks pakcik" balas kanak-kanak itu riang

Aisy mendekati lalu ditanyakan nama budak itu

"Nama saya Taufiq. Pakcik panggil saya Fiq je senang. Umur saya 5 tahun" balas kanak-kanak itu sekaligus memberitahu umurnya

Aisy tersenyum lalu kepala Taufiq digosok membuatkan dia tersenyum senang. Tanpa segan silu Taufiq terus mendakap badan Aisy. Aisy terkedu

"Fiq rindu baba. Ibu kata baba jauh, nanti Fiq besar baru Fiq tahu baba dekat mana" kata Taufiq tersenyum

"Jauh? Jauh dekat mana?" soal Aisy. Pelukan Taufiq dibalas

"Ibu kata dekat syurga. Fiq pun tak tahu syurga dekat mana tapi ibu selalu cakap syurga tu tempat yang paling cantik" balas Taufiq melepaskan pelukan

Aisy terkedu. Kanak-kanak ini mengingatkan dia kepada arwah anaknya

"Fiq, Fiq nak tahu tak? Anak pakcik pun ada dekat syurga tau. Nama dia Nuh" balas Aisy sambil kedua tangannya memegang bahu Taufiq

"Yeke pakcik? Pakcik tak cari ke syurga tu dekat mana? Pakcik kan dah besar!" balas Taufiq teruja

"Betullah kata ibu Fiq, syurga tu jauh. Orang-orang yang baik je dapat pergi ke syurga. Kalau Fiq nak pergi syurga, Fiq kena jadi orang baik tau" pesanan Aisy seolah-olah pesanan seorang bapa terhadap anaknya

"Habistu pakcik dengan ibu tak jumpa syurga ni sebab jahat ke?" soal Taufiq lagi

"Fiq! Penat ibu cari tau tak?! Kan ibu dah pesan jangan main jauh-jauh" jerit seorang wanita berusia dalam lingkungan awal 20-an

"Fiq ok je ibu. Jangan risau sebab pakcik ni ada" balas Taufiq sambil merenung wajah Aisy

"Maaflah kalau anak saya ganggu Encik" kata perempuan itu kepada Aisy

Aisy tersenyum dan menggeleng

"Eh takde apa pun. Taufiq ni baik, dia tak kacau orang pun" balas Aisy mengusap pipi Taufiq

"Ibu, Fiq rindu baba" kata Taufiq sambil memeluk kaki ibunya

Perempuan itu terkedu. Taufiq sudah lama tidak mengungkapkan ayat itu setelah pemergian arwah suaminya

Wajah wanita itu berubah. Badan kecil Taufiq terus didukung dan dipeluk erat. Air matanya bergenang

"Sini" balas Aisy sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil Taufiq dari dukungan ibunya. Perempuan itu hanya menurut

"Jom kita duduk bawah pokok sana" kata Aisy kepada wanita itu

Wanita itu tekun memandang Aisy yang sedang bermain dengan anaknya. Hatinya dipaut rasa rindu kepada arwah suaminya. Alangkah indah jika arwah suaminya masih hidup, pasti keluarga kecil mereka akan menjadi keluarga paling bahagia

"Nama saya Aisy, umur 27 tahun and im married. How about you? " soal Aisy sesudah mengenalkan dirinya

"Nama saya Dahlia, umur 22 tahun dan im a single mother" balas perempuan itu sambil tersenyum

"Oh i see, kalau tak keberatan boleh saya tahu kenapa ayah Taufiq meninggal?" soal Aisy sambil memandang tepat pada wajah Dahlia. Taufiq kelihatan sedang seronok bermain pasir

"Baba Fiq meninggal sebab ada barah otak. Waktu tu Fiq baru berusia setahun and sebenarnya Fiq juga dah di disahkan menghidap penyakit yang sama seperti arwah suami saya" kata Dahlia dengan suaranya yang terketar-ketar. Tubir matanya bergenang

"Maaf kalau soalan saya buatkan Dahlia tersinggung"

"Eh takpe, bukan salah Encik Aisy. Yelah, ibu mana yang tak sedih bila dapat tahu anak dia hidap penyakit macam ni apatah lagi pada usia sebegini. Sorry sebab teremosi" balas Dahlia sambil menyeka air matanya

"Eh, by the way Encik Aisy kata Encik Aisy dah berkahwin kan? Mana isteri Encik Aisy?" soal Dahlia. Aisy tersenyum lalu menunduk

"Ada, isteri saya ada cuma kita sebagai manusia ni takkan terlepas dari ujian. Saya dan isteri saya diuji ketika kami hampir kecapi kebahagiaan. Sepatutnya anak kami akan lahir bulan depan tapi Allah Maha Mengetahui dan anak saya telah pun meninggal dunia sewaktu dalam kandungan" balas Aisy

"Saya minta maaf" hanya itu yang dapat Dahlia ungkapkan. Dia sedar, sepatutnya dia bersyukur kerana dapat merasa untuk menjadi seorang ibu kepada Taufiq walaupun dalam jangka masa yang singkat. Seberat-berat dugaan yang dia tanggung rupanya ada yang lagi berat menanggung dugaan dan ujian dari Allah SWT

"Saya tengok Taufiq, saya teringat pada arwah anak saya. Jantina anak saya juga lelaki. Saya dan isteri dah pun tetapkan nama untuk anak kami tapi tiada siapa dapat menjangkakan hal ini berlaku. Arwah anak saya meninggal sebab perut isteri saya ditikam. Pada masa yang sama saya juga ditikam dan saya tak dapat berbuat apa-apa untuk selamatkan isteri saya. Isteri saya terus-terusan menyalahkan saya sehinggakan wajah saya pun dia tak sanggup nak pandang. Jadi sebab itu saya ambil keputusan untuk bawa diri ke sini" kata Aisy jujur

"Maaf kalau kata-kata saya lepas ni membuatkan Encik Aisy rasa saya sibuk hal rumah tangga Encik tapi saya tak nak Encik rasa menyesal seperti mana saya pernah alami dulu. Pada mulanya saya tak dapat terima kenyataan yang Taufiq disahkan menghidapi barah otak. Hampir setahun saya salahkan diri saya dan saya hukum Taufiq. Pada waktu tu, saya tak salurkan setitis pun air susu saya ke dalam badan Taufiq. Sekarang saya sedar, sepatutnya saya kena hargai apa yang ada dengan saya selagi masih ada masa. Saya tekad, saya takkan sia-siakan Taufiq sehingga akhir hayat dia. Saya harap Encik Aisy tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan ini. Encik Aisy, yang sudah pergi biarkan dia pergi. Yang masih ada, hargai dia sebelum terlambat. Isteri Encik Aisy pasti sudah dapat memaafkan Encik Aisy. Saya seorang wanita dan juga seorang ibu, saya tahu hati seorang wanita ini mudah lembut dan mudah memaafkan cuma terkadang emosi dia sahaja yang menghalang. Encik Aisy pulanglah pada pangkuan isteri Encik Aisy. Walau apa pun yang jadi sepatutnya Encik Aisy tidak patut tinggalkan isteri Encik Aisy bersendirian dalam keadaan emosinya begini. Saya doakan agar hati isteri Encik Aisy terbuka untuk menerima Encik Aisy kembali" balas Dahlia tersenyum ikhlas

Aisy merenung wajah Dahlia. Hatinya benar-benar bersetuju dengan kata-kata Dahlia. Sepatutnya Aisy tidak tinggalkan Arabela sendirian

"Terima kasih Dahlia. Saya minta diri dulu" pamit Aisy terus berlalu

Dahlia memandang figura Aisy yang sedang berlari lalu dia tersenyum. Hatinya berasa bahagia kerana dia dapat membantu orang sedikit sebanyak

Enjoyy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience