Bab 15

Romance Series 132782

"Oh awak, mentanglah anak menantu kita honeymoon, bukan main senyum je setiap masa" kata Encik Yusuf

"Eh suka hati saya lah abang ni pun" balas Puan Hanis

"Hmm yang" panggil Encik Yusuf meleret

"Apa dia abang?" Soal Puan Hanis

"Alang-alang kita berdua je ni, jomlah kita pula pergi honeymoon hehe" kata Encik Yusuf dengan senyuman penuh makna

"Amboi, bukan main lagi dia" kata Puan Hanis sambil bercekak pinggang

Encik Yusuf tersengih kemudian menikus. Karang membebel orang tua ni sampai tahun depan tak habis

------------------

Aisy termenung sendirian di balkoni. Sampai ke hari ni Arabela dan dia masih belum bercakap sesama sendiri. Setiap kali bertembung muka, masing-masing cepat cepat melarikan diri

Aisy berasa agak sunyi juga jika mulut kecil itu tidak bising. Yelah, pagi petang asyik dengar suara yang sama sahaja. Kalau tak dengar seharian tu rasa ganjil pula

"Perlu ke aku yang kena tegur dia dulu lagipun bukan salah aku. Siapa suruh dia berani sangat goda aku" gumam Aisy sendirian

"Ke dia sakit? Tak mungkinlah kalau sakit. Semalam aku buat slow dan penuh kasih sayang je" katanya lagi. Bermacam macam dia fikir

"Aisy" panggil Arabela yang baru tiba disitu. Wajahnya menunduk sahaja

Jantung Aisy berdegup pantas. Hatinya tidak keruan dan masih lagi belum bersedia untuk berhadapan dengan Arabela. Malu masih menebal

"Hmm"

"Saya..saya dah buat keputusan.. saya dah hantar surat resign melalui email dan saya.. saya akan sentiasa ada disisi suami saya" kata Arabela

Arabela terus duduk melutut dihadapan Aisy. Tangan Aisy dipegang

"Hmm baguslah" jawab Aisy. Riak wajahnya cuba dikawal supaya kelihatan biasa

Arabela masih lagi duduk dan memegang tangan Aisy. Wajah Aisy sedikit pun tidak dipandang

"Weh" panggil Aisy

"Ye saya"

"Pasal semalam tu..."

Wajah Arabela berona merah. Dia terus berdiri dan terus melarikan diri. Malunya masih tersisa

"Awak tak payah cakap pasal semalam lah" sempat Arabela berpesan

Aisy tersenyum nakal. Reti malu jugak perempuan ni

Aisy bangun dan mengejar Arabela. Tangan Arabela terus digenggam

"Ara, aku nak cakap sikit dengan kau" kata Aisy terus menarik Arabela duduk bersebelahan dengannya kembali

"Ya apa dia ?" Soal Arabela

"Aku..aku nak minta maaf" kata Aisy sambil menggenggam erat tangan Arabela

"Kenapa ? Awak takde buat salah pun Aisy, saya je yang banyak bersalah pada awak" kata Arabela turut menggenggam tangan Aisy

"Kau memang ada banyak buat salah dengan aku" gurau Aisy menyembunyikan senyumnya. Arabela sudah membuat muka toya

"Oklah aku serious. Aku tahu aku banyak sangat sakitkan hati kau dari mula kita kenal sampai lah sekarang. Aku dah melawan takdir Allah untuk tidak disatukan dengan kau. Aku hina kau, aku maki kau ikut suka hati aku. Aku tahu aku banyak guriskan hati kau. Jadi, aku nak minta maaf Arabela" ucap Aisy seikhlas hati. Wajah Arabela ditenung

"Awak ingat ni hari raya ke nak minta maaf?" Sengaja Arabela membalas dendam. Muka Aisy terus berubah

"Alaa yela yela sorry, awak ni serious je. Minta maaf pun struggle semacam je" kata Arabela memuncung setelah Aisy memberikannya jelingan maut

"Aku tengah serious ni kan, kau main-main lagi sekali memang aku takkan minta maaf" kata Aisy memberi ugutan

"Hmm yelah. Aisy, awak nak tahu tak ? Saya tak pernah pun kecil hati dengan setiap kata kata awak lemparkan pada saya" kata Arabela membalas renungan mata Aisy

"Kenapa?" Soal Aisy

"Sebab saya tahu Aisy Khaizuran ni seorang lelaki yang baik dan selama ini yang berikan kata-kata kesat pada semua orang itu adalah bukan dia tapi sifat dendam dia" kata Arabela tersenyum

"Kenapa kau terlalu yakin?" Soal Aisy lagi

"Sebab awak suami saya. Suami saya yang sah dunia akhirat"

------------------------

Melisa Irdina menggenggam penumbuknya. Seharian dia menunggu Aisy keluar dari bilik tapi batang hidung Aisy langsung tidak nampak

"Apa la yang dia buat dengan perempuan tu seharian ? Tak jemu ke?!!" Soalnya bengang

Ikutkan hatinya mahu saja dia pergi serbu ke bilik pasangan itu tapi nanti dia pula yang akan dikenakan tindakan

"Sudah-sudahlah tu tunggu Aisy, dia tengah sedap honeymoon tu. Biasalah, pengantin baru" tegur satu suara dibelakang Melisa Irdina

Melisa berpusing. Penumbuknya semakin kuat digenggam. Menyibuk saja malaun ni

"Bukan urusan kau!" Kata Melisa Irdina

"Sekarang ni, kau adalah urusan aku! Selepas kau sedap-sedap buang Aisy dulu, sekarang kau nak kutip balik ? Kau tak rasa jijik ke dengan diri sendiri ? Entah dah tahap mana kau punya kotor tu masih confident lagi nak berhadapan dengan orang?" Kata Rayyan dengan muka gelinya

"Kau jangan masuk campur urusan aku la Rayyan!!" Jerit Melisa Irdina tidak puas hati

"Aku takkan berhenti campur urusan kau selagi kau tak berhenti ganggu Aisy. Semua rahsia kau ada pada tangan aku, bila-bila masa je aku boleh bongkarkan semua ni" ugut Rayyan

"Sudahlah Rayyan. Jangan susahkan diri kau untuk menjatuhkan aku. Aku takkan termakan dengan ugutan kau" kata Melisa mencabar kesabaran Rayyan

"Melisa, kau dengar sini baik-baik. Sejak pertama kali aku dan Aisy jumpa kau kat hutan tu, aku dah dapat agak yang kau ni jenis perempuan macam mana. Sejak dulu lagi aku cuba untuk bagitahu Aisy tentang perangai celaka kau ni tapi disebabkan Aisy tu terlalu tergilakan kau so aku batalkan niat aku demi nak jaga hati sahabat aku. Aku bagi kau peluang Melisa, tapi kau sia-sia kan. Kali ni, jangan harap aku akan bagi kau peluang lagi. Sebelum perkara ni jadi lebih parah lebih baik kau tarik diri" kata Rayyan dengan mukanya yang serious

Melisa Irdina terkedu. Bagaimana Rayyan boleh tahu. Arghh tak kisahlah, janji Aisy milik aku!!

Melisa Irdina tidak mahu berbahas panjang lagi jadi dia mengambil keputusan untuk berlalu. Bahu Rayyan sengaja ditolaknya

Rayyan menyapu bajunya yang dilanggar Melisa Irdina. Jijik !!

------------------------

Aisy masih ralit merenung wajah Arabela. Sungguh dia suka melihat wajah itu. Tenang sahaja

"Saya cantikkan ? Haa tu la, mula-mula dulu kata hodoh la, buruk la. Eleh sekarang dia tengok kita tak berkelip" usik Arabela tertawa kecil

"Jangan perasan lah Ara. Siapa kata aku pandang kau ? Fyi, kau memang hodoh pun" sengaja Aisy berdalih

"Aisy, jangan malu-malu ok. Nah! Tengoklah puas-puas" kata Arabela terus menarik muka Aisy rapat dengan mukanya

Jarak muka mereka hanya berapa inci sahaja. Arabela terbuai dengan pandangan yang Aisy berikan. Sudahlah mata Aisy tu sexy, tambahan pula keadaan Aisy juga tengah sexy kerana tidak berbaju

"Aisy" panggil Arabela lembut

"Hmm" keadaan mereka masih sama seperti tadi. Masing-masing menatap ke dalam mata antara satu sama lain

"Kita extend duduk sini nak?" Soal Arabela. Tangannya perlahan-lahan mula melingkari leher Aisy

"Kenapa?" begitu juga dengan Aisy. Tangannya perlahan-lahan melingkari pinggang ramping Arabela

"Honeymoon"

"Kau memang gatal kan?"

"Gatal dengan awak je. Kalau bukan dengan awak, siapa lagi?" Kata Arabela menahan nafsunya daripada mencium bibir Aisy. Imannya sudah lemah apabila ditatap begitu

"Hmm"

"Betul ke ni?"

"Ye Ara, kita honeymoon lagi sampai kau puas" kata Aisy juga tidak tahan

Aisy perlahan-lahan memejamkan matanya. Wajahnya perlahan-lahan semakin menghampiri wajah Arabela. Begitu juga dengan Arabela

Wajah mereka semakin hampir sehingga bibir mereka bertaut. Lama

Arabela perlahan-lahan melepaskan ciuman. Senyuman dihadiahkan kepada Aisy kerana Aisy telah menunjukkan tanda yang dia suka dengan cara Arabela

"Sorry" ucap Aisy

"Sorry for what Aisy? Im yours" kata Arabela menggoda

Aisy menarik wajah Arabela dan bibir Arabela dipandang

"Bengkak, sakit ?" Soalnya sambil memegang bibir Arabela

"Tak sakit pun lah" kata Arabela tersenyum

"Betul?" Soal Aisy inginkan kepastian

"Hmm betul, Aisy awak serious ke nak extend duduk kat sini?" Soal Arabela

"Ye aku serious. Berapa kali kau nak tanya ?" Soal Aisy sebal

"Tanya je. Mana tahu tadi awak main-main ke" balas Arabela

"Aku serious Arabela, kita extend seminggu kat sini" kata Aisy

"Seminggu je? Sekejapnya" kata Arabela tidak berpuas hati

"Cukuplah tu seminggu. Nak buat anak je kan ? Lagipun aku banyak kerja la Ara, kau pun datang sini time aku tengah kerja siapa suruh?" balas Aisy

"Awak ni asal honeymoon je buat anak, asal buat anak je honeymoon!" Kata Arabela geram

"Betul lah kan?" Soal Aisy

"Honeymoon ni adalah masa untuk kita spend berdua Aisy, setakat buat anak dekat rumah pun boleh" balas Arabela tanpa segan silu

Aisy terdiam. Hmm betul juga kata Arabela

"Kau ni tamak la"

"Apa pulak saya tamak? Awak la tamak" balas Arabela tidak mahu kalah

"Kau la tamak, cukup je kan seminggu kita spend time bersama? Mengada-ngada je lebih" kata Aisy

"Ikut suka hati awaklah" balas Arabela ingin berlalu tapi pantas ditahan oleh Aisy

"Sikit-sikit merajuk! Lain kali kita honeymoon la lagi. Sampai tua pun takpe. Sekarang ni aku busy, banyak kerja kena settle tau tak?" Soal Aisy

"Sampai tua? Awak nak tua sama-sama dengan saya ke?" Soal Arabela teruja

"Dah tu aku nak tua dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau?" Balas Aisy menunjal sedikit kepala Arabela

Hati Arabela berbunga-bunga. Walaupun Aisy sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan Arabela tapi kata-kata Aisy itu sangat bermakna bagi Arabela

"Aisy"

"Hmm"

"Saya nak minta satu permintaan boleh?"

"Apa kau ingat aku pari-pari ke boleh tunaikan permintaan kau?"

"Janganlah main-main"

"Hmm yelah, apa dia?"

"Kita tukar panggilan nak tak? Tak sopan la kalau orang dengar awak bahasakan 'aku kau' sedangkan kita suami isteri"

"Apa yang tak sopannya ? Barulah rare!" Jawab Aisy

"Rare apa nya?! Ish!"

"Dah tu kau nak suruh aku panggil kau sayang? Baby? Bucuk? Masin? Ah ! Geli aku!!" Bangkang Aisy

"Saya tak minta pun semua tu, cukuplah awak panggil saya guna nama saya je dan awak bahasakan diri awak Aisy pun dah okey" kata Arabela yang sebenarnya menginginkan lebih dari itu

"Hmm yelah" balas Aisy mengalah

"Thank you Aisy" ucap Arabela terus memeluk Aisy erat

-------------------

Arabela merenung Aisy yang tekun menyiapkan kerjanya

"Hmm bosannya" keluhnya

Aisy memandang Arabela yang mengeluh

'memang la bosan sebab tak kacau aku' gumam Aisy

Aisy kembali fokus kepada laptopnya. Bermacam-macam kerja dia patut selesaikan. Serabut otaknya

"Aisy"

"Hmm nak apa?" Soal Aisy

"Saya nak keluar jalan-jalan boleh tak ?" Soal Arabela

"Tak boleh" pantas Aisy menjawab

"Kenapa?" Soal Arabela

"Sebab aku tak izinkan" balas Aisy

"Sekarang kan awal lagi. Boleh la ye Aisy" pinta Arabela lagi

"Kat luar tu bahaya la Ara, dengar la cakap aku" sengaja Aisy mencari alasan supaya Arabela tidak bertembung dengan Melisa

"Tapi saya bosan la" adu Arabela

"Kau meh sini" panggil Aisy

Arabela tersenyum dan terus berjalan mendekati Aisy

"Haa senyum-senyum apa ?" Soal Aisy

"Mana ada senyum" bohong Arabela

"Eleh, dah duduk sini diam-diam. Kau, kalau tak berkepit dengan aku tak sah" kata Aisy sambil menepuk sofa di sebelahnya

"Perasan" Arabela hanya menurut

"Dah diamlah aku nak buat kerja" arah Aisy kembali menyambung kerjanya

"Awak panggil saya sebab nak suruh saya duduk sini je Aisy?" Soal Arabela hairan

"Yelah, dah kau kat sana bosan. Baik kau berpindah kat sini pula" balas Aisy bersahaja

"Eleh, awak ke saya yang nak berkepit?" Soal Arabela sambil mengecilkan matanya

"Ara, aku tengah buat kerja ni" sengaja Aisy berdalih

Arabela mencebik. Terus kepalanya diletakkan diatas riba Aisy

Aisy hanya membiarkan Arabela tidur diatas ribanya. Kalau dilarang nanti bising pula radio rosak ni. Tahu nak berleter sahaja

"Aisy" panggil Arabela

"Nak apa lagi Arabela?" Soal Aisy

"Kepala saya sakit" adu Arabela

"Lepas tu?" Soal Aisy blur

"Tolong picitkan"

"Ara, kan aku tengah buat kerja ni. Tahanlah sikit" kata Aisy

"Hmm ok" balas Arabela hampa

Kepalanya memang betul-betul sakit. Entah apa puncanya

Tidak lama kemudian Arabela terlelap di riba Aisy. Aisy memandang wajah Arabela. Memang pucat

Aisy bangun dan mengambil minyak panas lalu disapukan ke kepala Arabela kemudian dia memicit lembut kepala isterinya

"Bila nak hilang perangai mengada-ngada ni Ara? Kalau suatu hari nanti aku dah takde kudrat untuk lakukan semua benda, macam mana aku nak layan perangai kau hmm?" Soal Aisy lembut

Kepala isterinya masih diurut lembut. Tidak mahu Arabela terjaga. Kepala Arabela diusap

"Sweet dream" ucapnya terus mencium lembut dahi Arabela

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience