Arabela membuka matanya. Sudah pagi rupanya. Kelihatan Aisy sedang merenungnya. Arabela melemparkan senyuman
"Feel better now honey?" Soal Aisy
"Alhamdulillah" balas Arabela tersenyum
"Sayang"
"Ye Aisy?"
"Aisy janji, walau apa pun jadi Aisy akan tetap jaga sayang dan anak kita. Termasuklah jika Aisy terpaksa gadaikan nyawa Aisy demi sayang dan anak kita"
"Aisy, kenapa cakap macam tu hm? Kita yakin pada Allah. Semuanya akan baik-baik je okay?" Soal Arabela tersenyum
"InshaAllah sayang"
"One more thing sayang"
"What?"
"Aisy harap, perkara semalam takkan berulang lagi okay sayang? Sayang kena move on dengan perkara yang lepas. Jangan samakan keadaan yang dulu dengan sekarang. Sayang kena ingat, sayang ada Aisy dan sayang ada Allah SWT"
"InshaAllah Aisy. InshaAllah" balas Arabela bersama linangan air matanya
"Sayang, Adik awak seorang insan yang bertuah kerana tentunya dia akan masuk ke syurga Allah. Awak juga bertuah kerana dia akan mendoakan awak dari syurga. Keluarga awak terpilih untuk diberi ganjaran yang hebat. Bersyukurlah, redhalah. Jangan pernah rasa menyesal di atas apa yang berlaku. Kita lemah tetapi Allah Maha Berkuasa. Jika kita berkehendak, kita kena usaha tetapi jika Allah berkehendak, Kun Fayakun"
Arabela terdiam seketika. Ayat tu adalah ayat yang pernah dikatakan oleh budak lelaki ketika dia berusia 7 tahun dulu. Ya, ayat itu langsung tidak berubah
"Ayat tu?" Soal Arabela sambil memandang wajah Aisy dengan riak yang terkejut
"Ya, ayat ni ayat seorang budak lelaki yang ada dengan sayang sewaktu kejadian pahit dalam hidup sayang berlaku" balas Aisy tersenyum
"Aisy?"
"Ya sayang, budak lelaki tu adalah Aisy" balas Aisy tersenyum lebar
Arabela terus mendakap tubuh suaminya erat. Lelaki ini yang dia cari selama ni untuk dia berterima kasih kerana seolah-olah telah memberikan semangat yang baru kepadanya selepas pemergian adiknya
"Aisy, terima kasih" ucap Arabela sambil teresak-esak
"Sama-sama sayang. Umi dah ceritakan segalanya. Dari awal sampai akhir. Dan sebab itulah kita dijodohkan antara satu sama lain. Kerana, Ara adalah kekuatan Aisy dan Aisy adalah kekuatan Ara. Sebab ini juga umi beria paksa Ara kahwin dengan Aisy sebab umi percaya yang Ara memang jodoh untuk Aisy" balas Aisy sambil membalas pelukan Arabela
"Ya Allah. Indahnya aturanMu. Kau hadirkan dia ketika aku lemah. Kau hadirkan dia ketika aku benar-benar memerlukan sokongan disisi. Terima kasih Ya Allah kerana telah menghantar dia untuk aku. Sungguh, aku mencintai suamiku keranaMu Ya Allah" doa hati Arabela
************
"Allahuakbar!" Aisy mengucap panjang apabila kereta yang dipandunya telah melanggar seseorang
Aisy pantas berlari keluar untuk melihat orang yang dilanggarnya
"Astaghfirullahalazim. Cik tak apa apa?" Soal Aisy cemas
"Saya..saa" tanpa sempat berkata wanita itu terus tidak sedarkan diri
Aisy cemas lalu terus mengangkat wanita tersebut untuk masuk ke dalam keretanya. Keretanya dipandu laju menuju ke hospital
Aisy mencapai telefonnya dan nombor Rayyan didail. Seketika kemudian Rayyan mengangkat panggilan Aisy
"Bro, aku tak dapat masuk kerja. Ada emergency kes. Sorry" terus Aisy mematikan panggilan
Lampu isyarat bertukar merah. Aisy terus memberhentikan keretanya. Keluhan dilepaskan. Aisy menoleh kebelakang.
Wanita ini, sudah lama mereka tidak bertemu. Jujur, semua perasaan cinta yang dulu menggunung kini sudah hilang semuanya tanpa meninggalkan kesan sedikit pun
"Macam mana hari ni aku boleh terlanggar kau Melisa?" Keluhnya
Kelihatan kepala Melisa Irdina berlumuran darah dan masih tidak sedarkan diri. Aisy pantas menggerakkan keretanya apabila lampu isyarat bertukar hijau. Hospital berdekatan dituju
Tiba saja dihospital, Aisy terus memanggil jururawat disitu untuk membantunya
Aisy hanya menunggu diluar sementara doktor masih lagi memeriksa Melisa
"Encik?" Panggil Doktor yang merawat Melisa
"Ya saya?"
"Encik ni suami dia ke?" Soal Doktor itu
"Eh tak, bukan"
"Oh sorry. Macam ni Encik, Cik Melisa mengalami kecederaan serious yang menyebabkan kaki kirinya lumpuh akibat hentakan yang kuat dan kepalanya juga mengalami pendarahan kecil. Jadi, dia akan ditahan di wad untuk beberapa hari" kata doktor itu
"Astaghfirullahalazim" jelas riak yang terkejut terpancar di wajah Aisy
"Bawa bersabar ye Encik. Encik doakan agar semuanya dipermudahkan. Saya minta diri dulu" pamit doktor tersebut
Aisy hanya mengangguk. Dia terduduk kembali sesudah doktor itu pergi kemudian dia meraup mukanya. Keluhan berat dilepaskan. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri
Aisy bangun dan menuju ke bilik Melisa. Pandangan sayu dan kasihan dilemparkan kepada Melisa. Melisa masih lagi belum sedarkan diri. Aisy mengambil tempat duduk dikerusi yang berada disebelah katil Melisa Irdina
Aisy tersenyum melihat Melisa sudah berterusan istiqamah memakai tudung. Sedikit kekesalan pun dia tidak rasakan kerana dia tahu apa yang dirancang Allah itu adalah yang terbaik buatnya
Pandangan Aisy tertancap pada jari Melisa yang bergerak-gerak kemudian pandangannya kembali melihat wajah Melisa yang sedang berkerut. Menahan perit di kepala mungkin
"Mel?"
Melisa yang masih mamai tidak menjawab. Perlahan-lahan dia membuka matanya kemudian wajah Aisy di pandang
"Mel?" Panggilnya sekali lagi
"Saya dekat mana?" Soal Melisa sambil memegang kepalanya yang masih berasa perit
"Awak dekat hospital Mel. Saya terlanggar awak tadi. Saya minta maaf" ucap Aisy kesal
"Aisy?" soal Melisa yang baru sedar bahawa lelaki di depannya itu adalah Aisy
"Ye, saya Aisy" jawabnya
"Saya, saya nak balik" ucap Melisa terus bangun tetapi pergerakannya tiba-tiba terhenti
"Kaki saya? Kenapa saya tak rasa kaki saya?" Soal Melisa gelisah
"Mel, saya minta maaf" ucap Aisy kesal
"Kaki saya kenapa Aisy? Kaki saya kenapaaa?!!!" Jerit Melisa dan terus menangis
"Mel, saya minta maaf" pinta Aisy sekali lagi kemudian Aisy terus memanggil jururawat yang bertugas disitu
Jururawat itu terus menenangkan Melisa yang menjerit seperti orang gila. Tidak lama kemudian Melisa tertidur selepas diberikan suntikan
Aisy berasa semakin bersalah. Lututnya lemah. Jiwanya menyalahkan dirinya sendiri. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan
*************
Arabela mundar-mandir sambil melihat jam. Selalunya waktu-waktu begini pasti Aisy akan balik untuk makan tengahari bersama. Sudahlah Aisy langsung tidak menelefonnya seharian ini
"Hmm, walid busy sangat kot harini. Takpe, hari ni baby makan dengan mummy je ok?" Kata Arabela sendirian
Memandangkan umi dan abinya sudah pulang semula ke rumah mereka seminggu lalu, terpaksa lah dia berasa sunyi sekali lagi
Arabela duduk di meja makan. Baru satu suap masuk ke mulut, perutnya mula mengeluarkan kembali makanan yang dimakan
"Hmm anak mummy ni buat perangai ek? Kenapa ni sayang? Takde selera ke sebab walid takde hari ni?" Soal Arabela sambil mengusap perutnya
"Hmm takpelah, nanti kita makan lagi ye?" Katanya lagi sambil tersenyum
**********
Melisa Irdina terus-terusan menangis apabila mendengar penjelasan dari doktor sebentar tadi
Kini, kakinya sudah tidak berfungsi. Mungkin inilah balasan yang dikenakan oleh sikapnya dahulu.
"Saya betul-betul minta maaf Mel" ucap Aisy sekali lagi
"Takpelah Aisy. Benda dah jadi" kata Melisa masih lagi dalam tangisnya
"Mel, awak tak beritahu hal ni pada family awak ke?" Soal Aisy
Sekali lagi Melisa Irdina mengeluh dan air matanya kembali mengalir deras
"Aisy, awak tahu kan saya anak tunggal? Saya takde adik beradik lain dah. Ibu dan ayah saya dah meninggal lepas setahun awak tinggalkan saya. Saya dah takde sesiapa Aisy sebab tu saya tekad untuk dapatkan awak kembali. Maafkan saya Aisy" kata Melisa Irdina sambil menangis teresak-esak
Aisy terkejut mendengar penjelasan Melisa. Siapa sangka, rupanya Melisa Irdina menangung semuanya sendirian selama ini. Perasaan bersalah semakin menggunung
"Saya dah takde hala tuju. Lepas sahaja awak tinggalkan saya, saya bertekad untuk berubah tapi.."
"Tapi apa Mel?" Soal Aisy ingin tahu
"Tapi saya tak ada tempat pergantungan. Awak dah tinggalkan saya. Setahun lepas tu, ibu dan ayah pula tinggalkan saya. Saya sunyi. Saya sepi. Semua orang memandang hina pada saya. Saya putus harapan untuk teruskan hidup sampaikan pernah suatu hari saya cuba untuk membunuh diri tapi gagal. Kerana hanya yang terlintas waktu itu adalah awak Aisy. Saya hidup lagi sekarang kerana awak. Lepas tu saya tekad untuk berubah. Tapi awak jangan risau sebab saya dah faham kemanisan iman. Dan saya takkan ganggu rumah tangga awak kerana saya rasa saya dah patut pergi buat selamanya" terang Melisa Irdina
"Maksud awak untuk pergi selamanya?" Soal Aisy hairan
"Aisy, terkadang iman seseorang ini turun dan adakalanya naik. Jadi, apa guna untuk saya hidup lagi kalau saya dah tak mampu untuk berjalan?" Soal Melisa sayu
"Mel, please. Saya merayu. Awak kata awak faham tentang kemanisan iman. Tolonglah jangan sia-siakan perubahan ni agar perubahan awak ini diterima Allah SWT" kata Aisy
"Aisy, saya dah takde sesiapa Aisy. Buat apa lagi saya hidup? Siapa nak ambil pekerja yang cacat macam saya ? Siapa nak beristerikan isteri cacat macam saya? Siapa Aisy?! Siapa?!!" Soal Melisa Irdina tegas
"Kalau awak percaya takdir Allah, tentu ada" balas Aisy menunduk
"Takkan ada yang sanggup la Aisy. Sudah lah. Saya nak tidur" balas Melisa Irdina terus membaringkan badannya
"Melisa, percayakan Allah. Sewaktu saya tinggalkan awak dulu, saya juga putus harapan untuk bercinta lagi sampaikan saya cuba mendekatkan diri saya kembali dengan Allah setelah saya berkahwin dengan Arabela. Alhamdulillah, Allah buktikan kebesaranNya. Jadi, awak percayalah. Saya balik dulu, InshaAllah esok saya datang jenguk awak lagi. Assalamualaikum" ucap Aisy terus berlalu
Aisy berjalan lemah. Air matanya yang dari tadi ditahan akhirnya jatuh juga
"Maafkan aku Mel. Maafkan aku jika aku lah punca kau merana dalam hidup kau" bisik hatinya sendirian
------------------
Aisy memarkirkan keretanya dihalaman rumah. Gelap saja rumahnya
"Assalamualaikum" ucap Aisy mesra
Namun salamnya tidak berjawab. Hati Aisy gusar, pantas dia masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan Arabela
Jiwa Aisy tersentuh apabila melihat Arabela tertidur di sofa kerana menunggunya pulang kerja. Lagi sayu hatinya apabila teringat yang dia langsung tidak menelefon Arabela seharian ini
Aisy melabuhkan punggungnya di karpet bersebelahan sofa yang Arabela tiduri. Pipi gebu Arabela diusap. Aisy mengeluh
"Kenapa kurus sangat di sayang? Aisy tak jaga sayang dengan baik ke?" Kesalnya
Sepatutnya ibu mengandung ni makin berisi tapi Arabela ini semakin susut pula. Risau hatinya melihat keadaan isterinya begitu
Aisy bangun dan terus ke dapur. Aisy mengangkat tudung saji kemudian menyentuh lauk. Sejuk. Jelas sangat ini lauk masakan tengahari
"Kenapa Ara tak makan sayang? Kalau jadi apa-apa dekat baby dengan sayang macam mana?" Sekali lagi Aisy menyesali akan dirinya sendiri
Aisy terus naik ke biliknya untuk mandi dan solat. Sengaja dia tidak mahu mengejutkan Arabela. Kalau dia mengejutkan Arabela pasti Arabela akan bertanyakan macam-macam padanya kerana Aisy tahu bahawa Arabela risaukannya
Selesai saja mandi dan solat, Aisy turun kebawah semula dan mendekati Arabela
Pipi Arabela dicium lembut. Wangi saja isterinya ini. Tidur pun cantik pula tu
Tangan Aisy mendarat di perut Arabela kemudian dia menggosok lembut perut isterinya
"Dah buncit dah isteri Aisy ni" katanya sambil tertawa sendirian
"Baby, baby kena kuat demi mummy ok? Jika terjadi sesuatu pada walid, baby kena janji dengan walid yang baby akan kuat dan jaga mummy. Walid harap sangat, first born ni anak lelaki. Baru lah gagah, boleh jadi hero kepada mummy dan adik adik. Kan? Kalau baby lelaki, baby kena salurkan kekuatan baby untuk mummy tau supaya takde apa yang akan terjadi pada mummy tau sayang? Walid sayang anak walid ni. Semoga membesar dengan sihat ye sayang?" Aisy terus mencium perut Arabela
Aisy melihat jam. Sudah pukul 11 malam. Lena betul isterinya tidur. Nasiblah esok hari minggu
Aisy mencempung badan isterinya yang kecik molek itu untuk naik tidur di bilik mereka. Aisy terus meletakkan isterinya di atas katil empuk miliknya
"Sayang penat sangat ke hari ni sampai tak tersedar langsung ni? Kan Aisy dah pesan jangan buat kerja berat? Sayang ni degil!" Aisy terus mencubit hidung isterinya sampai merah. Itu pun masih tidak dapat menyedarkan Arabela
Aisy tersenyum sendirian. Pipi lembut Arabela dicium lama
"I love you till the moon and back, Ziya Arabela" kali ni bibir Arabela pula dicium
Share this novel
morning....tqvm dear