Bab 21

Romance Series 132782

"Assalamualaikum Arabela" sapa seseorang

"Waalaikumussalam. Eh, Tuan Rizal" balas Arabela

Tuan Rizal amat mengenali gaya Arabela dan mudah mengecam Arabela walaupun dia berpurdah

"Awak buat apa kat sini?" Soal Rizal

"Takdelah, kebetulan saya lalu kat sini so saya datang sini. Rindu pula nak kerja kat sini" balas Arabela

"Oh patutlah, tu la dulu siapa yang suruh berhenti. Kan dah rindu" kata Rizal sengaja mengusik

"Hmm itu la" balas Arabela ketawa

"Awak macam mana sekarang? Sihat ke?"

"Alhamdulillah sihat"

"Hmm Arabela, saya ada sesuatu nak tanya ni" kata Rizal

"Tanya apa Tuan?"

"Tapi sebelum tu, janganlah panggil saya Tuan Rizal. Saya kan bukan bos awak sekarang. Panggil Rizal je" kata Rizal tersenyum

Arabela hanya tersenyum dan mengangguk

"Saya nak tanya, sebab apa awak berhenti kerja ye? Yela, tiba-tiba je. Ke awak berhenti sebab awak nak jauhkan diri dari saya?" Soal Rizal

"Eh bukan, bukan tu maksud saya Tuan eh Rizal. Saya bukan berhenti kerja sebab saya nak jauhkan diri dari Rizal. Tapi em haa saya dapat tawaran kerja lain. Haa" bohong Arabela

"Oh, yeke? Awak tak sayang ke kerja awak dekat sini? Yelah, awak kerja dekat sini almost 3 years right?" Soal Rizal

"Hmm, tapi saya teringin nak rasa suasana baru. Lagipun jauh pemandangan, luas pengetahuan kan?"

"Hmm betul juga, tapi awak kerja dekat mana sekarang?" soal Rizal

"Er, em dekat Negeri Sembilan" bohong Arabela lagi

"Oh, jauh juga. Hari ni tak kerja?"

"Takdelah jauh sangat. Hari ni saya cuti. Takpelah, kalau macam tu saya pergi dulu ye. Assalamualaikum" Arabela terus berlalu

Nafas kelegaan dihembuskan. Lagi lama dia disitu lagi banyak dosa yang dia dapat kerana menipu

Ada sepasang mata yang sedang memerhati Arabela. Senyum sinis dilemparkan

"Lepas Aisy dah ceraikan kau, CEO syarikat terbesar pula kau nak ye? Dasar perempuan materialistik!" Gumam Melisa Irdina

-------------------

Tok..tok..tok..

Pintu diketuk berkali kali. Aisy berdecit. Perlahan lahan kakinya melangkah ke arah pintu

Kelihatan Melisa Irdina yang berada di depan pintu. Aisy melemparkan senyum manis

"Sayang" sapa Melisa Irdina terus masuk ke dalam bilik itu

"Buat apa kat sini?" Soal Aisy mesra

"I nak tunjuk dekat you satu gambar ni" kata Melisa Irdina teruja

"Gambar? Gambar apa sayang?" Soal Aisy

Semakin hari, Aisy semakin lupa tentang dendamnya. Setiap hari, Melisa pasti datang untuk berjumpa dengan Aisy sehingga membuatkan Aisy lupa tentang apa yang telah berlaku. Jiwa Aisy resah apabila Melisa tidak datang menjenguknya walaupun sehari. Aisy berasa dia ingin sentiasa dekat dengan Melisa Irdina

"Ni" Melisa Irdina terus menunjukkan gambar tersebut

Wajah Aisy berubah. Dahinya berkerut.

"I dah takde apa apa hak atas dia. So, biar je dia ok?" Balas Aisy selamba

"Seriously sayang?! Tempoh Eddah pun tak habis lagi kot" balas Melisa tidak berpuas hati apabila melihat reaksi Aisy

"Habistu you nak i buat apa? Marah dia, maki dia, pukul dia? Macam tu?" Soal Aisy

"Em, tak bukan tu maksud i. Tapi dia kan berpurdah, tak sangka perangai dia macam tu. Nasib baik you ceraikan dia awal awal sayang. Kalau tak, taktau la dia akan buat apa lagi" sengaja Melisa memanaskan keadaan

"Stop lah cakap pasal dia. Naik meluat la i. You pergi balik, i rimas" balas Aisy

Melisa menjeling dan terus berlalu. Dia tidak mahu menggesa Aisy kerana dia khuatir jika Aisy mengesyak sesuatu

"Lambat betul kesan orang tua ni bagi. Buat penat je aku bayar mahal-mahal" dengus Melisa Irdina

Aisy merebahkan badannya ke atas katil. Semenjak dua menjak ini, badannya cepat berasa lemah sehinggakan dia senang-senang meninggalkan solat fardhu. Sudah puas dia memaksa dirinya untuk menunaikan solat tapi sikap malas menguasai dirinya

Aisy meraup wajahnya dengan kasar. Jiwanya kini makin serabut

Aisy terkenang saat-saat dia bersama Arabela dulu. Hatinya berdebar setiap kali melihat wajah lembut Arabela. Hatinya tenang setiap kali dia melihat Arabela menunaikan solat dan ketika Arabela berdoa. Jiwanya tidak keruan apabila Arabela menggodanya.

Perlahan-lahan bibir Aisy mengukir senyuman

Rindu

Tapi hanya pada separuh jiwanya sahaja. Separuh lagi perlahan-lahan menjadi milik Melisa Irdina kembali

-------------

Arabela masuk ke dalam bilik air bersama pregnancy test. Dia berharap sangat agar keputusan pregnancy test tersebut positive

Namun hampa! Keputusannya negatif. Air matanya menitis deras. Dia sangat mengharapkan supaya dia mengandung kerana dengan cara itu kemungkinan Aisy akan kembali kepadanya. Harapannya musnah

"Aisy, kenapa awak sanggup tinggalkan saya?" Rintih Arabela

Walaupun sudah sebulan Aisy dan dia berpisah, namun perasaan rindu semakin lama semakin mendalam dan mencengkam jiwa

Harini Arabela akan berjumpa dengan Aisy bersama Rayyan. Dia akan ikhtiar untuk memulihkan Aisy

"Assalamualaikum Ara, saya dah ada di bawah ni" Rayyan menghantar mesej kepada Arabela

Arabela pantas menyeka air matanya dan terus memakai tudungnya. Kakinya melangkah turun ke bawah

"Saya naik kereta saya tapi saya follow awak dari belakang ok?" Soal Arabela

"Ha baiklah" Kata Rayyan mengangguk

----------------

Aisy mendengus apabila mendengar bunyi loceng ditekan. Malas betul nak melayan orang

Perlahan-lahan dia bangun dan melangkah ke pintu

"Assalamualaikum" Ucap Arabela sayu

"Waalaikumussalam" jawab Aisy terkejut

Tubir mata Arabela bergenang. Dia rindu untuk memeluk susuk tubuh yang berada dihadapannya sekarang ini. Namun kini Aisy bukan lagi suaminya yang sah. Arabela melihat keadaan Aisy dari atas sampai bawah

Serabut, tidak kemas dan sangat serabai. Hatinya semakin sedih melihat keadaan bekas suaminya begitu

"Aisy" panggil Arabela perlahan

Aisy berbelah bagi. Dia juga berasa rindu sangat pada Arabela tapi dia juga berasa seakan ada benda yang menghalangnya untuk dia terus mendekati Arabela

"Ada apa Ara datang sini?" Soalnya berlagak tenang

"Aisy bersiap ye, Ara nak bawak Aisy ke satu tempat. Please Aisy, Ara harap Aisy tak menolak. Ara janji, ini yang terakhir" kata Arabela cuba memujuk

"Tunggu kejap" balas Aisy terus bersiap

Arabela menunduk. Air matanya berjuraian jatuh ke lantai

"Ok dah jom" kata Aisy

Arabela tersentak. Pantas air matanya di lap

Aisy hairan melihat Arabela namun dibiarkan saja. Dia sudah pun melepaskan Arabela jadi tak mungkin untuk dia memujuk Arabela

Masuk saja dalam kereta, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Hanya radio yang memecahkan kesunyian

Lagu Kisah Antara Kita yang dinyanyikan oleh One Avenue Band berdendangan di radio

"Sejak bila Ara suka dengar lagu-lagu macam ni?" Soal Aisy. Matanya hanya merenung di luar tingkap

"Sejak Aisy tinggalkan Ara mungkin" balas Arabela

Aisy terdiam sejenak

"Ara juga yang pesan, kalau kita inginkan ketenangan, kita kena sentiasa dengar zikir Allah"

"Aisy laksanakan pesanan Ara tak?" Soal Arabela

Aisy hanya mendiamkan diri lagi

"Apa yang Aisy rasa, itulah yang Ara rasakan. Tidak salah jika kita mendengar lagu-lagu begini untuk mengingati memori manis kita tapi jangan sampai kita lalai dan terlalu ikut perasaan sehingga mendatangkan kemudaratan pada kita" balas Arabela

Aisy masih lagi berdiam diri

"Aisy" panggil Arabela

"Hmm" balas Aisy

"Takde apa la" sebak didadanya cuba ditahan

Di fikirannya bermacam-macam soalan dia ingin bertanyakan kepada Aisy namun dia takut dia kecewa lagi

Aisy tak rindu Ara ke? Aisy tak pernah teringatkan Ara ke? Aisy sihat? Makan minum Aisy macam mana? Kehidupan Aisy macam mana? dan bermacam macam lagi yang dia ingin bertanya

"Ara" panggil Aisy pula

"Ye?"

"Ara nak bawa Aisy ke mana?" Soal Aisy

"Kita ikut je Rayyan bawa kita ke mana ok?" Balas Arabela. Aisy hanya mengangguk

Arabela mencuri pandang wajah Aisy disebelahnya. Rindu nak gomol muka comel Aisy itu. Rindu yang teramat sangat

"Aisy" panggilnya

"Ye Ara?"

"Kalau Ara tanya Aisy ni, Ara harap Aisy tak marah pada Ara ye?"

"InshaAllah"

"Macam mana kehidupan Aisy sekarang?" Soal Arabela

Aisy menghela nafas berat. Air matanya menitis jua. Perasaannya bercampur baur. Dia tidak membencikan Arabela tapi dia membencikan perkahwinan mereka. Dia sendiri tidak tahu punca dia berasa benci teramat akan perkahwinan ini

"Aisy ok. Alhamdulillah. Ara macam mana? " soal Aisy pula

Kehidupan Ara sunyi tanpa Aisy disisi. Susah untuk Ara lupakan Aisy, tapi kata-kata itu hanya mampu terucap dalam hatinya

"Ara ok juga" bohongnya

Wajah Aisy berkerut apabila melihat signboard "Pusat Rawatan Islam"

"Boleh Aisy tanya sesuatu?"

"Apa dia?"

"Kenapa Ara bawa Aisy kat sini? Aisy tak suka" kata Aisy apabila melihat kereta Arabela memasuki kawasan perkarangan pusat rawatan tersebut

"Ara minta maaf. Cuma Ara harap kalini Aisy takkan menolak ye. Ini kali terakhir. Ara janji" kata Arabela

Aisy hanya mendiamkan diri. Ikutkan hati ingin saja dia lari dari tempat itu. Jiwanya resah secara tiba-tiba. Aisy menjadi ketakutan

"Jom Aisy kita masuk. Takde apa yang nak ditakutkan. Ara janji" kata Arabela tenang

Aisy hanya menurut walaupun jantungnya berasa hendak terkeluar

Rayyan menghampiri salah seorang ustaz disitu. Dia mula menceritakan satu persatu apa yang telah terjadi antara Arabela dan juga Aisy. Kelihatan ustaz tersebut tekun mendengarnya sambil beristighfar berkali-kali. Selesai saja menerangkan apa yang jadi ustaz tersebut terus membawa Aisy masuk ke dalam bilik perubatan. Pada mulanya Aisy meronta-ronta sekuat hati namun setelah dibaca sedikit ayat Al-Quran, Aisy menjadi lemah dan tidak berdaya

Hampir satu jam berubat akhirnya Aisy keluar dari bilik perubatan. Aisy kelihatan sangat lemah

Rayyan dipanggil oleh salah seorang ustaz disitu.

"Ada apa ustaz?" soal Rayyan

"Sahabat kamu, Aisy sudah terkena 'buatan' orang. Tapi hal ini masih baru dan masih boleh diubati. Untung saja kamu bawa dia kesini dengan cepat. Bekas isterinya tidak terkena apa-apa. Orang itu hanya membuatkan Aisy rasa benci dan tidak suka dengan perkahwinan mereka dan sebab itu Aisy dan bekas isterinya berpisah" terang Ustaz itu panjang lebar

Mengucap panjang Rayyan apabila mendengar penerangan ustaz tersebut. Jadi betullah sangkaannya selama ini. Mana mungkin Aisy mahu menceraikan Arabela sedangkan Aisy banyak berubah setelah berkahwin dengan Arabela

"Ustaz, saya rasa saya tahu siapa yang lakukan ni semua" kata Rayyan

"Rayyan, bawa bertenang dan istighfar banyak-banyak. Kita takde hak untuk menghukum walaupun kita tahu siapa yang lakukan hal ini. Tugas Rayyan sudah pun selesai kerana telah membantu sahabat Rayyan tu. Cuma saya minta untuk Rayyan terus-terusan bawa Aisy datang untuk berubat disini sehingga dia betul-betul pulih" balas ustaz itu

"InshaAllah Ustaz. Terima kasih banyak-banyak" kata Rayyan terus bersalam dengan ustaz tersebut

"Puan Arabela. Boleh saya bercakap dengan Puan sekejap?" soal Ustaz itu

"Ye ada apa ustaz?"

"Buat masa ni saya harap Puan dapat jauhkan diri Puan daripada Aisy supaya proses perubatan ni berjalan dengan mudah. Sekarang Aisy masih keliru dengan perasaannya sendiri dan dia berbelah bagi. Jadi untuk mengelakkan perkara ni jadi lebih parah, sebaiknya Puan jauhkan diri daripada Aisy buat sementara waktu" terang ustaz itu

"Baiklah ustaz" balas Arabela. Dia kemudian berlalu keluar dari pusat rawatan tersebut

Air mata Arabela mengalir deras. Hatinya tidak kuat. Betullah kata Rayyan. Dalam pada masa yang sama Arabela lega kerana Aisy menceraikannya bukan atas dasar Aisy bencikannya tapi hanya disebabkan perasaan dengki orang lain terhadap mereka

"Rayyan, saya nak minta sesuatu dari awak" kata Arabela

"Ye, ada apa Ara?" soal Rayyan

"Pertama sekali,  terima kasih kerana sanggup bersusah payah demi hubungan saya dan Aisy. Saya hargai sangat dan saya tak tahu nak balas macam mana. Saya harap awak akan terus-terusan pantau Aisy sampailah dia betul-betul pulih. Buat masa ni saya akan cuba untuk jauhkan diri dari Aisy sampailah Aisy betul-betul sembuh. Tolong saya ye Rayyan. Saya betul-betul harapkan awak sorang je" kata Arabela merayu

Arabela memandang Aisy yang sedang tidur dalam kereta Rayyan. Dia kelihatan sangat penat. Hati Arabela semakin sayu melihat keadaan Aisy begitu. Ikutkan hati, mahu saja dia memeluk Aisy sekuat mungkin

"Takde apa sangatlah Ara. Saya buat ni pun demi kebaikan Aisy juga. Saya dah anggap dia macam adik beradik saya sendiri. InshaAllah saya akan pantau dia. Jangan risau, saya juga inginkan yang terbaik untuk dia. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum" Ucap Rayyan terus berlalu

Arabela berjalan masuk ke dalam keretanya. Dia membuka purdahnya. Arabela menghamburkan tangisnya dalam kereta. Makin lama semakin kuat. Dia rindukan Aisy. Rindu sangat

---------------------

Melisa Irdina menjerit seperti orang gila. Panas yang teramat dia rasakan

"Arghhhhh sial!!!"

Satu persatu bajunya dibuka dan dicampak. Dia terus menapak ke dalam bilik air dan terus duduk dibawah pancuran air

Air saja tidak dapat menghilangkan rasa panasnya. Terkial-kial dia di dalam bilik air

Kakinya laju melangkah keluar. Telefonnya diambil

"Hello tok"

--------------------

Rayyan mengambil keputusan untuk membawa Aisy tinggal bersama di rumah sewanya. Rayyan menapak ke dalam bilik Aisy. Kelihatan Aisy masih lagi tidur

"Ya Allah, kau pulihkan lah sahabat aku secepat yang mungkin. Kuatkanlah ikatan jodoh dia bersama Arabela" Doa Rayyan kemudian terus berlalu

Air mata Aisy gugur. Dia mendengar doa sahabatnya itu. Aisy bangun dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai saja mandi, Aisy kuatkan dirinya untuk menunaikan solat. Dia juga terkejut mendengar penjelasan Ustaz tadi tentang apa yang terjadi pada dirinya

"Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni Melisa" bisiknya

Aisy terus menghamparkan sejadah. Setelah niat dibaca dia mengangkat takbir

"Allahuakbar"

Air matanya deras mengalir. Perasaan sebak yang teramat dia rasakan. Sudah lama dia tidak menunaikan solat. Malam itu dia akan kembali mengabdikan dirinya kepada Allah

Dan malam itu juga dia menunaikan solat-solat sunat dan juga membaca Al-Quran tanpa henti sehingga pagi. Aisy mencari kekuatan dalam dirinya kembali. Dia ingin mencari petunjuk untuk dirinya

Aisy beristighfar sehingga hatinya lembik. Sembab matanya kerana menangis tidak henti. Dia berasa amat bersalah kepada Arabela kerana dia telah menyiksa Arabela sejak awal perkahwinan mereka. Aisy juga berasa amat bersalah terhadap mama dan papanya

"Ya Allah, beri aku petunjuk. Aku lemah. Aku buntu. Tunjukkanlah langkah yang seterusnya untuk aku lakukan Ya Allah. Bantu aku" rintih Aisy

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-09-22 18:01:12 

aaahhh

EmaIra
2020-09-21 20:29:29 

best tak sabar tuk next cap


NovelPlus Premium

The best ads free experience