Epilog

Romance Series 132782

3 tahun kemudian

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin baru
Moga bahagia ke anak cucu

"Aduh mana Aisy ni?!" soal Rayyan gusar

"Hoiii abang! Janganlah panik. Nanti habis makeup cair tau" ujar seorang lelaki berpewatakan lembut

"Macam mana saya tak panik? Kawan saya tak datang-datang lagi ni. Nanti macam mana majlis nak berlangsung?" balas Rayyan terus meneguk air

"Eh eh abang ni. Abang yang nak kawin kan? Bukan kawan abang. Abang duduk sini, meh adik tolong lap kan peluh abang" balas pak andam tersebut

Sepanjang sesi tatarias itu berlangsung, sepanjang itu jugalah Rayyan menahan geli melihat pak andam lembut ni. Abang adik! Euw

"Ok dah siap abang. Hensem sangattt" katanya lagi dengan suara manjanya

"Assalamualaikum" ucap seseorang di pintu bilik mereka

"Waalaikumussalam. Hmmm helok! Siapa tu abang?" soal pak andam itu. Bibirnya diketap geram apabila melihat Aisy

"Bro! Sampai pun kau. Ya Allah kenapa lambat?! Aku cuak gila!" dengus Rayyan terus menarik sahabatnya masuk

"Cuak apa? Nak kawin je kan?" soal Aisy hairan

"Eleh masa kau kahwin dengan Arabela dulu masa tu kau hati batu. Mana rasa semua benda ni!" marah Rayyan membuatkan Aisy ketawa

"Eleh, semua dah siap kan? Sorry la lambat. Princess ni bangun lambat. Nak kejut tak sampai hati" balas Aisy sambil mencium budak perempuan di dalam dukungannya

"Oh, ni la puncanyaaa. Meh sini uncle Rayyan nak kiss pulak" kata Rayyan terus mendukung budak perempuan itu

"Wow, uolls ni dah la hensem. Suka budak pula tu. Hmmmm husband material sangattt" sampuk pak andam sambil mengibaskan kipasnya

Rayyan dan Aisy hanya tersenyum sumbing. Habis segala bulu dibadan mereka naik mencanak

"Dah meh sini anak aku balik! Kau siap-siap la dulu. Aku nak ke bawah jap" kata Aisy terus merampas anaknya

"Jap la Aisy. Pakaikanlah sampin aku dulu"

"Tu, pak andam kau ada. Minta tolong dia" balas Aisy terus berlalu

Rayyan melihat wajah gatal pak andam tersebut sambil menelan air liurnya yang rasa tersekat. Siapa la yang pandai-pandai hire pak andam gatal ni!

"Sayang, merengek nak mummy dia" ujar Aisy sambil menghulurkan Nurul Mikayla kepada Arabela

"Alooo anak mummy ni.... Baru berpisah dengan mummy sekejap dah rindu ye?" soal Arabela terus mencium sekilas pipi anak perempuannya

"Rayyan dah siap ke abang?" Sambung Arabela

"Dah, tinggal pakai sampin je. Alhamdulillah, akhirnya Rayyan tu jumpa jugak permaisuri hati dia" balas Aisy turut berasa gembira

Benarlah, aturan Allah tu sangat indah. Allah tidak menghantar seorang isteri kepada Rayyan selama ini kerana Allah mahu Rayyan bantu dalam urusan rumah tangga dia dan Arabela. Setelah selesai semuanya, akhirnya Rayyan dianugerahkan bidadari syurga yang cantik dan baik akhlaknya. Mungkin selepas ini, giliran Aisy dan Arabela pula membantu Rayyan menyelesaikan masalah rumah tangganya. Hm siapa tahu?

Aisy berasa sangat bersyukur sekarang kerana semua keadaan sudah kembali seperti sediakala. Hubungan dia dan Arabela menjadi semakin mesra setelah adanya Nurul Mikayla, puteri sulung mereka. Kehadiran Nurul Mikayla menjadi penyeri buat rumah tangga mereka berdua. Aisy bersyukur kerana sifat Nurul Mikayla seindah dan sebaik mummynya. Walaupun Nurul Mikayla baru berusia 8 bulan, pemikiran budak perempuan itu sangat bijak. Sikapnya yang tidak suka meragam sangat membuatkan Aisy dan Arabela berasa tenang dengan kehadiran permata tersebut. Mungkin inilah ganjaran buat mereka berdua setelah pelbagai dugaan yang mereka tempuhi dulu

Sewaktu Arabela disahkan mengandung pada tahun lepas, Aisy sangat berhati-hati dengan emosi dan keadaan Arabela. Dia trauma akan kejadian lepas. Dia tidak mahu kejadian itu berulang dan kalau boleh, biarlah Arabela selamat melahirkan cahaya mata mereka kali ini dan Alhamdulillah. Semuanya telah dipermudahkan olehNya

Walaupun Nurul Mikayla hadir dalam hidup mereka berdua, mereka tidak pernah sekali pun berniat untuk melupakan hero mereka dialam sana, Nuh Mikael. Besar pengorbanan anak syurga itu terhadap ibu dan bapanya. Aisy bersyukur kerana telah dikurniakan anak-anak yang sangat memahami. Dia hanya mampu berdoa agar hubungan mereka suami isteri akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat

"Majlis dah mula la abang. Saya nak jenguk pengantin perempuan kejap tau" ujar Arabela. Aisy mengangguk

Kehidupan dia sekarang telah berubah sepenuhnya dan dia bersyukur kerana Allah memberinya peluang kedua untuk menjalani kehidupan. Yang berlalu di jadikan sebagai tauladan dan iktibar buat dirinya sendiri

Sentuhan dari tangan Rayyan telah mematikan lamunan Aisy. Aisy tersenyum melihat Rayyan yang segak mengenakan sepasang baju melayu berwarna putih bersih. Badan Rayyan ditarik dalam pelukan

"Thanks Rayyan. Susah senang aku, kau ada bersama. Pengorbanan kau sebagai sahabat tiada gantinya. Aku bersyukur sebab aku ada sahabat macam kau. Selamat pengantin baru" ucap Aisy. Tidak semena-mena air matanya mengalir

Rayyan yang tersentuh dengan kata-kata Aisy juga turut mengalirkan air mata. Jujur, lepas ini tanggungjawabnya akan menjadi semakin berat. Pelbagai yang dia pelajari dari kisah hidup Aisy dan dia akan jadikan semua itu sebagai pedoman untuknya

"Aisy, terima kasih jugak sebab jadi sahabat aku. Doakan jodoh aku berkekalan" balas Rayyan dengan suara seraknya

"InsyaAllah sahabat. InsyaAllah" balas Aisy kembali. Pelukan dieratkan

"Dahlah, jangan nangis. Meh aku lap" kata Rayyan terus meleraikan pelukan. Air mata Aisy yang mengalir disapu

"Goodluck malam ni bro. Jangan gelojoh" ucap Aisy terus melarikan diri

"Tak guna! Baru tadi aku rasa kau sahabat berguna! Sekarang, hampeh!" dengus Rayyan

Kaki Rayyan terus melangkah ke ruang tamu kemudian punggungnya dilabuhkan diatas sofa kecil berhadapan dengan tok kadi. Perasaanya bercampur baur. Dia sebak kerana kedua orang tuanya tiada di hari bahagia dia tapi dalam masa itu juga dia gembira kerana hari ini telah menjadi hari paling bersejarah buatnya

Aisy disebelah dipandang dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Aisy yang memahami terus menggosok belakang badan Rayyan. Aisy faham akan reaksi wajah Rayyan. Dia juga turut berasa simpati kepada Rayyan. Rayyan adalah sahabatnya sejak sekolah menengah lagi dan dia tahu Rayyan seorang anak yatim piatu yang hanya tinggal bersama pakciknya

"Jangan risau, kau ada aku" bisik Aisy sambil tersenyum

Rayyan membalas senyuman Aisy. Dia lega mendengar kata-kata Aisy. Aisy memang seorang sahabat yang sangat memahami

"Dah sedia?" soal Tok kadi sambil merenung Rayyan

Air liur Rayyan ditelan berkali-kali. Kepalanya mengangguk lemah. Sesekali mata Rayyan mencuri pandang ke arah bidadarinya yang sedang duduk bersimpuh. Bidadarinya tersenyum malu apabila dipandang oleh Rayyan

Tangan kekar Rayyan menyambut salam yang dihulurkan oleh tok kadi. Syukur dengan sekali lafaz akhirnya Rayyan bergelar suami yang sah. Air mata kegembiraan mengalir dipipi Rayyan lantas sujud syukur dilakukan. Kelihatan bidadari Rayyan mengalirkan air mata tanda tersentuh dengan perbuatan Rayyan. Inilah sikap Rayyan yang berjaya membuatkan hatinya terpikat. Sikap yang sangat tenang dan sentiasa mengingati agama dalam apa jua keadaan

"Mak abah, Rayyan dah kahwin" bisik Rayyan dalam hati

Rayyan berdiri dan perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah permaisuri hati. Cincin diambil kemudian disarungkan ke jari manis sang isteri. Air mata yang mengalir dipipi isterinya disapu lalu tangan ditadah kemudian doa dipanjatkan

----------------

"Sayang bersiap nak ke mana?" soal Aisy yang baru tersedar dari lenanya. Penat semalam masih terasa

"Bangun abang, abang dah janji nak bawa sayang ke kubur Nuh" balas Arabela sambil menyiapkan dirinya

"Oh abang lupa, nasib sayang ingatkan. Kejap abang mandi" balas Aisy terus mencapai tuala disebelah Arabela. Bibirnya sengaja mendarat dileher jinjang Arabela

"Abangggg, tepi sayang nak pakai tudung ni" kata Arabela

"Pakai jela" balas Aisy

"Dah nak pakai macam mana? Ish abang ni, pergi mandi cepat. Tengok anak pun dah siap tau" kata Arabela terus menolak badan Aisy masuk ke tandas

Arabela kembali menyarungkan tudung di kepalanya. Selesai saja bersiap, kakinya melangkah ke katil. Kelihatan Nurul Mikayla duduk bermain dengan permainannya di atas katil

"Anak mummy. Eyyyy tembamnya dia" kata Arabela terus menggomol pipi gebu anaknya

30 minit kemudian Aisy keluar dari bilik persalinan. Aisy merenung perbuatan Arabela dan anak perempuannya diatas katil. Jujur, itulah pemandangan paling indah dan bermakna buatnya

"Sayang, abang dah siap ni. Jom" ujar Aisy

"Abang makan la dulu, sayang dah siapkan" kata Arabela mendukung anaknya turun ke bawah

"Takpelah, balik nanti abang makan. Takut tengahari nanti panas pula Kayla ni" ujar Aisy. Arabela hanya menurut

Aisy terus memarkirkan keretanya sesampai saja dia di tanah perkuburan. Kakinya melangkah menuju ke pusara anaknya bersama Arabela dan Mikayla

"Eh, Dahlia?" tegur Aisy

Dahlia memandang wajah Aisy lama

"Oh, Encik Aisy" balas Dahlia akhirnya dapat mengecam Aisy

"Tak sangka jumpa awak kat sini. Kenalkan, ni isteri saya" ucap Aisy

Arabela menghulurkan tangannya untuk bersalam. Dahlia menyambut salam tersebut sambil tersenyum manis

"Ziarah siapa kat sini?" soal Aisy

"Ziarah anak saya. Taufiq" balas Dahlia tersenyum tipis. Aisy terkejut mendengar khabar tersebut. Ajal maut semua aturan Allah. Sungguh dia tidak menjangkakan. Rasa seperti baru semalam dia berjumpa dengan arwah Taufiq

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Bila Taufiq meninggal?" soal Aisy lagi.

"Dah setahun dah Encik Aisy" balas Dahlia

"Oh, takziah ye. Tapi saya nak tanya, awak bukan menetap di Sabah ke? Kenapa awak kebumikan arwah Taufiq disini?"

"Eh tak lah, saya memang menetap di sini. Waktu saya di Sabah tu, saya bawa Taufiq bercuti je. Yelah, saya dah tahu yang umur arwah anak saya tak panjang jadi kalau boleh saya nak cipta kenangan indah bersama dia dengan harapan kenangan-kenangan indah tu akan jadi pengubat rindu saya terhadap dia" balas Dahlia. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir

"Awak" panggil seorang lelaki yang baru tiba lalu terus memimpin tangan Dahlia

"Oh, kenalkan ni suami saya" balas Dahlia mengenalkan suami baharunya. Air matanya cepat-cepat diseka. Dia tidak mahu bersedih lagi. Dia seharusnya gembira kerana dia diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu kepada Taufiq. Anak soleh

"Saya dengan Hamid baru bernikah bulan lepas. Allah tu Maha Adil. Dia ambil Taufiq kemudian dia gantikan dengan Hamid. Alhamdulillah" sambung Dahlia sambil tersenyum

Kini dia sedar, Allah tidak akan memberi ujian yang melebihi dari kemampuan hambaNya.

"Alhamdulillah, tahniah atas perkahwinan Dahlia dan Hamid. Saya dan isteri doa agar dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Amin" ucap Aisy tersenyum

"Amin. Terima kasih. Ni Encik Aisy dan isteri nak ziarah kubur arwah anak ke?" soal Dahlia

"Haah, dah lama kami tak ziarah. Kami masuk dulu la kalau macam tu. Assalamualaikum" ucap Aisy

Mereka melangkah menuju ke pusara Nuh Mikael. Nurul Mikayla yang berada dalam dukungan Aisy hanya diam memerhati kawasan perkuburan.

"Assalamualaikum anak walid" ucap Aisy sambil tangannya yang lagi sebelah membersihkan kubur

"Assalamualaikum anak mummy" ucap Arabela pula. Suaranya kedengaran bergetar

Dia sudah pun redha akan ketentuan Ilahi tapi perasaan rindu terhadap putera sulungnya yang sudah pergi itu terlalu  mendalam. Tangan Aisy menggosok belakang badan Arabela seakan mengerti perasaan Arabela

"Anak mummy apa khabar kat sana? Harini mummy dengan walid datang bawa sesuatu tau" kata Arabela lagi kemudian Mikayla diambil

"Ni adik Nuh Mikael tau. Nama dia Nurul Mikayla. Kayla, bagi salam dekat abang Nuh" kata Arabela sambil tertawa kecil

"Nuh jangan risau tau. Walaupun mummy dan walid dah dikurniakan Mikayla, Nuh tetap di hati mummy and walid. Mummy dan walid takkan pernah lupakan Nuh sebab Nuh cahaya mata pertama yang Allah anugerahkan kepada mummy" ucapnya lagi seolah-olah figura Nuh Mikael ada dihadapannya

"Dah la sayang, jom baca Yaasin" kata Aisy sengaja tidak mahu Arabela berasa sedih

Arabela hanya menurut. Selesai saja membaca Yaasin dia terus mencium batu nisan sambil air matanya mengalir. Rindu

Dia termenung sejenak. Nurul Mikayla diatas ribanya dipeluk erat. Kini dia mengerti akan perasaan uminya yang pernah kehilangan adiknya dulu. Perasaannya sangat perit. Aisy menggenggam tangan Arabela erat lalu dahi isterinya dicium lama. Ciuman beralih pula kepada anaknya, Nurul Mikayla kemudian kedua permasuirnya ditarik dalam pelukan. Mata mereka bertiga memandang tepat kubur Nuh Mikael. Esakan kecil kedengaran di mulut Arabela

"Abang sayang permaisuri abang dunia akhirat. Abang sayang putera sulung kita juga" ucap Aisy lembut sambil tangannya tidak henti menggosok bahu Arabela

Arabela tersenyum memandang Aisy. Jujur dia sangat menyayangi suaminya. Suasana mendung pada hari itu memberikan ketenangan buat mereka bertiga. Arabela memandang wajah anak perempuannya yang sudah terlena didalam dakapannya lalu dia tersenyum. Setelah pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka hadapi akhirnya bahagia menyebelahi mereka. Baginya ini sudah cukup dan dia sangat bersyukur dengan pemberian Allah kepadanya. Siapa sangka yang pada mulanya Lelaki yang dia gelarkan Mulut Puaka itu telah menjadi seorang suami yang dia dambakan sejak dulu. Wajah Aisy direnung sedalam-dalamnya. Kelihatan mata Aisy juga berkaca. Arabela bersyukur kerana Aisy hadir untuk menjadi pelengkap hidupnya. Cukup hanya Lelaki Mulut Puaka ini yang ada disisi dia untuk selamanya. Tiada yang lain dan hanya Aisy Khaizuran

Abang, cinta Ara sepenuhnya untuk abang. Tiada lagi sangsi dan keraguan cinta ini terhadap abang. Abang telah buktikan segalanya dari mula dan itu sudah cukup untuk menunjukkan yang abang memang diciptakan untuk Ara. Tiada apa yang dapat pisahkan kita melainkan mati. Aisy Khaizuran, I love you

Tamat

Alhamdulillah terima kasih Allah

Alhamdulillah. Cerita Lelaki Mulut Puaka sudah sampai pada kemuncaknya. Terima kasih buat pembaca yang sudi baca dan berikan komen kepada cerita ini. Saya sangat hargai. Terima kasih sudi baca cerita ni dari bab 1 sehingga ke epilog. Macam mana dengan cerita ni korang? Best ke takk? Cuba bagi rating 1-10 dekat ruangan komen okayy. Jangan sedih sedih tau. Semoga kita berjumpa lagi di buku akan datang. InshaAllah. Bye korang! Stay safee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience