Bab 35

Romance Series 132785

Arabela bergegas berlari dalam hospital menuju ke bilik Aisy. Kakinya melangkah laju. Tidak semena-mena dia terlanggar seseorang

"Allahuakbar. Sorry Cik saya tak sengaja" kata Arabela lantas membantu perempuan itu berdiri

Arabela menarik tangan perempuan tersebut. Wajah perempuan yang berbalut itu dipandang. Arabela tergamam. Tangannya menekup mulutnya

"Mel?" soalnya

Mata Melisa terbuntang. Wajahnya disorokkan. Kakinya pula laju pergi meninggalkan Arabela sendirian. Arabela memandang kelibat Melisa yang berlari meninggalkannya

"Astaghfirullahalazim!! Aisy" katanya sendirian apabila teringat tujuan utama dia disitu. Kaunter pertanyaan dituju

"Sorry nurse. Bilik 304 kat mana?" soal Arabela mengah kerana berlari tadi

"Oh, biliknya dekat hujung sana Puan" balas jururawat tersebut

"Terima kasih" balas Arabela kembali kemudian terus melangkah masuk ke bilik Aisy. Pintu bilik tersebut dibuka perlahan

"Assalamualaikum" ucapnya

"Waalaikumussalam. Puan Arabela?" soal Malik

"Ya saya. Awak ni Malik ke?" soal Arabela pula

"Ya saya" balas Malik tersenyum manis

"Terima kasih ye sebab bawa suami saya ke sini" ucap Arabela

"Sama-sama. By the way, ni barang-barang suami Puan" kata Malik sambil menghulurkan dompet, telefon dan juga goreng pisang cheese

Mata Arabela bergenang. Hatinya tersentuh apabila melihat goreng pisang cheese tersebut. Tangannya terus mencapai barangan tersebut tanpa banyak soal

"Doktor ada bagitahu tadi yang keadaan Encik Aisy stabil. Takde apa yang serius cuma kepalanya terhantuk sedikit di stereng membuatkan kepalanya tercedera sikit" terang Malik

"Alhamdulillah. Syukurlah. Terima kasih ya Encik Malik" kata Arabela

"Sama-sama. Kalau macam tu saya pergi dulu. Assalamualaikum" pamit Malik terus berlalu

Air mata Arabela yang bergenang sejak tadi mengalir. Tangan suaminya diraih dan dicium

"Ara minta maaf abang" pintanya sayu

Kepala Aisy yang berbalut disentuh. Air matanya mengalir semakin deras

"Sayang" panggil Aisy lemah

"Abang" sahut Arabela terkejut

Bibir Aisy mengukir senyuman. Mata Arabela yang basah disentuh

"Abang, Ara minta maaf" pinta Arabela sayu

"Shhh sayang. Ni semua bukan salah sayang" balas Aisy menenangkan isterinya

"Ni salah Ara abang. Ara minta maaf" kata Arabela menangis teresak-esak

"Ara, berapa kali abang nak cakap? Jangan selalu salahkan diri sendiri bila terjadi sesuatu. Ni semua kehendak Allah. Kita siapa nak menolak kehendakNya?" kata Aisy tegas membuatkan Arabela terdiam

"Ara minta maaf"

"Sudahlah, abang terlena waktu memandu tadi tapi sikit je. Dah, Ara jangan risau. Abang ok. Meh sini tidur dengan abang" kata Aisy sambil menepuk tilam

Arabela tersenyum. Dia melangkah naik ke katil. Lengan Aisy dijadikan bantalnya. Tangannya pula memeluk erat badan Aisy. Wajahnya disembamkan di rusuk kiri Aisy memandangkan Aisy tidur menelentang. Arabela kembali menghamburkan tangisnya tapi suara esakan di tahan agar Aisy tidak mendengar

Aisy tersenyum. Dia tahu Arabela masih menangis kerana dia dapat rasakan bajunya basah dek air mata isterinya. Selawat dialunkan untuk menenangkan Arabela

Menangislah, Pastikan hari esok engkau bangun untuk semangat yang baru. Jangan kau ulangi hari esok dengan air mata. Aku benci saat melihat air matamu terus mengalir dari mata yang indah ini

------------------------

Bahu Arabela terjungkit akibat terkejut apabila Puan Hanis sergah masuk ke dalam bilik tanpa memberi salam

"Ish mama ni. Kot ye pun bagilah salam dulu. Terkejut beruk muka isteri Aisy tadi tapi nasib baik comel" tegur Aisy yang perasan akan wajah terkejut isterinya

"Sorry la mama risau" balas Puan Hanis sambil tersenyum malu

"Aisy, macam mana kamu boleh accident?" soal Encik Yusuf hairan

"Microsleep pa" jawab Aisy ringkas

"Tu la kamu. Cuai" bebel Puan Hanis

Arabela yang mendengar bebelan Puan Hanis terhadap anaknya berasa sayu. Aisy yang perasan akan wajah sayu Arabela terus menggenggam tangan Arabela. Mata Arabela bergerak memandang Aisy

Aisy tersenyum manis memandang Arabela lalu menggeleng. Dia tahu isi hati isterinya. Pasti Arabela mahu menyalahkan dirinya lagi dan memberitahu punca sebenar yang terjadi pada Aisy kepada mamanya

"Takde apa la mama. Tengok ni Aisy sihat je kan? Luka sikit je" balas Aisy kembali memandang Puan Hanis

"Bila kamu boleh keluar?"

"Harini dah boleh keluar dah. Mama je kalut datang melawat bagai" balas Aisy tertawa kecil

"Kamu ni, ingatkan dah berubah. Orang punya risau kat dia, dia boleh cakap macam tu pula. Dah la bang jom kita balik" ujar Puan Hanis sengaja pura-pura merajuk. Sebenarnya dia mahu menyerahkan tanggungjawab itu kepada Arabela. Dia tahu Arabela tu boleh diharapkan

"Abang ni, tak baik cakap macam tu kat mama. Tengok mama dah merajuk" kata Arabela sambil mencubit lembut perut Aisy

"Aduh, sakitlah sayang. Hahaha mama okay jelah. Lagipun elok juga mama balik. Ara ni bukan boleh percaya sangat. Jap lagi habis semua benda nak cerita kat mama" balas Aisy

Arabela tertawa kecil. Suaminya ini benar-benar mengenalinya

"Eh abang, Ara lupa nak cerita" kata Arabela yang baru teringat sesuatu

"Apa?" soal Aisy hairan. Jarang benar isterinya nak bergosip

"Semalam masa kelam kabut kesini, Ara terlanggar seseorang tau...

"Eh habis tu Ara jatuh tak? Sakit mana? Perut okay?" soal Aisy bertubi-tubi memotong kata-kata Arabela

Arabela menarik hidung Aisy kuat sampai Aisy mengaduh kesakitan. Lepas hilang geram baru Arabela melepaskan hidung Aisy. Tangan Aisy laju menggosok hidungnya yang berasa sakit

"Haa tu makannya. Dengarlah dulu apa Ara nak cerita" kata Arabela geram

"Sorry, ok sambung" balas Aisy masih dalam sisa tawanya

"Ara tak jatuh tapi orang yang Ara terlanggar tu jatuh. Ara cuba nak tolong dia bangun lepastu Ara cuba nak pandang muka dia sebab muka dia berbalut. Muka dia nampak separuh je tapi Ara dapat cam yang tu Melisa. Ara panggil nama dia tapi dia terus lari mengelak dari Ara" terang Arabela tanpa tertinggal satu pun

Wajah Aisy jelas terkejut. Arabela ditarik dalam dakapannya. Belakang kepala Arabela digosok

"Ara betul tak apa-apa?" tanya Aisy berbisik

"Abang kenapa ni? Ara okay lah" jawab Arabela

"Syukurlah"

Aisy risau jika terjadi apa-apa pada Arabela disaat dia tiada kudrat untuk menolong Arabela

"Sayang jaga diri. Janji dengan abang" tulus Aisy berpesan

Arabela terdiam. Pesanan Aisy sangat ikhlas. Arabela tidak mahu mempersoalkan kata-kata suaminya. Dia mengangguk kemudian berkata

"Ara janji" pelukan Aisy akhirnya dibalas

--------------------

Melisa membelek wajahnya dicermin. Air matanya menitis dan tangannya digenggam kemudian cermin dihadapannya ditumbuk sehingga pecah. Darah pekat mula mengalir dicelahan jarinya

"Bodoh punya perempuan tua. Kau belum kenal aku siapa. Tapi takpe, kasi aku settle plan pertama aku dulu lepastu baru aku settle kan kau. Buat masa ni kau bertaubat la sebanyak mungkin sebab tak lama lagi kau akan pindah 'rumah' baru" kata Melisa Irdina seorang diri kemudian dia ketawa seperti orang gila. Serpihan cermin yang agak besar ukurannya diambil. Dia merenung tajam sambil fikirannya terbayang saat kejadian kecacatan pada wajahnya berlaku

Flashback

Melisa berjalan lenggang sesudah keluar daripada lift untuk menuju ke rumah kondo nya. Tangannya meraba ke dalam beg untuk mencari kunci

"Hoi betina" panggil seorang wanita tua dalam lingkuan 50-an di belakangnya. Gaya wanita tersebut seperti seorang datin

Melisa tidak berpaling kerana belum tentu wanita tersebut memanggilnya

"Woi betina. Kau pekak ke haa?!" Jerit wanita tersebut lagi sambil menarik bahu Melisa membuatkan Melisa jatuh terduduk

"Celaka kau orang tua!!" jerit Melisa terus berdiri

"Kurang ajar!!" kata wanita tersebut terus menampar wajah Melisa

"Apa masalah kau orang tua?!" jerit Melisa sambil memegang pipinya yang terasa perit dek tamparan kuat wanita tua tersebut

"Kau tanya apa masalah aku? Sepatutnya soalan tu ditujukan pada kau! Apa masalah kau sampai kau goda laki aku ha?!! Takde jantan lain ke kau nak goda?! Apasal nak goda laki aku jugak?!" tengking wanita tua itu

"Siapa laki kau sial?! Tak padan dengan tua tapi nak menyalak" balas Melisa sinis

"Kau buat-buat tanya siapa laki aku?! Kau ni memang dasar perempuan murahan!!" hinaan wanita tua itu membuatkan Melisa tersenyum sinis

"Oh, kau nak cakap aku murah? Laki kau pun aku tak tahu siapa. For your information, semua lelaki yang pernah 'sewa' aku semuanya duda. Tapi aku sendiri tak heran lah kalau ada yang mengaku duda, maybe sebab malu kot ada bini tua kerepot, berkedut sana sini macam kau" balas Melisa terus menutup mulutnya ala-ala terkejut kemudian dia tertawa kecil

"Eh by the way, boleh aku tahu siapa suami kau yang malang sangat dapat isteri hodoh macam kau ni?" soal Melisa sambil merenung wanita tua itu atas bawah

"Kau ni memang perempuan paling bodoh. Dato Iskandar suami aku, seorang ahli perniagaan terkenal yang selalu keluar masuk tv. Eh perempuan! Satu dunia kenal dia dan tahu dia ada isteri tapi kau je datang dari planet mana entah" balas wanita itu

"Oh, Dato Iskandar yang takde anak tu? Eh tua, kau nak tahu tak? Laki kau pernah ajak aku kahwin tau sebab dia kata bekas isteri dia tak boleh bagi dia zuriat. Dia kata bekas isteri dia tu mandul. Tak sangka pula bekas isteri yang dia maksudkan tu masih isteri sah dia. Yelah, nasib saja aku tak terima lamaran Dato Iskandar tu kalau tak aku dah kena bermadu dengan perempuan mandul macam kau. Euw, jijik" balas Melisa Irdina ingin berlalu

"Tak guna kau perempuan!!" jerit wanita tua tersebut sudah hilang sabar. Bahu Melisa ditarik sekali lagi kemudian wajah Melisa disimbah asid

"Arghhhhhhh" Melisa meraung kesakitan. Matanya yang sebelah kiri tak dapat dibuka.

"Tu baru sikit. Ikutkan hati, sepatutnya aku bunuh je perempuan jalang macam kau tapi nasib baik ajal kau bukan harini. Aku akan tunggu berita kematian kau dan aku yakin yang cara kematian kau tu setimpal dengan perbuatan kau!" kata wanita itu terus berlalu

"Siallll!!!!!" jerit Melisa

End of flashback

Melisa yang menggenggam serpihan kaca tersebut terlalu leka mengenangkan kes itu sehinggakan dia tidak perasan yang tangannya luka dalam. Darah yang mengalir dari tangannya sangat banyak hingga memenuhi sinki

Tapi sakit yang dia rasakan saat itu tidak sesakit hatinya pada semua musuhnya. Dia bersumpah pada dirinya sendiri yang dia akan balas dendam kepada semua

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-12-23 12:59:22 

tqvm dear. lama i'm waiting tau


NovelPlus Premium

The best ads free experience