Bab 11

Romance Series 132086

"Aisy, awak kemas baju semua ni nak kemana ?" Soal Arabela

"Kan aku outstation esok" jawab Aisy

"Oh lupa. Tapi awak outstation ke mana ? Jauh ke ?" Soalnya lagi

"Dekat je lah. Thailand" jawab Aisy selamba

"Thailand awak kata dekat ?" Arabela terkejut

"Yelah ! Dekat daripada tempat yang aku pernah pergi sebelum ni" jawab Aisy

'Dia ni taktahu beza ke mana dekat mana jauh ish !' Dengus Arabela

Arabela memuncung. Mukanya dikerutkan. Kakinya melangkah ke katil lalu badannya dihempas

"Kau ni dah kenapa ?" Soal Aisy hairan melihat tingkat laku Arabela

Arabela tidak menjawab. Badannya diselubung dengan selimut

"Lantak kau lah !" Kata Aisy terus keluar bilik

"Amboi amboi, tak reti ke nak pujuk isteri sendiri ?" Gumam Arabela geram

"Aisy !" Jerit Arabela

"Kau ni kenapa ? Mana sifat ayu kau sebelum kahwin tu ? Terjerit jerit ! Aku stepler mulut tu kang" omel Aisy

"Jangan cakap dengan saya" Arabela memberi amaran

'Period lah tu' gumam Aisy sambil menjeling

-------------------

"Abang, saya risau lah dengan Ara. Esok kan Aisy outstation, kalau dia tinggal Ara sorang sorang dekat rumah macam mana ?" Soal Puan Hanis

"Ish awak ni, Ara kan dah besar. Lagipun awak macam tak kenal anak kita. Sekasar mana pun dia, dia takkan pernah angkat tangan pada perempuan dan dia tahu tanggungjawab dia. Abang yakin, dia takkan berani biarkan Arabela seorang diri kat rumah cuma dia ego" terang Encik Yusuf

"Lelaki bang, bukan boleh percaya sangat kalau dah marah" balas Puan Hanis

"Eh eh awak ni. Dah tak percayakan anak sendiri ke ?" Soal Encik Yusuf

"Bukan itu maksud saya" balas Puan Hanis

"Eleh"

Puan Hanis menjeling

------------------

Aisy mencapai telefonnya lalu nombor sepupunya didail

"Assalamualaikum Qisya" Ucap Aisy ditalian

"Waalaikumussalam. Haa ada apa abang Aisy ?" Soal Qisya

"Abang nak minta tolong Qisya sikit boleh ? Qisya free tak dua minggu ni ?" Soal Aisy

"Haa macam tahu-tahu je Abang Aisy ni. Haah Qisya tengah cuti sem sampai bulan depan" jawab Qisya

"Thanks God ! Abang nak minta tolong Qisya tidur rumah abang dua minggu ni boleh tak ? Lepas tu kalau Qisya nak sambung habiskan cuti sem Qisya kat sini pun takpe" kata Aisy

"Kenapa Abang Aisy nak ke mana ?" Soal Qisy yang faham sangat pekerjaan abang sepupunya itu

"Abang ada kerja dekat Thailand. So, abang nak Qisya temankan isteri abang tidur sini. Boleh ke ? Sebab isteri abang tu bukannya biasa duduk sini sorang sorang. Lagipun abang kan baru je kahwin" jawab Aisy

"Ohh i see. Okay boleh, bila abang bertolak ?" Soal Qisya lagi

"Tengahari esok. So, pagi esok abang jemput Qisya ye"

"Haa ok la kalau macam tu. Qisya tunggu ye. Bye Assalamualaikum" ucap Qisya terus mematikan panggilan

Aisy mendengus 'Yang Arabela ni pun satu ! Duduk jelah sorang sorang. Nak merajuk la apa la ! Nasib lah Si Qisya ni ada' Gumam Aisy

Kakinya melangkah menaiki tangga. Diintai kepalanya sedikit ke dalam bilik untuk melihat Arabela. Arabela hanya kaku diatas katil seperti tadi. Masih diselubungi selimut

"Ara" panggil Aisy namun Ara tidak menjawab

"Ara. Kau dengar ke tak aku panggil ni ?" Soal Aisy. Selimut Arabela ditarik sedikit

"Hmm" jawab Arabela

"Esok kau kerja pukul berapa ?" Soal Aisy

"Pukul 8" jawabnya

"Esok aku hantar kau"

Arabela bangun dari pembaringannya dan duduk berhadapan dengan Aisy

"Awak naik flight pukul berapa ?" Soal Arabela

Aisy tidak terus menjawab pertanyaan Arabela. Wajah Arabela diperhati

"Mesti baru lepas nangis ni" gumamnya apabila melihat mata dan hidung Arabela memerah

"Kenapa kau nangis ?" Soal Aisy

"Mana ada saya nangis" bohong Arabela terus menyembunyikan wajahnya

"Tipu ! Kenapa kau nangis ? Takut kena tinggal sorang sorang ?" Soal Aisy

"Mana ada" jawab Arabela. Suaranya sudah terketar ketar ingin menangis sekali lagi

"Ceritalah, kenapa nangis ni hmm ?" Soal Aisy berlembut. Kepala Arabela diusap

Arabela pantas memeluk Aisy. Dihembur tangisnya dibadan Aisy

"Mengadanya kau ni" kata Aisy namun diurut juga belakang badan Arabela supaya Arabela kembali tenang

"Tak nak bagitahu ke kenapa kau nangis ? Kau nak aku panggil umi ke ? Kau rindu umi ?" Soal Aisy

Arabela mengangguk perlahan lahan. Memang dia merindui uminya dan paling menyedihkan apabila suaminya akan meninggalkannya seorang diri selama dua minggu. Arabela sendiri tidak tahu mengapa dia terlalu bersedih jika Aisy tiada disisi

"Kau ni ! Sebab tu je kau nangis sampai macam ni sekali ?" Soal Aisy

"Yelah, dah la awak nak tinggalkan saya selama dua minggu. Lepas tu awak suruh saya duduk sini sorang sorang. Lepas tu awak tak bagi saya pergi rumah umi" adu Arabela. Bibirnya mencebik manja

"Kau rindu umi ke kau takut rindu aku?" Soal Aisy sengaja ingin menceriakan keadaan

"Ish ! Takde makna" jawab Arabela

"Eleh, takde makna konon. Kan dapat pahala kalau rindu suami sendiri" kata Aisy tersenyum manis

"Hmm. Awak tak rindu saya ke nanti ?" Soal Arabela. Wajah Aisy dipandang

"Tak. Buat apa aku nak rindu kau ?" Soal Aisy sambil merenung wajah tenang Arabela

"Betul ni ?" Soal Arabela inginkan kepastian

"Betul lah. Takde faedah nak rindu budak mengada macam kau ni" jawab Aisy bersahaja

Arabela menarik mukanya. Sayu hatinya mendengar jawapan sebegitu dari mulut suaminya sendiri. Suami, cubalah bagi kata kata yang menaikkan semangat isterimu ini

Dah lah orang tengah bersedih, boleh pula dia bagi jawapan sebegitu. Arabela tahu, dia sepatutnya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada Aisy. Dia sendiri tahu yang dia hanya bertepuk sebelah tangan. Hati Aisy masih lagi keras dan egonya masih tinggi dan sepatutnya dia tidaklah meletakkan apa apa harapan pun pada Aisy

Arabela sudah akui bahawa dia mencintai suaminya, Aisy dan itu adalah kewajipan dia sebagai seorang isteri kepada Aisy. Sejak dari awal perkahwinan lagi dia sudah memendam perasaan ini. Arabela juga tahu, setiap bait kata yang jahat keluar dari mulut Aisy itu adalah bukan dari hati Aisy, malahan kata kata tersebut hanyalah dari kemarahan Aisy dan Arabela tahu dia sepatutnya tidak perlu ambil hati dengan kata kata kesat yang Aisy lemparkan dan sebab itulah dia masih bertahan dengan Aisy

Arabela juga tahu, suatu hari nanti Aisy pasti akan jatuh cinta pada dia dan Arabela akan menunggu detik itu selamanya

"Aisy, awak tak jawab lagi soalan saya tadi" sengaja Arabela menukar topik

"Kau tanya apa tadi ?" Soal Aisy

"Flight awak pukul berapa ?" Soal Arabela

"Oh, flight aku tengahari" jawab Aisy

"Nanti ambil saya time lunch tau. Saya nak hantar awak sampai KLIA" kata Arabela

"Tak payah la. Aku rasa tak sempat kot" kata Aisy

"Please Aisy" pujuk Arabela

"Hmm tengoklah kalau sempat" balas Aisy

Arabela terus merebahkan badannya setelah dia bersalamanan dengan suaminya

Arabela mengiring kearah bertentangan dengan Aisy. Air matanya mengalir lagi. Berat hatinya ingin berjauhan dengan Aisy. Pelbagai soalan bermain difikirannya

"Aisy ingat aku ke bila dah sampai sana ? Aisy balik sini terus ke bila dah habis kerja ? Aisy akan rindu aku ke ? Aisy akan call aku ke ?" Dan bermacam macam soalan lagi difikirannya

Aisy hairan dengan perangai Arabela. Selalunya bukan main bising lagi walaupun aku tak layan dia. Ni dah layan pun sedih semacam je

"Ara dah tidur ke ?" Soal Aisy

"Belum" jawab Arabela

"Dah solat ?" Soalnya lagi

"Dah" jawab Arabela

"Hmm ok. Goodnight" Aisy terus mematikan lampu bilik. Hanya lampu sisi katil saja dibiarkan terbuka

Arabela memusingkan badannya berhadapan dengan Aisy. Badan Aisy terus dipeluk

"Cakap dekat Ara bang. Cakap dekat Ara yang abang tak jadi pergi Thailand. Ara tak nak abang tinggalkan Ara. Ara sayang abang" bisik hatinya

Setitis air matanya jatuh. Ditahan mulutnya supaya tidak mengeluarkan bunyi yang dia sedang menangis

"Abang" itulah panggilan yang teringin sangat dia sebut ketika dia memanggil Aisy

Namun, dia tahu Aisy pasti tidak suka jika dia memanggil Aisy sebegitu

Aisy merasa bajunya sedikit basah. Diintai sedikit wajah Arabela yang memeluknya

"Menangis lagi ? Kau kenapa ni Ara ? Jangan buat aku risau" desis hatinya

"Sekeras keras hati aku, aku tak sanggup melihat seorang wanita menitiskan air mata dihadapan aku. Ara, please !" Bisik hatinya lagi

Tidak lama kemudian Arabela berhenti menangis. Arabela tertidur dalam tangisnya. Aisy mengangkat wajah Arabela. Sembab. Tangan Aisy mengelap sisa sisa air mata Arabela

"Aku minta maaf kalau aku lah yang jadi punca kau bersedih"

--------------------

Pagi itu Arabela subuh bersama Aisy. Sejak pagi wajah Arabela suram sahaja. Aisy nak menegur tapi takut pula jika mengganggu mood Arabela namun dia perlu mengembalikan mood Arabela sebelum dia pergi nanti

"Hey, kau ni kenapa ? Pagi pagi dah monyok. Rezeki tak masuk nanti baru tau" kata Aisy

Arabela tersenyum. Ada betul kata Aisy itu

"Aku dah nak pergi ni. Jangan lah bagi aku muka buruk kau tu. Cuba lah bagi muka yang cantik sikit, baru lah aku teringat kau sikit nanti kat sana. Takdelah aku cari awek Thailand. Ke kau nak bermadu dengan awek Thailand ?" Soal Aisy bergurau

"Kalau saya bagi awak muka cantik pun belum tentu awak nak ingat saya. Setiap hari saya senyum dekat awak pun, awak pandang muka saya pun tak nak" jawab Arabela

Aisy sedikit sebanyak terkesan dengan kata kata Arabela

"Oklah, jangan menyesal pula kalau aku balik sini dengan madu kau" usik Aisy lagi

"Eleh poyo ! Orang melayu pun tak nak dekat dengan awak sebab awak garang. Inikan pula orang Thailand" balas Arabela lagi

Sekali lagi Aisy terkesan dengan kata kata Arabela. Amboi , tak boleh nak gurau dah ke sekarang

"Dah la, saya nak turun buat sarapan dulu" kata Arabela terus turun kebawah

Arabela tidak fokus untuk melakukan kerjanya. Ingin saja dia mengambil cuti hari itu tapi dia sudah pun bercuti lama jadi tidak mungkin dia akan mengambil cuti lagi

"Ara, tolong aku jap" jerit Aisy dari atas

Arabela mematikan dapur gasnya dan berlalu naik ke atas. Nasib saja kerjanya sudah siap. Mengacau saja Aisy ni !

"Ada apa ?" Soal Arabela

"Tolong aku kemaskan fail ni. Fail ni penting. Aku terlupa nak kemaskan malam tadi" kata Aisy

"Hmm yelah" balas Arabela

"Thanks" Aisy tersenyum. Nasib sajalah Arabela mahu menolongnya

"Awak pergi lah makan dulu. Kejap lagi lepas saya kemas ni saya turun makan" kata Arabela

"Takpelah, aku tunggu kau" jawab Aisy

Arabela hairan. Sebelum ini Aisy tidak pernah menunggunya makan sekali. Hatinya sedikit gembira

"Semua barang awak dah kemas ke ? Barang kerja awak semua dah sedia ?" Soal Arabela

"Dah, semalam beria kemas yang lain tapi lupa nak kemas fail tu je" jawab Aisy

"Hmm, untung ada isteri kan ?" Kata Arabela tersenyum

Aisy berasa lega melihat Arabela senyum. Takdelah terbeban sangat mahu tinggal Arabela disini

"Hmm boleh la" balas Aisy

"Aisy, kalau awak tak sempat nak ambil saya time lunch nanti biar saya pergi sendiri je la. Takut awak rushing pula" kata Arabela

"Kau serious ?" Soal Aisy

"Yes" jawab Arabela

"Okay then. Aku tunggu kat sana. Jangan tak datang pula" kata Aisy

"InsyaAllah. Dah jomlah kita makan" kata Arabela terus memimpin tangan Aisy turun ke bawah

"Nah duit belanja untuk kau selama aku takde kat sini" Aisy menghulurkan 5 keping not 100

"Banyaknya, lagipun barang dapur dah ada kan ? Tak payah la Aisy" kata Arabela menolak duit tersebut

"Ni dah memang tanggungjawab aku sebagai seorang suami. Just take it" kata Aisy

Arabela tidak membantah. Duit tersebut diambil

"Terima kasih" ucapnya

"Dah, jomlah. Nanti kau lambat pula"
Kata Aisy terus berlalu ke kereta manakala Arabela pula mengemas apa yang patut

--------------------

20 minit perjalanan akhirnya mereka tiba di pejabat Arabela

Arabela tidak terus keluar dari kereta, wajah Aisy dipandang lama

"Kau kenapa ?" Soal Aisy hairan

"Saya masuk kerja dulu ye. Hati hati ye nanti, dah sampai sana nanti terus call saya tau. Jangan lupa makan and always remember me okay ? Saya masuk dulu. Assalamualaikum" ucap Arabela terus mencium tangan Aisy

"InsyaAllah, kau pun kat sini jangan nak merengek sorang sorang. Jangan asyik nak call aku 24 jam. Aku pergi sana kerja, bukan holiday. Jangan lupa makan juga. Dah la nanti kau lambat pula. Pergi masuk" kata Aisy

Arabela tersenyum dan terus keluar

Aisy membuka tingkap dan nama Arabela dipanggil

"Ye ?" Soal Arabela

"Jangan lupa datang airport nanti" pesan Aisy

"InsyaAllah" jawab Arabela tersenyum

------------------

"Assalamualaikum, Raisya Zulaikha" ucap Arabela kepada sahabatnya

"Waalaikumussalam, amboi berserinya pengantin baru ni" kata Zulaikha

"Eh mana adalah. Kau apa cerita ni makin berisi ? Baru seminggu tak jumpa, bulat lain macam" kata Arabela

"Ni aku nak cerita ni. Aku mengandung !!" Kata Zulaikha teruja

"Mengandung ? Alhamdulillah , berapa usia kandungan kau ni ?" Soal Arabela

"Nak masuk dua bulan. Aku pun baru je tahu, Alhamdulillah nasib baik baby ni ok" kata Zulaikha

"Hmm Alhamdulillah, jaga elok elok pemberian Allah ni" pesan Arabela

"InsyaAllah, Ara nanti lunch ni teman aku makan nasi kerabu dekat depan tu jom. Baby craving" kata Zulaikha

"Sorry Zu, bukan aku tak nak. Aisy outstation hari ni so aku sebagai isteri kena lah hantar dia sampai airport. Sorry tau" kata Arabela

"Oh takpelah kalau macam tu. Aku faham, aku boleh je ajak sesiapa nanti. Apa yang penting sekarang ni aku nak hubungan kau dengan Aisy rapat dan kalau kau dah bersedia nak luah apa apa, kau luah je. Aku sedia mendengar"balas Zulaikha

"InsyaAllah Zu, thanks"

Zulaikha tahu yang Arabela ni bukan seorang yang suka bercerita tentang rumah tangganya kepada orang lain. Jadi, dia sebagai kawan tidaklah memaksa sahabatnya itu menceritakan apa yang telah jadi. Biarlah Arabela sendiri yang bersedia untuk meluahkan isi hatinya

----------------------

Aisy masih ralit mencari kelibat Arabela. Sepatutnya setengah jam yang lalu Arabela patut berada disitu tapi sampai sekarang batang hidung Arabela pun masih tidak kelihatan

"Kau dah janji nak datang Ara. Mana kau ?" Bisik hatinya

"Abang Aisy tunggu siapa ? Dari tadi mundar mandir je. Cuba rileks, kan lagi setengah jam flight abang bertolak" kata Qisya yang hairan dengan sikap Aisy

"Takde siapa la" bohong Aisy namun matanya masih meliar cari kelibat Arabela

"Qisya, ni duit belanja selama Qisya duduk situ. Nanti kalau Kak Ara free, ajak lah dia keluar. Lagipun Kak Ara tu banyak cakap, so Qisya jangan kekok dengan dia. Ini first time kan Qisya jumpa dia ?" Kata Aisy

"Haah, mesti cantik kan isteri abang Aisy ?" Soal Qisya

Yelah, masa hari perkahwinan Aisy tu Qisya tengah exam. Jadi, dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Aisy dan Arabela

Aisy tersenyum

"Eleh, senyum senyum ada makna la tu" usik Qisya

Aisy meluku kepala Qisya. Sememangnya dia dan Qisya rapat macam adik beradik

----------------

Arabela berlari anak mencari kelibat Aisy. Semasa perjalanan tadi boleh pula teksi yang dinaikinya rosak

Terpaksalah dia tunggu teksi lain lalu. Sudahlah kawasan itu kawasan pedalaman, memang susah jika teksi atau bas masuk ke kawasan itu. Setengah jam kemudian barulah ada teksi yang lalu dikawasan situ. Cepat cepat dia menahan teksi tersebut

Arabela tersenyum melihat Aisy tapi langkahnya terhenti apabila melihat Aisy sedang ketawa sakan dengan seorang gadis

Arabela mengecilkan matanya untuk mengecam gadis tersebut namun dia tidak mengenali gadis itu. Malahan, wajah gadis itu pun dia tidak pernah lihat

Arabela terduduk dikerusi yang tersedia

"Patutlah abang bagi alasan sewaktu Ara suruh abang ambil Ara waktu lunch. Rupanya abang dah ada peneman. Abang langsung tak ingat pada Ara ke ? Ara ni isteri abang" bisik hatinya

Arabela menangis teresak esak disitu. Matanya tidak lepas memandang kemesraan suaminya bersama gadis tersebut

"Maafkan Ara, Abang. Ara tak dapat hantar abang. Im sorry" Arabela terus keluar daripada situ. Hatinya tidak kuat untuk melihat suaminya lagi. Teksi yang lalu ditahan

Pedih hatinya hanya Tuhan yang tahu. Dia mencintai suaminya sepenuh hati tapi inikah yang namanya dugaan selepas berkahwin ? Kuatkanlah aku Ya Allah

-----------------------

Aisy menoleh buat terakhir kali dan sangat berharap agar Arabela berada disitu untuk menghantarnya pergi

Tapi hampa, Arabela langsung tidak kelihatan. Hancur hatinya

"Kau tipu aku, Arabela !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience