Bab 25

Romance Series 132782

5 bulan kemudian

Aisy menggelengkan kepalanya melihat Arabela. Di ruang tamu rupanya isterinya itu. Dipanggil berkali-kali dari dapur bukan nak menyahut

"Sayang" sekali lagi Aisy memanggil

"Eh haa ye?" Sahut Arabela

"Kenapa Aisy panggil dari tadi tak menyahut?" Soal Aisy geram

"Mana ada Aisy panggil. Ara tak dengar pun" balas Arabela endah tak endah

"Ish, orang panggil dia macam dah nak terkeluar dah anak tekak ni tau tak?" kata Aisy

Namun Arabela hanya mendiamkan diri. Fokusnya hanya pada televisyen. Aisy melihat skrin televisyen

What ?! Drama korea ? Sejak bila Ara layan korea ni?!!

Aisy mengambil remote senyap-senyap lalu televisyen ditutup

"Aisy !"

"Ohh, sebab drama korea Ara tak layan Aisy? Sebab drama tu Ara sanggup ketepikan husband Ara?" Soal Aisy pura-pura marah

Arabela terdiam. Pandangannya ditundukkan

"Sorry" ucapnya perlahan

"No" balas Aisy

"Sorry la Aisy" rengek Arabela sambil cuba merampas kembali remote yang dipegang Aisy. Tapi malangnya tak dapat kerana Arabela lebih rendah dari Aisy

"Bagilah Aisy" kata Arabela sambil menghentakkan kakinya

"Tak boleh la sayang. Cuba sayang tengok jam berapa tu?" Soal Aisy cuba berlembut

"Lepas habis cerita ni Ara tidur lah" balas Arabela sambil mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan angka 11.30 malam

"Esok Aisy kerja, siapa nak teman Aisy tidur?" Soal Aisy

"Aisy pergilah tidur. Aisy dah besarkan?" balas Arabela tidak berpuas hati. Dia berpeluk tubuh

"Macam tu pulak? Aisy ni husband Ara tau. Patutnya Ara kena teman Aisy tidur" kata Aisy lagi

"Hish! Yelah, yelah" balas Arabela tidak berpuas hati. Dengan malas-malas dia berjalan naik ke atas

Arabela terus merebahkan badannya ke katil dan terus berselubung

Aisy memandang hairan kepada Arabela. Selalunya sebelum tidur pasti tangannya dicium oleh Arabela. Malam ni tidak pula

"Sayang, kenapa ni?" Soal Aisy

Namun soalan Aisy dibiarkan begitu saja. Langsung tidak dijawab

Akhirnya Aisy hanya mendiamkan diri. Penat kerja tadi pun masih belum hilang lagi. Lebih baik dia rehatkan dirinya saja

-----------------------

"Morning sayang" ucap Aisy

"Uwelkkk...." Arabela nak termuntah apabila Aisy ingin menciumnya

"Jangan dekat, Ara loya" kata Arabela terus menolak badan Aisy menjauh

"Kenapa ni sayang?" Soal Aisy, sekali lagi mendekatkan dirinya dengan Arabela

Tidak semena-mena Arabela memuntahkan isi perutnya di baju kerja Aisy

"Kan Ara dah cakap jangan dekat" marah Arabela

"Takpe sayang, baju ni boleh ganti. Sekarang ni, Ara ok tak? Kenapa tiba-tiba je muntah-muntah ni?" Soal Aisy semakin risau

"Ara tak tahu, tapi yang Ara tau Aisy tak boleh dekat dengan Ara. Ara tak suka" kata Arabela terus berlalu naik ke bilik

Aisy mendapatkan telefonnya. Pesanan ringkas dihantar kepada Rayyan. Aisy terus naik ke atas untuk melihat Arabela. Kelihatan Arabela menangis teresak-esak di bucu katil

"Sayang, kenapa ni?" Soal Aisy dari jauh. Risau pula jika Arabela muntah sekali lagi

Aisy menggantikan bajunya. Jarak dia dan Arabela sangat jauh. Semakin risau dia melihat Arabela sebegitu

"Kalau Ara tak nak bercakap dengan Aisy, Aisy dekat dengan Ara" sengaja Aisy mengugut supaya isterinya menceritakan hal yang sebenar

Kelihatan Arabela masih lagi diam. Aisy terus mendekati isterinya. Dia tidak kisah kalau Arabela muntah lagi padanya. Yang dia risau hanyalah Arabela

"Kenapa sayang macam ni? Dari semalam lagi Aisy perasan Ara asyik nak mengelak dari Aisy je. Aisy ada buat salah ke sayang?" Soal Aisy lembut

Hatinya tidak kuat jika Arabela memperlakukannya sebegitu. Dia rindu

Sekali lagi Arabela termuntah di bajunya. Arabela menekup mulut dan hidungnya. Air matanya mengalir semakin deras. Dia berdiri dan terus berlari

"Ara stop!" Jerit Aisy sehingga membuatkan Arabela terus berhenti berlari

"Sayang! Whats wrong?!" Soal Aisy dengan suaranya yang tegas

Aisy membuka bajunya. Dia berjalan mendekati Arabela

"Jangan dekat, Ara..ara pe.." Tiba-tiba Arabela jatuh dan tidak sedarkan diri

"Ara!!" Jerit Aisy dan terus mendapatkan isterinya

"Ara bangun!!" Tanpa membuang masa, Aisy terus mencempung Arabela dan diletakkan di atas katil. Nombor doktor peribadinya didail

-------------------

Rayyan mendengus melihat mesej yang baru masuk

"Bercerai tak masuk kerja, rujuk balik pun tak masuk kerja. Nak berkepit dengan bini pun berpada-pada lah. Apa pulak aku nak kena jawab dengan bos kali ni. Haish menyusahkan betul la Aisy ni" gumam Rayyan geram

----------------------

"Kenapa dengan isteri saya doktor?" Soal Aisy kepada doktor peribadinya itu

"Saya tak boleh nak buat andaian sendiri dan saya rasa Encik Aisy perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut. Saya tidak mahu beri kata putus lagi kerana saya khuatir jika keputusan yang saya beri nanti bertentangan dengan keputusan yang sebenar apabila pemeriksaan dilakukan di klinik nanti. Jadi, sebaiknya kita ke klinik sekarang lah" kata Doktor Nizam iaitu doktor peribadinya

Aisy semakin hairan. Kecewa apa benda nya ? Namun dia hanya akur dengan permintaan Doktor tersebut

Sampai saja di klinik, Doktor Nizam telah membuat pemeriksaan sepenuhnya terhadap Arabela. Tersenyum lebar dia kerana tekaannya tadi betul

"So macam mana Doktor?" Soal Aisy

"Alhamdulillah, jangkaan saya betul. Puan Arabela hanya mempunyai masa lagi 8 bulan" kata Doktor Nizam tersenyum

"8 bulan lagi ? Isteri saya sakit apa Doktor?" Soal Aisy gusar

Doktor Nizam tertawa kerana kata-katanya telah disalah anggap oleh Aisy

"Maafkan saya Encik Aisy. Maksud saya, usia kandungan Puan Arabela telah mencecah 1 bulan. Jadi, dia hanya ada masa lagi 8 bulan sebelum melahirkan zuriat Encik Aisy" terang Doktor Nizam

"Ara ? Isteri saya.. mengandung?" Soal Aisy tidak percaya

Aisy meraup wajahnya. Air mata kegembiraan menitis

"Congratulations Encik Aisy. Tapi saya harap Encik Aisy dapat berikan sepenuh perhatian kepada Puan Arabela kerana keadaan dia sangat lemah sekarang. Alahan mengandung yang dia alami sangat teruk dan Encik kena layankan semua makanan yang Puan Arabela mengidam kerana dia hanya dapat menerima makanan yang dia minta sahaja. Selain daripada itu, dia akan muntahkan balik segala makanan yang dia makan" terang Doktor Nizam itu lagi

"Tapi Doktor, isteri saya tu nak dekat dengan saya pun tak boleh. Dia akan muntah. Itu pun alahan semasa mengandung ke ?" Soal Aisy bingung

"Ya, jadi seeloknya Encik Aisy kena berjauhan dengan Puan Arabela buat seketika waktu sementara menunggu keadaan Puan Arabela kembali seperti biasa. Encik Aisy jangan risau, biasanya alahan ni tak lama pun" terang doktor itu lagi tersenyum. Faham sangatlah isi hati Aisy ni

"Baiklah, terima kasih Doktor. Saya minta diri dulu" kata Aisy untuk pamit keluar

Aisy berjalan menuju ke bilik Arabela. Kelihatan Arabela masih lagi belum sedarkan diri. Aisy mengambil kesempatan untuk duduk dekat dengan Arabela sementara Arabela masih belum sedar

Aisy merenung wajah lembut isterinya itu. Betullah orang kata, jika seorang suami menatap wajah isterinya yang sedang tidur dengan penuh rasa kasih dan sayang, pasti Allah akan lebih menguatkan rasa cinta antara satu sama lain dan itulah yang Aisy sedang rasakan sekarang

"Patutlah tak nak dekat dengan Aisy. Alhamdulillah sayang, awak pregnant !!" Air mata Aisy yang dari tadi ditahan akhirnya menitis lagi

Ini bukan air mata kesedihan atau kekecewaan tapi ini air mata kesyukuran dan kegembiraan. Dalam masa yang sama, itu juga menjadi air mata kerinduan. Terpaksalah Aisy menahan rindu selama Arabela mengalami alahan ini

"Aisy" suara serak Arabela menandakan dia baru saja tersedar. Aisy pantas menjauhi Arabela

"Ye sayang?" Soal Aisy

"Kita kat mana?"

"Kat klinik. Sayang ok?" Soal Aisy

"Kat klinik? Kenapa kita kat klinik?" soal Arabela bingung

Aisy menunduk. Tangan Arabela digenggam

"Ara pengsan tadi" balas Aisy yang masih menunduk

"Pengsan? Habistu doktor cakap apa?" soal Arabela. Tangannya memicit kepalanya yang berasa sangat berat

"Doktor cakap Ara ada masa lagi 8 bulan je" balas Aisy

"8 bulan? Ara sakit apa Aisy?" soal Arabela terkejut

"Ara, Ara kena kuat. Ara jangan risau, Aisy akan sentiasa ada dengan Ara walau apa pun terjadi. Aisy sayang Ara" balas Aisy

"Aisy, terus terang please. Ara sakit apa?" Soal Arabela sayu. Air matanya menitis

"Ara, Ara mengandung" balas Aisy. Wajahnya yang suram tadi bertukar ceria. Sengaja mahu menyakat isterinya

"Mengandung?" soal Arabela terkejut. Mulutnya ditekup. Air matanya laju mengalir

"Ya sayang, sayang mengandung" Balas Aisy teruja

"Alhamdulillah. Abang, terima kasih" ucap Arabela terus menarik Aisy dalam pelukan

10 saat kemudian..

Uwelkkk

Sekali lagi Arabela termuntah di baju Aisy. Aisy tersenyum

"Sorry Aisy, Ara tak sengaja" kata Arabela sayu

"Takpe sayang, baju boleh ganti. Sayang dengan baby tiada ganti" balas Aisy

Arabela tersenyum mendengar kata-kata Aisy. Patutlah dia tak boleh dekat dengan Aisy. Pembawakan budak rupanya

Arabela mengusap perutnya yang masih kempis itu. Dia tersenyum. Dalam hatinya tidak henti-henti mengucapkan syukur pada Ilahi di atas anugerah sangat berharga ini

Aisy tersenyum. Ikutkan hatinya ingin saja dia memeluk Arabela kuat tapi keadaan tidak mengizinkan :(

(Untuk engkau wanitaku,
Aku disini akan selalu mengingatimu
Engkau yang terbaik dalam hidupku
Engkau pula yang membuat aku tidak lupa untuk menjaga hati

Sayang,
Tak perlu kau merasa risau, gelisah bahkan khuatir kerana aku akan setia disisimu selamanya)

************************************

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-07 18:05:56 

hi

NORITA
2020-10-07 08:44:52 

lmt lg ke nk update..huhuhuhu

YAZNI-ERNIE
2020-10-07 02:38:28 

hi


NovelPlus Premium

The best ads free experience