Bab 27

Romance Series 132782

Arabela tersenyum sendirian di tepi kolam renang dirumahnya. Hari ini sudah genap 4 bulan usia kandungannya. Tinggal lagi beberapa bulan sahaja dia bakal melahirkan cahaya mata

Senyuman Arabela mati apabila terkenangkan peristiwa buruk yang pernah berlaku dalam hidupnya. Disebabkan peristiwa hitam itulah, dia kehilangan seseorang yang bergelar adik

Air mata Arabela mengalir deras. Dahinya berpeluh, tangannya juga menggigil. Dia trauma

Arabela menggigit setiap kuku dijarinya sambil dia memeluk erat lututnya. Air matanya semakin deras. Esakan dari mulutnya juga semakin kuat. Dia menjerit, meraung seperti orang gila.

"Astaghfirullahalazim sayang !!" Jerit Aisy apabila melihat keadaan Arabela

"Sayang, mengucap sayang"

"Sayang ni Aisy, shhhh. Ingat Allah sayang"

Aisy memeluk isterinya kuat. Belakang badan Arabela digosok lembut. Alunan selawat dan zikir dibisikkan di telinga Arabela. Tidak lama kemudian, Arabela tertidur dengan sendirinya. Aisy membiarkan Arabela berehat di atas ribanya. Wajah pucat isterinya ditatap

Perkara ini sudah 3 kali berulang selepas Aisy bergelar suami kepada Arabela. Aisy tahu sebab perkara ini berlaku. Aisy sudah bertanyakan pada Puan Maira sebelum ini. Puan Maira sendiri terkejut kerana hal ini sudah lama tidak terjadi

Sejak Arabela mengandung, hal ini kembali berulang

Flashback

"Sanah Helwah Ziya Airina. Semoga jadi anak yang solehah buat abi dan umi ye" pesan Puan Maira kepada anak bongsunya itu

"InsyaAllah umi abi" balas Ziya Airina

"Hey adik kakak, meh sini. Jom la kita main pulak" kata Arabela

"Kakak ni, orang nak sambut birthday puas-puas la. Mana tahu lepas ni adik dah takde, haa kan dah tak boleh nak sambut dah. Sambut kat syurga sorang-sorang la adik nanti" balas Ziya Airina. Pelat dia berkata

"Eh adik ni, kenapa cakap macam tu ?" Marah Puan Maira

"Betulkan umi? Umi yang ajar adik. Semua orang akan mati. Kan abi?" Soal Ziya Airina tanpa rasa bersalah

Encik Latif hanya mengangguk dan tersenyum. Anak bongsungnya didakap. Erat. Tidak semena-mena sebak menggunung di hati

Ketika itu, Ziya Airina baru berusia 5 tahun dan Arabela pula baru berusia 7 tahun

"Adik, memang la umi cakap semua akan mati tapi kan tak elok cakap macam tu" balas Arabela

"Kenapa tak elok pula kakak ? Bukan ke mengingati mati tu wajib? Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Adik nak jadi orang bijak. Boleh kan?" Balas Ziya Airina lagi

"Ish kau ni, nak mati betul betul ke?" Soal Arabela geram

"Arabela, apa cakap macam tu dengan adik ni?" Marah Puan Maira

Arabela menunduk. Tubir matanya bergenang. Dia terus berlari ke luar rumah. Arabela masuk ke dalam kereta dan menangis sepuas hatinya

"Umi kenapa marah kakak macam tu ? Kesian kakak. Umi, seumur hidup umi nanti umi kena hargai kakak tau. Sebab adik tahu adik tak dapat banggakan umi. Hanya kakak je satu satunya harapan umi dan abi. Jaga kakak elok-elok tau. Adik sayang umi dan abi. Adik pun sayang kakak. Sayang sangat-sangat. Takpelah, adik pergi cari kakak sekejap tau" Ziya Airina mengucup pipi kedua orang tuanya. Lama. Setelah itu, baru dia berlari ke luar untuk mencari kakaknya

"Abang, saya rasa tak sedap hati bila adik cakap macam tu. Saya sebak" kata Puan Maira terus menangis di bahu suaminya

Ziya Airina tersenyum mencari kakaknya

"Mana kakak ni? Adik dah nak pergi ni, adik nak jumpa kakak buat kali terakhir. Kakak, datang la dekat adik" kata Ziya Airina seorang diri

Puas dia mencari kelibat kakaknya dilaman rumah tapi tidak kelihatan. Ziya Airina melihat pintu pagar terbuka. Dia melangkah ke arah pintu pagar. Selangkah demi selangkah dia berjalan. Sedar tidak sedar, kini Ziya Airina berada sangat jauh dari rumahnya. Tetapi wajahnya masih lagi tersenyum

Ziya Airina berhenti melangkah dan berpusing. Kelihatan Arabela berada di seberang jalan. Rupanya kakaknya itu sedang mengekorinya

"Kakak" laung Ziya Airina sekuat hati sambil melambai dan tersenyum

Ziya Airina terlalu teruja melihat kakaknya yang juga tersenyum ke arahnya. Ziya Airina pantas berlari menuju ke arah kakaknya

Malang tidak berbau

"Adikkkkkkk!!!!!" Teriak seorang kakak dengan harapan dapat menyelamatkan adiknya

Di depan matanya sendiri, adiknya dilanggar oleh sebuah lori sehingga membuatkan adiknya terpelanting jauh. Sekali lagi malang menimpa adiknya apabila ada sebuah kereta melanggar kaki kiri adiknya sehingga hancur

Arabela terduduk kaku. Air mata kekesalan jatuh berjuraian dengan deras. Mulutnya tak henti-henti menyebut perkataan "adik"

Namun, ada seorang hamba Allah yang penuh dengan belas kasihan memberhentikan keretanya untuk membantu adiknya. Hamba Allah itu mengangkat jasad adiknya dan dibawa ke hadapan Ziya Arabela

Arabela masih terdiam dan kaku

Baru sekejap tadi dia mendengar suara adiknya yang memanggilnya "kakak" dengan nada yang girang

"Adikkkkkk!!!!!" Teriak Arabela sekuat hatinya

"Bangun adikkkk!!!!!! Kakak ada ni!!! Kakak tak lari jauh!!!! Adikkkk !!!! Kakak minta maaf!!!!" Sekuat hati dia meronta, meraung dan menjerit

Sehingga dia kehilangan seluruh kekuatan yang dia ada, Arabela terdiam dan lemah

Kekesalan dalam diri mula menguasai

"Aku ada dengan dia, tapi kenapa aku tak dapat selamatkan adik aku"

"Kalau aku tak lari, sudah tentu ini takkan terjadi. Sudah tentu aku tak akan kehilangan adik"

"Kenapa aku lemah dan kenapa aku tak selamatkan adik aku ?"

"KENAPA ARGHHHHH!!!!!" Jerit Arabela buat yang terakhir kali sebelum dia pengsan dan tidak sedarkan diri

--------

"Adik" itu la perkataan yang keluar dari mulutnya setelah dia sedar

"Ara" panggil Puan Maira

"Umi, adik mana ?" Soal Arabela

"Sabar Ara, adik.. Adik ada" bohong Puan Maira

"Umi jangan tipu, kejadian tu berlaku betul-betul depan Ara. Mana adik? Ara nak jumpa adik. Ara nak minta maaf" kata Arabela sambil tersedu-sedu menangis

Seorang budak lelaki datang menghampiri Arabela. Tidak lama kemudian, budak itu memeluk Arabela erat

"Awak tenang dulu, nanti kita jumpa adik ok? Kalau awak macam ni nanti doktor marah" pujuk budak lelaki itu

Arabela berasa tenang dan terus mendiamkan diri.

"Aku kena kuat, demi adik" katanya seorang diri

Arabela memandang wajah budak lelaki itu. Kemudian wajah ayah kepada budak lelaki itu. Rupa-rupanya budak lelaki itu, anak kepada hamba Allah yang membantu mengangkat jenazah adiknya tadi

"Ok bagus, tapi awak kena janji dengan saya. Awak jangan menangis macam ni bila jumpa adik awak nanti. Nanti adik awak lagi sedih" kata budak lelaki itu. Arabela mengangguk

Mereka berjalan ke bilik yang berada jenazah Ziya Airina. Perasaan sebak di dada Arabela tidak dapat ditahan. Air matanya terus-terusan mengalir

Budak lelaki itu terus menggenggam tangan Arabela apabila melihat air mata Arabela mengalir

"Awak dah janji dengan saya tadi" bisik budak lelaki itu

Arabela hanya mengangguk

Lemah longlai lutut Arabela apabila melihat jasad adiknya yang tidak bernyawa terbaring di atas katil. Wajah adiknya masih tersenyum seperti tadi ketika dia melambai ke arah Arabela

"Adik" rintih Arabela

Puan Maira terus keluar kerana tidak sanggup untuk menahan rasa sebak didada apabila melihat dua orang insan kecil yang sedang menderita

Seorang menderita kerana kehilangan adik kesayangannya dan seorang lagi menderita dengan kehilangan anggota badan sewaktu meninggal dunia. Perit

Tangisan anak kecil yang bernama Arabela kedengaran sangat sayu. Rintihan demi rintihan yang diungkapkan tanda kekesalan yang sangat besar

"Adik, maafkan kakak. Kakak tahu adik menyesal ada kakak yang tak dapat buat apa apa saat melihat adik dalam bahaya. Kalau kakak tak lari tadi, tentu adik takkan jadi macam ni. Adik, balik la. Kakak perlukan adik" Arabela merintih lagi

Suasana menjadi sayu. Semua yang berada disitu, mengalirkan air mata apabila mendengar ucapan sayu daripada seorang kanak-kanak yang berusia 7 tahun

"Ara, umi langsung tak salahkan Ara. Sudahlah Ara, jangan bagi adik bertambah sedih di syurga tu ye?" Kata Puan Maira untuk menenangkan anaknya

"Adik tetap tak kembali. Bahkan, hadiah dia pun Ara tak sempat nak bagi. Umi, hari ni hari lahir adik. Kenapa tarikh ni juga jadi tarikh kematian adik ?" Esakannya semakin kuat

"Sebab Allah Maha Mengetahui dan Allah berhak ke atas semua makhlukNya" jawab budak lelaki itu

Arabela terdiam

"Adik awak seorang insan yang bertuah kerana tentunya dia akan masuk ke syurga Allah. Awak juga bertuah kerana dia akan mendoakan awak dari syurga. Keluarga awak terpilih untuk diberi ganjaran yang hebat. Bersyukurlah, redhalah. Jangan pernah rasa menyesal di atas apa yang berlaku. Kita lemah tetapi Allah Maha Berkuasa. Jika kita berkehendak, kita kena usaha tetapi jika Allah berkehendak, Kun Fayakun" pesan budak lelaki itu lagi

Jiwa Arabela reda. Dia beristighfar sebanyak mungkin.

"Ya Allah, jika ini ketentuanMu, Engkau ambillah adikku. Masukkan dia ke syurga firdausMu Ya Rabb. Amin"

End of flashback

Iman seorang manusia adakalanya naik dan adakalanya turun

Terkadang, apabila kenangan hitam itu terimbas, Arabela akan selalu menyalahkan dirinya sendiri

Dia berasa dia seorang kakak yang tidak berguna apabila melihat adiknya dalam kesusahan tetapi dia tidak mampu untuk berbuat apa apa

Dan keychain hello kitty yang sentiasa tergantung dalam keretanya itu sebenarnya adalah hadiah yang tidak sempat dia berikan kepada arwah adiknya

Itulah hadiah terakhir buat adiknya. Walaupun keychain itu tidak berharga tetapi nilainya sangat besar bagi Arabela

Sewaktu adiknya ingin mencarinya, dia melihat Ziya Airina keluar dari pagar dan sebab itulah dia membuat keputusan untuk mengekori adiknya agar dapat menyelamatkan adiknya jika bahaya tiba

Tapi

Dia lemah. Dia tidak dapat berbuat apa apa. Sungguh itu penyesalan terbesar baginya

Dan kali ini, Arabela sangat berhati-hati untuk menjaga zuriat ini. Dia tekad, dia mahu berkorban apa sahaja demi zuriat ini. Dia akan kuat jika sesuatu terjadi. Tetapi, dia juga takut jika perkara yang sama berulang kembali

Share this novel

aynazmi
2020-10-10 15:30:15 

most welcome

YAZNI-ERNIE
2020-10-10 10:08:45 

morning dear. tqvm update. love u....


NovelPlus Premium

The best ads free experience