Bab 14

Romance Series 132782

"Laparlah" kata Arabela

"Pergilah makan" balas Aisy

"Temanlah"

"Ah mengada!! Taknak aku!"

"Tak sweetlah awak ni"

"Kau sini kejap" panggil Aisy. Telefon yang berada digenggamannya di masukkan ke dalam poket seluarnya

"Malas" jawab Arabela yang masih ralit menonton televisyen

"Aku cakap sini, sini jelah" Arah Aisy lagi

Arabela bangun malas-malasan menuju ke balkoni

"Ada apa cik abang?" Soal Arabela sambil memandang wajah suaminya

"Apasal kau tak datang airport haritu ?" Soal Aisy tidak puas hati

"Sebab saya dah salah faham dan saya ke sini pun sebab saya nak minta maaf dengan awak. Saya rasa bersalah sangat sebab awak hiraukan call dan mesej saya" kata Arabela menunduk

"Maksud kau apa ? Aku tak faham" kata Aisy memandang tepat ke wajah Arabela menunggu cerita Arabela dengan penuh bersemangat

"Aduh saya malas nak cerita la" jawab Arabela bersahaja

"Hekeleh, kau cerita sekarang"

"Yelah yelah, sebenarnya saya dah sampai airport dah masa tu"

"Haa lepas tu ?" Potong Aisy

"Dengar saya cerita dulu boleh tak? Lepas tu saya nampak awak dengan Qisya mesra so saya ingatkan awak tak perlukan saya jadi saya ambil keputusan untuk balik. Tapi saya tak balik kerumah awak, saya balik rumah umi. Saya minta maaf ye Aisy sebab saya dah buruk sangka pada awak dan saya dah ingkar arahan awak" terang Arabela terus mencium tangan Aisy

Didalam hubungan sebagai suami isteri, dia tidak mahu menyimpan apa apa rahsia antara mereka berdua supaya mereka saling memahami antara satu sama lain

"Kau fikir ni hari raya ke nak minta maaf?" Soal Aisy

"Kena la minta maaf sebab saya dah buat salah. Kesian dekat awak sebab dah tunggu saya" kata Arabela sambil mengusap kepala Aisy

"Siapa yang tunggu kau ? Perasan !" Jawab Aisy bersahaja. Dia terus memalingkan wajahnya

"Eleh tak nak mengaku. Awak marahkan saya ke?" Soal Arabela

"Sampai bila bila aku marahkan kau" jawab Aisy yang ralit memandang ke hadapan

"Kenapa ?" Soal Arabela

Aisy hanya mendiamkan diri dan terus memejamkan matanya. Suasana diluar sangat tenang bertemankan seorang kekasih

Aisy merasa badannya bagai dipeluk. Matanya dibuka perlahan

"Saya minta maaf kalau kehadiran saya tidak pernah membuatkan awak bahagia. Jika suatu hari awak masih tidak dapat untuk membuka hati awak untuk saya. Lepaskan saya" Arabela terus mengeratkan lagi pelukan pada badan Aisy

Aisy tersentak mendengar permintaan Arabela. Dia tidak pernah memikirkan soal cerai

Terdengar esakan kecil keluar dari mulut Arabela. Aisy kembali memeluk Arabela untuk menenangkannya

"Tadi kau kata kau laparkan ? Pergi siap, jom kita pergi makan" kata Aisy

Arabela menggeleng dan tangannya masih lagi erat memeluk badan Aisy yang tidak berbaju

"Kau ni cengeng la. Dah, tak payah nak menangis. Aku dah maafkan kau tapi aku ada denda untuk kau" kata Aisy

Arabela melepaskan pelukan. Wajah Aisy dipandang

"Denda ? Denda apa ?" Soal Arabela

"Kau kena berhenti kerja" kata Aisy selamba

"Mana boleh, saya sayang kerja tu tau. Lagipun saya dah kerja kat situ dah lama takkan saya nak berhenti macam tu je" bantah Arabela. Dia berpeluk tubuh

"Its up to you. Sama ada kau nak aku maafkan kau ataupun kau nak jadi isteri yang derhaka cakap suami. So kau pilih. Kau juga yang cakap, seorang isteri haruslah sentiasa berada disisi suaminya" kata Aisy

Arabela mendiamkan diri. Pilihan yang Aisy berikan sangat sukar. Dia sayangkan kerjanya tapi dia lebih sayangkan suaminya

"Awak anggap saya isteri awak ke Aisy ?" Soal Arabela sayu

Aisy terkedu. Wajah Arabela dipandang tapi kelihatan Arabela masih lagi menunduk

"Kalau kau anggap aku suami kau, berhenti kerja" Aisy terus berlalu. Tidak sanggup rasanya untuk melihat wajah sayu Arabela

Arabela tersenyum. Dalam hatinya ingin saja meraung

"Sepatutnya kau tak perlu tanya soalan macam tu sebab kau dah tahu apa jawapannya Ara!" Air matanya mengalir cepat-cepat diseka

-------------------

Melisa Irdina berjalan mundar mandir dalam biliknya. Difikirannya masih ralit mencari idea untuk mendapatkan Aisy semula. Terasa tercabar apabila mengetahui tentang status Aisy sekarang. Melisa tidak sangka yang Aisy begitu senang untuk melupakannya dan mencari penggantinya

"Kau ni bodoh Melisa !!! Sepatutnya kau tak boleh tinggalkan dia!! Dia tu ada segalanya!!"

Melisa Irdina teringat sewaktu mula-mula Aisy melamarnya untuk jadi kekasih. Senyuman kembali terukir di bibir

Flashback

Angin sepoi-sepoi bahasa dipantai seakan memahami perasaan dua kekasih yang sedang hangat membara itu

Dengan penuh kelembutan angin tersebut menampar pipi kedua pasangan itu. Jantung tidak berhenti berdegup kencang sama seperti pada pertemuan pertama mereka. Rasa cinta itu masih hangat membara didalam jiwa

"Melisa Irdina, i ada perkara yang nak cakap dengan you" kata Aisy terus memandang tepat wajah Melisa

"Ada apa Aisy ?" Soal Melisa turut memandang wajah Aisy

Aisy menarik nafasnya lalu dihembuskan. Mata Melisa Irdina ditatap sedalamnya

"Degupan jantung saya sangat kencang berdegup bila pertama kali saya melihat awak dan saya inginkan jantung ini terus berdegup kencang selamanya. Saya merasakan cinta saya telah berputik sewaktu pertama kali saya melihat awak. Saya tahu ini semua terlalu awal untuk saya menyatakan yang saya cintakan awak tapi saya yakin dengan perasaan saya yang saya sudah mula cintakan awak dan saya ingin awak jadi teman dalam hidup saya buat selamanya" jujur Aisy berkata 

Melisa Irdina terkedu. Memang betul kata Aisy, perkenalan ini terlalu singkat tetapi Aisy sudah pun mempunyai perasaan terhadapnya

"Ini terlalu awal Aisy, saya tak nak awak tergesa-gesa" jawab Melisa Irdina

"Seperti yang saya katakan, saya yakin dengan hati saya. Please say yes Melisa" kata Aisy dengan penuh pengharapan

"Baiklah Aisy, kalau awak sudah benar-benar yakin. Saya terima untuk jadi kekasih awak" ucap Melisa Irdina bersama senyuman

Sejak dari saat itu, Melisa berjanji dengan dirinya yang dia akan berubah dan menjadi yang terbaik hanya untuk Aisy. Itu janji dia

End Of Flashback

Tapi sekarang dia sendiri telah musnahkan janjinya oleh kerana hawa nafsu

Dia tahu semua ini akan jadi penyesalan terbesar buat dia kerana telah meninggalkan seorang lelaki yang sangat baik tapi dia kalah dengan nafsunya sendiri

Tetapi mulai saat ini, dia akan kembali kepada Aisy tidak kira dengan cara apa sekalipun

----------------------

"Ara, mama call" jerit Aisy diruang tamu

"Awaklah jawab"

"Kau la jawab"

"Yelah"

Punat hijau ditekan

"Assalamualaikum mama" ucap Arabela

"Waalaikumussalam Ara. Kamu sihat?" Soal Puan Hanis ditalian

"Alhamdulillah Ara sihat ma, mama sihat?" Soalnya kembali

"Alhamdulillah mama sihat. Mama call ni mama nak tanya, kamu ok ke kat rumah Aisy sorang sorang ? Kalau kamu sunyi datang la rumah mama" kata Puan Hanis

"Ara lupa nak bagitahu mama, Ara ada dekat Thailand dengan Aisy" kata Arabela

Aisy memandang wajah Arabela yang sedang bercakap dengan mamanya

"Thailand ? Ara buat apa ke sana?" Soal Puan Hanis hairan

"Ara dengan Aisy honeymoon" bohong Arabela. Dia memandang Aisy. Satu kenyitan di hadiahkan

Mata Aisy terbuntang. Honeymoon tengkorak kau ! Kau datang sini pun aku taktahu

"Honeymoon ? Ara biar betul ?" Soal Puan Hanis terkejut

"Ye ma, betul" jawab Ara

"Hmm kalau macam tu takpelah, mama tak nak kacau kamu berdua. Have fun!" Kata Puan Hanis jelas teruja

Arabela terus mematikan panggilan. Senyuman ejekan dihadiahkan kepada Aisy

"Kenapa kau cakap kat mama macam tu?" Soal Aisy geram

"Cakap apa ?" Soal Arabela sengaja

"Kau tahu tak kalau kau cakap macam tu nanti mama fikir bukan-bukan" kata Aisy masih lagi tidak puas hati

"Aisy, awak duduk kejap" arah Arabela terus menarik tangan Aisy duduk bersebelahan dengannya

Aisy hanya menurut

"Kira ok tau saya bagitau mama yang kita honeymoon. Awak juga yang dah janji dengan mama yang awak akan bawa saya honeymoon kalau kita tinggal berdua. So ok la tu saya cakap macam tu time awak bekerja. Ke awak teringin nak bawa saya honeymoon tempat lain?" Soal Arabela dengan muka nakalnya

"Tak ingin aku honeymoon dengan kau. Geli" balas Aisy

"Eleh, geli-geli pun awak nak mandi dengan saya jugak" balas Arabela bersahaja

Mata Aisy terbuntang. Tak tahu malu betul perempuan ni!

"Kau yang tarik aku ! Dasar perempuan gatal" balas Aisy terus menunjal kepala Arabela

"Awak ikut je tak membantah pun. Eleh"

"Ah !! Serabut aku layan kau!!"

"Aisy... kita honeymoon betul-betul nak tak?" Soal Arabela dengan suaranya yang meleret

"Gila!!" Kaki Aisy terus melangkah masuk ke bilik. Makin dilayan makin menjadi Arabela ni

Aisy terus merebahkan badannya diatas katil

Kehadiran Arabela dalam hidupnya telah membuatkan dirinya makin lama makin tertarik pada Arabela. Dengan cara apa sekali pun dia cuba untuk membenci Arabela namun dia masih tidak dapat

Aisy terfikir, sepatutnya dia bersama dengan orang yang dia cintai di Thailand tapi sekarang Arabela yang ada bersamanya

Adakah itu semua kebetulan ataupun ada maknanya disebaliknya

"Aisy" tegur Arabela

"Ah ! Spoil la dia ni" gumam Aisy

"Kau nak apa ?" Soal Aisy sebal

"Nak honeymoon" jawab Arabela bersahaja

"Jangan mengada la Ara, aku tak larat nak layan perangai tiga suku kau ni! Aku penat kerja kau tahu tak?" Soal Aisy sambil matanya masih lagi tertutup

Arabela menutup lampu utama dibilik itu. Hanya lampu sisi katil yang menemani suasana romantik itu

Aisy membuka matanya. Dah kenapa tiba-tiba gelap. Dipandang ketepi kelihatan Arabela yang berpakaian sexy dengan rambutnya yang dilepaskan

Jantung Aisy berdegup laju. Badannya mengeras seakan tidak membenarkannya bergerak ke mana mana

"Hai" tegur Arabela dengan suara menggodanya. Bibir merahnya digigit lembut

"K..kau nak b.. buat apa ni?" Soal Aisy gagap

Baju berkain satin Arabela ditanggalkan. Hanya tinggal singlet hitam dan seluar pendek kecil yang benar-benar fit body nya sahaja berada dibadan

Arabela merapati Aisy. Perlahan-lahan Arabela memanjat ke atas badan Aisy. Baju Aisy ditanggalkan. Nafas Aisy turun naik. Aisy terbuai dengan permainan Arabela

Bibir Arabela perlahan-lahan mencium lembut bibir Aisy. Mata mereka terpejam, menikmati setiap saat. Perlahan-lahan Aisy membalas ciuman Arabela. Kini posisi Arabela bertukar, Aisy kini berada diatasnya

Arabela mendakap badan Aisy dan sama-sama berada dibawah selimut. Doa dibisikkan ke telinga Aisy. Suasana sunyi seakan memberi laluan kepada pasangan suami isteri yang sedang bermadu asmara. Maka bermulalah perlayaran nikmat terbesar di dalam hubungan intim yang diredhai Allah S.W.T

Dengan cara ini mungkin hati Aisy terbuka untuknya. Dia mencari cinta,  cinta suaminya yang juga Cinta Yang Diredhai dunia dan akhirat

Share this novel

nur_firzanah
2020-09-11 19:28:30 

update agii


NovelPlus Premium

The best ads free experience