Bab 16

Romance Series 132782

"Ara, bangun subuh"

Arabela terpisat-pisat membuka mata. Kepalanya masih lagi berasa berat

"Dah subuh?" Soalnya

"Dah, bangunlah" kata Aisy lalu menundukkan kepalanya kepada Arabela

Arabela tersenyum lalu seperti biasa Surah Toha ayat 1-5 dibaca dan ditiup lembut ke ubun-ubun Aisy

"Pergi ambil wudhuk cepat. Aku tunggu"

"Ok" jawab Arabela tersenyum

Selesai saja Arabela mengambil wudhuk, mereka terus berjemaah

Doa terus dibacakan seusai saja solat. Arabela hanya mengaminkan setiap doa-doa Aisy walaupun dia tidak mendengar apa yang disebut dalam doa Aisy

Aisy terus menghulurkan tangannya untuk Arabela bersalam. Arabela menyambut dan tersenyum

Aisy merenung lama wajah Arabela. Wajah itulah penenang jiwanya tambahan pula wajah itu sedang memakai telekung selepas menunaikan solat. Lagi tenang rasanya

"Kenapa Aisy?" Soal Arabela

"Sakit lagi ke kepala kau?" Soal Aisy prihati

"Dah tak sakit sangat" jawab Arabela tersenyum

"Betul ? Tapi muka kau pucat lagi" soal Aisy inginkan kepastian

"Ye betul"

"Hmm oklah kalau macam tu. Aku mandi dulu" kata Aisy terus bangun dan terus menuju ke tandas

Arabela bangun dan merebahkan badannya ke katil. Kepalanya masih lagi berasa berat

Arabela mengeluh, ini pasti dia terkena migrain. Sudahlah dia lupa membawa ubat. Tidak lama kemudian Arabela terlena

Aisy melangkah keluar apabila selesai saja mandi. Kelihatan tubuh Arabela berbaring di atas katil sambil masih memakai telekung

Aisy menghampiri Arabela. Wajah pucat Arabela direnung. Aisy menyentuh dahi Arabela namun tidak panas

"Ara" kejut Aisy sambil menggoncangkan sedikit tubuh isterinya itu

"Hmm" jawab Arabela dengan matanya yang masih tertutup

"Kau ok tak?" Soal Aisy risau

"Saya ok"

"Asal aku tanya je kau jawab ok tapi muka tu makin pucat, kalau tak ok jomlah pergi klinik" kata Aisy

"Takpe Aisy, saya ok" kata Arabela terus bangun

"Kau ni mengada-ngada lah" Aisy terus menyarungkan baju kerjanya. Berat hati dia sebenarnya ingin meninggalkan Arabela

"Awak dah nak pergi kerja ke?" Soal Arabela

"Hmm"

"Hati-hati" kata Arabela kemudian mencium tangan suaminya

"Duduk rumah elok-elok. Kalau lapar, call servis. Kau jangan turun bawah. Faham?"

"Hmm ok"

"Haa lagi satu, jangan buka pintu kalau orang tak kenal melainkan Rayyan ataupun kakitangan hotel je" kata Aisy lagi

"Baiklah Aisy, saya akan ikut semua arahan awak" balas Arabela

"Kau tahu kan hukum melanggar perintah suami"

"Tahu"

"Haa bagus, aku pergi dulu" ucap Aisy tidak semena-mena mencium lembut pipi Arabela

Arabela terkedu, makin berbunga-bunga hatinya diperlakukan begitu. Kalau begitulah Aisy layan dia, setiap hari pun dia sanggup sakit

"Dah, tak payah nak suka sangat. Tu ubat kalau-kalau kau nak merengek" kata Aisy bersahaja

"Hmm yelah" eleh baru nak feeling

Arabela bangun untuk menghantar Aisy ke depan pintu

"Bye. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" jawab Arabela tersenyum

Arabela terus menutup pintu kembali selepas saja bayangan Aisy menghilang. Senyuman yang diukir semakin lebar

"Sweet jugak suami aku ni, ingatkan takde hati perasaan. Hmm, tapi sepanjang dia berkahwin dengan aku, senyum pun tidak. Kalau dengan Qisya, bukan main lebar senyuman dia" gumam Arabela

Teringat pula pada Qisya yang sendirian dirumah, Arabela terus membuat panggilan kepada sepupu Aisy itu

--------------------------

Melisa Irdina sengaja melanggar Aisy yang sedang berjalan, pantas Aisy terus menolaknya

"Kau tak layak sentuh aku!" Kata Aisy

"Aisy" panggil Melisa Irdina dengan wajah sayunya

"Kau nak apa lagi perempuan?!" Soal Aisy bengis

"I.. i nak minta maaf dengan you.. i tahu i salah and i dah hampakan you" kata Melisa Irdina, Air matanya gugur

"Maaf? Semudah tu kau minta maaf? Sudahlah, aku jijik dengar perkataan maaf dari mulut perempuan bodoh macam kau. Kau tamak!" Kata Aisy ingin berlalu tapi ditahan oleh Melisa

"Yes Aisy, i tahu i ni kotor. I tahu i ni jijik tapi please Aisy, i minta you maafkan i je..please" pintanya lagi

Tahap kesabaran Aisy sudah kemuncak. Satu tamparan hinggap dipipi Melisa Irdina membuatkan perempuan itu terkedu

"Sekali lagi aku dengar kau sebut nama aku ataupun perkataan maaf tu keluar dari mulut kau, aku takkan teragak-agak buat lebih pada tu!!" Kata Aisy terus berlalu

Hilang terus mood kerjanya. Telefon diambil dan nombor Rayyan didail

"Hello Rayyan, cancel meeting hari ni kalau tak boleh kau handle. Aku ada hal urgent sorry" kata Aisy terus mematikan panggilan

Aisy terus berjalan sampai ke bilik hotelnya. Loceng ditekan berkali kali

"Siapa pula datang ni? Dah la tengah sakit kepala ni aduh" dengus Arabela

"Tu bukan kakitangan hotel sebab aku tak call lagi. Hmm biar jelah. Aku tak nak jadi isteri nusyuz" sambung Arabela lagi apabila teringat pesan suaminya

Tidak lama kemudian, telefon Arabela berdering

"Hello"

"Kau buka pintu sekarang! Aku nak masuk!" Kata Aisy tegas

"Eh haa ok tunggu kejap!!" Kata Arabela cemas

Arabela terus membuka pintu dan berdiri dibelakang pintu

"Kau kenapa berdiri kat situ?" Soal Aisy hairan

"Saya tak pakai tudung kan ni? Tak sempat" balas Arabela terus menutup pintu kembali

Aisy hanya mendiamkan diri. Satu persatu baju kerjanya ditanggalkan

"Kenapa awak balik ni Aisy?" Soal Arabela hairan

"Meeting cancel last minit" bohong Aisy dengan wajahnya bengisnya

"Yeke?" Soal Arabela ragu-ragu

"Eh yang kau banyak tanya ni apahal?" Soal Aisy. Suaranya meninggi

"Err..tanya je" jawab Arabela terus merebahkan badannya ke katil

'Kalau meeting cancel selalunya orang suka tapi kenapa Aisy balik marah-marah ni? Ni mesti ada benda tak kena' gumam Arabela

Arabela merasakan katil disebelah menurun. Dipadang ke sebelah kelihatan Aisy berbaring. Wajah Aisy kelihatan sangat tertekan

'Dia ni tak sejuk ke tak pakai baju' gumam Arabela lagi

Sudahlah pagi, aircond pula terpasang

Arabela bangun dan lengan Aisy menjadi sasaran kepalanya mendarat

"Kau tepi boleh tak?" Soal Aisy mendatar

"Cannot" jawab Arabela

"Mengada-ngadalah" dengus Aisy

"Sejukkkkkk" jerit Arabela sambil memeluk Aisy dengan erat. Geram!!

"Sakitlah!!" Kata Aisy terus memukul lembut tangan Arabela yang mencubit perutnya

"Hehe sorry, tak sengaja" jawab Arabela tersenyum. Aisy menjeling

"Aisy" panggil Arabela lembut

"Hmm"

"Awak ok?" Soalnya

"Ok" balas Aisy sambil mata terpejam

"Betul ni?"

"Sebelum aku stepler mulut kau, baik kau diam" ugut Aisy

"Awak nak suruh saya diam? Awak kena buat something dulu baru saya diam" kata Arabela tersenyum nakal

"Tepilah, malas aku layan kau" Aisy terus menolak kepala Arabela ketepi

"Oh main kasar! Saya takkan diam"

"Anak itik tokwi mandi dalam kolam.. sakit apa tokwi..sakit sendi tulang..ubat apa tokwi.. eh lupa lirik hahaha. Takpe lagu lain ada" nyanyi Arabela sambil menjerit

Aisy mengeluh. Nak apa lagi dia ni!! Kurang kasih sayang betul!! Bantal diambil kemudian telingannya ditutup menggunakan bantal tersebut

"Aisy!!! Ooooo sayang... kau la jejaka idaman..an.....annnn......" jerit Arabela lagi

"Ya Allah Ara!! Lagu apa kau nyanyi tu ?!! Diam boleh tak?! Aku serabut ni!!" Kata Aisy terus mencampakkan bantal ke muka Arabela

"Saya takkan diam selagi awak tak tunaikan permintaan saya" jawab Arabela kemudian dia sambung menyanyi

'Suara macam katak tersedak belalang!!' Dengus Aisy

Aisy terus menangkap badan Arabela dan dipeluknya erat

"Kau diam kalau tak aku geletek!" Ugutnya

"Saya kebal lah, setakat geletek ingat saya geli ke?" Soal Arabela sombong

Aisy duduk dibadan Arabela kemudian perut Arabela digeleteknya tetapi Arabela masih lagi menyanyi seperti tadi

"Ok Ara, kau menang!!" Kata Aisy mengalah

"Hahahah, saya dah kata saya kebal!! Ok now awak kena penuhkan permintaan saya" kata Arabela tersengih

Aisy mendengus. Tak habis-habis kalah dengan budak ni!!

"Hmm kau nak apa?!" Soal Aisy geram

"Saya nak......kiss!!" Kata Arabela sambil menunjukkan pipinya

Aisy mengecilkan matanya. Wajah Arabela direnung penuh kegeraman

"Kenapa? Saya nak kiss je" kata Arabela menunduk

"Gatal! Kau belum mandi kan?! Pergi la mandi" kata Aisy yang baru tersedar keadaan isterinya itu yang sedang berbaju tidur

"Alaa, kiss la dulu" pinta Arabela dengan mimik muka kesian

"Tak nak"

"Mana aci! Awak dah kalah tadi ishh!!" Kata Arabela mencuka wajahnya sambil berpeluk tubuh

"Haa kerut lagi. Muka tu dah la hodoh, kerut macam tu lagi hodoh" ejek Aisy

Arabela hanya mendiamkan diri dan masih lagi seperti tadi

"Oii" panggil Aisy namun tidak disahut oleh Arabela

"Ala yelah, meh sini nak kiss meh" kata Aisy memuncungkan bibirnya

Arabela masih lagi diam. Karang kalau agresif karang Aisy main-main pula. Lebih baik pura-pura merajuk

1..2..3.. cup! Bibir Aisy sampai ke pipi lembut Arabela

"Dah, pergi mandi. Busuk!" Kata Aisy terus mengelap bibirnya

"Tak cukup, disebabkan awak lambat awak kena tambah kiss kat sini dan sini" kata Arabela sambil menunjukkan pipinya lagi sebelah dan juga dahinya

"Mengada-ngada" kata Aisy namun dituruti juga permintaan isterinya

Pipi Arabela dicium, kemudian diikuti dengan dahi pula dan...

Cup!

Bibir Arabela pun diciumnya lama. Arabela terkejut

"Dah, aku dah bagi extra. Pergi lah mandi, dah la belum gosok gigi werkk" kata Aisy sengaja mengusik Arabela

"Eh dah gosok ok. Mandi je belum. Thank you abang!" Kata Arabela mencium sekilas pipi Aisy kemudian dia terus berlari masuk ke dalam tandas

'Abang? Macam-macam' kata Aisy kemudian tersenyum

"Aisy...."

Aisy menghela nafas panjang. Memang sah dia ni tak cukup kasih sayang

"Kau nak apa lagi?" soal Aisy bengang

Arabela menapak keluar dari tandas dalam keadaan separuh bogel. Mata Aisy terus membuntang luas melihat keadaan Arabela

"Kau jangan mula eh Ara" tegas Aisy memberi amaran

"Awak jangan otak kotor ok! Jom teman saya mandi. Sejuk!!" Jerit Arabela terus menarik tangan Aisy

Aisy tersenyum dan diikutkan juga kehendak isterinya. Rezeki depan mata takkan nak tolak

Share this novel

nur_firzanah
2020-09-14 14:52:46 

updae agii

nur_firzanah
2020-09-14 14:52:39 

ya allah blue nye


NovelPlus Premium

The best ads free experience