Bab 36

Romance Series 132782

4 bulan kemudian

Aisy tertawa kecil melihat Arabela jalan terkedek-kedek menuju ke arahnya. Sudahlah isterinya itu pendek

"Apa gelak-gelak?" soal Arabela tidak puas hati

"Garangnya mak budak ni. Tak elok tau garang-garang, nanti anak dalam perut tu menurun perangai emaknya" tegur Aisy apabila melihat Arabela menjeling tajam ke arahnya. Aduhai mak buyung sekarang ni tak boleh bergurau langsung!

"Dah tu abang lah! Gelakkan orang pula. Sayang tahu la sayang gemuk dah tak cantik" balas Arabela memuncung. Matanya bergenang. Semenjak sarat ni hatinya mudah sangat tersentuh

"Siapa cakap isteri abang ni tak cantik?! Meh abang nak babap dia" ujar Aisy melayan karenah manja isterinya

Arabela tidak membalas lantas kepalanya dilentokkan dibadan Aisy Tangan kanan Aisy memeluk bahu Arabela

"Tengahari kejap lagi jom keluar nak?" ajak Aisy apabila gurauannya tadi tidak dilayan oleh Arabela

Mata Arabela membuntang luas tanda teruja

"Nakkk!" jerit Arabela seperti anak kecil

"Ohh ajak keluar laju je ek?" usik Aisy

"Mestilah, barang baby ni belum beli lagi tau" kata Arabela

"Aik, barang anak kita dah penuh satu bilik tau sayang. Apa yang belum belinya?" soal Aisy hairan memandangkan memang betul apa yang dikatakannya. Barangan baby yang mereka beli sudah mengalahkan barangan keperluan dapur selama dua bulan tau!!

"Ish abang ni, mana ada satu bilik. Baru dua tiga helai baju anak kita" kata Arabela menafikan kata-kata suaminya

Aisy berdiam diri. Kepalanya digelengkan. Kalau dibahas lagi tentang ni pasti Arabela merajuk lari balik ke rumah uminya. Itulah Arabela sekarang, pantang saja yang tak kena pasti akan lari ke rumah uminya. Jiwa ibu mengandung ni benar-benar menguji kesabaran Aisy

Nasib sajalah Puan Hanis dan Puan Maira sudah menasihati serta memberi sedikit ilmu tentang emosi seorang wanita ketika mengandung. Walau macam mana pun kena jugalah dia hadap ini semua. Sayang bini

"Abang sayang Ziya Arabela ketat-ketat" ucap Aisy terus mencium kedua belah pipi Arabela

Wajah Arabela mencuka

"Abang dah kenapa sebut nama panjang Ara? Nak berlatih lafaz cerai ke?" soal Arabela emosi

Aisy terkejut dengan kata-kata Ara. Mahu saja dia menampar mulut celupar Arabela tapi tahap kesabarannya masih tinggi. Dia tahu bahawa kata-kata yang keluar dari mulut Arabela ketika ini adalah hanya dari emosinya yang tidak stabil dan bukan dari hati. Aisy kemudian menarik Arabela dalam pelukan. Belakang badan isterinya digosok

"Aisy sayang isteri Aisy sangat-sangat. Walau apa pun yang terjadi, Aisy tetap akan sayangkan sayang sampai bila-bila. Tak kisahlah muka sayang dah kedut seribu, perut sayang boroi atau apa sekalipun. Aisy akan tetap sayang Ara sebab Ara adalah anugerah terindah dari Allah buat Aisy. Segala perubahan terhadap diri Ara, Aisy tahu semuanya berpunca dari Aisy. Jika Ara murung, pasti Aisy sebabnya yang membuatkan Ara tersiksa hidup dengan Aisy. Jika Ara gemuk, pasti Aisy yang tidak menjaga makan Ara. Semuanya berpunca dari Aisy. Aisy minta maaf ye sayang" bisik Aisy lembut ditelinga Arabela

Arabela terdiam. Air matanya mengalir. Dia sedar yang dia sudah tersalah cakap pada Aisy

"Abang, sayang minta maaf" ucap Arabela sambil menangis teresak-esak dalam pelukan Aisy

Aisy tersenyum. Ubun-ubun Arabela dicium

"Ara takde salah sayang, abang yang salah. Sayang kena ingat tau. Abang sayang sangat dekat sayang" ucap Aisy sekali lagi

"Ara pun sayang abang huaaaaaa" raungan Arabela makin menjadi-jadi

Aisy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tu la kau siapa suruh main dengan emosi Arabela. Ni tak pasal-pasal kena pujuk barulah tangisan Arabela tu berhenti kalau tak hadap jelah seharian

-------------------

Telefon Rayyan berdering menandakan ada panggilan masuk. Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut

"Hello bossku" sapa Aisy dicorong telefon

"Waalaikumussalam" jawab Rayyan memerli

"Wah setepek" balas Aisy membuatkan Rayyan sudah ketawa terbahak-bahak

"Ha ada apa?" soal Rayyan dengan sisa tawanya

"Jom keluar" ajak Aisy

"Eh eh, semenjak ada bini ni lupa terus nak ajak aku lepak. Ni dah kenapa?" soal Rayyan hairan

"Sebab tu la aku ajak kau keluar ni. Teman aku beli barang untuk anak aku nanti" balas Aisy

"Ara mana?"

"Ada la ikut sekali takkan nak tinggal sorang-sorang kat rumah ni?"

"Dah tu beria ajak aku kenapa? Kau keluar berdua dengan Ara je tak boleh ke?" soal Rayyan lagi tidak berpuas hati

"Aduh kau ni, banyak tanya pulak. Ok lah, aku tak sedap hati la. Kau tahu kan perangai Arabela sejak menunggu hari ni. Makin menjadi-jadi. Kadang-kadang, semua benda yang keluar dari mulut dia tu boleh buat aku hilang sabar tau. Takpun dia boleh menangis tanpa sebab, aku pun tak tahu apa yang buat dia sedih sangat. Aku cuma takut aku tak boleh nak kawal emosi. Aku takut aku termarah dia weh. Parah pula nanti sebab tu aku ajak kau teman aku" terang Aisy panjang berjela

"Ha kan boleh terus terang. Takdelah selindung nak ajak aku keluar bagai. Yelah, apa-apa hal send location kat whatsapp. Nanti aku sampai" balas Rayyan

Aisy tersenyum lalu panggilan terus dimatikan

"Abang, sayang dah siap. Jom" jerit Arabela teruja

Aisy tersenyum melihat isterinya mengenakan jubah mengandung berwarna putih yang dihiasi sedikit labuci. Cantik bak bidadari

Dahinya tiba-tiba berkerut. Jubah Arabela dipandang sekali lagi. Dia hairan, sejak bila Arabela mempunyai jubah tersebut dan yang lebih menggerunkan Aisy adalah, jubah itu sama seperti jubah yang Arabela pakai sewaktu dalam mimpi buruknya

Aisy perasan yang Arabela sedang merenungnya dari dalam cermin. Aisy pantas menepis perasaan tak sedap hatinya itu

"Cantiknya sayang abang ni" Aisy berdiri dari katil dan menuju ke Arabela

Arabela yang berdiri dihadapan cermin dipeluk dari belakang. Arabela tersenyum sambil membetulkan tudungnya

"Sayang, kalau sayang tak nak pakai purdah pun takpe. Abang izinkan" kata Aisy yang masih memeluk isterinya

"Ish apa abang ni? Ara start pakai purdah ni sejak Ara form 5 lagi tau. Mana boleh Ara buka" balas Arabela memuncung

"Sayang, abang faham keadaan sayang. Abang tahu semenjak sayang mengandung ni nafas sayang mesti tercungap-cungap tambah pula pakai purdah. Abang yang tengok pun rasa lemas. Lagipun pakai purdah ni pun tak wajib kan sayang?" kata Aisy lembut

"Takpe abang, sayang okay. Anggap je ni satu pengorbanan sayang untuk abang. Ara pernah berjanji pada diri Ara yang wajah Ara ni Ara simpan hanya untuk tontonan suami Ara je tau" balas Arabela

Aisy tersentuh mendengar jawapan Arabela. Besar sungguh pengorbanan seorang wanita terhadap suaminya

"Beruntungnya abang" kata Aisy tersenyum. Pipi isterinya yang tembam itu dicium geram

"Kalau biar abang gomol sayang, sampai subuh tak habis. Dah jom" kata Arabela memimpin tangan Aisy turun tangga

Aisy risau melihat Arabela turun tangga kerana Arabela terpaksa menyengetkan badannya untuk melihat tangga. Tanpa banyak kata, Aisy terus membongkokkan badannya untuk mendukung Arabela

"Terima kasih" ucap Arabela tersenyum. Pipi Aisy dicium

Aisy meletakkan Arabela di dalam kereta dengan berhati-hati. Sesudah itu dia tutup pintu kereta dan beralih ke bahagian memandu. 30 minit perjalanan akhirnya destinasi yang dikunjung tiba. Mata Aisy tekun mencari parking

"Ala sayang, parking penuh" keluh Aisy melihat semua kawasan parking penuh memandangkan hari itu adalah hari minggu

"Takpelah kita parking seberang sana" sambung Aisy lagi memandangkan kawasan parking seberang jalan ada kosong

Aisy mengeluarkan telefon dari poketnya setelah selesai dia memarkirkan keretanya. Nombor telefon Rayyan didail

"Kat mana?" soal Aisy apabila panggilannya diangkat namun soalannya tidak dijawab

Cermin keretanya diketuk. Aisy memandang ke arah itu, kelihatan Rayyan tersenyum dari luar. Aisy mematikan panggilan dan terus keluar dari kereta

"Thanks bro" ucap Aisy terus bersalaman dengan Rayyan

Aisy menghulurkan tangannya untuk memimpin Arabela. Arabela menyambut tangan suaminya. Baru dua tiga langkah, Rayyan mengambil keputusan untuk patah balik ke keretanya kerana dompetnya tertinggal

"Banyaknya kereta harini" keluh Aisy yang tekun melihat kiri kanan untuk melintas jalan

"Aisy, Ara" panggil seseorang dari belakang

Aisy dan Arabela berpaling. Mereka memandang sesama sendiri

"Maaf, cik ni siapa?" soal Aisy kepada wanita tersebut memandangkan wanita itu memakai purdah menutup mukanya, membuatkan Aisy dan Arabela tidak dapat mengecamnya

Perempuan itu membuka purdahnya. Air matanya mengalir deras

Aisy dan Arabela terkedu melihat wajah wanita dihadapannya. Aisy terus mengambil tempat berdiri dihadapan Arabela untuk melindungi isterinya

"Aisy, saya nak minta maaf" ucap Melisa bersama tangisnya

"Maaf kau dah tiada guna Mel. Jangan ganggu aku dan Arabela lagi" balas Aisy. Nafasnya turun naik apabila terkenangkan perbuatan Melisa terhadap dia dan Arabela dulu

"Tolong Aisy, saya merayu. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya dah terima semua pembalasan saya. Tengok wajah saya, semuanya dah musnah. Saya kena simbah asid disebabkan saya jual diri saya pada suami orang dan saya dah pun disahkan positif HIV. Saya betul-betul menyesal atas perbuatan saya Aisy. Tolonglah maafkan saya" rayu Melisa sungguh-sungguh dengan tangisannya yang benar-benar ikhlas

Hati Arabela tersentuh. Air matanya turut mengalir. Dia tidak sangka akibat yang menimpa Melisa sangat dasyat

"Ara" lirih Melisa apabila Aisy tidak menghiraukannya

"Ara tolong, saya minta maaf sangat. Saya menyesal Ara. Tolong maafkan saya. Dah lama saya pendam ini semua. Saya dah tak tahan. Hidup saya sengsara Ara. Ilmu hitam yang saya hantar pada awak dan Aisy dulu pun telah ganggu saya Ara. Ara tolong, saya merayu. Maafkanlah saya supaya saya tenang" pinta Melisa bersungguh lagi

Arabela menyentuh belakang badan Aisy. Dia beri isyarat mata meminta izin untuk berada di depan tetapi Aisy tetap menghalang

"Aisy please. Kesiankan Melisa" pujuk Arabela lagi dengan tangisnya

Aisy tidak sampai hati melihat rayuan isterinya. Akhirnya dia mengalah dan membiarkan Arabela berada di depan tetapi dia masih berjaga-jaga dengan Melisa

Arabela mendekati Melisa. Tubuh Melisa ingin dipeluk tapi Melisa menahan

"Saya ada HIV Ara. Saya jijik. Saya kotor. Saya ke sini bukan nak menagih simpati dari awak tapi saya cuma nak awak dan Aisy maafkan saya" pinta Melisa lagi

"Takpe Mel, saya dan Aisy dah lama maafkan awak. Walau macam mana pun, awak tetap manusia sama seperti kami. Saya simpati melihat apa yang menimpa awak selama ni. Saya dan Aisy minta maaf atas kesalahan kami terhadap awak" ucap Arabela sekali lagi ingin memeluk Melisa

Pisau lipat yang berada di tangan Melisa dibuka. Baru saja Arabela ingin memeluk Melisa tapi pantas dihalang oleh Aisy

Aisy mendengar bunyi pisau itu dibuka kemudian badan isterinya ditarik kebelakang. Melisa yang menggila terus menikam perut Aisy sedalam mungkin sehingga cecair pekat berwarna merah mengalir dari mulut dan juga perut Aisy. Mata Arabela membuntang luas. Terkejut melihat suaminya ditikam

Melisa menarik keluar pisau itu dari perut Aisy kuat sehinggakan Aisy terbatuk. Wajahnya jelas terkejut. Tangannya menggigil

"Aisy, maafkan saya" ucap Melisa tidak percaya dengan tindakannya. Sepatutnya pisau itu menikam perut Arabela bukan perut Aisy!

"Woi perempuan!!" jerit Rayyan apabila melihat kejadian itu

Melisa terkejut. Dia cemas. Dia pantas mendekati Arabela dan perut Arabela ditikam juga sebelum dia berlari keseberang jalan

Pon!!! Kedengaran hon sebuah lori ditekan

Melisa terkejut, dia terkedu. Kakinya berhenti melangkah membuatkan dia berdiri kaku di tengah jalan

Bushhh!!

Satu hentakan kuat kedengaran. Sekujur tubuh Melisa kelihatan hancur lebur kerana digilis lori tersebut. Keadaan dikawasan itu sangat kecoh kerana orang ramai sudah mula berkumpul

Rayyan berlari mendapatkan Arabela dan Aisy yang terbaring lemah.

"Tolong!!!!" jerit Rayyan sekuat hati. Air matanya mengalir apabila melihat keadaan sahabatnya begitu

"Ray.. Rayyan" panggil Aisy lemah sambil terbatuk batuk menahan sakit

"Aisy, kau kena kuat Aisy. Bertahan aku call ambulan" balas Rayyan cemas

"Se.. Selamatkan.. Ara. Se.. Selamatkan a.. anak aku" itulah kata-kata terakhir Aisy sebelum matanya terpejam rapat

Rayyan meraung memanggil nama Aisy berulang kali tapi tubuh Aisy kaku. Wajah putih Aisy pucat seakan tiada darah. Rayyan melihat Arabela. Jubah putih bersih yang dipakainya dipenuhi darah

Orang ramai yang mengerumuni mereka menghulurkan bantuan dengan membawa sepasang suami isteri itu ke hospital berdekatan

Manakala jasad Melisa yang hancur lebur itu dibiarkan bertaburan dijalan dan hanya menunggu pihak berkuasa yang menjalankan tugas

Mulut orang awam kedengaran sangat kecoh bercerita tentang kematian Melisa Irdina yang ngeri itu

"Memang padan mati dalam keadaan macam tu. Ada ke patut dia tikam ibu mengandung" kata seorang makcik tua yang tahu akal cerita

Ada juga orang awam yang sempat bermuhasabah diri dan berdoa agar mati dalam keadaan husnul khotimah

Dan ada juga orang awam yang menangis meraung seumpama yang meninggal itu adalah ahli keluarganya. Mungkin trauma dan pernah mengalami kejadian seperti ini

Masing-masing yang berada disitu menunjukkan sifat yang terpendam dalam diri sendiri. Sebagaimana reaksi yang mereka tonjolkan, itulah sifat peribadi mereka yang sebenarnya

Siren polis dan ambulan kedengaran. Mereka yang mengerumuni mayat Melisa seperti semut tadi memberi laluan kepada polis dan jururawat untuk melaksanakan tugas mereka

Kita terlahir dengan satu cara namun kematian menjemput kita dengan berbagai cara

Dimana saja kamu berada, kematian pasti akan menghampirimu, meskipun kamu berlindung didalam sebuah benteng yang sangat tinggi dan kukuh (Q.S An-Nisa 78)

Hiduplah diatas muka bumi ini dengan mengingati mati kerana

Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya lah kita semua akan kembali (Q.S Al-Baqarah 156)

Tamat

Hehe belum tamat lagi la. Jangan lupa vote!

Chapter ni paling panjang tau, jenuh sis perah idea untuk readers ??

Share this novel

Ainul Mardhiah
2021-09-22 23:52:38 

terkejut saya kalau ending dia mcm ni

lieyna mhmmd
2021-01-22 23:31:55 

bila nak sambung lagi ???

lieyna mhmmd
2021-01-22 23:31:53 

bila nak sambung lagi ???


NovelPlus Premium

The best ads free experience