"Aisy, jomlah keluar jalan-jalan. Saya bosanlah" kata Arabela
"Tak nak la, aku nak rest" balas Aisy sambil menonton televisyen
"Takkan awak nak terperap dalam bilik ni je? Jomlah Aisy, please"
"Haih kau ni, yelah cepat siap" kata Aisy terus bangun masuk ke bilik
Arabela hanya membontoti langkah Aisy
Setelah Aisy selesai bersiap, direnungnya Arabela yang sedang bersiap
"Kau ni, labuh tudung tu boleh buat kipas kambing golek" kata Aisy sambil menggelengkan kepalanya
"Saya nak bersedia kipas awak je. Mana tahu awak kepanasan ke nanti" balas Arabela
"Menjawab je tahu" gumam Aisy
"Ok dah siap, jom" kata Arabela terus menarik tangan Aisy
"Kita jalan-jalan kat pantai je la" kata Aisy. Tangannya kemas memimpin tangan Arabela
"Saya ok je, janji dapat keluar dari bilik tu dah" balas Arabela
Aisy melabuhkan punggungnya dibatu yang tersedia apabila tiba di persisiran pantai. Arabela terus berlari dan mendepakan tangannya
"Subhanallah, indahnya ciptaanMu di Thailand ini Ya Allah" ucap Arabela memuji keindahan alam
Aisy membuka aplikasi kamera. Gambar Arabela disnap berkali-kali
"Suka sangat dapat keluar. Macam budak kecik" gumam Aisy tersenyum
"Aisy" panggil Arabela
"Ye"
"Sini la"
"Malas la aku"
"Come here right now Aisy!" Arah Arabela
Mahu tidak mahu terpaksalah Aisy menurut. Nasiblah dia tu perempuan, kalau tak dah lama kena terajang
"Hah nak apa?" Soal Aisy setibanya dia pada Arabela
"Cantikkan?" Soal Arabela sambil menunjukkan gunung ganang disitu
"Memanglah cantik" jawab Aisy bersahaja
"Aisy, saya nak tanya"
"Banyak mulut la kau ni, diam sehari tak boleh ke?"
"Tak boleh" jawab Arabela sambil bercekak pinggang
"Hah tanya apa?"
"Bila awak nak tukar panggilan ?" Soal Arabela
"Anytime"
"Sekarang boleh?"
"Hmm"
"Yeay, okay saya nak awak cakap macam ni "Aisy sayang Arabela sorang je" kata Arabela sambil tersenyum
"Aisy benci Arabela sorang je" kata Aisy terus berlari sambil mengekek ketawa
"Aisy, Jahat!!" Kata Arabela terus mengejar Aisy
"Hahaha, kaki pendek ada hati nak kejar orang" ejek Aisy sambil berlari semakin jauh
"Hey sorry sikit ea, ni bekas atlet ok" kata Arabela tidak berputus asa
"Macam lembaga betul budak ni" gumam Aisy yang melihat Arabela berlari terkedek kedek dengan jubah hitamnya yang labuh
"Aduh" Arabela mengaduh apabila dia terjatuh kerana tersadung
Aisy terus menoleh dan pantas mendapatkan Arabela
"Ara, kau.. emm Ara ok?" Soal Aisy risau
"Ok, sikit je" kata Arabela terus menepuk jubahnya yang terkena pasir
"Ara ni, dah tahu pakai jubah janganlah mengada nak berlari ish" kata Aisy geram dengan sikap Arabela
Arabela melihat wajah Aisy yang rapat dengannya. Ingin saja dia mencium pipi Aisy yang dekat dengannya itu tapi nasib saja dia berada di khalayak ramai sekarang. Arabela tersenyum mendengar Aisy yang telah menukar panggilan mereka. Nampak Aisy agak kekok tapi takpe, slow-slow ye Aisy
"Kan saya dah cakap saya ok?" Kata Arabela tersenyum
"Kalau balik bilik nanti aku tengok luka, aku tak nak ubatkan" kata Aisy sambil mencubit kedua pipi Arabela
"Takpe" jawab Arabela tersenyum
Jauh dari tempat mereka, ada dua pasang mata yang sedang memerhati. Sepasang mata memerhati dengan hati yang panas, manakala sepasang mata lagi memerhati dengan hati yang lega
"Aisy, aku tahu kau akan bahagia dengan dia. Aku tahu dialah jodoh kau yang sebenarnya. Untungnya kau sahabat" bisik hati Rayyan sambil tersenyum
Rayyan tahu yang hati Aisy sedikit sebanyak terbuka untuk Arabela. Perubahan Aisy semakin ketara setelah dia berkahwin dengan Arabela. Aisy tidak lagi mencarut seteruk dulu, Aisy tidak memaki hamun orang sesuka hatinya lagi. Rayyan rindukan Aisy yang dahulu dan dia bersyukur kerana Aisy sudah mula berubah kembali seperti dulu
Namun disebalik kebahagiaan pasangan baru berkahwin itu, ada yang iri hati
Melisa Irdina menggenggam penumbuknya
"Berani kau nak bermesra depan aku?! Aku takkan biarkan kebahagiaan korang kekal lama!!" Kata Melisa terus berjalan ingin menuju ketempat Aisy dan Arabela
Rayyan yang sedang seronok melihat kemesraan pasangan itu tersentak apabila terlihat Melisa Irdina jalan menuju kearah mereka berdua. Pantas Rayyan melangkah mengejar Melisa Irdina
"Hey perempuan!!" Jerit Rayyan terus memegang tangan Melisa
"Kau lagi!! Arghhh ! Kau boleh tak jangan semak dalam hidup aku?!" Bentak Melisa Irdina terus melepaskan tangannya dari genggaman Rayyan
"Kau nak aku warning kau berapa banyak kali hah bodoh?!" Balas Rayyan sudah hilang kesabarannya
"Jangan menyibuk la sial!" Jerit Melisa Irdina terus menolak dada Rayyan dan terus berlari
Rayyan mengejar Melisa Irdina. Rambut Melisa Irdina dicapai dan ditarik. Tangan Rayyan naik menampar wajah Melisa
"Jangan fikir aku teragak-agak nak buat lebih daripada tu lepas ni! Kalau kau berani ganggu hidup Aisy lagi, aku boleh jual kau dekat mana-mana pusat pelacuran dekat sini. This is my last warning!" Kata Rayyan terus berlalu
"Arghhh sial!!" Jerit Melisa Irdina tidak puas hati dan terus berlalu
"Jahanam kau Rayyan, kau belum kenal siapa aku sebenarnya. Kau tunggu masa kau selepas aku dapat miliki Aisy semula. Kau tunggu nasib kau" kata Melisa lagi
----------------------------
Aisy memerhati Arabela yang sedang menyapu ubat dibetisnya. Haih sexy betul bini aku malam ni
Keadaan Arabela yang hanya memakai gaun tidur jarang paras peha itu direnungnya tanpa berkelip
"Ara, meh Aisy sapukan" kata Aisy sengaja
"Eh takpelah, sikit je ni" balas Arabela cuba menyembunyikan senyumnya
"Sikit apanya ? Tu besar la luka tu. Aisy ajak pergi klinik tak nak, biarlah Aisy sapukan ea" kata Aisy
"Hmm boleh tapi ada satu syarat"
"Apa syaratnya?" Soal Aisy
"Senyum dengan seikhlas hati" kata Arabela
Aisy mendekatkan wajahnya dengan wajah Arabela. Senyuman yang menggoda ditayangkan
Arabela tersenyum. Dah agak dah Aisy ni
"Kenapa ni hmm?" Sengaja Arabela mencabar. Hidung Aisy dicuit sedikit
"Takde apa" jawab Aisy berbisik
Aisy perlahan-lahan merapatkan wajahnya ke telinga Arabela dan terus mencium manja. Kemudian bibir Aisy mendarat lembut di leher Arabela
Arabela terbuai dan memejamkan matanya. Badannya dibaringkan kemudian Aisy mengambil posisi untuk naik diatas badan Arabela
Aisy mencium lembut dahi kemudian hidung seterusnya bibir Arabela
"Dah tidur, esok Aisy kerja" kata Aisy terus berbaring disebelah Arabela dalam keadaan tersenyum. Lampu sisi katil juga dipadam
"What?!" Soal Arabela
"Ahh tak boleh la macam ni Aisy, berani buat berani tanggung. Kalau nak teruskan, jangan berhenti sekerat jalan. Ara tak suka" kata Arabela
"Tak boleh la Ara, esok Aisy ada meeting besar. Aisy tak nak terlewat bangun. Lagipun esok kan dah last Aisy kerja dekat sini. Malam esok kita sambung ye Ara? Kita sambung sampai pagi" kata Aisy tersenyum nakal
Arabela mendengus. Dia yang mulakan tapi berhenti sekerat jalan
Arabela mula membuka bajunya satu persatu sehingga tiada sehelai benang pun di badannya.
Aisy menelan liurnya dan memandang Arabela dari atas hingga bawah menggunakan lampu sisi katil sahaja
"Ara please" kata Aisy terketar-ketar
"Ara takkan biarkan Aisy bangun lewat esok ok?" Bisik Arabela romantis. Lampu terus dipadamkan
Malam itu Aisy terbuai lagi dengan permainan Arabela sehingga lewat pagi. Jujur, Arabela sangat pandai membuatnya tewas
--------------------------
Arabela tersenyum melihat Aisy yang masih lena disebelah
Arabela mendekatkan bibirnya lalu dihembuskan nafasnya ke telinga Aisy
Aisy menggeliat kegelian. Matanya dibuka dan wajah Arabela dipandang lama. Dia tersenyum
"Dah pagi" kata Arabela tersenyum
Aisy membalas senyuman Arabela. Dia bangun dari pembaringan dan duduk. Kini dia dan Arabela sedang bertatapan
"Morning kiss?" Soal Aisy
"No! Mandi dulu ok?" Balas Arabela
"Jom mandi dengan Aisy" kata Aisy terus mencempung badan Arabela masuk ke tandas
-----------------------------
Arabela pantas berlari mendapatkan telefonnya yang sedang berdering
"Assalamualaikum mama" ucapnya
"Waalaikumussalam Ara. Kamu sihat?" Soal Puan Hanis di panggilan
"Alhamdulillah Ara sihat mama. Ada apa ye mama call?" Soal Arabela
"Mama nak tanya, macam mana perkembangan kamu dengan Aisy dekat sana?" Soal Puan Hanis teruja
"Alhamdulillah mama, semua baik-baik je. Aisy pun dah tak marahkan Ara, dia dah pun slow-slow tunjukkan perubahan" jawab Arabela
"Alhamdulillah, suka mama dengar berita ni. Lepas ni mama dah tak perlu risaukan kamu berdua. Mama tahu, Ara dapat kembalikan Aisy yang dulu"
"InshaAllah ma. Semuanya dengan izin Allah. Ara bantu apa yang Ara mampu je" jawabnya
"Sebelum tu mama nak pesan, terus-terusan goda Aisy tau hehe"
"Hahaha, Inshaallah mama"
"Mama letak dulu, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Arabela tersenyum. Ada-ada sajalah mama ni
Arabela melihat jam. Sudah pukul 6 petang tapi Aisy masih lagi belum pulang
"Assalamualaikum" ucap Aisy yang baru tiba. Hmm panjang umur
"Waalaikumussalam" jawab Arabela tersenyum
Aisy tersenyum dan terus merapati Arabela. Pipi gebu isterinya dicium
Arabela hairan. Tidak pernah suaminya melakukan dia sebegini
Aisy terus merebahkan punggungnya disofa. Arabela mengambil tempat disebelah Aisy
"Aisy nak air ?" Soalnya
"Tak payah la" balas Aisy tersenyum
Arabela membuka tali leher suaminya. Bahu Aisy diurut lembut
Aisy memejamkan matanya. Kepalanya terlentok dikerusi. Penat mungkin. Yelah, penat semalam masih belum hilang ditambah pula penat harini
"Aisy penat ye ? Sorry" kata Arabela menunduk
"Bukan sebab Ara la. Aisy penat sebab kerja je. Ni tengok muka Ara, dah hilang dah penat ni sikit" kata Aisy tersenyum
Arabela tersenyum malu. Amboi buat pickupline pula
"Kerja macam mana?"
"Alhamdulillah, ok je"
"Alhamdulillah"
Aisy mencium pipi Arabela sekali lagi. Hmm wangian Arabela membuatnya berasa tenang
"Kenapa ni Aisy? Rindu Ara ea?" Soal Arabela terus mencuit hidung Aisy
"Mestilah rindu. Lagi satu cium isteri satu kali kan dapat 10 pahala" jawab Aisy
Arabela tersenyum lagi. Kepalanya dilentokkan dibadan Aisy. Tangannya pula memeluk pinggang Aisy
"Aisy marah Ara lagi tak?" Soal nya
"Tak" jawab Aisy jujur
"Betul ni?"
"Betul Ara" kepala Arabela dibelainya
"Tapi kenapa? Bukan sebelum ni Aisy marahkan Ara ?"
"Sebab Arabela adalah seorang yang solehah" balas Aisy
"Hmm, Aisy sayang Ara tak?" Soal Arabela gementar
"Aisy mandi dulu ye Ara, badan dah melekit" kata Aisy terus bangun
Arabela tersenyum hampa. Bila agaknya dia dapat mendengar ucapan sayang dari mulut Aisy? Arabela mengeluh
---------------------------
Aisy mencari kelibat Arabela namun tidak kelihatan
"Ara" panggilnya
"Ye saya kat sini" jawab Arabela di balkoni bilik
"Termenung apa tu?" Soal Aisy
"Takde apa la, saja ambil angin luar" jawab Arabela tersenyum
"Jom"
"Pergi mana?" Soal Arabela hairan
"Pergi makan la"
"Bukan selalu awak panggil servis je ke?" Soal Arabela
"Takpela, hari ni kita makan kat luar ok? Lagipun kan sekarang masa untuk kita honeymoon" kata Aisy tersenyum
Sejuk hati Arabela melihat Aisy yang selalu tersenyum sekarang. Makian pun sudah tidak lagi Aisy lemparkan kepadanya
"Ok, tunggu saya siap kejap tau" kata Arabela
---------------------------
Arabela menggenggam tangan Aisy sekuat mungkin. Dah la malam, gelap pula tu. Ke mana la Aisy mahu membawanya. Sudah ditanya berkali-kali tapi Aisy diam saja
"Ok, dah sampai" kata Aisy
Arabela melihat sekeliling. Macam dalam hutan je. Sebatang lampu pun takde
"On" jerit Aisy
Tiba-tiba lampu bernyala. Arabela tergamam. Tangannya digenggam
Kelihatan ada sebuah tikar yang dihias dengan cantik sekali dan ada makanan terhidang diatasnya. Di sekeliling tikar itu ada lampu berwarna merah jambu dan unggu terhias romantis
Kawasan itu sunyi dan gelap tetapi cantik dan sangat romantis dengan hiasan yang dibuat
"Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Arabela.. happy birthday to you!" Aisy menyanyikan lagu untuk Arabela
Arabela tersentuh. Air matanya gugur. Dia tidak sangka yang Aisy akan membuat kejutan untuknya.
Memang Arabela menantikan detik ini. Memang Arabela ingin Aisy mengucapkan Selamat hari lahir untuknya. Arabela terharu kerana Aisy mengambil tahu tentang tarikh hari lahirnya
"Jomlah duduk" kata Aisy. Arabela hanya menurut
"Terima kasih Aisy" ucap Arabela terus memeluk suaminya erat
"Sama-sama" balas Aisy turut membalas pelukan Arabela
"Ara" panggil Aisy terus meleraikan pelukan
"Hmm" Arabela merenung wajah Aisy
"Aisy nak minta sesuatu boleh?"
"Minta apa?"
"Buka purdah Ara supaya Aisy boleh tatap wajah Ara selama detik ini berlangsung. Lagipun hanya kita berdua je dekat sini" pinta Aisy
Arabela mengangguk kemudian purdahnya dibuka. Aisy tersenyum. Tangan Arabela diambil dan dipegang
"Selamat Ulang tahun ke-25 Arabela, semoga Ara kuat hadapi segala cabaran dalam hidup Ara. Aisy tahu Ara adalah seorang yang kuat. Selagi Aisy hidup selagi tu Aisy akan berada disamping Ara, InshaAllah"
"Terima kasih Aisy" ucap Arabela.. air matanya menitis lagi
"Sebenarnya tadi kerja Aisy dah habis awal tapi umi call bagitahu harini birthday Ara, so ini je yang dapat Aisy siapkan. Sorry" kata Aisy tersenyum
"Ara tak pernah mengharapkan lebih, cukup sekadar Aisy ingat birthday Ara pun Ara bersyukur sangat. Thanks for everything" kata Arabela turut tersenyum
"Ara, Aisy ada benda nak cakap"
"Ye apa dia Aisy?" Soal Arabela penuh debaran
Arabela mengharapkan sesuatu yang besar yang dia inginkan dari dulu daripada Aisy. Dan dia mahu inilah waktunya supaya perkataan itu keluar dari mulut Aisy sendiri
"Aisy nak minta maaf pada Ara"
"Untuk apa?"
"Aisy tahu Ara mengharapkan cinta daripada Aisy. Aisy tahu dari keikhlasan Ara terhadap Aisy. Jujur, Aisy senang dengan sikap Ara yang sentiasa membuatkan Aisy tenang ketika Aisy marah. Wajah Ara yang sentiasa membuatkan kemarahan Aisy terpadam dan sikap sabar Ara terhadap semua cacian yang Aisy berikan. Dari situ Aisy tahu, Ara mencintai Aisy sepenuh jiwa Ara. Dari keikhlasan Ara untuk berkahwin dengan Aisy, Aisy tahu itu semua bukan paksaan untuk diri Ara. Ara buka hati seluasnya untuk mencintai Aisy, Aisy tahu semua tu. Tapi Aisy minta maaf"
Aisy memejamkan matanya. Kelihatan sebutir mutiara jernih menitis dari tubir mata Aisy. Arabela tersentuh namun kata-kata Aisy dinanti penuh debaran
"Aisy minta maaf kerana Aisy belum dapat membalas cinta Ara. Aisy tak dapat berjanji yang Aisy akan dapat mencintai Ara dengan sepenuh hati Aisy dalam masa terdekat ni. Beri Aisy masa dan Aisy pinta supaya Ara sentiasa sabar menunggu Aisy. Maafkan Aisy"
Air mata Arabela turut jatuh
Hampa !
Arabela pantas menghapuskan air matanya. Aisy yang sedang menunduk ditarik dalam pelukannya
"Ara faham. Takpe, Ara tunggu ok" kata Arabela tersenyum namun air matanya turut mengalir lagi
'Ya Allah kuatkan aku' doa Arabela.. matanya dipejamkan
Nafasnya tersekat-sekat menahan tangis. Dia lemah ketika ini. Salah dia juga kerana terlalu berharap
Aisy kecewa dengan dirinya sendiri kerana dia tidak dapat mencintai isterinya sendiri
Dia masih tersepit dengan kisah silam. Sukar untuk dia menerima seorang perempuan dalam hidupnya semudah itu
Aisy penat dikhianati. Dia takut jika dia meletakkan harapan pada Arabela nanti dia yang akan dikecewakan lagi
"Aisy"
"Hmm"
"Percayakan takdir Allah, InshaAllah Arabela sentiasa ada disisi Aisy selamanya" Arabela memberikan kata-kata semangat untuk orang tersayang tapi semangatnya untuk kembali ceria telah pun hilang
'Arabela, Wajah kau yang selalu membuatkan aku tenang. Kerana itu aku ingin melihat wajahmu disaat aku sukar sebegini. Aku takut jika aku tidak dapat mengawal kemarahan dan emosiku oleh kerana itu aku minta supaya kau buka purdah kau untuk memberikan aku kekuatan. Terima kasih kerana telah menyalurkan kekuatan untukku
Aku berjanji, aku akan cuba buka pintu hati aku untuk kau seluasnya. Dengan Izin Allah, aku akan jadi milikmu. Selamanya. Tunggu aku kerana aku betul-betul perlukan kau dalam hidup aku' Ucap Aisy dalam hatinya
Share this novel
hi....next chapter plzz.....
update lg pleas..bestlah ceritanya..tq