Sejak dimarahi Puan Hanis, Arabela mengambil keputusan untuk balik ke rumah uminya, Puan Maira. Hatinya masih belum dapat menerima semua yang terjadi. Dia mahukan anaknya!
Pandangan Arabela beralih kepada Puan Maira yang baru masuk ke biliknya sambil menatang dulang berisi makanan kemudian dulang tersebut diletakkan di atas meja
"Ara jom makan" panggil Puan Maira
Arabela akur. Kakinya melangkah ke meja kemudian punggungnya melabuh diatas kerusi sambil makanan berpantang dipandang kosong. Tidak semena-mena air matanya mengalir
Selalunya orang berpantang dengan adanya anak tapi dia? Berpantang tanpa suami dan anak disisi. Perit
"Sudahlah Ara. Tak baik menangis depan rezeki" pujuk Puan Maira
"Ara nak anak Ara umi" balas Ara
Puan Maira terdiam. Itulah ayat yang selalu Arabela ungkapkan setiap hari. Setiap kali dia mendengar anaknya merayu begitu, hatinya bertambah sayu
"Ara harini kita jenguk Aisy ye. Dah lama Ara tak tengok suami Ara" sengaja Puan Maira mengubah topik
Arabela berdehem lalu air matanya dihapuskan. Nasi yang terbiar tadi di makan. Puan Maira mengeluh. Sudah bermacam-macam cara dia memujuk Arabela agar melawat Aisy. Sudah seminggu Arabela membiarkan Aisy di sana.
"Ara, dia tu masih suami Ara. Ara sebagai seorang isteri sepatutnya Ara ada disisi Aisy" Pujuk Puan Maira lembut
"Ara tak ready lagi lah umi. Saat Ara hilang anak Ara, Aisy takde pun disisi Ara. Jadi buat apa Ara temankan Aisy yang macam mayat hidup kat hospital tu?!!" Bentak Arabela
"Astaghfirullahalazim Arabela!! Aisy tu suami kamu! Belum terucap lafaz cerai lagi dan kamu berani cakap macam macam pada suami kamu? Kamu nak jadi isteri nusyuz ke Ara?! Mama tak pernah ajar kamu biadab macam ni sekali!" Tengking Puan Maira kembali. Langkahnya diatur keluar dari bilik anak sulungnya. Pintu bilik Arabela dihempas kuat. Kecewa mendengar kata-kata Arabela sebentar tadi
Arabela mendengus. Sudu yang dipegangnya dilepaskan. Dia berjalan ke arah katil
"Asyik Aisy, Aisy, Aisy je tahu!! Aku yang hilang anak ni takde siapa kisah!!" Dengus Arabela terus merebahkan badannya di atas katil
Matanya ditutup rapat. Sedang dia menahan marah, air matanya mengalir lagi. Esakan mula kedengaran. Dadanya berasa perit dipegang lalu ditepuk lembut
"Nuh, kenapa Nuh tinggalkan mummy?" Lirihnya. Air matanya semakin lebat
--------------
Kaki Aisy berhenti dari terus mengejar kanak-kanak yang yang terus-terusan memanggilnya walid itu
"Alaaa apa ni walid? Takkan walid dah penat. Adik tak puas lagi nak main dengan walid ni" kata kanak-kanak itu
"Kejap adik, bagi walid ambil nafas dulu" balas Aisy mengah
"Alaa masa adik dah suntuk ni walid. Jom la main lagi" balas kanak-kanak itu pula. Tangan Aisy ditarik
"Adik nak ke mana?" Soal Aisy hairan
"Adik nak pergi jauh"
"Jauh? Ke mana?"
Kanak-kanak itu tersenyum. Kedua belah pipi Aisy dipegang sambil bibirnya mengukir senyum manis
"Adik nak pergi syurga"
Aisy hairan. Budak kecil di hadapannya ini penuh misteri. Sudah lama dia menghabiskan masanya bersama budak itu. Arabela isterinya terus dilupakan kerana terlalu bahagia meluangkan masa dengan 'adik'
Adik mengambil tempat duduk disebelah Aisy. Kepalanya disandarkan di badan Aisy.
"Walid tengok tasik tu" tunjuk adik kepada Aisy
Aisy memandang ke arah yang ditunjukkan oleh adik. Matanya redup memandang keindahan tasik tersebut. Dia sendiri tidak tahu di mana dia berada tapi yang pasti, tempat dia meluangkan masa bersama adik itu terlalu indah. Sukar digambarkan sehingga dia terlupa tentang semua benda
"Cantik" ucap Aisy
"Tapi syurga yang adik nak pergi nanti lagi cantik" balas adik sungguh sungguh
Aisy tersenyum mendengar kata-kata adik. Dia menghiraukan saja segala percakapan adik kerana dia tahu adik hanya akan bercakap tanpa berfikir
"Walid, adik bahagia sangat dapat luangkan masa bersama walid. Jujur, walaupun adik tak puas lagi tapi adik bersyukur sangat sebab adik mempunyai ayah yang sangat baik. Seorang ayah yang sangat sayangkan adik sehinggakan dia mengorbankan nyawanya sendiri hanya untuk selamatkan adik"
Aisy memandang tepat ke wajah berseri adik
"Adik cakap apa ni? Walid tak pernah faham apa yang adik cakap pada walid. Adik jangan buat walid tertanya tanya please. Jujur dengan walid" kata Aisy benar-benar ingin tahu
"Walid, terima kasih melayan adik dengan baik sekali selama walid disini. Walid, nama adik Nuh Mikael Bin Aisy Khaizuran" terang kanak-kanak itu masih tidak lekang dengan senyumannya
Aisy terkedu. Itu adalah nama yang dia dan Arabela pilih untuk zuriatnya yang bakal lahir nanti. Tapi kenapa budak ini mengaku bahawa itu adalah namanya
"Walid, ini Nuh anak walid. Walid, Nuh minta maaf sebab Nuh pinjam walid dari mummy lama. Walid pulanglah ke pangkuan mummy. Mummy tengah perlukan sokongan dari walid. Walid, pergilah. Adik redha" kanak-kanak tadinya tersenyum kini sedang menangis teresak-esak
"Nuh? Nuh anak walid" kata Aisy terus memeluk anaknya erat. Air matanya gugur
"Walid, walid bangunlah dan pulihkan semangat mummy. Nuh tak sanggup nak tengok mummy bersedih kerana kehilangan Nuh dan Nuh tak sanggup nak tengok mummy menanggung derita lagi apabila mummy kehilangan walid. Walid bangunlah" jerit Nuh Mikael dalam esakannya
"Nuh, walid gembira bersama Nuh disini. Walid takkan tinggalkan anak walid sendirian disini. Walid sayang anak walid" Tangis Aisy menjadi-jadi. Pelukan semalin dieratkan
Nuh Mikael turut membalas pelukan ayahnya. Dia sedih untuk melepaskan walidnya tetapi Arabela benar-benar memerlukan walidnya ketika ini
"Sudahlah walid. Masa untuk Nuh dah singkat sangat. Nuh gembira sebab Nuh sempat berikan kesempatan pada walid untuk menjadi seorang bapa. Selama Nuh dalam kandungan mummy, mummy gembira sangat sebab Nuh ditiupkan ke dalam rahim mummy. Kini Nuh bagi walid peluang tu tapi tak lama dah. Nuh pergi dulu ya walid" Nuh Mikael meleraikan pelukan Aisy dan terus berlari
Aisy takut kehilangan anaknya. Dia berdiri dan laju mengejar Nuh Mikael
"Nuh, tunggu walid" Jerit Aisy
"Nuh!! Arghh!" Aisy memegang kakinya yang sakit akibat terjatuh. Dia tidak berputus asa. Dia kembali berdiri tetapi kakinya menjadi kaku. Dia tidak mampu menggerakkan kakinya. Badan kecil Nuh Mikael semakin menghilang dari pandangan
Air mata Aisy mengalir deras. Peluh membasahi dahinya. Tiba-tiba pandangannya gelap. Badannya meronta-ronta
"Aisy" kedengaran suara lembut memanggil namanya
"Aisy, bangun nak" suara itu berbunyi lagi
Aisy cuba membuka matanya perlahan lahan. Sinaran cahaya putih dari lampu yang terang itu menghalangnya untuk membuka mata secara paksa
Dia kembali memejamkan matanya semula. Kemudian matanya dibuka perlahan-lahan
Wajah yang berada disisinya dipandang lama
"Mama?" Panggilnya dengan nada terkejut
"Alhamdulillah Aisy. Aisy dah sedar" ujar Puan Hanis sambil menangis
"Ma, anak Aisy mana ma? Nuh Mikael anak Aisy mana?" Soal Aisy tidak keruan. Dia inginkan anaknya
"Bawa bertenang Aisy" kata Puan Hanis cuba memujuk
"Mama, Ara mana?" Soal Aisy yang baru tersedar akan isterinya
"Ara ada sayang. Ara ada. Aisy rehat dulu nanti mama bawa Aisy jumpa dengan Ara dan anak Aisy" balas Puan Hanis terus meninggalkan bilik tersebut
Hatinya sayu untuk memberitahu kebenaran kepada Aisy. Dia tahu pasti sukar untuk Aisy menerima khabar itu
---------------
"Ara, bangun bersiap cepat" arah Puan Maira mengejutkan Arabela yang sedang lena
"Ada apa umi? Tergesa gesa je" balas Arabela
"Jom kita ke hospital sekarang. Aisy dah sedar"
Arabela mendengus geram. Pantang betul dia mendengar nama itu disebut-sebut
"Ara jangan bagi umi banyak alasan. Siap sekarang!" Tegas uminya memberi arahan
Arabela terpaksa akur. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Blouse muslimah dan juga seluar slack longgar disarungkan tidak lupa juga tudung dan purdahnya
Arabela melangkah turun ke bawah dengan wajah yang mencuka dibalik purdahnya
Fikiran Arabela kosong sepanjang perjalanan ke hospital kemudian dia mengeluh panjang apabila terkenangkan arwah anaknya. Sebak mula terasa
Sampai saja di hospital, Arabela berjalan lemah membontoti umi dan abinya. Sepatutnya dia yang bersemangat untuk bertemu dengan suaminya tapi amarahnya terhadap Aisy masih meluap-luap. Janji manis yang pernah Aisy taburkan demi menjaganya dulu membuatkan Arabela meletakkan 100% kesalahan itu terhadap Aisy
Arabela menjeling apabila melihaf orang tuanya teruja untuk bertemu dengan Aisy
"Aisy tu baru tak sedar seminggu dah kecoh macam ni sekali. Kalau Aisy meninggal agaknya aku ni terus dipinggirkan" kata hati jahat Arabela
Perangai Arabela berubah 360darjah. Sekarang dia sudah berani meninggalkan solat kerana terlalu kecewa. Pegangan hidupnya kini sudah mulai goyah
"Sayang" panggil Aisy setibanya dia didalam bilik tersebut
Arabela mengambil tempat duduk disebelah Aisy diatas katil. Dia hanya menunduk. Wajah Aisy langsung tidak dipandang
"Sayang, abang rindu" kata Aisy terus menarik Arabela dalam pelukannya
"Maira, Latif jomlah kita ke cafe dulu" kata Puan Hanis ingin memberi ruang buat mereka berdua
Arabela tidak membalas pelukan Aisy. Aisy terus meleraikan pelukan tersebut kemudian Aisy mendongakkan wajah Arabela dan purdah Arabela ditanggalkan. Dia ingin menatap wajah isterinya yang sangat dia rindui
Air mata Aisy gugur saat melihaf wajah cantik Arabela. Dahi Arabela dicium lama. Rindu
"Demi Allah. Abang rindu Ara" bisiknya. Suaranya juga mula bergetar menahan tangis
Perasan Arabela yang kosong sejak tadi telah berubah. Hatinya tersentuh dengan ucapan dan perilaku Aisy terhadapnya
"Sayang, say something. Abang rindu nak dengar suara sayang. Please" rayu Aisy sambil menatap anak mata Arabela sedalam-dalamnya
"Anak Ara, dah takde" akhirnya Arabela bersuara. Air mata Arabela semakin lebat bercucuran di pipi
"Maafkan Aisy. Aisy lemah" ucap Aisy sambil menarik Arabela ke dalam pelukannya kembali
Dia sudah pun tahu semuanya kerana Puan Hanis telah menceritakan segalanya. Hatinya sebak melihat Arabela berduka begini sekali. Hatinya juga dipaut rasa rindu yang mendalam terhadap anaknya tapi dia harus kuat demi Arabela
Arabela meleraikan pelukan dengan kasar. Wajah suaminya dipandang dengan penuh rasa marah
"Ni semua salah awak! Awak dah mungkir janji awak pada saya! Sekarang, anak saya pergi tinggalkan saya. Budak kecil tak berdosa tu mati disebabkan cinta buta awak dengan Melisa dulu!! Saya benci awak Aisy. Benci!!" Jerit Arabela semakin kuat. Dada Aisy dipukul bertubi-tubi
"Astaghfirullahalazim sayang. Bawa mengucap sayang. Luka dekat perut sayang tu masih belum sembuh dengan sepenuhnya lagi. Abang minta maaf sebab abang dah mungkir janji abang pada sayang. Berilah abang peluang untuk tebus kesalahan abang" rayu Aisy dengan air matanya. Dia benar-benar kesal
"Anak aku dah mati! Kau faham tak?! Dah mati! Dengan maaf kau saja belum tentu dapat hidupkan anak aku balik!!" Kata Arabela sambil merenung tajam kepada Aisy
Aisy meraup wajahnya berkali-kali. Dia terkejut dengan perubahan Arabela yang sangat ketara itu. Arabela kini makin mengganas dan Aisy semakin tidak mengenali isterinya sendiri
"Sayang, ni abang suami sayang. Sanggup sayang cakap macam tu pada abang?" Soal Aisy kesal
"Aku takde suami yang bunuh anak dia sendiri" kejam Arabela membalas. Dia terus keluar meninggalkan Aisy sendirian
Aisy menekup wajahnya. Dia ingin berdiri mengejar Arabela namun sakit diperutnya akibat tusukan pisau yang tajam itu masih berbisa. Dia kembali terbaring lemah. Berkali-kali Aisy istighfar. Walau macam mana pun dia masih cuba berfikiran positif terhadap Arabela. Dia tahu Arabela sukar untuk menerima kenyataan ini akibat terkesan dengan permergian anak yang dikandungnya sendiri
Anak mereka sepatutnya dilahirkan pada bulan depan. Hanya menunggu hari saja untuk menanti kehadiran cahaya mata tersebut tapi tiada siapa dapat menduga hal ini akan terjadi.
T
Share this novel