Bab 22

Romance Series 132782

Pagi tu Aisy bangun bersiap untuk pergi ke kerja. Sudah lama dia mengambil cuti. Nasib saja tidak kena buang kerja

Aisy melangkah turun anak tangga. Kelihatan Rayyan sudah segak mengenakan kemeja marron sambil menyisip kopi yang berada di dalam cawan

"Eh Aisy?!" Soal Rayyan terkejut. Hampir tersedak kopi yang diminum

"Morning bro" ucap Aisy tersenyum lebar

"Kau siap-siap ni nak pergi mana?" soal Rayyan hairan. Badan Aisy dipandang dari atas hingga bawah

"Eh kau ni. Nak pergi kerja la. Tanya pulak" balas Aisy terus menjentik kepala Rayyan

Rayyan masih bingung tapi dia gembira melihat perubahan Aisy. Rayyan pantas mencapai air yang diberikan oleh ustaz semalam

"Minum air ni. Selawat 3 kali lepastu niat" arah Rayyan

"Baik bos" balas Aisy terus melakukan apa yang disuruh Rayyan

Rayyan tersenyum. Dalam hatinya tidak henti-henti bersyukur

---------------

Melisa Irdina berjalan menuju ke kaunter di hotel

"Sorry Cik. Saya nak tanya. Orang yang duduk dekat bilik 221 tu pergi mana ye?" Soal Melisa

"Oh, dia dah check out semalam"

Melisa terdiam sejenak. Hatinya berasa sakit namun amarahnya cuba dikawal

"Oh yeke? Thanks" balas Melisa tersenyum. Kakinya pantas melangkah ke keretanya semula

"Sial kau Aisy. Mana kau lari kalini?! Arghhh!!" Bentak Melisa Irdina. Stereng keretanya dihentak kuat

Enjin kereta dihidupkan dan dia terus meninggalkan kawasan tersebut

----------

Puan Maira mengeluh kecil melihat Arabela yang sedang termenung di kolam ikan koi miliknya

"Umi tahu semua ni berat untuk Ara tanggung sorang-sorang. Umi minta maaf sayang" bisiknya. Setitis air matanya jatuh

Kakinya melangkah menuju ke arah Arabela

"Goodmorning sayang umi" ucap Puan Maira terus mencium pipi gebu anaknya itu

Arabela tersenyum. Uminya dipeluk

"Good morning umi" balasnya kembali

Puan Maira melabuhkan punggungnya di sebelah Arabela. Tangan anaknya digenggam

"Ara ok?" soal Puan Maira

"Umi ni, setiap hari tanya Ara soalan sama je. Ara ok la umi. Jangan risau ok?" balas Arabela tertawa kecil

"Umi bersyukur sangat sebab dikurniakan anak solehah macam Ara ni" puji Puan Maira. Arabela tersenyum malu

"Aisy apa khabar? Ara tahu apa-apa berita tentang Aisy?" soal Puan Maira

"Mama sendiri tak tahu Aisy di mana inikan Ara" balas Arabela berbohong

Sebolehnya Arabela tidak mahu menceritakan apa yang terjadi pada Aisy selagi Aisy belum betul-betul sembuh. Arabela takut uminya meletakkan harapan yang tinggi untuk mereka kembali bersama walaupun hatinya sendiri sangat mengharapkan hal itu terjadi

"Takpelah kalau macam tu. Umi masuk dulu nak hidangkan sarapan" balas Puan Maira. Arabela hanya mengangguk

"Ya Allah, kembalikan Aisy padaku Ya Allah. Aku tidak pernah mencintai orang sedalam ini Ya Allah. Makbulkan doaku" lirih Arabela. Air matanya yang jatuh diseka

Arabela sudah tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Arabela betul-betul sudah give up. Betullah kata orang, cinta ini boleh membuatkan seseorang berubah.

Arabela kembali beristighfar. Sudah jauh dia terpesong. Dia menjadi lemah hanya kerana mencintai seorang manusia

Pantas Arabela masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat sunat Dhuha

--------------

Aisy dan Rayyan berjalan menuju ke surau di pejabat mereka untuk menunaikan solat fardhu asar. Waktu begini pastinya jalan jem. Takut pula terlepas asar

"Bro, malam ni bawa aku jumpa ustaz semalam" kata Aisy selesai saja menunaikan solat

"InshaAllah. Aku bersyukur sangat Aisy sebab kau dah sedar. Nasib baik benda ni belum melarat lagi" balas Rayyan tersenyum

"Alhamdulillah bro, berkat pertolongan kau. Aku bersyukur sangat ada member macam kau. Thanks Rayyan" ucap Aisy terus memeluk Rayyan

Rayyan membalas pelukan Aisy. Belakang badan Aisy ditepuk lembut. Walaupun Aisy berada depan matanya namun perasaan rindu akan sahabatnya ini sangat mendalam. Sudah lama mereka tidak begini

"Boleh aku tanya?" soal Rayyan melepaskan pelukan

"Tanyalah"

"So kau dengan Arabela macam mana?" Soal Rayyan

Aisy tersenyum

"Aku taknak terburu-buru Rayyan. Biar aku sihat sepenuhnya baru aku buat keputusan. Sejujurnya, aku rindu dia. Dia memang wanita yang baik. Bila aku dekat dengan dia, dia dapat membuatkan dendam aku hilang terhadap kaum perempuan. Aku sedar, aku ni tak layak untuk dia. Tapi aku sayang dia Rayyan. Aku tak nak hilang dia" terang Aisy. Matanya kemerahan menahan tangis

"Walaupun aku sedar yang aku tak layak untuk dia tapi aku tak pernah terdetik untuk lepaskan dia Rayyan. Sekali pun tak pernah. Tapi disebabkan sifat dengki orang lain, aku dah buat kesilapan terbesar dalam hidup aku dengan menceraikan Arabela. Aku menyesal Rayyan" sambung Aisy lagi. Akhirnya tangisannya pecah

Aisy menekup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Dia menangis sepuasnya

"Aisy, kau sedar masa kau ceraikan Ara?" soal Rayyan inginkan kepastian

Aisy mengangkat wajahnya. Jelas kemerahan akibat menangis

"Aku.. aku sedar Rayyan tapi aku tak dapat nak kawal" Jelas Aisy. Dia akui yang dia sedar ketika dia menceraikan Arabela tetapi oleh kerana hasad dengki orang tambahan pula dengan hidupnya yang masih tersepit dengan kisah silam, dia telah pun menceraikan Arabela

Hati Rayyan sayu melihat keadaan sahabatnya. Rayyan mendekati Aisy lalu Aisy dipeluk erat

"Berjumpalah dengan Arabela. Rujuklah. Dia memang diciptakan untuk kau Aisy. Aku tahu, dia masih sayangkan kau. Kau cinta pertama dia Aisy" kata Rayyan

"Benda ni aku tak boleh kawal Rayyan. Macam mana kalau aku lepaskan dia buat kali yang kedua tanpa sengaja lagi? Memang aku nak rujuk dengan dia. Tapi Melisa dengki dan dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan aku balik. Aku tak nak lukakan hati Arabela lagi dan aku tak nak sia-siakan dia" balas Aisy sayu

"Kau dah usaha sebaik mungkin Aisy. Yang selebihnya kau serahkan pada Allah. Jaga hubungan kau dengan Allah dan mama papa kau. Cuma satu, bukalah pintu hati kau untuk menerima Ara sepenuhnya. InshaAllah, Allah akan lindungi masjid yang kau bina. Percayalah" balas Rayyan

"Terima kasih sahabat" Kata Aisy tersenyum

-----------------

Arabela mencapai telefonnya. Aplikasi Whatsapp dibuka. Mesej Rayyan dibaca

Rayyan :
Assalamualaikum Ara, saya ada hal penting nak bagitahu awak. Jumpa saya esok tempat biasa     
                                                          21.10??

Arabela :
Waalaikumussalam. InshaAllah
                                                          21.12??

Arabela membuka telekungnya dan digantungkan di tempat biasa. Dia merebahkan badannya di atas katil

Gallery dibuka. Gambar dia bersama Aisy di Thailand di tatap. Dia tersenyum. Wajah Aisy di dalam gambar disentuh

"Aisy, Ara rindu" bisiknya sambil tersenyum

Arabela memejamkan matanya. Kenangan manis ketika dia bersama Aisy berlegar dalam ingatan. Arabela tertawa kecil tidak lama kemudian air matanya menitis lagi. Esakan kecil mula kedengaran

Setiap malam Arabela akan membayangkan kenangan manis dia bersama Aisy dan berharap agar dapat tidur lena bersama kenangan manis tersebut namun hampa. Setiap malam dia tidur ditemani oleh air mata kerinduan buat bekas suaminya.

Semua ini berlaku sangat pantas. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua bulan. Dia langsung tidak menjangkakan hal ini berlaku

"Melisa, kenapa awak buat saya macam ni?" Rintih Arabela apabila terkenangkan perbuatan Melisa terhadap rumah tangganya

Tidak lama kemudian Arabela terlena dengan sendirinya

--------------

Selesai saja solat tahajjud, Aisy kembali berdiri untuk menunaikan solat istikharah pula. Dia benar-benar mahukan petunjuk dari Allah SWT agar semua pilihannya diredhai dan diberkati Allah. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk dirinya dan Arabela

Setelah selesai menunaikan solat-solat sunat, Aisy terus beristighfar di tikar sejadah sehingga hatinya benar-benar lembik

Kedua tangannya diangkat untuk berdoa

"Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Ya Allah, ujian yang Kau berikan pada aku ini sangat berat tapi aku sangat yakin dengan kekuasaanMu yang tiada tandingan. Engkau lebih mengetahui Ya Allah tapi aku mohon agar Kau sentiasa kuatkan hati aku untuk terus-terusan tabah menghadapi ujian yang Kau turunkan ini Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman, Kau hindarilah aku dari segala kemungkaran. Jika di Luth Mahfudz itu sudah tertulis bahawa Arabela adalah jodohku, aku mohon agar Engkau kembalikan dia padaku. Bantu kami untuk kami pertahankan masjid yang kami bina ini Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami dunia akhirat. Ya Allah, aku mohon, kau berilah hidayahMu kepada orang yang telah menzalimi kami. Berilah mereka petunjuk. Amin Ya Rabbal Alamin"

Aisy meraup tangannya ke muka. Doa yang dipinta sangat syahdu dan air mata lah yang setia menemani ketika seorang hamba mengabdikan diri pada Tuhan

Tiada yang dapat dia bergantung harap selain Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati manusia

Aisy mencapai senaskah Al-Quran dengan tidak sengaja dia membuka helaian Al-Quran yang mengadungi surah Yusuf ayat 21-53

Dengan penuh tertib Aisy membaca surah tersebut. Selesai membaca, Aisy membaca tafsiran surah tersebut yang menceritakan tentang Zulaikha dan juga Yusuf

Aisy terkedu dengan makna surah tersebut. Air matanya mengalir

Surah tersebut mengulaskan tentang Zulaikha yang sibuk mengejar cinta Yusuf dengan pelbagai cara tapi semuanya tidak menjadi sehinggakan Zulaikha berputus asa dan kemudian dia mencari cinta Allah. Ketika itu Allah hadirkan Yusuf untuknya

Air mata Aisy semakin deras. Selama ni dia terlalu mengejar cinta manusia sehinggakan dia leka untuk mengejar Cinta yang sebenarnya. Aisy meraup mukanya berkali-kali

Inilah yang dia cari selama ini. Dia mencari Cinta

Cinta yang tulus dari Sang Pencipta

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-09-26 17:18:17 

hi....dear....biler nk update ni

NORITA
2020-09-25 22:08:47 

update plz..huhuhuhu

YAZNI-ERNIE
2020-09-23 06:48:54 

tq dear. best chapter ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience