"Alaaaa, tapi Ara dah janji dengan Zulaikha. Dia baru whatsapp Ara. Dia kata dia dah siap masak dah untuk kita. Tak eloklah kalau kita cancel last minit abangggg" Rajuk Arabela
"Sayang, bukan abang minta nak sakit perut ni tapi abang betul-betul tak tahan. Kalau abang tercirit dalam kereta macam mana?" soal Aisy dengan mukanya yang berkerut menahan sakit
Bibir Arabela memuncung. Dia sudah pun bersiap nak ke rumah Zulaikha boleh pula Aisy sakit perut
"Sayang, meh sini" panggil Aisy sambil menepuk tilam disebelahnya
Arabela jalan menghampiri Aisy. Punggungnya direbahkan kuat di atas tilam
"Ish, duduk elok-eloklah. Ingat, ada baby dalam perut tu" sempat Aisy berpesan. Arabela masih berdiam diri
"Sayang, pergilah rumah Zulaikha tu. Abang izinkan" kata Aisy lembut. Pipi Arabela diusap
Mata Arabela bersinar. Dia memandang tepat ke muka Aisy
"Betul ni abang?" soalnya teruja
"Ye be.." kata kata Aisy tak sempat dihabiskan, dia terus berlari masuk ke tandas semula
"Abang, betul ni Ara boleh pergi rumah Zulaikha?" soal Arabela dari luar inginkan kepastian
"Betul sayang, tapi jangan balik lambat. Kesian abang" jerit Aisy dalam tandas
"Ok abang. Ara janji Ara pergi kejap jeee. Abang jaga diri tau. Makan ubat tu jangan lupaa. Byeee love you" katanya terus berlalu
Memang berat hatinya melihat keadaan suaminya begitu sejak pagi lagi. Tapi dia rindukan sahabatnya. Rasa bersalah pula jika dia cancel last minute macam ni
Aisy keluar dari tandas. Dahinya berpeluh kuat. Wajahnya sangat pucat. Dia mengambil ubat yang Arabela sediakan dan terus makan. Tidak lama kemudian dia terlena
---------------
Arabela memasukkan keretanya dikotak parking yang tersedia. Dia keluar dari kereta dan terus menekan loceng rumah Zulaikha
"Ara!!!" jerit Zulaikha teruja
"Ish kau ni, dah jadi mak orang pun macam ni jugak perangai" tegur Arabela
"Hehe, aku excited tau tak jumpa kau ni. Dah la makin comel semenjak mengandung ni" balas Zulaikha
Langkah Arabela terhenti
"Eh kau ni dah kenapa?" soal Zulaikha hairan
"Kau jujur dengan aku Zul"
"Jujur apa benda?" soal Zulaikha terkejut
"Aku makin gemuk ke?" soal Arabela sayu
"Choiiii. Kau ni dah kenapa?"
"Takdelah, kau cakap aku makin comel maknanya aku makin gemuk ke Zul?" soal Arabela sedih
"Ya Allah Ara! Kau niiiii geramnya aku! Taklah Ara, kau still cantik ok cuma kau nampak comel je bila ada baby bump ni" balas Zulaikha sambil menyekeh kepala Arabela
Arabela tersenyum sumbing
"Eh, lupa pula. Baby bump dah ada tapi bapaknya mana?" soal Zulaikha yang baru perasan ketiadaan Aisy
"Aku dah nak terberanak baru kau tanya pasal laki aku hahahah takdelah. Dia tak sihat sebab tu tak dapat datang" jelas Arabela
"Laa, habistu kenapa kau tak teman dia?" soal Zulaikha hairan
"Kesian pula dekat kau. Dah masak penat-penat tapi aku cancel" terang Arabela
"Takdelah babe, setakat masak ni apa lah sangat. Teruk sangat ke sakit Aisy?" soal Zulaikha prihatin
Arabela tersenyum. Ini lah sahabatnya. Selalu mementingkan kepentingan orang lain dulu berbanding dirinya sendiri
"Teruk juga la sebab tu aku tak boleh borak lama-lama dengan kau. Risau pula dekat suami aku tu" balas Arabela
"Takpe aku faham. Suami kau sorang je kat rumah?" soal Zulaikha lagi
"Dia dengan.." kata-kata Arabela terhenti disitu. Jika dia memberitahu yang Melisa ada dirumah pastinya dia kena ceramah free dengan Zulaikha
"Dia dengan siapa?" soal Zulaikha sambil keningnya terangkat sebelah
"Eh, haaa dia dengan kasih sayang aku yang menyerikan rumah tu hahahahahah" balas Arabela ketawa
"Tak kelakar ok" balas Zulaikha dengan muka toyanya
"Eh, by the way. Mana anak buah aku yang gebu tu. Geram tau aku tengok gambar dia yang kau post tu. Rasa makin tak sabar nak tunggu baby dalam perut ni keluar" kata Arabela
"Oh kejap aku gi ambil dia kat atas"
5 minit kemudian Zulaikha turun bersama anaknya
"MasyaAllah. Comelnya anak kau Zul" kata Arabela teruja. Terus dia ambil anak kecil itu dari dukungan Zulaikha
"Assalamualaikum Adam" ucap Arabela sambil mencium wajah bayi itu
Zulaikha tersenyum melihat telatah Arabela. Nampak sangat tak sabar
"Kau tunggu jap ea. Aku nak panaskan lauk" kata Zulaikha yang ingin bangun
Tingg.. Ting..
Bunyi telefon Arabela menghentikan perbuatan Zulaikha. Dia kembali duduk semula
"Eh Zul, tak payah la susah-susah panaskan lauk. Aisy dah mesej aku ni. Nampaknya aku kena balik sekarang" kata Arabela dengan mukanya yang risau
"Ha takpela kalau macam tu aku bungkuskan lauk untuk kau"
"Eh Zul, tak payah la susah-susah" halang Arabela
"Takpe Ara, aku ada masak banyak ni. Siapa juga nak habiskan sebab aku memang masak khas untuk kau dengan Aisy. Lagipun aku ada masak sup. Nanti kau bagi Aisy makan. Kesian dia"
Arabela terpaksa akur. Beruntung dia mempunyai sahabat yang baik seperti Zulaikha
"Terima kasih tau Zul. Sorry tak dapat borak lama" kata Arabela terus mencium pipi sahabatnya
"Takpe aku faham. Hati-hati drive" pesan Zulaikha sambil menghantar kepergian Arabela sampai ke muka pintu
Arabela memecut laju keretanya. Sampai saja di rumah dia terus berlalu masuk ke dalam rumah
"Ab.. " Kata-kata Arabela terhenti. Jantungnya berdegup laju. Dia menekup mulut dengan kedua tangannya
Kakinya lemah, dia terduduk. Air matanya bergenang. Terkejut dengan apa yang dia lihat
"Melisa!!!!" jeritnya sekuat hati
Melisa terkejut. Dia terus duduk dan menangis teresak-esak
"Ara, tolong saya Ara" rayu Melisa. Dia menarik selimut untuk menyelubungi dirinya yang hanya memakai tuala
"Keluar!! Aku kata keluar!!!" jeritan Arabela makin menjadi-jadi
"Ara, tolong saya Ara. Aisy cuba rogol saya" rayu Melisa lagi dengan tangisannya
"Kau jangan tipu aku Mel!! Aku benci kau!! Benci!!!" jerit Arabela lagi
***
Ara P.O.V
Aku bergegas masuk ke bilik apabila sampai di rumah. Pintu bilik dikuak luas
Jantungku berdegup laju. Kaki aku menggigil. Aku terduduk lemah. Air mata aku mengalir deras
Melisa Irdina yang hanya memakai tuala berdiri ditepi katil. Dia menunduk untuk mencium bibir Aisy
"Melisa!!!!" jerit aku menghentikan perbuatannya keji perempuan tu
Melisa terkejut. Dia terus duduk dan menangis teresak-esak
"Ara, tolong saya Ara" rayu Melisa. Dia menarik selimut untuk menyelubungi dirinya yang hanya memakai tuala
"Keluar!! Aku kata keluar!!!" jeritan aku makin menjadi-jadi
"Ara, tolong saya Ara. Aisy cuba rogol saya" rayu Melisa lagi dengan tangisan palsunya
"Kau jangan tipu aku Mel!! Aku benci kau!! Benci!!!" jerit aku
Aku memandang Aisy yang berbaring lemah di atas katil. Mana mungkin Aisy ingin merogolnya sedangkan Aisy masih belum sedarkan diri
Melisa Irdina terus berdiri dan tersenyum sinis. Air mata palsunya di seka
"Kenapa Ara? Kenapa kau sampai awal sangat?" soalnya sinis sambil berjalan menghampiri aku
"Kau tipu aku Mel! Kau pergunakan aku!" jerit aku terus berdiri
"Bagus, kau dah sedar yang diri kau tu bodoh!"
"Aku bukan bodoh Mel tapi tipu daya kau sama macam tipu daya iblis!!" kata aku. Aku memandang Aisy dengan pandangan sayu
"Kenapa? Kau mengharapkan Aisy bangun untuk tolong kau? Jangan harap" balas Melisa sinis
"Kau buat apa pada Aisy?!! Kau kejam Mel!! Kejam!!" jerit aku lagi. Ingin saja aku melayangkan tamparan kuat di wajah yang aku benci ini tapi aku harus fikirkan keselamatan bayi dalam perut aku terlebih dahulu
"Jangan risau Ara. Aku takkan bunuh Aisy sebab aku sayang dia. Aku cuma bagi dia ubat tidur je supaya aku dapat jalankan plan aku dengan tenang tadi tapi kau!! Kau hancurkan semuanya!!" nyaring suara Melisa menjerit. Buku limanya digenggam
"Tapi takpelah, bagus juga kalau semuanya dah terbongkar sekarang sebab aku pun dah tak sanggup nak tengok kau dengan Aisy bermesra depan aku! Sepatutnya bukan kau yang dapat kasih sayang Aisy. Sepatutnya aku!!" sambung Melisa lagi
"Mel, terimalah takdir Allah. Dah tertulis yang Aisy bukan jodoh awak Mel" kata aku merayu
"Aisy jodoh aku la sial!! Kehadiran kau yang buat semua ni jadi huru hara!!"
Aku hilang sabar. Kaki aku melangkah menghampiri Melisa
"Aisy dan kau putus sebelum kehadiran aku Mel!! Kau terimalah kenyataan!!" jerit aku lalu menampar pipi Melisa kuat. Sabarku sudah hilang. Amarahku sudah mula memuncak
Wajah Melisa terasa berpinar. Pipinya perit menahan tamparan kuat aku tadi
"Celaka!!" jerit Melisa ingin menampar kembali wajah aku tapi tangannya digenggam kuat oleh seseorang
"Kau jangan berani sentuh bini aku!!" jerit Aisy sambil memegang kepalanya yang terasa sakit akibat dos yang Melisa berikan sangat tinggi. Semua ini dengan izin Allah. Nasib saja Aisy sedarkan diri kalau tidak entah apa yang akan berlaku pada Arabela
Wajah Melisa terkejut kemudian dia ketawa seperti orang gila. Tangannya yang digenggam Aisy ditarik kasar
"Bagus, semuanya dah terbongkar" kata Melisa sinis
"Menyesal aku tolong kau Mel. Aku ingat kau betul-betul dah insaf. Aku benarkan kau tinggal sini dengan aku dan Ara tapi ini yang kau balas?" soal Aisy kesal
"Ya!! Memang ini yang sepatutnya kau dengan Ara dapat!! Aku mengaku, aku palsukan pasal kaki aku. Aku palsukan pasal kecederaan aku. Kau bodoh Aisy. Kau sepatutnya boleh fikir. Takkan dengan kelajuan yang kau pandu masa tu boleh buat kaki aku lumpuh? Paling tidak pun setakat terseliuh sikit je tak pun kalau malang mungkin akan retak tapi takdelah sampai boleh lumpuh. Disebabkan kebodohan kau dari dulu yang tak pernah habis, kau senang je kena tipu!! Dasar lurus bendul!" jerit Melisa lagi. Memang tidak dinafikan, Aisy akan percaya bulat-bulat sesuatu perkara tanpa soal selidik
"Ya aku bodoh. Aku bodoh sebab terpedaya dengan iblis macam kau!!" balas Aisy sambil melayangkan tangannya untuk menumbuk wajah Melisa namun pantas aku menahan tangannya
"Mel, awak keluar dari rumah kami sebelum kami buat report! Keluar!!" jerit aku pula kali ni
Aku dah tak tahan melihat manusia bertopengkan syaitan ni
Melisa mendengus geram. Dia berjalan menuruni anak tangga. Dia masuk ke biliknya dan baju disarungkan
"Sayang okay?" soal Aisy cemas
Aku tersenyum dan mengangguk. Mujur saja aku tidak terlambat tadi dan mujur saja Allah permudahkan semuanya
Aku dan Aisy menuruni anak tangga. Kelihatan Melisa keluar dari bilik dengan begnya
"Jangan kau berani tunjuk muka kau depan aku lagi. Kalau kau tunjuk muka kau, kau tahu apa nasib kau" kata Aisy memberi amaran
"Woi perempuan!! Kau jangan ingat kau boleh hidup senang atas bumi ni selagi aku hidup. Aku akan pastikan kau merana!!" jerit Melisa Irdina
Papp
Satu tamparan hinggap dipipi Melisa sekali lagi
"Langkah mayat aku dulu sebelum kau apa-apakan isteri aku" kata Aisy yang masih membela aku
"Sial!!" bentak Melisa Irdina terus keluar dari rumah
Share this novel
hi dear
dear. bila nk update
hi dear. bila nk uodate