Bab 39

Romance Series 132782

Semua ahli keluarga Aisy dan Arabela berkumpul di hospital memandangkan Aisy sudah dibenarkan pulang ke rumah

Sepanjang perjalanan ke rumah, Arabela hanya mendiamkan diri. Aisy yang duduk dibahagian sebelah pemandu sedang asyik memandang pemandangan diluar tingkap. Sudah lama dia terperuk saja di hospital. Arabela yang sedang tekun memandu dipandang sekejap. Bukan dia tidak mahu memandu tapi keadaannya tidak mengizinkan

Aisy menggerakkan tangannya untuk memegang tangan Arabela yang sedang menarik hand break memandangkan lampu isyarat bertukar merah. Arabela cepat-cepat menarik tangannya apabila jari Aisy mula menjalar di jarinya

"Sayang, jangan macam ni. Abang rindu sayang sangat-sangat" kata Aisy sedih. Dia benar-benar rindukan Arabela

Arabela hanya mendiamkan diri. Percakapan Aisy hanya dibiarkan begitu saja. Dia kembali meneruskan pemanduannya apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau

Aisy terkilan dengan layanan Arabela terhadapnya. Difikirannya tidak henti-henti memikirkan cara untuk mengembalikan Arabela yang dulu

Tiba saja di rumah, Arabela terus berlalu naik ke bilik dan meninggalkan Aisy sendirian di belakang. Aisy mengeluh. Perutnya yang masih berasa sakit dipegang sambil kakinya melangkah menaiki tangga

Pintu bilik dibuka. Aisy melihat sekujur tubuh Arabela yang sedang berbaring di atas katil milik mereka membuatkan Aisy tersenyum sendirian. Kenangan-kenangan manis dia dan Arabela didalam bilik itu mula terlayar difikiran

Kaki Aisy merapati tubuh Arabela. Wajah Arabela yang tidak bertudung itu dipandang lama. Aisy mengelus lembut wajah isterinya. Rambut Arabela yang terlepas dari ikatan itu dibelai lembut. Baru saja Aisy ingin mencium wajah isterinya, Arabela terus bangun dan berlalu. Hati Aisy berasa sayu. Keluhan dilepaskan

"Sayang, jangan seksa abang macam ni. Abang rindu sayang" bisik hati Aisy

Aisy merebahkan badannya ditempat tidur Arabela. Bantal Arabela dicium lama. Bau wangian rambut Arabela masih tersisa di bantal itu. Hanya itu yang dapat Aisy buat untuk hilangkan rasa rindu pada isterinya

Aisy bangun dan mencapai tuala untuk mandi. Bajunya dibuka perlahan-lahan. Arabela yang baru masuk ke bilik itu semula hanya memandang kosong pada Aisy

"Sayang, tolong abang buka baju. Perut abang sakit bila angkat tangan" rayu Aisy dengan harapan supaya Arabela dapat membantunya

Arabela menjeling kemudian dia kembali berbaring di atas katil. Aisy yang melihat perbuatan Arabela itu, mengeluh. Air matanya yang mengalir pantas diseka oleh belakang tangannya

"Aku pun kena tikam jugak lah tapi takde nak mengada macam dia" dengus Arabela apabila kelibat Aisy menghilang

Selesai mandi, Aisy terus turun ke dapur. Bahan masakan semua telah disediakan tinggal masak saja

Setengah jam memasak akhirnya selesai. Makanan berpantang untuk Arabela di letakkan di atas dulang. Kaki Aisy mendaki anak tangga perlahan-lahan takut pula terjatuh semua makanan yang dibawanya. Perutnya yang masih berasa perit akibat mengangkat benda berat ditahan. Peluhnya menitis lebat di dahi akibat menahan sakit. Tiba saja di bilik, dulang tersebut diletakkan di atas meja bersebelahan katil

Aisy melabuhkan punggungnya dibibir katil. Bahu Arabela disentuh lembut

"Sayang, bangun makan jom. Kesian sayang lapar" kata Aisy tersenyum

Arabela bangun dari pembaringan. Badannya disandarkan. Matanya memandang semua masakan Aisy dengan riak biasa. Dia tahu yang Aisy ni pandai masak tapi tidak sangka pula Aisy sanggup masak untuknya dalam keadaan sakit

"Tak nak" balas Arabela dengan mukanya yang muram

"Makanlah sikit sayang. Nanti masuk angin siapa susah?" pujuk Aisy tidak putus asa

"Kenapa? Kau dah tak sanggup nak susah demi aku? Kalau macam tu biar aku mati je. Senang aku nak jumpa anak aku" balas Arabela sinis

Hati Aisy terguris dengan kata-kata Arabela tapi dia masih lagi tersenyum

"Sayang makan la sikit. Meh Aisy suap. Dah lama Aisy tak suap isteri Aisy ni" kata Aisy lagi. Sudu yang dipegang di hulurkan ke mulut Arabela

"Aku kata tak nak tu tak nak lah!!" balas Arabela terus menepis pinggan yang dipegang Aisy

Pranggg

Pinggan yang dipegang tadi jatuh berkecai. Aisy mengeluh panjang. Tahap kesabarannya sudah hilang

"Dengan sikap Ara yang biadab dengan suami sendiri macam ni, Ara yakin yang Ara akan masuk syurga berjumpa dengan anak kita? Beringat sikit Ara, isteri nusyuz ni bau syurga pun tak dapat apatah lagi masuk syurga!" suara Aisy naik satu oktaf. Kakinya terus melangkah keluar pergi meninggalkan Arabela sendirian

Arabela terkejut dengan kata-kata Aisy. Air matanya mengalir deras. Dia menjerit sekuat hati

Aisy yang mendengar jeritan Arabela dari luar pintu terus mengalirkan air mata. Dia terduduk lemah

"Maafkan abang" lirihnya. Dia tidak berniat pun untuk memarahi Arabela. Niatnya hanya untuk memberikan kesedaran terhadap isterinya saja

----------------

"Saya risau la" kata Puan Hanis

"Risau apa?" soal Encik Yusuf hairan

"Risaukan Ara dengan Aisy. Abang tahu kan emosi Ara tu tak stabil. Saya risau kalau-kalau Ara menguji kesabaran Aisy" terang Puan Hanis

"Ish awak ni. Awak tahu kan yang Aisy tu takkan naik tangan pada perempuan yang dia sayang" balas Encik Yusuf cuba membela anak bongsunya

"Memanglah tapi sikap Arabela sekarang ni dah berubah sangat la bang. Saya risau kalau Aisy hilang sabar. Saya sendiri pernah dengar Ara cakap dekat Aisy yang sepatutnya Aisy mati bukan cucu kita" terang Puan Hanis

"Puan Hanis, emosi Arabela tu tak stabil tau. Dia baru je hilang anak yang dia kandung so semua yang keluar dari mulut dia tu dia tak maksudkan pun. Awak sebagai ibu sepatutnya doa yang baik-baik untuk rumah tangga dia orang. Kita takde hak nak masuk campur" balas Encik Yusuf kembali

Puan Hanis menghela nafas panjang. Bila difikirkan ada betul juga kata suaminya. Aisy tu sudah besar, ketua keluarga pula tu

"Abang nak air tak?" soal Puan Hanis menukar topik. Malas mahu berbahas hal rumah tangga anaknya lagi

"Taknak la. Diet"

"Eleh, saya nak ambil air kosong je pun. Awak nak air sedap-sedap pergi bancuh sendiri. Sudahlah, tak nak takpe. Saya nak tidur" balas Puan Hanis kembali

Encik Yusuf memandang tajam kepada isterinya

"Air kosong aku pun boleh ambik sendiri" gumam Encik Yusuf tidak berpuas hati

--------------

Arabela melangkah masuk ke dalam bilik arwah anaknya. Jiwanya meruntun kesedihan. Esakan kecil memecahkan kesunyian bilik itu. Sepatutnya bilik itu dihiasi dengan tangisan bayi, bukan dengan tangisannya

Arabela menghampiri barangan bayi yang dibelinya bersama Aisy dulu. Hampir semua barang tersebut berwarna biru kerana jantina arwah anaknya adalah lelaki. Seorang wira yang kuat dan gagah

"Mummy rindu" lirih Arabela

"Sayang mummy, kenapa tinggalkan mummy? Mummy tak sempat nak cium kamu, nak dengar tangisan kamu" sambung Arabela lagi

"Sayang, sudahlah. Sayang ingat anak kita suka ke tengok mummy dia sedih macam ni?" soal Aisy yang baru tiba di bilik itu. Tipulah kalau hatinya tidak tersentuh dengan kata-kata Arabela tapi dia harus kuat demi untuk pulihkan semangat Arabela yang hilang dibawa arwah anak mereka

Arabela hanya mendiamkan diri. Hatinya masih perit untuk menerima kenyataan. Kakinya laju melangkah keluar. Bahu Aisy sengaja dilanggar kuat.

Aisy memejamkan matanya. Bibirnya diketap geram. Dia tidak tahan lagi

"Ara!" panggil Aisy tegas membuatkan langkah Arabela terhenti

"Benci sangat ke Ara dekat Aisy sampaikan dengar suara Aisy pun Ara tak nak?!" soal Aisy bengang

Wajah Arabela berang. Air matanya dilap kasar

"Selagi kau tak kembalikan anak aku, selagi tu benci aku ni meluap-luap pada kau!" balas Arabela tersenyum sinis

Aisy terduduk. Dia cuba menahan tangisnya. Wajahnya bertukar merah. Urat-urat dilehernya kelihatan timbul kerana menahan marah. Halkumnya turun naik

"Baiklah, kalau itu yang Ara nak. Dulu Aisy pernah ceraikan Ara dan Aisy rasa itulah penyesalan terbesar bagi Aisy. Kali ni Aisy takkan ulangi kesalahan terbesar yang Aisy pernah lakukan dulu. Aisy takkan lepaskan Ara walau sebesar mana pun Ara bencikan Aisy. Tapi Aisy cuma nak Ara ingat satu benda. Anak yang meninggal dalam perut Ara tu anak Aisy juga. Dia benih Aisy. Walau apa pun yang jadi, dia tetap darah daging Aisy. Ya, mungkin kesan tikaman pada perut Aisy ni tidak sesakit hati Ara yang kehilangan anak yang Ara kandungkan tapi Ara kena ingat, tusukan tikam yang dalam inilah bukti yang Aisy sudah tunaikan janji Aisy pada Ara. Ara, suami Ara ni seorang manusia yang akan rebah bila-bila masa. Aisy dah usaha sehabis baik untuk lindungi Ara tapi semua ni Allah yang berkehendak. Buka mata seluasnya dan terima takdir. Tolong, Aisy merayu sangat pada Ara" kata Aisy sayu. Air matanya mengalir lebat

"Ara tak nak tengok muka Aisy. Aisy pergi! Pergi!" raung Arabela. Tangan Arabela menumbuk dada Aisy yang sedang memeluknya erat

"Takpe sayang, abang pergi. Bila sayang dah ready nak jumpa abang, abang datang cari sayang. Tapi jangan lama-lama sangat tau. Nanti abang rindu. Rindu sangat" bisik Aisy di telinga Arabela

Arabela terdiam daripada amukannya tadi. Dia hanya membiarkan Aisy memeluknya erat. Aisy yang melangkah menuju ke bilik langsung tidak di pandang

Tidak lama kemudian Aisy turun bersama luggage yang besar. Kaki Aisy melangkah mendekati Arabela. Dia melutut di hadapan Arabela. Kedua belah tangan Arabela digenggam

"Sayang, kalau ini yang terbaik buat sayang, abang rela. Sayang, abang nak sayang ingat yang abang sayang sangat dekat sayang. Walau di mana pun abang berada, sayang lah yang sentiasa ada di fikiran abang. Sayang jaga diri selama abang takde di sisi sayang. Kalau sayang nak ke rumah umi atau mama, abang izinkan. Pergilah sayang. Abang izinkan ke mana saja yang sayang nak pergi. Abang janji abang takkan ganggu sayang sampai sayang betul-betul dah ready. Abang minta maaf atas salah silap abang sepanjang abang bergelar suami pada sayang. Maafkan abang sayang" kata Aisy sambil menangis teresak-esak

Arabela didakap sekuat mungkin. Sayang untuk meninggalkan Arabela walaupun hanya untuk seketika. Dahi Arabela dirapati dengan dahinya. Dia menangis sepuasnya dalam keadaan begitu. Arabela juga turut menangis. Dia hanya membiarkan apa saja yang Aisy lakukan padanya. Walau macam mana pun Aisy masih lagi suaminya

"Sayang janji dengan abang ye. Jaga diri. Jangan lupa makan. Doa abang untuk sayang tak pernah putus. I love you sayang" sambung Aisy lagi. Arabela ditarik dalam pelukannya kembali. Dadanya berasa sesak

Wajah Arabela direnung lama. Sangat lama. Aisy memejamkan matanya. Air matanya dihapuskan. Dia senyum paksa

Dahi Arabela dicium. Air matanya yang sudah hilang tadi kembali menghujani pipinya. Arabela berasa ada air hangat yang menitis di tangannya. Dia tahu itu air mata Aisy. Air mata ikhlas dari seorang lelaki yang bergelar suami. Air mata yang penuh dengan rasa cinta dan sayang hanya untuk isterinya

Aisy menghapuskan air mata Arabela dengan menggunakan ibu jarinya. Mata Arabela yang tertutup itu dicium lama.

"Maafkan abang sebab abang gagal menghasilkan air mata gembira dari mata cantik ni" bisik hati Aisy

Bibirnya beralih pula ke kedua belah pipi Arabela. Pipi Arabela masih lembut sama seperti dulu sewaktu pertama kali dia mencium wajah Arabela. Aisy tersenyum memandang Arabela. Pipi Arabela kemudian diusap lembut

Aisy kembali mendekatkan mukanya pada muka Arabela. Bibir Aisy menyentuh bibir Arabela. Lama. Ciuman pertama mereka mula terlayar dalam fikiran Aisy. Kenangan indah bersama isterinya kembali terimbas

Ciuman Aisy tidak dibalas Arabela tetapi Aisy tidak berputus asa. Aisy memegang belakang kepala Arabela. Ciuman dibibir semakin kuat namun hampa. Arabela masih dengan pendiriannya. Aisy melepaskan ciuman. Dia tersenyum kelat. Kakinya berdiri

"Abang pergi dulu. Assalamualaikum" ucap Aisy terus pergi. Aisy berharap agar Arabela menghentikan langkahnya namun dia hampa sekali lagi

Arabela menghamburkan tangis yang kuat setelah kelibat Aisy mula menghilang. Dadanya yang sesak di pegang

"Maafkan Ara. Maafkan Ara" bisiknya lemah. Dia menangis sepuas-puasnya

Share this novel

Hawani Hashim
2023-08-17 18:01:34 

Ara yg gatal nk peluk bagai Melissa dah aisy halang Ara ni ada ilmu tapi hanya kulit ilmu xsabar dan xredho


NovelPlus Premium

The best ads free experience