Bab 26

Romance Series 132782

Puan Maira tersenyum lebar apabila teringatkan berita gembira yang telah disampaikan oleh Arabela minggu lalu. Syukur yang tak terhingga dia rasakan saat ini

"Jauh termenung cik adik" tegur Encik Latif pada isterinya

"Takdelah, saya teringatkan Arabela yang tengah mengandung tu ha" balas Puan Maira tersenyum

"Oh patutlah bukan main lebar senyuman tadi"

"Saya harap makin bahagia la hubungan dia orang tu kan bang" kata Puan Maira

"Hmm saya pun harap begitulah" balas Encik Latif

"Yelah, dah tua ni memang bosanlah asyik berdua je. Abang pandang muka saya, saya pandang muka abang. Sesekali, rindu juga nak rasa suasana riuh masa Arabela dengan arwah adik kecil-kecil dulu" kata Puan Maira sayu tiba-tiba

"Oh awak nak kata yang awak bosan tengok muka saya setiap hari la ni?" Sengaja Encik Latif bergurau supaya Puan Maira tidak lagi mengungkit kisah yang lalu

"Ish awak ni, kalau saya bosan takde lah saya melayan je karenah awak ni cik abang oi" balas Puan Maira tersenyum

"Hmmm yelah cik Maira sayang" balas Encik Latif malas berbahas

************

Melisa Irdina mencapai telefonnya. Nombor Arabela didail. Beberapa saat kemudian talian bersambung

"Assalamualaikum Ara" ucap Melisa Irdina

"Waalaikumussalam ye Mel?" Sahut Arabela

"Maaflah ganggu awak petang-petang ni. Hmm, awak sihat? Awak ada kat rumah tak?" Soal Melisa ramah

"Eh tak ganggu pun. Alhamdulillah sihat, ye saya ada kat rumah. Ada apa ye Mel?" Soal Arabela

"Ohh Alhamdulillah. Takdelah, saya rasa macam bosan pula petang-petang ni sebab takde apa nak buat. Kalau saya pergi rumah awak boleh ke?" Soal Melisa Irdina

"Eh, datang jelah. Lagipun saya takde buat apa ni. Kita pula dah lama tak jumpa. Kebetulan Aisy balik lambat hari ni sebab dia ada urgent meeting. Jadi saya takde la sunyi sangat" kata Arabela

"Oh yeke, 20 minit lagi saya sampai. Assalamualaikum" panggilan terus dimatikan

Arabela tersenyum dengan keramahan Melisa Irdina sekarang. Nasiblah ada Melisa, ada la juga teman berbual

Keadaan Arabela semakin baik. Dia hanya akan muntah apabila Aisy mendekatinya sahaja. Sudah hampir seminggu Aisy berjauhan dengannya. Terasa rindu pula. Jika Aisy ingin membantu Arabela berjalan ataupun melakukan kerja, Arabela akan terus memakai mask supaya dia tidak termuntah

"Demi anak mummy, mummy sanggup berjauhan dengan walid tau walaupun berat sangat mummy nak tahan rindu ni. Takpelah, mummy harap anak mummy ni sihat je dalam perut mummy" kata Arabela sendirian sambil mengusap perutnya

Ting..tong.. Ting..tong..

Arabela mengerling arah jam. Eh baru 5 minit takkan Melisa sudah sampai kot? Arabela berjalan untuk membuka pintu

"Assalamualaikum sayang" ucap Aisy riang

"Waalaikumussalam. Eh Aisy kata ada urgent meeting?" Soal Arabela

"Yang depan Aisy ni lagi penting tau dari meeting tu hehe. Takdelah. Meeting tu cancel pula. Tu yang balik awal ni" balas Aisy tersenyum

"Ohh patutlah"

"Aisy" panggil Arabela

"Ye sayang?" Soal Aisy sambil menatap wajah Arabela walaupun dari jarak yang jauh

Arabela tersenyum. Suka dia dengar apabila Aisy kerap memanggilnya dengan perkataan "sayang"

"Ara minta maaf tau"

"Minta maaf kenapa sayang?"

"Sebab Ara dah tak dapat nak salam Aisy bila Aisy pergi dan balik dari kerja. Ara dah tak dapat nak berada di samping Aisy bila Aisy ada dekat rumah. Ara harap Aisy faham" kata Arabela sayu

"Sayang, shh. Aisy faham lah. Jangan risau ok. Ni semua untuk kebaikan Ara and baby kita. Walaupun perit rasa rindu ni, walaupun dah lama Aisy tak gomol pipi gebu Ara tu tapi kita kena hadapi sama sama. Tak lama pun sayang" kata Aisy memujuk

"Thanks Aisy" balas Arabela

"Takpelah yang, Aisy naik atas dulu. Nak mandi" kata Aisy terus berlalu

Arabela menghantar kepergian Aisy dengan ekor matanya. Tersenyum seketika dengan sifat bertolak ansur Aisy. Betullah, aturan Allah itu indah. Aisy tak lagi menggunakan bahasa kasar dengannya. Tutur kata Aisy juga lemah lembut sahaja

Mesej yang baru masuk telah menghentikan lamunan Arabela

Melisa Irdina :-
Sorry Ara, saya tak dapat datang teman awak la petang ni. Ada hal mustahak yang tak dapat nak elak la. Sorry sangat

Ziya Arabela:-
Takpelah Mel, lagipun Aisy dah balik. Takpelah lain kali kita jumpa. InsyaAllah :)

"Baru je sampai dah kena balik semula" keluh Melisa Irdina

Sebenarnya dia sudah pun sampai dirumah Aisy tapi kelihatan kereta Aisy memasuki perkarangan parking rumah jadi dia menukar fikiran untuk tidak masuk dan mengganggu pasangan suami isteri tersebut

"Takpelah Mel, banyak masa lagi yang ada. Sabar dulu" katanya sendirian tersenyum

-----------------

2 minggu kemudian..

"Macam mana dengan kandungan Ara?" Soal Puan Maira

"Alhamdulillah, baik baik saja umi. Takde apa yang perlu dirisaukan pun" balas Arabela

"Ara, kalau Ara tak keberatan. Umi nak tinggal rumah Ara ni buat beberapa hari? Boleh ke? Umi bukan apa, umi risau keadaan Ara. Nampak lemah je anak umi sorang ni" kata Puan Maira

"Alhamdulillah, boleh je umi. Lagipun Ara pun bosan duduk rumah sorang-sorang. Dah tak tahu nak buat apa dah. Umi ada beberapa hari kat sini boleh jadi teman Ara. Takde la Ara bosan nanti" kata Arabela tersenyum

Puan Maira tersenyum. Syukur yang tidak terhingga dia rasakan. Akhirnya Allah berikan jodoh yang baik untuk anak tunggalnya itu

"Aisy ke mana Ara?" Soal Encik Latif apabila langsung tidak melihat batang hidung menantunya itu sejak dia datang tadi

"Aisy pergi cari makanan untuk makan malam la abi. Ara tak larat nak masak. Umi pun tak payah susah-susah masak malam ni. Ara dah pesan dekat Aisy dah suruh beli makanan untuk abi dan umi sekali" balas Arabela

"Ohh patutlah abi langsung tak nampak batang hidung menantu abi dari tadi. Takpelah, abi naik solat dulu ye. Isyak dah masuk dah ni" kata Encik Latif terus naik ke atas

Baru saja Arabela juga ingin naik ke atas, terdengar enjin kereta Aisy diluar rumah. Pantas Arabela membuka pintu

"Assalamualaikum cinta" ucap Aisy dengan senyuman girang

"Waalaikumussalam" balas Arabela tersenyum

"Umi dengan abi mana?" Soal Aisy

"Kat atas, solat. Jom kita solat dulu Aisy, lepas solat kita makan" kata Arabela

"Okay jom"

Mereka sekeluarga berkumpul dimeja makan setelah selesai mendirikan solat Isyak

"Aisy tak keberatan ke umi dengan abi tinggal sini beberapa hari?" Soal Encik Latif

"Apa pula keberatan ni abi? Kalau umi dan abi nak duduk lama dekat sini pun ok.  Aisy lagi suka tau. Ada la juga orang nak tengokkan isteri Aisy ni. Risau pula Aisy nak tinggal Ara dalam keadaan macam ni sorang-sorang" balas Aisy

"Aisy ni risau sangat lah. Ara boleh jaga diri. Anak umi ni kuat kan umi?" Soal Arabela sambil tertawa kecil

"Yelah Ara sayang oi. Dah makan, tak elok borak depan rezeki. Lepas makan kita sambung borak ye" kata Puan Maira dengan senyuman

Selesai saja makan malam mereka semua duduk di ruang tamu sambil berbual. Tanpa sedar, satu jam sudah berlalu. Arabela terus masuk ke bilik setelah selesai berbual bersama umi dan abinya

Arabela berdiri di hadapan cermin. Bajunya diselak lalu perutnya diusap perlahan. Kandungannya masih awal jadi perutnya masih lagi belum membuncit. Tambahan pula dia seorang yang berbadan kecil

"Semoga sihat membesar dalam perut mummy ye sayang. Kalau mummy gemuk pun tak apa, janji baby sihat" kata Arabela sambil tersenyum

Aisy yang baru masuk ke bilik terus mencium lembut pipi Arabela. Wangi

"Bau Ara pun dah tenang, inikan bau syurga yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Aisy rasa makin bahagia hidup Aisy lepas ni. Alhamdulillah" kata Aisy tersenyum

"Kita jaga sama-sama amanah Allah ni ye sayang?" Kata Arabela

"InshaAllah" balas Aisy

"Eh sayang, sayang tak muntah?" Soal Aisy hairan

"Eh, haah la Aisy. Dah berapa hari dah Ara tak muntah-muntah" kata Arabela juga yang baru perasan

"Nak pelukkkkkk" jerit Arabela terus memeluk erat badan suaminya. Sudah dua minggu dia menanggung rasa rindu ini. Berat

Arabela menghidu leher Aisy. Hmm wanginya suami Ara ni ! Semakin lama semakin erat dakapan mereka

Arabela menjengkitkan kakinya untuk mencium pipi Aisy tapi masih juga tak sampai lalu Aisy merendahkan badannya untuk membantu Arabela. Satu kucupan hinggap diwajah Aisy. Mereka tersenyum

Wajah Arabela berkerut secara tiba-tiba membuatkan Aisy cemas

"Kenapa sayang? Sakit ke?" Soal Aisy risau

"Ara rasa lain macam la"

"Rasa apa? Sakit? Kat mana? Jom gi hospital la" soal Aisy lagi

Arabela menunduk dan perut Aisy diusap

"Ara ke Aisy yang mengandung ni? Buncitnya perut Aisy sekarang hahahaha" kata Arabela sambil ketawa terbahak-bahak

Perut Aisy yang buncit sangat ketara memandangkan dia tidak berbaju

"Yelah, dah jadi laki orang ni saham dah jatuh la" balas Aisy geram

"Yeke saham jatuh? Tapi Ara rasa cinta Ara ni makin mendalam je tengok perut buncit Aisy tu hahahaha" Arabela sambung ketawa lagi

"Tak baik tau sayang buat suami sakit hati" kata Aisy pura-pura merajuk

"Ara gurau je Aisy. Janganlah ambil hati. Tak kesian dekat Ara ke menanggung sakit, menanggung rindu selama ni?" Soal Arabela sengaja memancing perasaan Aisy. Eleh dia ingat dia sorang je ke boleh?

"Aisy gurau je la sayang. Aisy pun rindu sangat dekat biadadari Aisy dunia akhirat ni. Sebab tu la perut Aisy ni jadi buncit. Sebab rindu ni tak dapat ditanggung oleh hati jadi dia turun ke perut" balas Aisy

Makin kuatlah Arabela ketawa. Aisy ni ada-ada je lah ! Aisy juga turut ketawa. Senang hatinya melihat isteri tercinta bahagia macam ni

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-08 22:21:08 

hi dear. mlm ni x update ker....

YAZNI-ERNIE
2020-10-07 23:53:26 

tqvm against my dear....

YAZNI-ERNIE
2020-10-07 21:57:29 

hi hi dear....tqvm update...lama i tunggu tau....


NovelPlus Premium

The best ads free experience