Bab 10

Romance Series 132782

"Kau buat apa dalam bilik aku ni ?" Soal Aisy terkejut melihat Arabela sedap berbaring diatas katilnya

Terbuntang mata Arabela melihat keadaan Aisy yang hanya memakai tuala

Aisy terus membaling seluarnya tepat ke muka Arabela

"Kau tengok apa hah ?!" Sergahnya

"Mana ada tengok apa apa" bohong Arabela. Mukanya membahang

"Gatal !" Marah Aisy

"Kau keluar dari bilik aku sekarang !" Arah Aisy

"Tak nak !" Jawab Arabela sambil menjelirkan lidahnya

"Keluar !" Jerit Aisy

"Ish ! Tak nak !" Kata Arabela sambil menghentak kaki diatas katil

"Kau jangan sampai aku angkat kau !" Ugut Aisy

Arabela menikus dan membalut tubuhnya dengan selimut

Aisy menarik dan menghembus nafasnya. Kalau cara kasar tak jalan, takkan nak kena guna cara lembut. Ah ! Cuba jelah. Asalkan dia keluar

"Ziya Arabela, keluar sekejap boleh tak ? Abang nak pakai baju ni" kata Aisy lembut

Sudahlah bilik itu tiada bilik persalinan. Yang ada bilik persalinan hanya ada pada bilik utama sahaja. Kalau pakai baju di tandas pula, seksa menahan panas. Kalau pakai baju depan Arabela pula, matanya bukan main lagi tidak berkelip nanti

"Ara kata tak nak" jerit Arabela

Kalau dia keluar nanti pasti Aisy mengunci pintu dan tidak membenarkan dia tidur bersama

"Kau ni memang nak kena !" Aisy melangkah kearah Arabela dan cuba mengangkat Arabela

Arabela memberontak, kakinya dihayun hanyun ketika Aisy mendukungnya. Tidak semena mena tuala yang dipakai Aisy tercabut

Terbuntang mata Arabela memandang 'aset' Aisy. Wajahnya semakin membahang tapi matanya langsung tidak berkelip

Aisy yang baru tersedar akan perubahan wajah Arabela cepat cepat memandang ke bawah. Patutlah sejuk
Arabela dilepaskan, tualanya diambil dan dililit kembali dipinggang. Arabela hanya diam tidak berkutik

'Apa benda yang aku nampak tadi ? Astaghfirullahalazim' ucapnya dalam hati. Lemah jantungnya. Imannya sudah goyah

"Ish kau ni ! Biar naik ketumbit !" Kata Aisy terus berlalu keluar

Kenapa aku dapat isteri mata keranjang macam ni !

Habis merah wajah Aisy. Taktahu nak sorok mana dah muka ni

----------------

Arabela turun ke ruang tamu mencari kelibat Aisy tapi tidak kelihatan

Takkan lari rumah sebab malu kot ? Hairan !

Di dalam semua bilik pun tiada. Rumah dah la besar, nak main sorok-sorok pun belun tentu ada orang jumpa

"Aisy" laungnya

"Aisy Khaizuran" laungnya lagi

"Ish ! Mana dia ni ?!"

Tiba tiba kedengaran enjin kereta dimatikan diluar rumah. Arabela menjenguk keluar

"Awak pergi mana ?" Soalnya setelah Aisy masuk saja dalam rumah

"Cari bini baru"

"Ceh ! Bini sorang pun tak nak, inikan banyak bini" jawab Arabela

"Diamlah. Kau makan ni" Arah Aisy

"Tak nak, saya tak lapar" kata Arabela

"Lapar atau tak, kau kena makan juga" kata Aisy

"Boleh, tapi kena ada satu syarat" kata Arabela

"Saya nak tidur dengan awak" sambung Arabela lagi

"Makan" balas Aisy malas mahu bertekak

"Yeay !" Sorak Arabela

Aisy tersenyum sinis. Kau tidur nanti aku tinggal kau sorang sorang dalam bilik. Padan muka !

"Awak jangan cuba lari ye, awak lari saya tak akan teragak agak nak terkam awak" Arabela memberi amaran

Aisy menelan air liur. Dengar saja perkataan 'terkam' itu teringat pula kejadian tadi. Memalukan !

Aisy hairan. Mengapa pula dia yang harus malu ? Sepatutnya Arabela yang harus malu kerana sifat malu adalah sebahagian daripada wanita

'Ahh ! Apa dia ingat aku takut dengan ugutan dia ?' Kata Aisy sambil menjeling Arabela

Memandangkan Aisy sudah pun makan tadi, kakinya laju melangkah naik atas

"Aisy ! Awak kunci pintu bilik awak, saya lari pergi rumah mama. Saya akan cakap pada mama yang awak dera saya" jerit Arabela dari bawah

Aisy memberhentikan langkahnya. Kenapa ada saja idea dalam kepala dia ni aishh !

"Berani ke kau nak keluar malam malam ? Bilik gelap pun takut, inikan nak keluar malam malam" balas Aisy geram

"Awak ingat saya ni penakut ke huh ?!" Soal Arabela sedikit pun tak gentar

"I dare you!" Aisy memberi cabaran

Arabela pantas berlari mendapatkan Aisy

"Nak tidur dengan awak" kata Arabela terus memeluk erat lengan Aisy

Aisy menepuk kepalanya. Mengapa dia mudah tertipu dengan tipu daya perempuan ni ?!

"Mari teman saya kemaskan yang dekat bawah dulu. Awak tak boleh lari !!" Kata Arabela menarik tangan Aisy

"Aku tak nak !"

"Ikut jugak !"

"Tak nak !"

"Ahh tak kira ! Ikut saya sekarang !"

"No means No !!"

"Aisy" panggil Arabela menggoda. Wajah Aisy dipandang nakal

"Teman saya dulu ye, lepas ni kita tidur" kata Arabela lembut sambil mengenyitkan matanya

Aisy terdiam. Arabela merangkul lengan Aisy dan memimpinnya turun ke bawah. Aisy hanya bagai terpukau dan hanya menurut

'Baru kena goda sikit dah lemah. Aisy, Aisy' Arabela tertawa dalam hati

Arabela masih memegang tangan Aisy manakala tangan sebelahnya lagi sedang mengemas

"Ok dah ! Jom tidur" kata Arabela setelah memadam semua lampu di tingkat bawah

Arabela mendaki anak tangga diikuti oleh Aisy dibelakang. Muka Aisy masam mencuka

Mata Aisy tiba-tiba terbuntang melihat pinggul Arabela yang bergoyang menaiki anak tangga. Liurnya ditelan. Baru dia perasan, Arabela memakai baju yang agak sexy malam tu

"Boleh tahan juga body dia ni. Mantap !" Bisiknya dalam hati. Ikutkan mahu saja dia menampar pinggul Arabela itu

Arabela di depan cuba sedaya upaya menahan malu tapi apa kan daya kerana memang dirinya hanya untuk tatapan suami. Kalau suaminya sendiri tidak dapat melihat, siapa lagi yang dia nak beri lihat ?

"Aisy"

Aisy tersentak. Cepat cepat dia mematikan fikiran miangnya tadi

"Kau nak apa ?" Soal Aisy mendatar

"Awak start kerja bila ?" Soal Arabela terus menutup pintu sesampai saja di dalam bilik

"Next week" jawab Aisy acuh tidak acuh

"Oh, esok kita balik ambil kereta saya dekat rumah umi boleh tak ?" Soal Arabela

"Nak buat apa ? Biar jelah kereta tu dekat rumah umi" balas Aisy

"Saya pun start kerja next week juga. Nanti saya nak naik apa pergi kerja ? Saya bukan biasa kat sini kalau nak cari bas atau teksi. Dah lah tempat kerja saya dengan rumah awak ni jauh" adunya

"Ha kalau macam tu berhenti je kerja" jawab Aisy selamba

"Mana boleh"

"Ish kau ni ! Mengada ngada betul. Minggu depan aku terus oustation. Kau pakai jelah kereta aku" balasnya

"Habis tu saya kena duduk rumah sorang sorang ke ?" Soal Arabela terkejut

"Kau juga yang cakap, kau akan ikut semua arahan aku kan ? So, aku dah minta maaf dengan mama and kau kenalah ikut arahan aku" balas Aisy tersenyum sinis

"Tapi saya takut duduk sini sorang sorang. Lagipun saya tak biasa kat sini" balas Arabela

"I dont care" kata Aisy

"Hish ! Yela yela" Kata Arabela terpaksa mengalah

"Aisy, saya dah ngantuk ni" kata Arabela sambil menggosok matanya

"Pastu ?" Soal Aisy hairan

Arabela bangun dan terus menarik tangan Aisy. Direbahkan badan Aisy keatas katil. Arabela turut berbaring dilengan Aisy. Tangan Aisy yang lagi satu diambil dan diletakkan dipinggangnya

"Good night Aisy. Sweet dream" ucap Arabela kemudian mencium pipi Aisy sekilas. Doa tidur dibaca dan Arabela terus terlena

Aisy terkedu. Pipinya terasa hangat. Dia memejamkan matanya, pinggang Arabela dirapatkan dan pelukan dieratkan

"Sweet dream too" Aisy kemudian memejamkan matanya dan dia pun terlelap dalam dakapan Arabela

------------------

Pagi itu Aisy tersedar terlebih dahulu daripada Arabela

Aisy melihat Arabela yang lena tidur dalam pelukannya

"Dasar budak mengada ! Dah kena peluk, tidur lama pula. Kalau aku tak tersedar ni, mesti terlepas subuh" dengusnya

Aisy menolak perlahan tubuh Arabela. Namun, Arabela masih juga tidak sedar

"Woi bangunlah"

"Huh ?" Soal Arabela dengan mukanya yang blur

"Bangunlah, kau nak tangan aku ni putus ke ? Kepala dah la berat" kata Aisy terus menarik tangannya. Arabela tu kecil je sebenarnya, sengaja dia cari pasal

Arabela bingkas bangun dengan muka bangun tidurnya

"Pukul berapa ni ?" Soal Arabela sambil menggosok matanya

Ingin saja terlepas tawa Aisy melihat wajah Arabela

"Apa punya perempuan kau ni ?! Comot !" Kata Aisy terus berlalu ke tandas

Arabela meraba mukanya. Air liur basi takde, taik mata pun takde. Apa yang comotnya ? Ni la natural beauty tahu tak ?

Namun dihiraukan saja usikan Aisy. Jam dipandang. Arabela terus menepuk dahinya apabila teringat yang dia belum membaca surah Toha di ubun ubun Aisy

Keluar saja Aisy dari bilik air, terus dipanggil Aisy untuk mendekatinya

"Kau kenapa ? Aku dah ambil wudhuk ni" kata Aisy

"Saya tak sentuh awak pun, sinilah kejap" kata Arabela

Aisy hanya menurut

"Duduk sini kejap" arah Arabela. Terus Surah Toha ayat 1-5 dibaca kemudian dihembuskan ke ubun-ubun Aisy. Itulah rutinnya setiap pagi

"Kau jampi apa ni !"

"Baca Surah Toha la"

"Untuk apa ?!" Soalnya hairan

"Meminta kepada Allah agar dapat melembutkan hati suami saya" kata Arabela tersenyum manis

"Tunggu saya tau. Saya nak solat sekali, imamkan saya" kata Arabela lagi dan pantas bergegas masuk ke tandas

Aisy mengeluh. Macam ni rupanya rasa ada isteri. Menyusahkan !

--------------

"Awak , harini kita keluar nak ?" Soal Arabela

"Pergi mana ?" Soal Aisy kembali sambil ralit memandang telefonnya

"Beli barang dapur la. Kan dapur awak tu dah kosong" kata Arabela

"Hmm yela" balas Aisy acuh tidak acuh

Arabela tidak puas hati. Tak agresif pula Aisy kali ni. Senyum nakal diukir

"Apa yang dia main sampai ralit sangat ni?"

Arabela jalan mendekati Aisy. Muka Arabela berubah. Hekeleh, zaman bila main game candy crush saga

"Ish, awak ni takde game lain ke ? Muka berkerut macam main game susah sangat je" dengus Arabela

"Sibuklah kau. Suka hati aku lah, telefon aku" balas Aisy

"Huh ! Budak budak" ejeknya

Arabela mengambil tempat disebelah Aisy. Diusiknya telinga Aisy, rambut Aisy digosok, pipi Aisy dicubit

Eeeee lembutnya !!!

Makin kuat cubitan dipipi Aisy. Aisy yang tekun main game langsung tidak hiraukan Arabela sehinggalah dia kalah

"Kau la ni !!" Dengus Aisy sambil menolak tangan Arabela

"Apa pula saya ? Awak yang tak pandai main" balas Arabela

"Kalau aku tak pandai main, aku takkan sampai level sini la" kata Aisy bangga

"Itu pun lepas banyak kali awak kalah kan ?" Soal Arabela

Aisy menjeling. Bising je dia ni ishh

"Dah la, kau pergi siap" kata Aisy

Arabela hanya menurut. Setelah 10 minit bersiap Arabela turun kebawah namun kelibat Aisy tiada. Dicari dalam kereta pun tiada

Arabela menjengah bilik Aisy. Terbuntang matanya apabila melihat Aisy yang sedap lena

"Aisy Khaizuran !" Pipi Aisy dicubit perlahan

"Ish kau ni!!" tangan Arabela ditepis

"Tadi kata nak keluar, ni awak sedap tidur lagi kenapa ? Bangunlah Aisy" katanya

Aisy menghiraukan kata kata Arabela. Mukanya ditekup dengan bantal

"Ikut suka awak la. Saya pergi sendiri" kata Arabela terus berlalu turun

"Tadi suruh orang siap, dia boleh sedap tidur. Baru tinggal 10 minit tu pun tak boleh nak tunggu" bebel Arabela

Arabela mencapai kunci kereta Aisy dan menghidupkan kereta itu

"Minyak pun takde, nak keluar macam mana ?! Dia ni suka betul tak isi minyak. Haih, haraplah sempat sampai pam minyak" Arabela terus meninggalkan kawasan perumahan tersebut

--------------

Aisy melihat jam didinding yang menunjukkan pukul 6 petang

"MasyaAllah, lamanya aku tidur" bingkas dia bangun dan menunaikan solat Asar

Usai menunaikan solat Asar, Aisy turun ke bawah untuk mencari kelibat Arabela namun tidak kelihatan

"Aik , takkan tak balik lagi kot. Dah lambat ni" soalnya hairan

Telefon dicapai dan nombor Arabela didail

"Kang jadi apa apa kat anak orang, aku yang susah. Angkat la call Ara"

Berkali kali Aisy call nombor Arabela tapi tidak berangkat

Aisy berjalan mundar mandir. Menyesal pula rasanya kerana membiarkan Arabela keluar seorang diri

Setelah satu jam menunggu baru Arabela pulang. Aisy bergegas membuka pintu. Bahu Arabela dipegang

"Kau pergi mana? Dah senja baru nak balik ? Aku call berkali kali kenapa tak angkat ? Kalau jadi apa apa dekat kau, aku yang kena. Lebih baik tak payah pakai telefon kalau tak reti nak angkat. Kau ok tak ? Kau pergi mana ? Lepas ni aku tak benarkan kau keluar sorang sorang lagi" Aisy terus berleter sesudah saja Arabela masuk kedalam rumah

Arabela terkedu. Hmm risau juga awak kat saya kan ? Tu la, tadi suruh ikut tak nak

Arabela tersenyum. Idea nakal mula timbul dalam fikirannya

Arabela menunduk. Air matanya sengaja dikeluarkan

"Ara, kau kenapa ?" Soal Aisy risau

Makin menjadi jadi tangisan palsu Arabela

"Hey, kau ni kenapa ? Apa jadi kat kau tadi ?" Soal Aisy

"Saya" kata Arabela

"Kau kenapa ?!" Soal Aisy cemas

"Saya terharu sebab ada orang risaukan saya" jawab Arabela, tawanya meletus

"Ish kau ni ! Kau tahu tak aku risau. Dah la keluar lama lama" kata Aisy sambil menjeling

"Sorry la Aisy. Lagipun salah awak juga , siapa suruh tidur tadi" balas Arabela

"Malas aku layan kau" pantas Aisy naik ke atas. Tak guna betul. Dia ingat kelakar ke bergurau macam tu?!

Arabela tertawa seorang diri. Kenapa comel sangat Aisy ni ? Mengada !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience