"No mama ! Aisy takkan kahwin dengan pilihan mama dan mama kena ingat , Aisy takkan pernah berkahwin dan tak nak berkahwin. Keputusan Aisy muktamad!" Kata Aisy Khaizuran. Dia terus menaiki tangga menuju kebiliknya. Pintunya dihempas sekuat mungkin
"Adik !" Teriak Puan Hanis iaitu ibu kepada Aisy
"Ya Allah bang , saya penat la layan karenah anak bongsu awak. Sampai bila dia nak jadi macam ni ?" Soal Puan Hanis kepada Encik Yusuf , suaminya
"Hati dia masih belum terbuka untuk sesiapa lagi. Kenapa awak nak paksa ?" Soal Encik Yusuf
"Sampai bila bang ? Abang nak anak kita hidup dengan perasaan dendam selamanya ? Abang sedar tak ? Adik tu dah umur 26 tahun ! Bukannya 16 tahun" kata Puan Hanis terus berlalu kedapur. Bercakap dengan suaminya pun langsung tidak membantu
Encik Yusuf menggelengkan kepalanya. Hal ini la yang tiap tiap hari dibahas tanpa ada pengakhiran. Sudah naik botak kepalanya asyik memikirkan hal ini
---------------
"So macam mana ? Ara setuju tak dengan keputusan umi dan abi ?" Soal Puan Maira iaitu ibu kepada Ziya Arabela
"Ara ikut je apa yang umi dan abi rasa terbaik untuk Ara" jawab Ziya Arabela sopan
"Alhamdulillah , kira jadi la ni kan ?" Soal Puan Maira lagi kepada Encik Latif , suaminya
"Jadilah tu awaknya" jawab Encik Latif tersenyum
"Takpelah umi abi , Ara basuh ni dulu la" kata Ziya Arabela terus mengangkat cawan dan pinggan
Ziya Arabela terus menuju kedapur , kata kata umi dan abinya kembali diingati. Ada benarnya juga keputusan yang dia buat kerana tahun ini dia sudah pun berusia 25 tahun. Sudah habis belajar dan bekerjaya jadi sudah tiba masanya untuk dia fikir soal perkahwinan
InshaAllah , keputusan yang umi dan abinya buat pasti terbaik. Jika tunggu dia sendiri yang mencari jodoh , belum tentu jumpa kerana Ziya Arabela adalah seorang yang warak dan menjaga batas batas pergaulan antara ajnabi
Ziya Arabela adalah anak tunggal kepada Puan Maira dan Encik Latif , jadi apa salahnya jika dia menuruti segala kata kata umi dan abinya. Kalau bukan dia , siapa lagi yang mahu menurut ?
"Jika benar apa yang dirancang ini , bantulah urusanku supaya dipermudahkan segalanya Ya Allah. Amin" Doanya dalam hati
-------------------
"Ah ! Serabut !" Jerit Aisy sambil mencampakkan bantalnya kelantai. Rambutnya dikusutkan
"Kalau bukan disebabkan perangai celaka kau , aku takkan jadi macam ni la sial !" Katanya lagi
Aisy mencapai sebingkai gambar sambil dia tersenyum , kemudian bingkai gambar itu dicampak kuat kedinding sehinggakan gambar tersebut berkecai. Aisy ketawa sepuasnya
"Dik , kau bukak pintu ni sekarang sebelum aku pecahkan" kata Afif Khairuddin iaitu abang kepada Aisy
"Kau nak apa ? Kau tak payah sibuk boleh tak ?" Teriak Aisy
"Kau nak bukak ke nak aku pecahkan ? Lagipun bukan sekali dua aku pernah pecahkan pintu kau ni. Jangan sampai lepas ni muka kau pulak pecah aku kerjakan" Afif memberi amaran
Aisy menumbuk katilnya lalu kakinya melangkah untuk membuka pintu. Walau macam mana pun sikap marahnya menguasai diri , sifat hormat kepada orang lain dia tidak pernah lupa
Afif menggelengkan kepalanya melihat keadaan bilik adiknya berselerak bagaikan kandang
"Apa lagi kau tak puas hati kali ni ?" Soal Afif yang berdiri didepan pintu
"Hal aku !" Jawab Aisy sinis
"Kenapa kau ni keras hati sangat dik ? Disebabkan perempuan macam tu takkan kau nak kecewa sampai mampus ?" Soal Afif , marahnya cuba dikawal
"Kau jangan berani sebut sebut pasal perempuan tu lagi !" Balas Aisy memberi amaran
"Sama ada aku sebut ataupun tak , dalam kepala otak kau tu 24 jam pasal dia je kan ? Kau tak payah nak menipu aku la. Aku kenal kau sebab kau adik aku , bukannya orang asing" kata Afif. Kedua tangannya disilangkan ke dada
"Kau jangan nak sibuk boleh tak ? Kau jaga rumah tangga kau sudahlah. Semak !" Kata Aisy marah. Kakinya terus melangkah ke arah balkoni
"Itu lah kau ! Bodoh ! Tak pernah fikir pasal life sendiri , asyik fikir pasal betina tu je. Sampai mampus kau takkan boleh tenang la bangang. Ada bagusnya kalau kau ikut je cadangan mama sebab mama bukan nak merosakkan hidup anak anak dia. Dia tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Macam aku , kau tengok aku tak bahagia ke dengan pilihan mama ? Kalau aku tak bahagia , tak mungkin aku dah ada anak sampai 2 orang. Kau fikirkan lah , aku dah tak nak masuk campur hal kau lepas ni. Kau tu dah tua bukannya budak budak lagi" kata Afif terus berlalu pergi
Aisy terdiam. Satu persatu kata kata abangnya menusuk hatinya. Pintu biliknya kembali ditutup. Mukanya diraup
Fikirannya bercelaru , perlukah dia cuba untuk membuka pintu hatinya untuk orang lain ? Tapi dia sudah serik dikhianati. Air matanya menitis lagi
Memang diluar, dia ego. Dia tunjuk kebenciannya. Tapi jauh disudut hatinya, dialah orang yang paling lemah disebabkan cinta , perasaannya sendiri dia tidak dapat kawal
-----------------------
"Assalamualaikum" ucap Puan Maira ditalian
"Waalaikumussalam" jawab Puan Hanis
"So macam mana dengan plan kita ?"
"InshaAllah semuanya jadi. So anak Maira macam mana pula ?"
"Alhamdulillah , anak saya ok je Hanis. Dia ikut je plan saya. So kita dah boleh ke step seterusnya la ni ? Alhamdulillah , nanti kita jumpa ye. Assalamualaikum" kata Pn Maira. Panggilan terus dimatikan. Dia tersenyum
"Eh umi , kenapa senyum sorang sorang ni ?" Ziya Arabela terus memeluk uminya. Satu kucupan dihadiahkan di pipi tua Puan Maira
"Umi happy sebab tak lama lagi anak umi ni akan berkahwin" kata Puan Maira teruja. Wajah Ara yang tadi tersenyum terus berubah
"Oh , Ara dah nak kahwin ke umi ? Lagi berapa bulan ?" Soal Arabela. Pelukan tadi dileraikan
"Yang tu umi belum bincang lagi. Nanti umi jumpa kawan umi tu Ara ikut ye. Kita tetapkan sama sama. Kenapa sayang ?"
"Hmm Ara takut la"
"Takut apa sayang ? Kan hukum mendirikan rumah tangga kan wajib bagi orang yang sudah mencukupi syarat" kata Puan Maira cuba memujuk anak gadisnya. Dia tahu apa isi hati Arabela ketika ini
"Ara tahu. Tapi Ara bukan takut apa , Ara cuma takut kalau Ara berjauhan dengan umi. Umi je tempat Ara bermanja dari dulu sampai sekarang. Kalau Ara dah kahwin nanti , mesti Ara kena ikut cakap suami Ara , kalau suami Ara nak pindah macam mana ? Ara tak nak" kata Arabel terus menangis
Puan Maira tersentuh dengan kata kata anaknya. Memang dia juga rasa begitu namun inilah keadaan yang perlu dia hadapi sama ada cepat atau lambat. Lagipun dia juga sudah berusia
"Ara , tak baik tau macam ni. Nanti Ara dah kahwin mestilah Ara kena ikut suami Ara. Mana boleh duduk berkepit dengan umi je. Lagipun umi dah tua dan sudah tiba masanya untuk Ara mendirikan rumah tangga dan bagi umi cucu. Kan?" Pujuk Puan Maira cuba untuk menyedapkan hati anaknya
"Hmm" balas Arabela. Pelukan dieratkan
Puan Maira mengukir senyum paksa. Berat sungguh untuk melepaskan satu satunya anaknya itu
-------------
"Adik" laung Puan Hanis namun tiada sahutan
"Adik !" Laungan Puan Hanis semakin kuat
"Ye maa" jawab Aisy Khaizuran malas malasan
"Minggu depan pastikan adik ambil cuti dan ikut mama. Kali ni adik kena ikut cakap mama , mama taknak bantahan dari adik" tegas Puan Hanis berkata
"Minggu depan Aisy kena outstation la ma. Mana boleh ambil cuti" jawab Aisy sambil menggarukan kepalanya
"Ok kalau macam tu lagi mama suka. Ahad ni kita pergi ye" kata Puan Hanis tersenyum
"Hish , yela yela" balas Aisy Khaizuran mengalah. Tiada mood untuk berbalah mulut dengan mamanya memandangkan sudah lewat malam. Kakinya diatur langkah kebiliknya semula
Aisy Khaizuran menghempaskan badannya keatas katil. Tangannya sebelah diletakkan diatas dahi. Dia mengeluh
"Manalah mama nak bawa aku pergi ni. Aduh" dengusnya
"Ah lantaklah" katanya lagi. Malas mahu memerah otak untuk berfikir. Lagipula masalah di otaknya itu langsung tak pernah nak selesai
Kakinya diatur ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Usai sahaja dia mengambil wudhuk dia terus menunaikan solat Isyak
Sibuk sangat menghabiskan kerjanya sampaikan lupa panggilan yang Maha Agung
Inilah rutin bagi seorang pekerja yang bekerja sebagai engineer. Pasti ada saja kertas kerja yang perlu disiapkan dirumah
Selesai saja menunaikan solat dan membaca doa , Aisy termenung seketika diatas tikar sejadah
Fikirannya kusut memikirkan cadangan mamanya supaya dia dijodohkan dengan pilihan mamanya
"Siapa yang malang sangat jadi isteri aku nanti ea ? Cantik ke ? Baik ke ?" Semua persoalan itu berlegar legar difikirannya
"Ah ! No Aisy , kau takkan berkahwin dengan sesiapa pun !" Hatinya menepis setiap persoalannya tadi
Dia pantas bangun dari sejadah dan terus membaringkan dirinya di atas katil. Matanya dipejamkan dan tidak lama kemudian Aisy sudah pun terlena
Share this novel