Bab 8

Romance Series 132782

Hari penyatuan antara Arabela dan Aisy telah tiba

30 minit lagi majlis akan bermula. Arabela seperti biasa , sedang bersiap didalam bilik pengantin. Manakala Aisy pula sudah bersedia diruang tamu untuk akad nikah

Baju pengantin yang longgar bermanik manik dikenakan pada hari pernikahan Arabela. Aisy pula berbaju melayu putih lengkap bersampin. Sungguh kacak

Dengan wajah yang mencuka dia duduk berhadapan dengan Tok Kadi

"Kau senyum lah sikit kambing" bisik Rayyan kepada sahabatnya

"Kau duduk kat tempat aku sekarang" gumam Aisy

"Aku boleh je, aku dah lama jugak single ni" balas Rayyan kembali

Aisy menjeling. Tidak lama kemudian mata Aisy tertancap pada Arabela yang sedang menuruni anak tangga

"Tang mana nak nampak cantiknya ? Muka lekat dengan purdah je" desis hati Aisy. Dia menjeling

Mata Aisy kembali memandang tok kadi. Didalam hatinya tidak henti henti meminta supaya majlis itu cepat habis. Serabut kepala otaknya. Ikutkan memang dia mahu membuat majlis pernikahan yang simple sahaja tapi Puan Hanis pula membangkang

"Ayunya bini kau jebon" bisik Rayyan lagi

"Lama lama boleh hilang sabar aku dengan Rayyan ni" desis hati Aisy sambil menggenggam penumbuknya

Kelihatan tok kadi dan semua orang sudah pun bersedia. Tangan Tok Kadi dihulurkan, Aisy menyambut

"Jika kalimah Syahadah adalah Kalimah yang aku akui bahawa Engkau adalah Tuhanku, Ya Allah. Maka, dengan kalimah akad nikah inilah aku akui bahawa aku sah menjadi milik dia selamanya"

"Jika ini adalah cara terbaik yang Engkau susun supaya hatinya menjadi lembut , kau redhailah pernikahan ini. Jika Engkau telah tetapkan jodohku bersama dengan dia , kekalkanlah hubungan ini selamanya. Dan jika pernikahan ini dapat membahagiakan semua orang , Engkau lapangkanlah hatiku untuk menerima ini dengan seikhlas hati. Aku redha" mata Arabela dipejam

"Aisy Khaizuran Bin Yusuf"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Ziya Arabela binti Ahmad Latif dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit tunai"

Aisy menarik nafasnya sedalam mungkin dan dihembusnya perlahan-lahan

"Permudahkan segalanya Ya Allah" doa hati Arabela sambil merenung Aisy yang kegusaran

"Aku terima nikahnya Ziya Arabela Binti Ahmad Latif dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit tunai" dengan sekali lafaz , akhirnya satu masjid telah dibina

Arabela menghembus nafas kelegaan dan tersenyum

"Alhamdulillah bro , kau dah jadi laki orang. Lepas ni , aku harap kau dapat berubah dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab untuk memimpin keluarga kau" kata Rayyan terus memeluk erat sahabatnya

"Ceh , ayat kemain kahwin pun belum" kata Aisy

Rayyan menjeling

"Alhamdulillah Ara , kau dah selamat" kata Zulaikha

"Alhamdulillah" balas Arabela tersenyum

"Tu ha , suami kau datang" kata Zulaikha terus memberi sedikit ruang kepada Aisy

Aisy duduk dihadapan Arabela kemudian jari manisnya disarungkan cincin. Arabela mencium tangan Aisy. Aisy kembali mencium dahi Arabela. Sempat juga dia berbisik sesuatu kepada Arabela

"Kisah hitam kau akan bermula tak lama lagi. Get ready honey" bisik Aisy sempat juga mengenyitkan sebelah matanya

Arabela menelan air liurnya. Dalam hatinya , tidak henti henti dia berishtighfar

-------------

Usai menunaikan solat sunat , Aisy menuju masuk kebilik Arabela memandangkan majlis persandingan akan berlangsung lagi 2 jam

"Eh awak buat apa kat sini ?" Soal Arabela terus menutup kembali pintu bilik airnya

Nasib baik dia tak nampak fuh !

"Im your husband right now" kata Aisy tegas

Arabela menepuk kepalanya. Baru dia teringat dia sudah pun menjadi isteri orang sekarang ini

"Awak" laung Arabela dari tandas

"Kau nak apa ?" Soal Aisy yang sedap berbaring diatas katil Arabela

"Ambilkan baju saya yang dekat atas kerusi tu boleh ?" Soal Arabela

"Kau ambillah sendiri" balas Aisy dengan matanya yang terpejam

Arabela hanya mendiamkan diri

"Okay fine ! Biar aku duduk dalam tandas ni sampai majlis mula huh" gumam Arabela

"Woi !" Jerkah Aisy dihadapan pintu bilik air

"Hish ! Apa dia awak ni ?" Balas Arabela

Aku dah la pantang betul orang main sergah sergah. Haa tak semena mena kena jerkah balik

"Sorry" kata Arabela menikus

"Kau ambil baju kau ni. Menyusahkan orang je kerja. Dah la pintu tak reti nak kunci , mahunya kalau bukan aku yang masuk time kau tengah berkemban tu. Tak malu ?" Leter Aisy

"MasyaAllah, dia nampak ke aku berkemban tadi ?" Soal Arabela khuatir

Arabela menghulurkan tangannya keluar pintu. Aisy menelan air liur melihat lengan Arabela yang putih gebu. Mahu saja dia menyentuh , namun cepat cepat dia menyedarkan dirinya

Setelah siap Arabela menyarungkan baju pengantinnya yang kedua , terus dia keluar dari tandas. Berpeluh peluh dibuatnya apabila pakai baju didalam bilik air. Nak-nak pula baju pengantin. Azab beb !

"Saya tak perasan , saya ingatkan saya dah kunci" jawab Arabela

Tuala yang berada diatas kepala menutup mulutnya

"Kau tak rimas ke nak tutup muka kau tu ? Apa salahnya kalau kau tunjuk dekat aku ?" Aku dah jadi halal untuk kau sekarang" kata Aisy terus bangun mendapatkan Arabela

Pinggang Arabela dipeluk lalu dirapatkan dengan badannya

"Aisy" suara Arabela terketar ketar

"Kenapa ? Kau takut ? Kan aku dah pesan , kisah hitam kau akan bermula dan sekarang aku akan mulakan" kata Aisy terus menolak badan Arabela berbaring di atas katil

Arabela mendapat idea nakal. Senyum sinis terukir dibibirnya

Tuala dikepalanya ditarik dan dicampakkan ke lantai. Rambut panjangnya dilepaskan

Aisy jelas melihat wajah Arabela yang anggun. Dia terpana

Arabela bangun dan kembali menindih Aisy. Wajahnya dirapatkan dengan wajah Aisy

"Jangan ingat dengan cara untuk membunuh syaitan ini , saya takut. Malahan , saya lagi suka dan yang sangat membenci kita melakukan hal ini selepas berkahwin adalah syaitan laknatullah. Majlis kita dah nak mula , pergi siap" kata Arabela terus bangun dan membetulkan rambutnya

Aisy terkedu , tidak pernah terlintas difikirannya bahawa Arabela seorang yang menggoda walaupun dia berpakaian bertutup litup

"Termenung apa lagi ? Kalau nak , malam ni kita sambung" kata Arabela menggoda. Sengaja dia menggigit lembut bibirnya sambil mengenyitkan mata

Aisy pantas bangun dan menuju kebilik air. Makin lama berdekatan dengan Arabela , makin tidak keruan nafsunya

Arabela menghembus nafas lega. Sesak juga dadanya melakukan. Namun , senyum nakal diukir

'Senang je nak sakat dia ni' desis hatinya

--------------

Aisy mendengus. Bila la majlis ini mahu habis. Sudah lenguh bibirnya mengukir senyuman palsu

Aisy terkenang peristiwa tadi. Tidak puas hati pula rasanya. Bermacam macam yang dia fikirkan untuk mengenakan Arabela kali ni

Lamunannya terhenti apabila terasa ada benda yang memegang tangannya

Aisy terus menarik tangannya kembali apabila melihat jari jemari Arabela memaut jarinya

"Kau dah apahal ?" Soal Aisy dengan dahinya yang berkerut

"Mama yang suruh" kata Arabela sambil menunjuk kearah Puan Hanis

Aisy mendengus dan kembali memegang tangan Arabela apabila Puan Hanis menjenggilkan matanya

Arabela tersenyum. Tahu takut !

"Kau senyum tu apahal ? Nak cium ?" Soal Aisy

"Mana ada senyum. Awak nampak ke saya senyum ?" Soal Arabela

"Nak aku tarik purdah kau tu baru kau nak mengaku ?" Ugut Aisy

Arabela menjeling

'Jeling jeling ! Aku jolok mata tu tahu la' dengusnya

"Ara , congratulation. Mama nak cakap dengan Ara kejap boleh ?" Soal Puan Hanis

"Haa nak ngumpat Aisy la tu" potong Aisy

"Adik jangan menyampuk boleh ?"

"What ? Adik ? Besar besar pun panggil adik lagi ke ? Mummy boy hahaha" tawa Arabela dalam hati

"Stop calling me 'adik' la ma" balas Aisy

"Kau jangan nak gelak boleh tak ?" Sergah Aisy

"Eh boleh dik !" Arabela termelatah. Terus ditutup mulutnya

"Biadab..." marah Aisy namun terus ditahan oleh mamanya

Pantas Puan Hanis menarik tangan Arabela menjauh dari Aisy

"Ara , malam ni Ara tidur rumah mama ye. Lagipun mama dah minta izin umi tadi. Mama bukan apa , Ara tahu kan perangai baran anak mama tu macam mana ? Mama tahu , pasti Aisy dah tunjuk belang dia depan Ara kan ? Jadi , mama taknak jadi apa apa pada Ara. Tidur rumah mama ye malam ni ?" Soal Puan Hanis

"Ara ikut je ma. Mana mana pun boleh" balas Arabela tidak membantah

"Ara"

"Ye ma ?"

"Mama nak minta maaf kalau Ara rasa terpaksa dengan pernikahan ni. Mama takde niat pun nak mempergunakan Ara demi kebaikan Aisy. Mama ikhlas nak bermenantukan Ara. Mama tahu , Ara la yang sesuai dengan Aisy. Mama yakin dengan izin Allah , Aisy pasti bahagia hidup dengan Ara dan mama harap Ara bersabar dengan sikap Aisy. Mama tahu , baran Aisy tu tak lama. Ara janji dengan mama tau" kata Puan Hanis sayu

Arabela tersentuh dengan kata kata Puan Hanis. Hatinya kini tidak lagi berasa terpaksa dengan pernikahan ini. Dia ikhlas

"Ara janji ma. InshaAllah" balas Arabela terus memeluk ibu mertuanya

"Terima kasih sayang" ucap Puan Hanis sambil menggosok belakang kepala menantunya

---------------

Setelah selesai majlis , Arabela pantas mengemas bajunya untuk dibawa kerumah Aisy

"Kau nak pergi mana kemas kemas ni ?" Soal Aisy

"Balik rumah mama awak lah"

"Buat apa ? Bukan malam ni kita tidur sini ke ?" Soal Aisy hairan

"Tadi mama awak yang suruh, takkan awak taktau" soal Arabela hairan

"Yeke kau ni ?"

"Awak tak percaya sudahlah. Saya nak mandi" kata Arabela terus berlalu masuk ke bilik air

Aisy pantas menarik tangan Arabela dan berdiri berhadapan dengannya

Aisy membuka purdah yang dipakai Arabela. Jantungnya berdegup laju. Subhanallah. Wajah Arabela direnung sedalamnya. Aisy terpegun

"Awak kenapa ni ?" Soal Arabela hairan. Jantungnya juga berdegup pantas

Tapi Aisy masih lagi belum sedar. Arabela meniup lembut wajah Aisy

Aisy tersedar dari lamunannya

"Eyyy patutlah pakai purdah , ada jerawat !" Kata Aisy terus masuk kedalam bilik air

Arabela tersentap. Jerawat ?! Kakinya berlari pantas menuju kearah cermin

"Huh ! Penipu !" Dengusnya

Aisy bersandar pada pintu tandas. Dadanya dipegang. Laju sungguh degupan jantungnya

Aisy menarik dan menghembus nafasnya

'Rileks Aisy , kau tak boleh kalah !' Bisik hatinya

'Fikir Aisy fikir ! Apa yang kau kena buat pada dia sampai dia benci kau . Kalau cara tu tak jalan , kau kena usaha cari cara lain !!' Sambungnya lagi

"Aisy , awak lambat lagi ke ?" Soal Arabela dari luar

'Lama betul dalam bilik air , dah la main potong je barisan hish !' Dengusnya

"Kau sabar la" balas Aisy

"Ahh fikir jap lagi la" bisik hatinya

---------------

"Haa , sampai pun" ucap Puan Hanis

"Sorry lambat maa" kata Aisy

"Hmm takpe , dahlah naik atas terus" kata Puan Hanis

Aisy dan Arabela hanya menurut. Muka Arabela dari tadi mencuka cuma tidak nampak kerana ditutupi oleh purdahnya

Sengaja Aisy berendam lama lama dalam bilik air kerana mahu Arabela mandi dirumahnya untuk menjalankan misinya mengenakan Arabela

Arabela terus menghempas barangnya diatas katil. Tunjuk perasaan huh !

"Haa mengamuk ! Kau ingat sikit ea , ni bilik aku" kata Aisy tegas

"Pergi mandilah kambing" sambung Aisy lagi

Arabela bangun dan mencapai bajunya lalu dibawa masuk kedalam bilik air

Aisy senyum sinis. Mengada !

Aisy menanggalkan bajunya satu persatu sehingga yang tinggal hanyalah boxernya yang ketat

Aisy mencapai dumbbell nya lalu sengaja dia bersenam menggunakan dumbbell tersebut dengan gaya yang sexy

'Eh dia dah siap !' Gumam hati Aisy terus menukar posisinya dengan gaya yang lebih menggoda

Arabela pantas melangkah keluar , hampir tergelincir dia dibuatnya melihat keadaan Aisy yang 'mengiurkan'

"Ya Allah , sexy nya" gumam Arabela sambil menelan air liurnya

Terliur melihat badan Aisy yang 'sedap' itu. Dengan sixpack yang jelas , dengan dada bidang dan juga lengan sasa. Badannya yang basah dengan peluh yang menitis , rambutnya juga basah sehingga terjurai kedepan. Fuh , Memang boleh gugur keimanan seorang wanita

'Ara , kau tak boleh kalah'  kata Arabela sendirian

'Huh , baru 'belanja' sedikit dah lemah ke cik kak ?' Bisik hati Aisy

Arabela berdehem dan sengaja mengawal riak mukanya. Sedangkan muka dah merah terbakar

"Tadi , kau kata kita sambung malam ni. So , aku nak kau bagi layanan pada aku layanan first class. Yelah , kau kan kaki goda. Macam aku tak tahu , dah macam macam jantan kau pernah 'rasa' kan ? Setakat jantan macam aku ni celah gigi kau je kan ?" Kata Aisy sengaja memanaskan keadaan

Arabela tersentak mendengar kata kata Aisy

"Amboi kau , aku punya lah jaga kehormatan aku selama ni hanya untuk kau. Senang senang je kau hina aku ! Ok , kau nak layanan first class kan ? Aku boleh bagi !" Jawab Arabela dalam hati

"Apa kau merepek ni Ara ? Macamlah kau tahu bab bab ni" kata hatinya yang sebelah lagi

"Apa salahnya mencuba ! Dia dah cabar kau tu. Sahut jelah !" Bisik hatinya lagi

Arabela menghampiri cermin dan menyikat rambutnya dengan lembut. Baju tidur satin yang dipakainya sengaja dibuka butang atas dan membiarkan dadanya terdedah. Seluarnya ditanggalkan dan digantikan dengan tuala. Sengaja dia menyingkatkan paras tualanya itu

Jantungnya rasa bagaikan nak terkeluar. Ini adalah kali pertama dia melakukan hal ini. Tapi disebabkan kata kata Aisy yang sangat mencabar dirinya , dia takkan mudah mengalah

Kakinya perlahan lahan mendekati Aisy

Aisy terkedu. Halkumnya turun naik. Nafasnya tersekat sekat

Arabela mencapai lengan sasa Aisy lalu dipimpinnya keatas katil

"Awak kata , saya ni penggoda lelaki dekat luar sana kan ? Mari , saya buktikan" kata Arabela menggoda

Arabela merapatkan wajahnya kewajah Aisy

Aisy menghidu kuat bau wangian ditubuh Arabela. Matanya dipejam

Bibir Arabela mula menyentuh bibir Aisy. Mata Aisy terbuka luas , pantas tubuh Arabela ditolak. Aisy berlari masuk ke tandas

Arabela terkedu , eh tadi bukan main lagi. Sekarang lari pula. Arabela menghembuskan nafas kelegaan

Bukan dia mahukan sangat melakukan perkara tersebut tanpa kerelaan hati tapi disebabkan mulut Aisy yang terlalu lancang dan tidak bertapis , terpaksalah dia menyahut cabaran Aisy. Arabela pantas bangun dan kembali menyarungkan seluarnya

Nafas Aisy turun naik. Sesak dadanya. Peluh menitis nitis didahinya

"Arghhh" hati Aisy menjerit kerana dia kalah lagi kali ini. Mengapa susah sangat dia nak kalahkan Arabela

"No Aisy , kau tak boleh cepat mengalah. Kau memang takkan menang kalau guna cara ni sebab dia memang kaki goda ! Kau masih ada banyak lagi cara lain untuk kenakan dia !" Tegas hati Aisy

Aisy mengintai sedikit kepalanya untuk melihat Arabela namun tidak kelihatan pula kelibat Arabela disitu. Aisy melangkah keluar dan mencapai bajunya

Hatinya masih berasa kesal dengan kejadian tadi. Badannya direbahkan diatas katil dan tangannya diletakkan diatas dahi

Aisy cepat cepat memejamkan matanya apabila terdengar bunyi pintu

'Eh dah tidur ke ?' Soal hati Arabela

Perlahan lahan Arabela melangkah ke katil dan merebahkan punggungnya disitu

"Siapa bagi kebenaran kau tidur atas katil aku ?!" Sergah Aisy

"Oh mak kau !" Latah Arabela terus mengurut dadanya

"Awak belum tidur ke ? Saya ingatkan dah tidur" balas Arabela

"Aku tanya kau , siapa benarkan kau tidur atas katil aku ?" Soal Aisy kembali

"Ish , awak suami saya. Semua milik awak dah jadi milik saya. So, siapa kisah huh ?" Jawab Arabela selamba terus membaringkan dirinya

Makin panas hati Aisy dibuatnya, anak siapalah tak faham bahasa sangat ni ishh

"Kau bangun sekarang" arah Aisy tapi Arabela hanya memekakkan telinganya. Matanya dipejam semakin rapat

Aisy tidak puas hati. Telinga Arabela dipulas

"Awwww !" Jerit Arabela

"Haa kau bangun sekarang" arah Aisy lagi

Arabela terus duduk. Mukanya mencuka. Tiba tiba kata kata uminya terngiang ngiang

"Kalau pasangan kita api , kita jadilah air"

Arabela tersenyum. Tangan Aisy diambil dan dibelai

"Tidur ye , saya penat. Awak pun penat kan ? Saya tidur dulu , Assalamualaikum" ucap Arabela terus mencium tangan Aisy

Aisy menggenggam penumbuknya. Dia ingat dia comel ke huh ?!

Aisy mencapai bantal dan selimut kemudian terus menuju ke sofa bersebelahan katil. Lampu juga ditutup

Mata Arabela terbuntang luas

"Aisy"

Tidak menjawab

"Aisy"

Tidak menjawab lagi

"Aisy Khaizuran"

"Kau nak apa ?!!" Soal Aisy tegas

"Awak kat mana ? Saya tak nampak ni" kata Arabela

"Kau ni nak apa huh ? Tadi nak tidur sangat kan ? Tidur jelah" balas Aisy

"Tidur lah dengan saya" rengek Arabela

"Tak ingin"

"Saya takut" suara Arabela seperti ingin menangis

Dibiliknya sendiri memang dia tidur berseorangan tapi dikelilingi oleh bantal dan lampunya juga terbuka

Aisy tersenyum sinis. Oh ! Inilah kelemahan dia. Aisy hanya mendiamkan diri dan membiarkan Arabela ketakutan

Arabela mencapai telefonnya dan flashlight dibuka. Arabela turun dari katil dan menyuluh kearah Aisy

Tiba-tiba Aisy berasa badannya seakan akan ditindih. Pelbagai surah pendinding dibacanya namun badannya masih lagi ditindih

Rambut yang berada dimukanya diselak. Rimas !!

Aisy terhidu sesuatu. Wangian ni bau badan Arabela. Aisy mencapai suis lampu sisi katil dan dibuka

"Hishh kau ni nak apa hah ?! Apasal kau tidur atas aku ?!" Sergah Aisy dan terus menolak Arabela

"Teman lah saya tidur" rengek Arabela. Matanya merah

"Ah ! Kau pergi tidur sana !" Halau Aisy

"Tak nak" rengekan Arabela semakin kuat

"Mengada sangat kenapa kau ni ? Macamlah tak biasa tidur sorang sorang !" Dengus Aisy

"Tapi saya tidur biasanya ada banyak bantal. Ni ada dua je , selimut pun awak ambil. Gelap pula tu" kata Arabela. Matanya bergenang

Aisy hanya memekakkan dirinya. Terasa tangannya dicapai

"Temanlah saya tidur" kata Arabela sambil menarik tangan Aisy

"Tak nak ! Kau buka jelah lampu ! Dah pergi tidurlah , aku nak tidur !!" Kata Aisy

Arabela tidak menurut , bantalnya diletakkan dilantai bersebelahan sofa yang Aisy tidur. Tangan Aisy dicapai dan dipegang erat. Cukup sekadar , dia bersentuhan dengan Aisy sudah membuatkan dirinya berasa selamat

Aisy membuka matanya sedikit untuk melihat Arabela. Tangannya dibiarkan Arabela genggam

Lagi sanggup dia tidur dilantai daripada atas katil ? Degil !

Tidak lama kemudian Aisy mengintai Arabela dibawah

"Weh" panggil Aisy tetapi tidak disahut

Aisy bangun , badan Arabela dicempung dan dibawa ke katil. Diletaknya Arabela perlahan lahan

Aisy memandang wajah Arabela. Kepala Arabela dipusingkan untuk menghadapnya

Arabela menggeliat kecil dan menarik rambutnya yang menutup mukanya

Aisy kaku melihat wajah Arabela sejelas itu

"Subhanallah !! Macam ju-on" katanya

Dengan rambut Arabela yang hitam pekat tambahan pula kulitnya yang putih. Ju-On versi perempuan

Tangan Aisy ingin saja membelai wajah yang suci itu namun egonya menggunung , hasratnya dibatalkan saja

Aisy membuka kedua dua lampu disisi katil kemudian dia kembali ke sofa dan merebahkan badannya

Doa tidur dibaca lalu matanya terpejam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience